Monday 28 February 2011

Ikan Tenggiri masak lemak peria

Assalamualikum semua..
Oh!kakak2 dan adik2..sila jangan menyampah tengok entri hari ni..buat izahdaut nanti kita set pertemuan dan akan akak lambakkan segala menu pilihan masak lomak kesukaan ko.ya zah?.
Begitu jugak buat adik2 yg lain..jgn risau..insyaallah akan akak tunaikan..tunggulah blogger masak2 buat majlis makan2 ya..hehe(entah bila lah tu)
Entri ni sepatutnya akak post kan semalam.memandangkan semalam akak tak ada masa,lepas masak terus ke rumah adik ipar untuk menziarah PIL..sebab nak hantar lauk dan sedikit kueh.
Saja mau meringankan beban tuanrumah.maklum hujung minggu pasti ramai yg dtg menziarah kedua2nya..
Kali ni akak masak lauk masak lemak ni dalam kuali..


Ikan Tenggiri masak lemak peria
by anymz my kitchen

Bahan2

1 ekor ikan tenggiri size sederhana-di bersihkan,di cuci dgn garam dan asam jawa dan kerat ikut suka dan di lumur dgn sedikit garan dan serbuk kunyit.-ketepikan
25 ulas cili padi-ikut suka,jika tak suka pedas boleh kurangkan
sedikit kunyit hidup-tumbuk bersama cili padi
2 keping asam gelugur atau asam keping
rm 4(santan da naik harga) santan segar-anggaran 2 biji kelapa.-ketepikan 1 cawan
3 cawan air
3 sb air
3 biji peria-belah dan rendam dalam air bergaram
garam secukup rasa
2 ulas limau kasturi- di ambil airnya


cara

jerang kuali atas dapur
masukan ikan,cili padi dan asam keping dan kacau rata.masukan 3 sudu besar air.kacau
masukan santan dan air.kalau kurang kuning boleh tambah sedikit serbuk kunyit.
masukan garam.kacau selalu dan hati2 jgn pecah ikan
dah mendidih masukan peria dan rasakan garam..kalau kurang garam,boleh tambah.
kacau selalu supaya tidak pecah minyak
dah mendidih masukan 1 cawan santan yang sudah di ketepikan.kecilkan api dan biarkan ia merenih hingga keluar sedikit minyak.
Akhir sekali masukan air limau kasturi.tutup api dan sedia untuk di hidangkan..



meh makan

Saturday 26 February 2011

Asam Pedas Ikan Jenahak

Assalamualaikum semua,
Selamat Berhujung minggu ya semua..baru lepas layan hindustan ek?..best kan?..tapi cuaca panas sungguh kan?..
Takmo cerita panjang hari ni.saja letak post asam pedas dari org sedenak ni..sedap betul asam pedas org Johor ni tau..meh tengok resepi..sebelum tu mintak maaf ya mat.ada yang akak derhaka sikit2..alaa..sikiiiit je.hehe


asam pedas

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg ikan sembilang, anggaran 3 ekor-akak guna 1 keping kepala dan 1 isi ikan jenahak
1 biji terung biru-akak guna bendir
1 genggam daun kesom
1/2 cawan jus asam jawa
Air secukupnya
1 1/4 cawan cili kisar
Garam dan gula (kali ni mat letak serbuk perasa...atas perintah yeaa)-akak guna 1 kiub pati ikan bilis

BAHAN KISAR HALUS :-)
8 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 keping hirisan lengkuas'
2 keling hirisan halia
1/2 inci kunyit hidup
2 biji buah keras
1/2 inci belacan
1 batang serai-akak tambah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan disiang, kerat sederhana besar, cuci bersih dan perap dengan jus limau kasturi dan sedikit garam selama 10 minit. Cuci bersih dan toskan. Terung dibelah 2 dan potong serong setiap belahan, rendam. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar hingga harum, tambah cili kisar, masukkan sedikit garam dan serbuk perasa. Tumis hingga cili garing, guna api perlahan. Tuang air secukupnya dan biar mendidih.
  3. Masukkan ikan dan terung, kacau rata dan tuang jus asam jawa, masukkan daun kesom. Bila mendidih, rasa dan jika perlu tambah garam secukup rasa. Masak hingga terung lembut dan ikan masak. Boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan ulam-ulaman....
asam pedas kali ni akak kisar sekali serai tu.
dan
tak sah kan kalau buat asam pedas kalau tak ada telur dadar?
dan
akak pun buat lah telur dadar cencaluk


telur dadar cencaluk.
resepi lihat Di SINI.
seriyes sedap telur dadar ni rupa2nya.
nyesal lambat buat.


