Friday 31 December 2010

Popia Otak-otak...entri terakhir tahun 2010

Assalamualaikum semua..
aduuuh!!...alhamdulillah masih sempat akak bersiaran untuk kali terakhir di penghujung tahun 2010..banyak kisah suka dan duka terisi pada tahun ini..
alhamdulillah ramai juga kenalan2 baru di sini..akak berdoa semoga kita di ketemukan jua suatu hari nanti..eh!..cam berpantun pulak rasanya..hehe..

Popia otak-otak ni akak beli masa akak bertandang ke Johor Bharu mengikut laling bertugas di sana tempoh hari..memang sudah jadi lumrah setiap kali laling ke JB,otak2 ini lah yang dia beli.
Popia otak-otak ni di jual di Jln Denai..Kempas..kalau sesiapa yang berkunjung ke JB,kedai otak2 ni terletak di jalan menghala ke Hospital Permai..jalannya agak keliru sedikit tapi usah risau sebab boleh tanya penduduk di sekitarnya..
Bagi sesiapa yang belum pernah rasa,cuba lah ..rasanya memang cukup enak sekali..tak lupa akak beli jugak otak2 yang bungkus dlm daun pisang tu..kita bakar sendiri..bakar atas dapur pun tak apa..

setiap kali ke JB akak pasti akan borong sampai 20 bungkus..nak makan pun jimat2 je..
kalau kita beli sendiri harga 1 bungkus rm 7.50.
best woo popia otak2 nih..

Saturday 25 December 2010

award dari fiza

Pagi ni tidak ada gambar masak2..tuan tanah sibuk packing baju.esok nak ke JB.teman mr laling buat lawatan di sana.tuan tanah pun tumpang semangkuk.menyibukkan diri dgn projek baju sekolah wazir..sedar tak sedar dh hampir sebulan akak dok simpan award dari fiza ni..maceh fiza sebab sudi hadiahkan akak award ni...




~ Apakah pandangan anda terhadap blog yang tag blog anda untuk terima award ini?
blog fiza ni juga cantik.kenal fiza menerusi blog beliau jugak

~ Kenangan manis dalam hidup anda?
kenangan manis?banyak sebenarnya..tak terkira.
antaranya..bila kita di pinang orang.kahkah...kira kenangan manis lah tu kan?..kan..?


~ Kenangan pahit dalam hidup anda?
kenangan pahit-..mm..apabila kehilangan kedua mak dan ayah dan menjadikan kita seorang yatim piatu..


~ Adakah anda puas hati dengan kehidupan anda sekarang?
sekarang?..bersyukur tapi belum berpuas hati lagi...nak maju lagi dan lagi..


~ Nyatakan 3 impian anda yang belum tercapai?

  • nak lihat ke enam2 anak berjaya sekarang ni sedang menuju puncak(cam AF pulak)
  • nak menunaikan haji.
  • nak mengelilingi dunia


~ Tag 5 orang untuk award ini.

mmmm...akak tak tag lah..sebab sebahagian besar sudah di tag nampaknya tu..lagi pun semua blog teman blogger cantik2 belaka.

mmmm......

Thursday 23 December 2010

Apam kukus/Steamed soft banana cake

Assalamualaikum
sehat semua?..waah..rasa cam chef wan masuk tibi pulak akak hari ni...kekekeke
kita dah mula naik syok kelurkan entri pepagi..bukan apa, senang kerja..rakyat jelata sebahagiannya dah kembali ke rumah.jadi akak sudah mula agak sibuk di dapur..
Akak buat kueh ni petang tadi..resepi akak ambik dari rumah kak wan yang terkenal amat rajin produce kueh2 talam dan berbagai2 kueh mueh utk minum petang.
kalau sesiapa tak suka manis boleh kurangkan sedikit gula ya.akak first time buat ni jadi akak ikut je petunjuk resepi..sedap kueh ni..kalau anak2 bujang kata sedap,sedap lah bagi akak sebab anak bujang sulong akak tu agak cerewet kalau bab kueh mueh ni..
meh layan resepi dulu........



