Wednesday, 29 June 2011

Moist Yogurt Chocolate Cake

Assalamualaikum semua

Di Negeri Sembilan public holiday hari ini sempena menyambut hari israk dan mikraj..
Ramai yang berpuasa di luar sana tu ke?..kalau dah berpuasa hari ni harap2 kita di kurniakan kesihatan yang baik untuk meneruskan puasa sehingga hari khamis nanti ya?
Alhamdulillah akak di kurniakan kesihatan yang baik hari ni..Badan sudah kembali normal selepas berehat panjang semalam..
Sudah lama akak pekenan dengan kek ni..tambahan stok yogurt memang dok ada je lam esbok tu..jadi akak pun mengodek kek ni lewat mlm tadi sambil menunggu bangah balik dari ng China lewat jam 1 pagi semalam.
Takut ada tetamu2 yang tidak di rancang muncul time cuti2 begini,tu yang akak buat kek chocolate nih..dapat jugak di hidangkan buat sesiapa yang tiba2 muncul kan?
Akak ambik resepi dari dapur ibundo kakPah..dan kakpah pulak ambik dari hasil sekodeng rumah cik manggis..terror betul bonda2 berdua ni mengekek...
Hasil air tangan Kakpah dan CikManggis tidak pernah mengecewakan...

Psst..psst..kakpah,pueh bodek dah ni..tak ado apo2 nak boghi ko?.kihkihkih..


Moist Yogurt Chocolate Cake
by
anymz mykitchen
source:dapur ibundo
source:CM



Bahan-bahannya:
1 cawan serbuk koko.
1 cawan air mendidih.
1 cawan butter-suhu bilik.
4 biji telur.
2 1/2 cawan gula halus.
2 tsp esen vanilla.
3 cawan tepung kek*
2 tsp baking soda *
1 tsp baking powder *
1/2 tsp garam halus * (*ayak)
1 cawan fresh yogurt.


akak tidak menggunakan ganache seperti dlm resepi..
stok cream sudah habis..
jadi guna apa yang ada je lah ya..
untuk ganache yang simple lihat di SINI ya


Cara-caranya:
  • Bancuh serbuk koko dengan air mendidih hingga rata.
  • Pukul gula dan butter hingga kembang dan ringan.
  • Kemudian masukkan telur satu persatu,esen vanila,yogurt,tepung yang diayak bersama baking soda,baking powder dan garam tadi.Pukul hingga sebati.
  • Akhir sekali masukkan bancuhan serbuk koko dan pukul lagi hingga rata dan sebati.
  • Bakar dengan menggunakan loyang bulat berukuran 9".Jangan lupa sapukan butter pada loyang dan alaskan dengan baking paper.
  • Bakar hingga masak.
  • Biarkan dalam loyang selama 10 minit baru keluarkan kek.Biarkan kek betul-betul sejuk baru di salut dengan coklat ganache.
Chocolate ganache

450 gm Coklat masakan-potong kecik.
300 gm cream(Cm guna whipping Cream)

  • Masukkan semuanya kedalam periuk yang sesuai.Masak dengan menggunakan api yang kecik sehingga coklat cair.kacau hingga sebati

Tuesday, 28 June 2011

Roti Sosej Bercajun

Assalamualaikum semua

Ada yang berpuasa ke tu?..
Alhamdulillah baru ada tenaga sikit untuk mengentri mlm ni..Siang2 tadi tak ada semangat langsung cuma singgah sekejap di rumah IzahDaut yang telah membuat akak tersedak dgn entrinya hari ini..Entri talam yang telah menganggu gugat kedudukan akak di rumah orang kenduri tempoh hari.Akak sedang membantu kawan2 mencuci ayam sebanyak 70 ekor tu.Buat kacau daun betul si Izah sms semata2 nak menanya santan dan air siap ugut2 bagai pulak tu..wakaka
Hari ni akak tak berapa lalu nak makan..
Bila terpandang je roti di rumah Mas ni terus akak ada idea nak buat..maceh Mas..lap you lah mas atas idea bernas nih.
Bila ada cajun tu mesti terbuka selera kan?..cuma akak tambah sedikit Italian herbs.tapi akak tak letak kat sini..terpulanglah pada you all yang membaca ya..kalau teringin boleh letak berbagai2 rempah keluaran 'mc cormick' ni.
Seperti biasa resepi roti kita ambik dari rumah siapa lagi kalau bukan CMG yang anginnya kejap kembang kejap kempis tu..jangan marah ya CMG..gurau2 je nih..