Friday 25 February 2011

selamat hari lahir untukmu








HAPPY 44th BIRTHDAY
TO




Banana Banana Bread

Memang very the moist lah roti yang tak serupa roti ni..rasa kek pisang sudah tentu tapi isi nya padat dan moist sangat.
Akak buat banana bread mulanya sebab nak menghabiskan stok pisang yang dah lama terperam kat dlm esbok tu.bila izah post n3 banana bread ni akak berkata dlm hati.ah!cuba je lah,mungkin sedap sebab izah punya dua orang anak kecik,budak kecik tak menipu kalau anak kata sedap tu maknanya sedap lah kan?boto tak zah?..
Meh kita tengok resepi yang izah ambik dari shelley albeluhn dari allrecipes



Banana Banana Bread
by anymz mykitchen

Bahannya:

  • 2 cwn tepung serbaguna * saya guna gandum
  • 1 teaspoon baking soda
  • 1/4 teaspoon garam
  • 1/2 cwn butter
  • 3/4 cwn gula perang
  • 2 telur
  • 2 1/3 cawan pisang lecek masak ranum *saya guna pisang verangan

Caranya:

Panaskan oven ke 175 C. * saya guna suhu 170 C.

Dalam mangkuk yag besar, satukan tepung, soda dan garam. Dalam mangkuk yang lain pukul butter dengan gula hingga berkrim dan ringan. Kemudian masukkan telur dan pisang lecek dan aduk hingga sebati. Masukkan adunan pisang tadi ke dalam mangkuk tepung. Aduk hingga sebati dan sekadar rata. Tuang ke dalam loyang yang disapu butter atau alas dengan kertas minyak.



memang moist


Thursday 24 February 2011

Mung Bean Mochi

Kueh ni memang kegemaran akak tapi tak tau nak tanya sape macam mana nak buat..akak selalu makan kueh ni kat restoran Jepun dan baru2 ni waktu ke mid valley akak jumpa lagi kueh ni...
fullamak satu bokeh tu akak leh melantak sorang2 tak hengat..
Semalam waktu bw ke rumah PATY'S KITCHEN akak terpandang kueh ni terus dengan rasa tak sabar akak scroll dan scroll dan pusing balik mencari mana arah tuju resepi kueh ni..
Akhirnya bila dah jumpa terus beli tepung pulut.
alhamdulillah dah selamat masuk lam perut kueh ni..
oopss..inti red bean tu akak beli dah siap di kedai menjual peralatan kek..beli yang ready made punya.sonang kojo den..
meh layan resepi



Mung Bean Mochi
by anymz mykitchen

INGREDIENTS

220 gm tepung pulut - lebih kurang 2 cawan
110 gm gula pasir/ lebih kurang 1 cawan
200 ml santan - (l kotak santan Kara)
Kelapa kering atau tepung beras yang disangrai



dah hampir habis baru teringat belum ambik gambar inti.
maka begini lah rupa inti di dalamnya.
sekejap je habis licin
tak sangka en somi dan anak2 pun suka.

PREPARATION

Satukan tepung pulut dan gula, gaul rata. masukkan santan dan kacau sehingga adunan menjadi licin.
Masukan adunan kedalam loyang yang cetek dan kukus selama 20 minit. gunakan chop stick untuk memeriksa samada adunan telah masak atau tidak. Kalau adunan tidak melekat bermakna adunan telah masak. Angkat dan sejukkan sebentar
Bahagikan adunan kepada 12 bahagian. Leperkan dan masukkan inti. Balutkan dan bentukkan seperti bebola kecil. Salutkan bebola mochi ini ke dalam kelapa kering. Jika tidak mahu gunakkan kelapa kering bolehlah gunakan tepung pulut yang disangrai terlebih dahulu.

Wednesday 23 February 2011

Strawberry Swiss Roll

Assalamualaikum
Kembali bersiaran setelah satu hari akak memendamkan diri..cuma pegi BW kejap2,tinjau kejap2 sekadar melepaskan rindu..
Hari ni akak buat swiss roll.dah lama teringin tapi tak teringat..
Akak ambik resepi dari rumah CMG dan CMG pulak ambik dari mamafami...kalau ikut tajuk tu strawberry swiss tapi satu strawberry pun tak ada,cuma letak jem strawberry dan kaler merah.
masa proses membuat ni akak agak terkonfius(sila abaikan bahasa ini)sedikit bila akak tengok tepung tu cuma 11/2 oz je..eh!mat ni biar betul,maklum last sekali akak buat menda alah ni masa akak ting 3,kelas sains r/tangga...kekekeke...dah tua camni baru teringin nak buat semula..
Akhirnya menjadi jugak.meh tengok resepi yang akak copy paste dari rumah CMG.
Mat ku pohon keizinan dari mu ya.