Steamed Soft Banana Cake / Apam Pisang Kukus
Sumber : Auntyochana

Lapisan Bawah
Bahan A
200gm pisang masak di lecek
1 sudu teh baking soda
1/4 sudu teh esen pisang / vanila
Bahan B
100gm gula perang
3 biji telur Grade B
100gm tepung pau / Tepung Hongkong / Superfine
1 sudu teh double action baking powder
60ml minyak jagung
Bahan C (Lapisan Atas)
2 biji telur Grade B 60gm gula kaster
20ml air 60gm tepung pau
Cara-cara :
1.Lapisan Bawah :
Sebatikan bahan A, ketepikan.
2. Satukan bahan B kecuali minyak jagung, gaul dengan hand whisk hingga rata. Masukkan bahan A dan minyak jagung, gaul hingga rata.
3. Tuang 1/2 adunan ke dalam acuan lompang dan kukus selama 15 minit.
4. Lapisan Atas :
Pukul telur, air dan gula hingga kembang. Masukkan tepung dan gaul rata. Tuang ke atas lapisan bawah hingga penuh, letak 1 hiris pisang sebagai hiasan dan kukus selama 10 minit lagi.



Wednesday 22 December 2010

Kek Lapis Kukus Cream Cheese


Assalamualaikum
Wah!!..pestime akak masuk entri awal2 pagi..kehkehh..
Teruja sebenarnya dgn kek dari rumah yatie ..dah lama simpan resepi tapi tak buat2..
maceh yatie atas resepi yang sedap sangat2 nih.anak2 akak cukup suka..kebetulan azfar pun ada balik,akak rasa setengah bahagian kek tu habis kat dia seorang sampai ainul bersuara kenapa along balik hari ni?hehe
petang ni kena buat lagi..tak cukup..
meh kita tengok bahan2 nya.nak buat pun senang.




kek lapis kukus cream cheese
source:YATIEMEMORIES
BAHAN A
250 gm cream cheese
60 gm gula halus
1 biji telur
25 ml air
1 sb tpng gandum

BAHAN B (KEK)

2 biji telur
1 cwn gula halus
1 sk vanilla
2 sb serbuk koko
sedikit garam
1/2 cwn air panas didih
1/2 cwn cwn susu segar/cair
1/2 cwn minyak jagung/masak
1 cwn tpng gandum
1 sk baking soda
1/2 sk baking powder

CARA-CARA


  • Pkl cream cheese bersama dngn gula.
  • Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum.
  • Biarkan sebentar.

  • Pkl telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang
  • Setelah kembang masukkan vanilla dan diikuti dngn koko dan garam
  • Masukkan air panas,susu dan minyak
  • Setelah itu masukkan tpng gandum,b.soda dan b. powder yg telah diayak dan gaul sebati.
  • Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian.

CARA MEMASAK.


  • Panaskan kukusan dan balut dngn kain penutupnya.
  • Sapukan sedikit minyak di loyang dan alas dngn kertas minyak
  • Letak adunan coklat dan kukus selama 15 minit.
  • Tuang adunan cream cheese diatasnya dan kukus selama 15 minit.
  • Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya dan kukus lagi selama 20 minit.
  • Sejukkan dan boleh di hidangkan....
.




Tuesday 21 December 2010

Jantung Pisang Bertempoyak


Sekarang akak sedang tersandar kekenyangan selepas pekena gulai jantung pisang nih..dah agak lama akak tak menggulai jantung,..
tadi akak ke pasar.org2 kampung buat jualan..huiih macam2 ada..
memandangkan akak dan laling lebih suka makan jantung pisang , so akak decide utk gulai tempoyak je lah..huuiiihh..bukan mau puji,hari ni pengsan makan masak lemak cili padi.
pedas dan mabeles..
kalau ikut resepi orang n9 asal,gulai kami tidak letak bawang langsung,tapi hari ni ampon yo mak,...akak letak le sikit utk di modenkan tapi rasanya masih kekal sebab santannya agak pekat.

bahan2

1 biji jantung pisang
1 genggam ikan bilis yang telah bersih di buang kepala
11/2 senduk nasi tempoyak
1 senduk cili padi-(akak suka pedas)
sedikit kunyit hidup-kisar bersama cili padi
santan dari 2 biji kelapa
3 ulas bawang kecil-di hiris halus
1 batang serai-di titik




cara

Jantung pisang di bersihkan dan di racik kasar lalu di celur ke dalam air yang mendidih.
Toskan jantung pisang dan ketepikan
didihkan santan bersama cili padi,ikan bilis,bawang merah,tempoyak dan serai
jika menggunakan santan segar yang pekat,didihkan santan tersebut bersama 2 cawan air,mengikut kepekatan selera masing2.akak suka pekat.
dah elok mendidih,biarkan dulu 2 minit dan masukan jantung pisang
didihkan lagi hingga masak kuah..