Roti Sosej Bercajun
by
anymz mykitchen


BAHAN-BAHANNYA :
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung (mat guna susu "everyday")
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 g mentega
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)
14 batang sosej "Ayamas"
Bijan untuk hiasan


Akak pernah buat roti serupa
sila lihat di SINI ya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik.KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing
  2. UNTUK SOSEJ ROLL :- Celur sekejap sosej, tos, sejukkan dan lap kering. Tumbuk doh untuk membuang udara, bagi doh pada 14 bahagian. Ambil satu bahagian, tarik sikit dan lilit pada sosej, tapi pastikan hujung dan pangkal sosei tidak tertutup. Lilit dengan kaedah menindih dan hujung doh diselitkan bawah lilitan, tujuan untuk mengelakkan dok terbuka bila kembang nanti. Susun dalam loyang yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Buat hingga siap.
  3. Biar 45 minit, sapu baki telur dan tabur dengan bijan. Bakar 25 minit pada suhu 190C dalam oven yang telah dipanaskan hingga kuning keemasan. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan..

Saturday, 25 June 2011

Tak ada resepi hari ini...

Assalamualaikum semua

Hari ni akak sibuk sikit..ini pun singgah sebentar kat sini.Hari ni takde resepi sebab masakan hari ni semua orang tau buat..kalau tak tau jugak bagi tau ya..boleh akak katok pale lutut siapa yg bertanya tu...wakakaka

Pagi tadi jenguk2 sekejap kat wall fb sambil balas komen kwn2 yang masih dok mengusik bangah anak bujang akak yang no dua tu..dia masih di Guangzhou,China..Harap2 di permudahkan segala urusannya di sana..insyaAllah..

Ada sesiapa hilang idea nak buat minum petang?
Ni buah sukun yang akak goreng lewat petang semalam.Bagi sesiapa yang tak tahan tu jangan makan sebab buah sukun ni berangin..kalah keledek.memang kuat betul anginnya tau..Akak makan pun agak2 je..cicah dgn kicap cili padi memang terbaik..best..kunyah garing2 sambil nonton maharaja lawak akhir mlm tadi..sambil minum kopi o panas.hehe



Sukun goreng
sangat sesuai untuk minum petang




Nasi Lemak
Buat ni pagi tadi..Senang nak tinggalkan anak2 dgn perut kekenyangan.
Jap lagi akak dan en somi nak menghantar pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan.
Esok giliran rumah pengantin lelaki pulak.
Jadi kalau akak tak muncul esok tau lah di mana akak berada ya..
TaTa.


German Cookies

Assalamualaikum semua

Alhamdulillah ramai yang berkunjung ke mykitchen semalam.Untuk pengetahuan semua kebanyakan entri2 akak adalah merupakan auto post.Akak belum sempat lagi nak BW ke rumah teman2 memandangkan kerja semakin hari semakin banyak.
Anak2 memang benar2 gembira dgn perubahan diri maknya.Kalau teman2 semua perasan hanya tahun ini saja akak aktif berblogging semasa bulan puasa.Tahun2 yang lepas tidak ada satu entri pun dari akak tentang kukis dan kek untuk hari raya.Ainul yang paling seronok kerana biskut raya maknya sudah berbaris panjang dah tu..Jangan ingat yang bukan2 ya.InsyaAllah tidak pernah berlaku pembaziran dalam bab2 biskut raya ni..Laku macam goreng pisang paneh.hehe..mana lah tahu kan,tahun ini kita dapat bersama tahun depan siapa yang tahu..
German Cookies sepatutnya di keluarkan minggu lepas.Tapi akak bagi laluan pada tart nenas tu dulu.Seperti di rumah IzahDaut anak2 tak berapa nak suka biskut german ni..'mak korang ni,sekut mesia dah habis ke?sampai ke german pulak cari kukis' kata en somi yang suka buat lawak antarabangsa..tak kelako lah bang....hahaha