Buat2 tak nampak mana yang tersopek tu ya
Strawberry Swiss Roll

Bahan2

3 biji telur gred A*
2 oz gula halus*
1/2 camca teh baking powder*
1 camca teh esen vanilla*
1 1/2 oz tepung gandum*
1/2 camca besar susu tepung*
1/2 camca besar ovallate*
2 oz mentega, dicairkan
Sedikit pewarna merah
Strawberry filling @ jem, secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan2 bertanda (*) dalam mixing bowl, putar dengan kelajuan tinggi sehingga kembang (7 - 8 minit). Tuang mentega cair dan gaul rata dengan spatula.
  2. Cedok 3 camca besar adunan dan gaul dengan sedikit pewarna merah. Tuang adunan biasa dalam loyang swiss roll yang telah dialas kertas minyak. Ratakan.
  3. Sudu2kan adunan merah dan lorek2 dengan chopstick untuk mendapat kesan marble. Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 20 minit. Sejukkan sepenuhnya sebelum disapu dengan strawberry filling@jem dan gulung kemas2...


Sila buat2 tak faham kenapa jem tu tercalit kat situ.


Tuesday 22 February 2011

Agar-agar Lumut

Setelah ronda2 di rumah kak wan,terus hati terpikat dgn kehijauan agar2 ni..cuma kaler hijau akak tak secerah hijau di rumah kakwan tu..
Akak sebenarnya agak jarang buat agar2.sebab utamanya akak sendiri kurang gemar.kalau akak buat pun mesti akak buat yg lembik2 gitu dan makan dgn sos kastard atau susu cair tapi memandangkan dgn cuaca panas sekarang ni saja akak buat agar2 cenggini dan simpan dalam peti sejuk supaya mudah utk anak2 makan semasa dahaga..


Agar-agar lumut
by anymz mykitchen

Agar-agar Lumut
Bahan A
15gm serbuk agar-agar
750ml air 225gm gula pasir

Bahan B
5 helai daun pandan + 250ml air (kisar jadikan jus pandan)
350ml santan pekat KARA
2 biji telur
1/8 sudu teh garam halus
Pewarna hijau Loyang 8" atau acuan disukai (basahkan terlebih dahulu)

Cara-cara :

1. Masak bahan A hingga mendidih, perlahankan api.
2. Bahan B : Kisar daun pandan dan air, tapis kemudian campurkan dengan santan, garam, pewarna dan telur. Kocok sedikit dan tapis ke dalam agar-agar yang mendidih tadi. Biarkan seketika baru di kacau perlahan-lahan.
3. Tuang ke dalam acuan yang disukai.
4. Biarkan suam dahulu baru disimpan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

Monday 21 February 2011

Bingka Roti Kelapa

Assalamualikum buat semua pengunjung anymz-mykitchen...cewaah..
Dah makan tengahari?..Hari ni akak masak lauk goreng2 je untuk anak2..sat gi ada pasar mlm,so masak utk anak2 yg bersekolah je lah..
Hari ni akak buat bingka roti kelapa..resepi akak ambil dari majalah saji tahun 2008..memang sedap bingka ni..rasa lemak susu cair dan rasa kelapa di dalamnya,memang susah untuk di gambarkan akan kesedapannya..cuma akak tersilap masukkan ke dalam loyang yang agak lebar sebab tu bingka ni tak tinggi...
Buat kawan2 dan adik2 penggemar kueh bingka cuba lah memang tak merugikan..



Bingka Roti Kelapa
source:majalah saji



bahan2

6 keping roti
1 1/2 cawan susu cair
3/4 cawan gula perang
1/2 cawan kelapa kering
2 biji telur
1 sudu teh esen vanila


cara

Satukan gula,telur,susu cair dan roti.Kisar sebati.
Tuangkan dalam mangkuk
Gaulkan dengan kelapa kering dan esen vanila
Tuangkan dalam adunan dan bakar pada suhu 190 selama 45 min.