sedap di makan bersama2 ikan goreng/ikan masin/telur dadar

Oreo Cheese Cake from Ainul and frens

Taraaaaa..ini lah rupa oreo cheese cake yang di reka oleh ainul dan kawan2nya..hah..sedap ke??
akak lom rasa lagi..muhaahaaa..ainul kecik2 lagi dah pandai nak derhaka resepi..akak kata jgn buh oreo blended tu dlm bahan cake tapi dia nak buh jugak..kesudahannya cenggitu lah rupanya.sepatutnya cakenya itu kaler putih tapi udah berubah ropa jadi cekelat..pastu memandai letak serbuk oreo di atas kek itu..akak pernah buat oreo cheese cake ni dulu di SINI
apa2 pun akak post kan kembali resepi nya ya..
sedap cake ni.resepinya akak ambik dari buku Pn Noraini Zakaria


bahan kek

250gm krim keju
250gm krim putar
80gm gula castor
60ml air
15gm gelatin halal
3 keping biskut oreo di ramas kasar

cara membuat

sediakan tin 7" jenis 'loose tin' yang boleh di buka di bawahnya.
Biskut: Tuangkan mentega ke dalam serbuk biskut oreo dan di gaul rata.Tekan pada dasar acuan hingga padat.sejukan dlm peti ais selama 30 mint.

Kek:Pukul krim putar hingga kembang dan pekat
simpan dalam peti sejuk sebentar.

Dalam bekas lain,pukul krim keju,krim biskut oreo dan gula castor hingga kembang dan berkrim.
Panaskan gelatin dan air hingga cair.setelah sejuk tuangkan gelatin dlm adunan keju dan di pukul sebati.masukan krim putar yang telah di pukul tadi dan pukul sebentar saja.
Biskut oreo yang telah di ramas kasar di masukan dalam adunan dan di gaul rata,Tuangkan atas lapisan biskut oreo yang telah keras.
simpan dalam peti sejuk selama 5 jam.




Monday 20 December 2010

Pau Inti Kacang Merah

Assalamualaikum semua,hari ini akak kembali dengan pau gebu gebas,resepi dari rumah UMMI.
Aduuuuh,,sungguh2 menawan hati ku..
Sambil akak sibuk2 menguli tepung pau,si ainul pulak sibuk dgn projek oreo cheese cakenya..nanti esok2 akak tunjukan hasil air tangan ainul yang dia banggakan sangat2 tu..
Pau ni akak derhaka kan sikit2.ampon ya ummi..saja2 nak test tepung pau tu.Intinya pulak akak beli yang dah siap ready made punya..kurang manis sikit tapi sedap lah untuk selera org menjaga kesihatan cam akak ni kan..
meh kita layan resepi nya ya..


tu yang untung nya buat sendiri.boleh letak inti banyak2 camni

Pau Inti Kacang Merah
source:UMMI

Bahan:-
300 gm tepung gandum
(*kalu guna tepung hongkong lebih cantik)-akak guna tepung pau
6 gm baking powder
2 gm garam halus
162 gm air suam
6 gm yis
30 gm gula
18 gm (1 sudu besar) shortening


Cara Membuat:-
Ayak tepung gandum dan baking powder. Campur garam dan ketepikan. Dalam mangkuk lain, campurkan air, yis dan gula. Kacau rata. Masukkan campuran tepung tadi. Uli sebati. Masukkan pula shortening dan uli lagi hingga adunan licin dan x melekat di tangan. Tutup dengan cling film dan biarkan naik sehingga dua kali ganda. Bila telah naik, tumbuk2 adunan tadi untuk keluarkan angin. Bentuk tepung tadi bulat2 kecil (+- 30gm) dan masukkan inti kacang. Letak atas kertas yang dipotong2 empat segi kecil dan letak dalam loyang. Buat hingga habis dan biarkan lebih kurang 10 minit. Kukus dengan api kuat lebihkurang 15 minit. (Balut penutup loyang dengan kain agar air tidak menitis atas kuih dan jangan buka penutup sehingga agak2 masak, takut bentat).