German Cookies
by
anymz mykitchen


Bahan-bahan :

  • 125 gm butter, dilembutkan pada suhu bilik
  • 40 gm gula icing, diayak
  • 1 teaspoon, untuk biskut perisa vanilla
  • 2 teaspoon serbuk koko, optional(ditambah jika ingin mendapatkan biskut perisa coklat)
  • 125 gm potato starch
  • 80 gm tepung kek/tepung gandum



Cara-cara :
  1. Di dalam mangkuk pengadun, pukul butter dan gula icing hingga gebu dan ringan. Tambahkan asen vanilla dan gaul rata.
  2. Ayak tepung kek dan juga potato starch ke dalam adunan. Gaul menggunakan spatula hingga mendapat doh yang lembut. Sekiranya doh terlalu lembik dan sukar dibentuk, balut dengan plastik dan simpan di dalam peti sejuk 10-15 minit(Naz simpan 20 minit).
  3. Gentel doh menjadi bebola-bebola kecil dengan diameter lebih kurang 2cm dan susun di atas loyang pembakar yang telah dilapik dengan kertas pembakar. Tekan setiap bebola dengan garfu untuk mendapatkan corak(celup garfu ke dalam air selepas setiap kali penggunaan untuk mengelakkan doh melekat pada garfu).
  4. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 C selama15 minit di rak yang paling atas(tidak perlu membakar sehingga biskut bertukar warna menjadi warna perang).
SELAMAT MENCUBA!

Friday, 24 June 2011

Puding Keju

Assalamualaikum semua

Cuaca panas betul kat luar tu hari ni..

Mesin basuh kain akak rosak jadi balik ke manual lah nampak gayanya..bila cuaca panas berdentung camni rasa syukur sangat.cepatlah kainbaju tu kering.

Exercise tangan betul hari ni.sape2 yang nak cari gaduh tu memang leh lawan bertumbuk dgn akak sekarang ni..memang power betul tangan ni rasanya..IzahDaut ada berani ke?..kihkih
Bila cuaca dah panas terik mula lah teringat puding keju ni..
Jangan marah ya, ada macam2 versi rupa bentuk puding ni..
Dah lama teringin nak kan silicone mould ni tau..ni kira kes lepaskan gianlah ni kan?..haha
Buat adik yang mengirim tempoh hari terimakaseh daun keladi,jika ada barangan baru bolehlah kirimkan lagi..orang berbudi kita berbahasa,orang memberi kita merasa..insyaAllah bila dah cukup barangan yang nak di kirimkan tu,anda tunggulah depan pintu rumah tu ya..hehe


Puding Keju
Resepi : AlongRoz
Sumber : Kak Nor
Bahan :
  • 13g Serbuk Agar-Agar
  • 1 liter Air
  • 120g Gula
  • 3 biji Telur
  • 120-150g Biskut Cheese - blend halus
  • 1 sb Tepung Kastad
  • 400ml Susu Cair
  • 200g Susu Pekat ~ utk 1/2 adunan k.nor letak 2 sudu besar jer
  • 50g Mentega

mcm2 bentuk ada tu.