Saturday 19 February 2011

Apam Labu

Assalamualikum semua..
Taaarrraaa.....hah ijah akak dah buat dah..bila bukak je dapur rumah izah pagi tadi terus jumpa apam labu ni.kebetulan akak ada beli labu kat pasar tani tu hari..tak tau nak buat apa lagi terus akak mengodek apam bila izah kata apam ni sedap..memang sedap.betul kata ko ijah oi..
Asal usul apam ni dari versi keledek tapi si izah tu memandai jek pi tuko ke labu..labu pun labu lah izahhhhh..janji sodap..tak rugi mencuba..
akak mintak ijin salin resepinya ya..mokaseh yo..

Apam Labu
by anymz-mykitchen

Bahan A

3 sudu makan tepung gandum
2 ssudu teh yis
1 sudu teh gula kastor
3 sudu makan air suam


Bahan B

230 gm labu-di rebus lembut
150 gm gula
1 biji telur
150 ml santan pekat


Bahan C (ayak bersama)

200 gm tepung gandum
1 sudu kecil double action baking powder


cara

Campurkan bahan2 A dan kacau hingga sebati.kemudian biar kan selama 5-6 minit.
Campurkan semua bahan B dan kisar halus.Tuangkan ke dalam mangkuk adunan.
Masukan bahan C ke dalam adunan B yang di kisar sedikit demi sedikit dan kacau rata.
Masukan pula bahan2 A tadi dan kacau hingga sebati.
Biarkan adunan selama 1 jam.(ummi tutup mangkuk adunan)
Panaskan kukusan dan bolehlah di tuang adunan tadi ke loyang besar atau acuan2 kecil yang disapu dgn sedikit minyak dan kukus lah hingga masak (ummi guna acuan kecil dan kukus selama 15-18 minit)
Hidangkan bersama kelapa parut yang di gaul dgn sedikit garam dan kukus kelapa sebentar agar kelapa tidak mudah basi





Friday 18 February 2011

Gulai Ikan Sembilang Salai

Assalamualaikum semua
Sekejap je sudah Jumaat..as salam Jumaat pada sekelian yang hadhir pada hari ini..kalau ada yg hadhir esok kira ucapan dah lain lah ya..

Ikan sembilang ni sebenarnya lebihan ikan yg akak gulai masa adik2 balik time cuti CNY tu hari..akak skipkan 3 ekor lam freezer..saja je buat cenggitu.hari ni anak2 ada yg balik jadi dapat lah akak menggulai lauk ni hari ni dgn rebung muda..sedap ikan dan rebung.cadang nak gulai dgn belimbing buloh.buka plastik tgk belimbing dah boleh buat jus..huhu..apa taknya..dah sebulan dia dok lm esbok tu..tukang masak tak sedar..

Hari ni akak bagi resepi yang paling2 simple dan akak rasa bg anak2 yg tak pandai masak pun boleh tiru..sekali lagi akak ingatkan,org2 n.sembilan jikalau menggulai amat2 mementingkan rasa asam dan garam dan kepedasan dan kepekatan santan menjadi perkara utamanya...tang ni korang kena pandai djust..kalau tak tak dapek den nolong doh...huhu..sedih akak..




Ikan sembilang salai
by
anymz-mykitchen


bahan2

3 ekor ikan sembilang/3 keping ikan tenggiri-di bersihkan di lumur dgn garam dan kunyit dan kemudian di salai atas bara atau masukan sebentar ke dalam oven

segenggam cili api (boleh kurangkan kalau takmo pedas)-di kisar
sedikit kunyit hidup-di kisar bersama cili padi
1 paket rebung-di toskan airnya
4 cawan santan pekat + 1 cawan air


rebung tu muda ya akak2 sekelian..jgn marah hah..


cara

jerang santan bersama cili api dan rebung
kacau hingga mendidih
didihkan hingga keluar sedikit minyak
masukan ikan yang sudah siap di salai dan di kerat tiga.
gaul rata dan kacau perlahan agak2 dlm 5 min.
tutup api dan sedia untuk di hidangkan.