Thursday 16 December 2010

Sambal Udang Berpetai

Hari ni 10 muharram..hari asyura..
Kita di galakkan berpuasa sunat asyura pada hari ni..di galakkan juga,menyapu kepala anak yatim dan meluaskan perbelanjaan keluarga..sepatutnya elok buat bubur asyura hari ni..
Oleh sebab hari ni akak ada aktiviti di surau,akak cuma sempat masak2 untuk anak2 yang di tinggalkan sementara maknya sibuk dgn aktivitinya..
Ini lauk kegemaran mr laling.masak besa2 jek..tapi akak kepilkan jugak resepi supaya mudah untuk anak2 buat rujukan di masa depan nanti..


bahan2

1/2 kg udang segar-di buang kulit jadi vervogel
2 papan petai-di kopek kulit dan belah dua
15 tangkai cili kering*
8 ulas bawag kecil*
3 ulas bawang putih*
sedikit belacan*
2 sudu kecil gula
garam secukup rasa
3 sudu makan air asam jawa
2 sudu makan santan

cara

udang di bersihkan dan ketepikan
panaskan minyak
tumis bahan2 yang di kisar hingga terbit minyak atau naik bau
masukan garam
masukan gula
masukan air asam jawa.
bila sudah mendidih masukan udang
biar mendidih sebentar
masukan petai.
kacau rata.bg yg suka petai agak empuk,didihkan lama sikit.bg akak bila dah masukan petai terus tutup api..
sedia untuk di hidangkan.



ini lah menu pelbagai kami untuk hidangan makan tengahari dan senja nanti..
ada yang berpuasa hari ni.makan lah waktu senja nanti ya.

Agar-agar santan Gula Melaka.

Assalamualaikum semua...
hahaha...tengok tajuk pi rumah hana..jangan terkejut beruk pulak ya..nengok agar2 akak dgn hana punya tak sama..entah mana silap ,akak pun tak tau..belum sempat nak peksa2 lagi..agar2 santan hana elok jek santan dia kepul2 naik kat atas..akak punya habis santan tu sapu bersih keseluruhan acuan..apa lah dosa acuan tu...tapi serius akak cakap,yang akak ni sebeno nya tak suka makan agar2,tapi kali ni dah 3 ketui akak melantak sensorang.
meh tengok resepi yang akak sekodeng kat rumah HANA,pulak sekodeng kat rumah zana tapi resepi dari rumah watie...takpe nanti ada masa akak leh try lagi..kan..jangan putus asa.apa yang penting??..kerjasama....hahahaha...



Agar-agar santan gula melaka
source-HANA

Bahan-bahan
  • 10g serbuk agar-agar
  • 1/2 cawan gula merah
  • 1/4 cawan gula putih
  • 1150 ml air
  • 120ml air campur 1 paket santan serbuk(Akak guna jenama KARA)
  • 1 biji telur dipukul dengan santan tadi
  • secubit garam
  • 1 helai daun pandan
Cara-cara
  • Masak air dengan gula dan daun pandan (kalau guna gula merah cap bintang tak payah tapis)
  • bila gula sudah larut masukkan serbuk agar-agar dan kacau hingga semuanya larut
  • Kecilkan api
  • kemudian tuangkan campuran santan dengan telur, garam dan kacau terus hingga mendidih
  • Tuang kedalam acuan yang anda suka
  • Sejukkan baru di didinginkan dalam peti sejuk!




Wednesday 15 December 2010

Lala...masak lemak

Assalamualaikum semua..selamat tengahari..dah makan?..mesti sudah..
Hari ni akak jumpa lala(mungkin negeri lain nama dia lain) di market..suka sgt.sebab lala ni bermusim..susah nak dapat..bila dah jumpa terus ambik tak payah pikir2 dah.
Kali ni akak buat masak lemak cili padi..dah namanya org negori semua nya nak di gulai lemak kan?...sekali sekala apa salahnya..bukan setiap hari akak masak lemak..no good for your health..kolestrol,kalori semua ada dalam santan nih.lebih2 lagi org negeri ni kalau masak lemak, tak pekat tak sah..
meh tgk resepi besa2 je.



bahan2

1 paket lala@ 1kg
20 tangkai cili padi/api/burung*
sedikit kunyit hidup*
2 sudu makan udang kering-di tumbuk kasar
1 batang serai-di titik
5 ulas bawang merah-di tumbuk kasar
1 keping asam gelugor
garam secukup rasa
2tangkai daun kucai
santan segar yang siap di perah
1 cawan air
bahan2 bertanda * di kisar bersama

cara

bersihkan lala dan ketepikan
masukkan santan,air,serai,sedikit garam bersama bahan2 yang di kisar ke dalam periuk.
jerang hingga mendidih
biarkan mendidih dalam 2 minit
masukan lala dan jerang hingga lala betul2 masak
masukan daun kucai dan cili besar untuk hiasan jika suka
tutup api
sedia untuk di hidangkan..



pekat betul kuah ni.sedap.tapi akak posa.
petang2 nanti baru boleh rasa..
hahaha

Tuesday 14 December 2010

Sambal belacan Istimewa

Ekceli akak rasa ramai yang dah tau buat bila tengok resepi nya..sambal ni biasa di buat di negara Thai..cuma akak je yang dah lama tak produce sambal ni di rumah sebab kehabisan sos ikan..ainul baru pandai makan sambal belacan..bila masuk je sambal ni kat anak tekak dia,..terus dia bersuara...huuuiiiihhh...sedapnya sambal ni mak....tak pernah rasa pun..hah yo lah tu..dah berapa kali mak buat ko dok tengok aje kan..
meh tengok bahan2nya ya

bahan2

2 biji cili hidup
10 ulas cili api
1 sudu makan belacan yang telah di bakar
1 sudu kecil gula
3 ulas bawang putih
2 sudu makan sos ikan (agak2lah ya)

cara

tumbuk semua bahan bersama
rasakan manis dan masinnya ya
akak tak letak garam sebab sos ikan tu dah masin
dah sedia untuk di hidangkan
jika suka perah limau nipis


ini lauk tengahari tadi.lauk apa tu ya.cuba teka.


selain sambal belacan ni,akak suka sambal tempoyak colek tu jugak..

Apple Crumble

Hari ini akak ke dapur semula.nampaknya minggu ini akak tak ke mana2..
minggu depan belum tau lagi..wakakaa...
bukan apa..cuti sekolah kan?.setiap kali laling out station,pakcik pun mengangkut le anak bini dia sekali..makcik pun tumpang sonok le..jadi minggu depan akak akan ke JB pulak..tak lama.4 hari je..
hari tu ada telur org kawin akak buat sambal..ni apple, hadiah dari pengantin akak buat crumble pulak..skodeng resepi kat rumah HANA..maceh laling..cuma ice cream akak tu ada perisa stroberi..tu yang segan nak letak eskrim tu dekat2 tuh..eskrim vanila dah habis..koman tul la pasaraya kat tempat akak nih.




RESEPI APPLE CRUMBLE
by: hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
Untuk Crumble
  • 150g tepung gandum
  • 50g gula
  • 110g butter sejuk dr peti ais
  • sedikit garam
Untuk Inti
  • 3 biji epal - kupas dan potong dadu/slice
  • 2 sudu mkn gula perang
  • ½ sudu kecil serbuk cinnamon
Cara-cara
  • Satukan semua bhn crumble sehingga menjadi serbuk breadcrumb. ketepikan.
  • Dalam mangkuk lain, satukan semua bahan inti dan gaul sebati. Masukkan ke dalam
    mangkuk tahan panas yang telah dilengser dgn sedikit butter.
  • Masukkan inti. Tutup inti dengan menaburkan crumb tadi.
  • Bakar suhu 180 hingga kekuningan lebih kurang 30-40min.
  • Hidangkan dengan aiskrim atau sos kastad jika suka. Kalau suka makan sejuk, masukkan peti ais terlebih dahulu.




Sunday 12 December 2010

Sambal Telur Lagi

Assalamualaikum,jumpa kita lagi hari ni ya..
Alhamdulillah,akak telah selamat sampai di rumah petang tadi..rasa2nya..lepas ni plan dok di rumah aje dulu kot..kain baju pun banyak sangat nak di cuci dan di lipat..
fuuuhh!!!..banyaknya keje..
Sambal telur ni entri ulangan,merupakan feveret my laling..pernah post entri ni suatu masa dulu..akak masak sambal ni sebelum keluar rumah hari jumaat tu hari..
seperti biasa..cara memasak akak,kadang2 tak sama ya.kita tengok kali ini akak masak macam mana pulak..