Wednesday 16 February 2011

Red Velvet cake-cupcake

Assalamualaikum semua.....
Alhamdulillah sudah kembali ke rumah dengan selamatnya..dua tiga hari ni akak agak sibuk dgn beberapa majlis sempena sambutan maulidurRasul..
akak buat red velvet versi cupcake ni semalam sebelum akak ke kuala lumpur..buat kek ni utk anak2 adik yg dok sbn..saja seronok buat dlm cup yg akak beli kat ikea tu hari..cuma yg spoil nya red velvet akak tak jadi red sebab terlebih koko..tapi takpe lah..utk anak2 buah yg kecik tu diorang seronok lah tgk kaler cekelat ni kan...kek ni memang sudah menjadi kesukaan anak2 akak..lain kali nak cuba buat dlm cup yg kecik sikit..
Sebenarnya akak dah terlupa di mana akak ambik resepi ni.tapi korang boleh tengok juga kat rumah RIMA yg memang terkenal dgn kecantikan dan kesedapan keknya.puas akak ronda2 rumah kawan2 nak mencari balik dimana akak cedok resepi sedap nih.minta maaf pd yg berkenaan ya.di rumah zarin pun ada tapi korang boleh juga tgk resepi ni DI SINI.
Ini versi akak nak cepat dan buat ikut suka hati je..kalau mau cantik buatlah topping menggunakan whip cream..di lain masa akak post cupcake dgn topping whip cream ya.


Red Velvet Cake-versi cupcake

bahan2

2 1/2 cawan tepung kek-di ayak
1/2 sk garam
2 sb koko
1/2 cawan butter
1 1/2 cawan gula
2 biji telur
1 sk esen vanila
1 cawan buttermilk-(1 sb cuka + 1 cawan susu segar-di adun 5 min sebelum guna)
2 sb pewarna merah
1 sb cuka
1 sk baking soda
1 sk baking powder


cara

Gris acuan.akak guna cup cake.
Ayak tepung,garam dan koko bersama.ketepikan.
Dalam bekas berasingan pukul butter dan gula hingga kembang.masukan telur dan pukul sebati.
masukan tepung dan buttermilk berselang seli.di mulakan dgn tepung dan di akhiri dgn tepung juga.
Campurkan cuka,pewarna merah,baking soda dan baking powder bersama dan tuang ke dalam adunan.
Gaul rata dan bakar hingga masak dgn suhu 190 atau mengikut keadaan oven masing2.
Dah masak boleh juga di hias dgn cream atau topping yang telah di nyatakan.




tak rugi mencuba..memang sedap

Monday 14 February 2011

Ya Nabi Salamun Alaika

Marilah kita banyak kan berselawat di bulan kelahiran Nabi kita Muhammad s.a.w
Assalam Maulidur Rasul
dan
Selamat Bercuti



Sunday 13 February 2011

Lompang Salji

Assalamualaikum
Akak masih lagi seronok mencuba resepi dari majalah2 lama yg ada dlm simpanan ni..
Ada tu majalah dr tahun '90an lagi ..fuuhh..lama tul.
Resepi yang ini akak ambil dr majalah mingguan wanita..akak dah lama suka tgk kueh lompang yang dua warna.nampak berselera.
Seperti biasa akak masih dalam pantang dan semua kueh mueh akak bagi pada anak2 untuk di jamu kawan2 diorang di sekolah..



Lompang Salji



bahan2

300 gm gula merah - akak guna 150 gm
200 gm tepung ubi - akak guna 100 gm
400gm tepung gandum - akak guna 200 gm
300 gm gula halus - 150 gm
2.5 liter air - akak guna 2 cawan air biasa dan 2 cawan susu segar
1 sk kapur - 1/2 sk


cara

masak gula merah bersama air tapi akak bancuh gula merah bersama air panas mendidih menjadikan ia setengah cawan.
Gaul tepung gandum,tepung ubi bersama air dan kapur tapi akak blend semua bahan bersama dan bahagi kepada dua bahagian..
Air gula merah tadi di jadikan satu bahagian dan satu bahagian lagi di warnakan hijau.
sapu acuan dgn minyak dan letak setengah aduanan gula meraj dahulu dan kukus selama 10-20 min.
Kemudian tuang adunan hijau ke atas adunan gula merah.
Kukus lagi selama 10-20 min
Sejukkan sebentar baru di keluarkan dari acuan.
Tabur kelapa parut di atas kueh.


sesekali kita tukar rupa kueh lompang.


Udang Goreng Oat Berkari

Assalamualaikum..
Alhamdulillah dapat jugak akak bersiaran hari ni..maklum selalu hujung2 minggu begini..sibuknya tak boleh nak cakaplah,..padahal rakyat di rumah ni sudah mula berkurangan lepas diorang cuti panjang sempena CNY tu hari.
Lauk ni akak masak tengahari tadi untuk ainul dan wazir.Diorang tak kesah pun kalau takde lauk berkuah maka maknya ini pun ambil kesempatan je lah kan.masak cincai2 je..akak jumpa resepi ni dulu2 di majalah saji..tapi banyak yang akak derhaka kan sebab resepi asal akak tgk agak leceh..setelah di olah begini lah rupanya..


Udang Goreng Oat Berkari

bahan2

10 ekor udang size sederhana-di potong sedikit hujung kepala dan ekornya.bersihkan.ketepikan

bahanA
1 biji putih telur-di pukul
sedikit garam
sedikit lada sulah
sedikit tepung ubi

bahan B
2 sudu besar oat
3 keping biskut cream cracker
3 tangkai daun kari
semua bahan ini di kisar menggunakan mesin pengisar kering
2 ulas cili hidup-di kisar dgn mesin pengisar kering
2 ulas bawang putih-di sagat


sedikit minyak

cara

Gaul udang bersama putih telur dan lada sulah.biar sebentar.kemudian gaul udang bersama tepung ubi dan goreng sehingga masak.angkat
Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit.
Tumis cili hidup dan bersama bawang putih hingga naik bau.masukan bahan2 A dan masukan udang dan kacau rata hingga berwarna keperang2an..(spt dlm gambar)
sudah masak sedia untuk di hidangkan


makan dgn serdak tu pun dah sedap.




Saturday 12 February 2011

Nak Story Sikit..

Assalamualikum semua...
Hari ni lari dari cerita my kitchen tapi masih berkenaan wanita..
Ragu2 mula nya nak bercerita tapi sering sangat kedengaran..cecerita..cecerita...
segan arrrrr...malu wey..macam2 versi negatif dok ada dlm kepala nih..huhu
Hari Jumaat yang lepas akak ada bg tau akak terpaksa mengharungi sesuatu
hah!ini lah cerita yang akak nak mulakan...
En Suami suruh akak bersiap katanya nak bawak akak ke suatu tempat..
Rupa2nya akak di bawa ke tempat ini

ada suka dalam duka




untuk menjalani rawatan ini


dan juga yang ini

Yang sedihnya tolong tengok menu akak ni ya..

Sarapan Pagi-Oat+air panas/2 biji putih telur+air kosong
break time-1 biji apple tanpa kulit
Lunch-2 keping tauhu/4 keping yong tauhu+sayur2an/meehun sup
break-1 potong betik
dinner-sup2 dada ayam(tanpa kulit)/3 biji meatball/3 ketul fishball-tanpa nasi
sayur2an

Akak rasa akak taklah bambam sangat..tapi entah kenapa semakin hari berat akak semakin bertambah..En suami kata memandangkan akak tak pernah dan tak reti meminta2,(agaknya muka aku ni muka kesian ke)..dan dia pun jatuh kesian maka nya akak di bawa ke tempat yang sumpah kalau akak tau mcm ni punya azab takkan mau akak ke situ lagi..tetapi memandangkan en suami yang beria2 akak ikutkan aje..katanya..kesian kat anak2,kesihatan akak yg lebih utama.lepas ni cuma pantau je lah pemakanan akak..sebab utamanya akak dalam proses menuju ke angka 50.(lambat lagi wey.3 thn lg tu)..bila dah menopause nanti mcm2 boleh berlaku..lebih baik mencegah dari berubat katanya.Ini kira ikhtiar jugak..urusan lain serahkan pada Allah swt.
Panjang dia membebel...dia membebel pun sebab akak kata

1-saya gemuk ke?
2-saya dah tak cantik lagi ke?
3-abang nak buka cawangan ke?
4-tak suka saya masak lagi ke?

panjang sebenarnya senarai bebelan akak tuuuu...

Bilis Dan Keledek Berlada

Assalamualaikum semua.
Lauk akak hari ini gara2 versi nak menghabiskan keledek..alhamdulillah tak membazir..lauk yang begini memang menjadi kesukaan anak2 dan sesuai untuk di bawa untuk berkelah dan boleh simpan stok ini utk bbrp hari..
Akak jumpa resepi ni dulu di majalah saji juga..dah byk tahun dah..cuba lah bagi yang belum ya.




Bilis Dan keledek Berlada

bahan2

1 biji keledek-di hiris halus,di goreng dan di toskan
1 cawan ikan bilis-di goreng dan di toskan
1/4 cawan cili kering-di kisar
1 labu bawang besar-di kisar
1 sb gula
2 keping asam gelugur
garam secukup rasa

cara

Panaskan minyak,tumis bawang dan cili kisar sehingga garing,masukan gula dan asam gelugur
Setelah sambal pekat,masukan keledek,ikan bilis dan kacau rata
Angkat dan hidangkan.