sambal telur

bahan2

4 biji telur-di rebus.di buang kulit.ketepikan
15 tangkai cili kering*
6 ulas bawang kecil*
3 ulas bawang putih*
1/2 labu bawang besar-di hiris bulat2 sebagai hiasan
2 sudu makan udang kering*
2 sudu makan air asam jawa
sedikit gula
garam secukup rasa
minyak untuk memasak
kisar bahan2 yang bertanda *




cara

panaskan minyak.
goreng telur hingga bewarna agak keperang2an.
hati2 takut terpercik minyak.
angkat telur dan ketepikan
gunakan minyak yang sama,tumis cili kering yang telah di kisar hingga terbit minyak
masukan garam,gula dan air asam jawa.
dah cukup sebati rasa masin,masam dan manis,masukan telur yang telah di goreng tadi.jgn lupa hiaskan dgn bawang besar yang telah di hiris bulat.
kacau dan gaul bersama.
sedia untuk di hidangkan..


Friday 10 December 2010

Rendang daging Sempoi

Rendang ni akak buat sebagai bekal untuk ke rumah adik.selain dari puteri ayu tu,akak buatkan jugak rendang daging nih..
Akak namakan sempoi sebab memang bahan2nya akak gunakan yang paling mudah..yang ada dalam rumah je.tak sempat nak ke pasar atau ke kedai..yang benarnya malas yang lebih.
meh layan resepi sempoi ni ya
bahan2

1 kilo daging batang pinang
santan dari 3 biji kelapa atau
1 liter santan segar yang pekat(jgn tambah air)
8 ulas bawang kecil-*
3 ulas bawang putih-*
1 inci halia-*
3 batang serai-*
yang bertanda * semua di kisar kasar
(perhatian*-kalau rajin semua di hiris ya)
1 genggam cili padi di kisar
2 sudu makan cili kering di kisar
2 sudu makan rempah kari daging
2 sudu makan kunyit hidup yang telah di kisar
garam secukup rasa



cara

daging di hiris.jgn tebal sangat.sedang2 saja,bersihkan-masukan dalam kuali
curahkan semua bahan yang di kisar bersama cili dan rempah ke atas daging
gaul rata dan kacau hingga air daging menjadi kering
masukan santan
masukan garam secukup rasa
kacau hingga santan menjadi berminyak.
kecilkan api dan kacau lagi sehingga minyak berbuih
rasakan rendang dgn jari.
jika sudah garing tutup api.
sedia untuk di hidangkan




Puteri Ayu

Assalamualaikum semua..selamat bersiaran kembali..jap je ni ya..petang2 nanti akak nak ke KL.ke rumah adik bongsu pulak..saja2 ziarah.dia tak sempat balik,akak lah yang berkunjung ke rumahnya ..jadi kakak sulong camni le....
Aduuuh..lama tul akak tak buat kuih puteri ayu ni tau..last sekali akak buat masa anak sulong baru umur lam 3 atau 4 tahun..huuihh..dah 22 tahun yang lampau..huhu..(tuanya aku)
Resepi akak ambik dari rumah HANA yang sekarang ni sedang tersandar kekenyangan selepas membedal daging salai...muhahahaaa...jangan marah ya na..gurau2 hujung tahun namanya ni.




Puteri Ayu
source:HANA

Bahan-bahan
  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan gula caster
  • 3 biji telor
  • 1 1/2 cawan santan ( di ambil dari 1 paket ( 50 gm )santan segera +1 1/2 cwn air )
  • 1 sudu makan ovelette
  • 1 sudu makan baking powder
  • 1 sudu teh pewarna hijau
  • Inti kelapa
  • 1 biji kelapa parut putih sahaja
  • 2 sudu teh garam
  • 1 sudu makan tepung ubi
Cara-cara
  1. Ayak tepung bersama baking powder, ketepikan.
  2. Putar telor + gula sehingga betul2 kembang.
  3. Masukkan ovelette dan pewarna hijau, putar lagi sehingga sebati.
  4. Masukkan tepong sedikit demi sedikit berselangseli dengan santan sehingga habis.
  5. Inti kelapa- satukan semua bahan, gaul sehingga rata.
  6. Sapu acuan dengan minyak, ambil sedikit inti kelapa, tekan2 dalam acuan tadi, tuang adunan. Kukus selama 5 minit.