Friday 11 February 2011

Talam Ubi Keledek

Assalamualaikum semua...
Maaf ya akak belum sempat lagi nak balas komen2 dari adik2 dan rakan2 sekelian..
Ada beberapa perkara yang perlu akak harungi semalam..nanti bila ada masa akak story mory ya..terima kasih pada yg mendoakan kesihatan FIL akak..beliau masih lagi menuggu giliran untuk di bedah..
malam ni ada majlis di surau kat tempat akak.kueh ni untuk di jadikan buah tangan ke surau mlm ni..maklum anak2 kalau bab talam ni agak kurang sikit.kita kata lah sedap macam mana pun adalah seketul dua diorang jamah.itu pun mungkin sebab nak ambik hati maknya..hehe
Terjumpa kueh ni kat majalah saji dah lama..baru hari ni berkempatan membuatnya..senang dan sedap kueh ni..harum je masa mengukus tadi..harum bau lemak santan...tapi akak boleh rasa seketul je sebab akak masih dalam proses berpantang...pantang apa??....tungguuuu nanti akak bagi tau...sabau le izah oi......kekekeke


Talam Ubi Keledek
source majalah saji



bahan2 untuk lapisan bawah

300gm keledek merah - akak guna keledek biasa-rebus hingga empuk dan lecek
75 gm tepung beras
75 gm tepung ubi
150 gm santan - akak guna santan kotak + 150 gm air
250 gm gula pasir - akak guna 200 gm
1 sudu kecil garam
1/2 st esen vanila-akak tak letak
sedikit pewarna kuning

bahan2 untuk lapisan atas

100 gm tepung ubi
200 gm santan pekat + 200 gm air
2 sudu besar tepung beras
1 sudu kecil garam


cara

untuk lapisan bawah

Bancuh tepung beras dan tepung ubi dgn campuran santan hingga sebati.kemudian tapis.
Akak blend semua bahan termasuk keledek.
Kemudian masukan ke dalam periuk dan kacau di atas api sederhana hingga pekat.
Tuangkan ke dalam loyang.boleh juga gunakan acuan kecil hingga paras separuh sahaja dan kukus selama 7 min.
Jgn lupa sapu acuan dgn sedikit minyak dahulu

Untuk lapisan atas

Akak blend juga semua bahan dan masukan ke dalam periuk dan kacau atas api hingga pekat dan tuang ke atas adunan keledek tadi dan kukus semula selama 10 min.bila dah masak sejukan dulu baru di potong ataupun keluarkan dari acuan.


letak dlm bekas2 kecil begini mudah untuk di jadi kan sebagai buah tangan



ambik sorang seketul terus ngapppppp...



Wednesday 9 February 2011

Masak lemak keladi bertempoyak

Assalamualaikum..
Harap jangan marah ya...balik2 n3 masak lomak.
sebenarnya akak masih dlm kecemasan sebab tu akak tak dapat nak membaking hari ni..rasa cam nak buat cipon cam kat rumah hana..,tgk bingka rumah izahdaut tu pun teringin gak.eh!apam katrumah mas duniaku tu pun nampak best gak..tapi hari ni telan air liur je tgk semua tu..FIL akak dah dlm ICU skang ni..jadi akak dapat masak lauk ni je hari ni.ni pun first time akak masak lauk style begini..mula2 nampak keladi kat pasar tu akak tanya makcik pasar.

ni apo ni makcik?
makcik jwp..keladi lah..
akak tanya lagi..gatal tak?
isssshh..mano lak gatal..dah byk kali den masak..takdo lak gatal doh..buek gulai tempoyak buh sorai sebatang sodap....
muhahaha...kalau sape tak paham tu sila buka kamus n9 ya..hehe..

bahan2

1 ikat batang keladi dan sedikit isi
1 batang serai-di titik
3 sb tempoyak
3 cawan santan-tak guna santan pekat sebab tempoyak akan memekatkan kuah.
1/2 genggam ikan bilis
3 sb cili padi yang sudah di tumbuk
sedikit serbuk kunyit atau kunyit hidup yang di tumbuk bersama cili padi

cara

bersihkan keladi dan rebus sebentar dan buang airnya ketepikan
masukan santan sekali dgn tempoyak.cili padi,ikan bilis dan serai ke dalam periuk.
Jerang hingga mendidih dan masukan keladi.
didhkan sebentar dan sedia untuk di hidangkan..

keladi ni muda betul.ni lauk akak je lah.anak2 tak reti makan ni.


ulam sampingan.jering dan sambal bacang.

My favourite Blog

My Feberet Blog


Assalamualaikum
Pagi2 semalam bukak aje blog si Izahdaut ni terus nampak homework yang dia bagi pada akak..terharu sebenarnya sebab walaupun izah jauh lebih muda dari akak tapi kepakaran izah dlm masakan tak boleh di sangkalkan lagi.tengok je entri2 dia yg telah lepas..maceh Izah sebab tak jemu2 izah singgah ke sini dan melayan akak bercakap negori...walaupun kdg2 ayat2mu lintang pukang tapi takpe akak suka..hehe

Syarat:

1. Copy gambar atas ni di entry. Letak kat atas sekali.
  • Dah letak dah tu

2. Nyatakan dari mana dapat tag ni.
  • Dari IzahDaut yang pernah merajuk tak menjadi dan buat semua orang susah hati..

3. Listkan 5 blog yg menjadi favorite serta sebabnya-

Sebenarnya semua blog masak2 memang menjadi blog feveret akak..malangnya hampir kesemua yang akak nak tag sudah di tag oleh CMG,Hana,Ummi,nor secubit garam,TTM,mas Duniaku,along Roz,Ayu S'pore,Yatie memories,Ros Jintan manis,HaSue,Yani,Azlita,Yatt maria,LemonGrass,Anna Qawina,LinRosLy,Lady of Leisure,kasehredha..issh..ramai lagi lah..
Pada semua blogger masak2 anda semua adalah sahabat yang terbaik dan senantiasa menjadi feveret dan rujukan akak.
Kalian tetap di Hati ini.(wah!..emo pulak kejap)
Terima Kaseh semua.



Award ni pulak akak dapat dari Deliah's Deli..terima kaseh Dell..ni ke mana menghilang Puan Dell kita nih..dah dua tiga hari tak nampak..

Tuesday 8 February 2011

Masak Lemak Cili Padi Ikan Kurau masin Bersama Bacang Muda

Assalamualaikum semua..dah makan tengahari?..mesti dok tersandar pulak tu kan..sambil2 pikir apa nak masak utk minum ptg.buat kueh apa tu??..hehe

Lauk akak tengahari tadi memang marvelous habis..sila jangan muntah ya..nyampah sikit2 takpe jangan byk2 nanti akak merajuk..wakaka..buat Izahdaut yang sedang mengidam masak lomak tu sila jamu mato yo.
Mula2 akak di perkenalkan masakan ni oleh arwah mak, memang akak agak pelik sebab bacang di gulaikan dgn ikan masin tapi menurut mak akak, ini masakan org2 zaman dulu cuma ikan masin tu aje di modenkan maklum dulu2 mana ada ikan kurau kan..sebab ikan ni agak mahal harganya.akak beli banyak tu hari tapi simpan dlm freezer dan masak sikit2.meh kita tengok resepi mudah dari akak...


Ikan Kurau masin bersama bacang muda
by anymz my kitchen

bahan2

2 ketul ikan masin -sebarang jenis tapi akak guna ikan kurau.-akak rendam sekejap utk menghilangkan sedikit rasa masin.
15 biji cili padi-di tumbuk halus
sedikit serbuk kunyit atau kunyit hidup
2 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
1/2 biji bacang muda-di potong wedges

cara

sediakan periuk dan jerang santan cair dan ikan masin bersama jugak serbuk kunyit.jgn lupa tu.
kacau selalu supaya jangan pecah minyak.akak tak letak garam sebab ikan masin tu dah masin ya.tapi bagi sesiapa yang merendam kan dulu ikan masin tu boleh lah letak sedikit garam supaya tidak pecah minyak apabila menggulai.apabila sudah elok mendidih,masukan santan pekat dan bacang,kacau lagi hingga mendidih.kecilkan api dan tunggu hingga bacang sedikit empuk.tutup api dan sedia utk di hidangkan


close up sikit.tengok bacang muda tu..terliur tak.sekarang ni kat tempat akak sedang musim buah bacang.



nah dah siap.silalah...
bismillah

kalau sesiapa suka nak letak bawang ke,serai ke,sila lah tak jadi hal.cuma masakan negori yang pure begini lah rupanya..cukup menjimatkan.jimat bawang je lah..santan tu mahal kemain lagi sekarang ni kan?

maaf.hari ni gambar tak berapa menarik sebab cameraman sudah bertukar.bukan org yg biasa.


p/s

Zah,
ko pilih zah,nak gulai bacang ko nak buah diyan?...