Wednesday 8 December 2010

Somtam

Assalamualaikum semua,
Akak dah balik..hehe..ini pun tak tau berapa lama ada kat rumah..esok lusa da nak terbang semula..mengalahkan wakil rakyat melawat kawasan akak ni..
dah lama plan nak wat somtam ni tau..ambik betik ni kat rumah makcik timah .ni pun dah seminggu betik ni dok terperap lam esbok ..!huuiih..mmg kes terlupa lah ni.. bila belah tgk dah merah makngah oi...seb baik isi keras lagi terus wat somtam yg dah lama menjadi idaman kelbu.
Ada satu dua bahan yg tak ada..malas nak kuar ke kedai memandangkan dapur akak akan sunyi balik dua tiga hari ni..guna je lah apa yg ada..resepi ambik kat rumah HANA..
maceh ya darling..lap u.kiss2 sikit..muahhh...hahaha..da bau sos ikan akak ni hana..

source dari:HANA
Bahan-bahan
  • 1 biji betik mengkal - sagat panjang
  • 2 biji mangga muda - sagat panjang
  • 4-5 kacang panjang - potong2-akak takde stok ni
  • Kangkung@daun ketumbar
  • 1-2 sb udang kering - goreng tanpa minyak
  • 5 sb kacang tanah goreng tanpa minyak - tumbuk kasar
  • 2 biji bawang besar - hiris
  • 5 atau lebih cili merah dan cili padi
  • 2 sb gula
  • 3 sb sos ikan
  • 5 biji limau kasturi - perah ambil jus



Cara-caraTumbuk udang kering dan juga cili. Kemudian masukkan gula, sos ikan dan perahan limau. Kacau sebati. Keluarkan.
  • Tumbuk pula kacang. Tumbuk kasar.
  • Gesek2kan kacang panjang dengan anak lesung agar pecah sedikit.
  • Dalam mangkuk besar, gaulkan semua bahan dengan sebati. Jika tak cukup masin, masukkan lagi sos ikan. Tak perlu masukkan garam sbb sos ikan dan masin. Seimbangkan rasa masam, pedas dan manis sedikit.
  • Masukkan kangkung@daun ketumbar. Kangkung tk perlu celur. makan mentah. Gaul. (hana tambah tomato ceri, kubis sagat dan timun hiris sbb tak cukup bahan)
  • Hidangkan di atas pinggan dan taburkan lagi dengan kacang tumbuk dan juga udang kering jika suka.

Sunday 5 December 2010

Salam Maal Hijrah



Selamat Menyambut Maal Hijrah





Assalam buat semua teman2 di sini..
Teman sehati sejiwa main masak2 bersama..kita kongsi resepi tapi bukan kongsi gambar kan.?tak baik tau ambik gambar2 kat rumah orang..kita ni penat lah ke kedai beli bahan2 bagai,penatlah kita berhabis gas memasak,tiba2 orang lain sedap2 ambik gambar dalam dapur kita dan post kat rumah dia.tak baik tau buat macam tu..
Jadi lah blogger yang profesional..kita boleh hilang kawan kalau buat macam tu.
isshhh..melalut betul dah akak ni..

Baiklah di kesempatan ini akak nak ucapkan selamat menyambut maal hijrah..
Esok akak tak ada.dah mula sibuk di surau..
Buat adik2 dan teman2 blogger disini suka akak ingatkan jangan lupa baca doa akhir dan awal tahun esok..
Jaga Diri buat semua,insyaALLAH kita jumpa lagi selepas ini....

Saturday 4 December 2010

sibuk arrrr minggu ni.........

Terlebih dahulu nak bagi tau.semenjak dua menjak ni akak menghadapi sedikit masalah nak mengupdate blog.maklum sebagai kakak yg tertua dlm keluarga telah menjadi tugas akak mewakili adik beradik yang lain untuk menghadirkan diri ke majlis2 jiran tetangga dan saudara mara.sibuk bukan kepalang.bukan setakat satu majlis..cuba tengok gambar2 yang kat bawah ni,gambar yang akak pinjam dari pakcik google,nak ambil gambar betul2 mau akak di hambat oleh nenek2 dan mak2 sedara kat kg ni...mesti akan keluar dialog nih..confirm punya......
wakakakakaka..........

'apo kono kau?takdo kojo ko pogang kamera yo.dah buang tebiat ko?meh sini tolong den kupeh bawang..'
huhuhu....


dalam satu hari akak boleh attend dua majlis cukur jambul
ni cerita semalam


esok ada dua majlis kenduri kawin

ni cerita dua hari lepas...al fatihah untuk arwah