Cara membuatnya :
  1. Masak serbuk agar2 dgn air sehingga hancur. Kacau selalu.
  2. Masukkan gula & kacau sehingga sebati.
  3. Pukul telur sehingga rata & campurkan biskut & tpg kastad.
  4. Masukkan susu & kacau sebati.
  5. Tuangkan ke dlm adunan agar2 tadi & tutup api apabila mendidih.
  6. Masukkan mentega sehingga sebati.
  7. Tuang ke dlm tin/acuan & biarkan sejuk di suhu bilik.
  8. Sejukkan sebelum di hidangkan.
* Utk bahan telur, biskut, susu cair, susu pekat dan tepung kastard.. K.Nor blend semua sekali dlm blender.
Bila dah tuang ke dlm adunan agar, adunan akan jd pekat dan hendaklah sentiasa dikacau hingga mendidih. Pastu padamkan api dan biarkan sebentar (sejuk sket), baru lah dituang dlm mould (kacau dulu hingga sebati sebelum menuang)

Lauk pauk biasa-biasa aje

Assalamualaikum semua

Hari ni rasa penat betul..
Selepas en somi gi kerja,akak pulak bersiap2 utk ke sekolah anak2..kali ni en somi tak dapat ambil buku rekod anak2 ni sebab ada bbrp hal yang tidak boleh di elakkan..Agak2nya dlm hati anak2 ni berkata.."fuuuuuuh..legaaaaa"...lagi pun anak2 yang agak2 dah last ni biasanya tugasan itu banyak yang sudah akak ambil alih..umur pun dah nak masuk skim pencen..malas sikit lah gamaknya tu kan?..tak kisahlah kan..mak ke ayah ke,sama aje.

Selesai urusan di sekolah bebudak ni, terus akak ke pasar beli ayam..cadang nak buat ayam versi Love tu..tengok Nor dan Mas dah buat dah tu.mesti sedap.lagipun hari ni jumaat,rasa nak masak simple2 je sebab nak kejar waktu, nanti senang bebudak ni nak ke masjid...tetiba teringat pulak buah kuinin yang makcik Haksah bagi semalam..cadang nak buat lawa atau kerabu..sungguh tak sesuai.Ainul pulak cadangkan ayam tu di masak lemak cili api..huh!jemu lah nul..asek masak lomak je..terus akak goreng je ayam.

Selesai masak terus kemas dapur dan barang2 yang di beli tadi tapi tengok2 ada yang tertinggal..beras basmathi...aduuuuuuuuuuuh....lomah tul rasanya..start enjin kereta terus ke kedai tadi tengok elok je beras tu dok tersandar di satu sudut..pulang balik berpeluh2..air cond kereta pulak tak ada..gas dah habis.tunggu bangah balik dari negeri China biar dia aje yang buatkan..huhu..eh!tetiba rasa rindu pulak kat anak bujang sorang tu..

Hari ni masak besa2 je..resepi rujuklah kat tempat yang akak dah link kan tu ya..tak larat..mau titun jap..


Lawa kuinin
by
anymz mykitchen
ada penambahan disini..jangan lupa perah sebiji limau nipis/limau kasturi pun boleh


ayam goreng cara biasa2


sayur tauge kasar..


asam pedas ikan kembung tabur lada hitam
resepi kat SINI

Thursday, 23 June 2011

Talam Nangka

Assalamualaikum semua

Semalam akak melompang,hari ni akak menalam pulak ya..tapi kali ni kita menalam dalam acuan agar2 pulak..tak suka menalam dalam loyang sebab leceh nak potong2.kalau letak dlm acuan gaya gini senang anak2 nak ngap sorang satu.
Alhamdulillah anak2 suka dengan talam nangka ni..masa tengah mengukus tu wangi betul bau nya,mula2 takut gak nak makan talam nangka ni..mana tau boleh hangin pulak satu badan kan..alhamdulillah tiada apa2 yang berlaku..
Talam ni dah lama berada di pasaran cuma akak je yang baru nak terkedek2 merasa kenikmatan talam nangka..kalau nak tengok kejadian yang lebih sempurna silalah ke rumah yatie ya..ratu talam kita tu..akak buat biasa2 je.
Hari ni cameraman ada penyakit 'm'.sebab tu gambar tu dok elok diam cenggitu je..terlupa nak terbalikkan talam tu biar org tengok isi nangka nya...hehe


Talam Nangka
by
anymz mykitchen
source:yatiememories



Bahan-bahan la
pisan bawah
  • 1 cawan nangka- di cincang
  • 1 cawan tepung beras
  • 3 s/b tepung jagung
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 3 cawan santan cair
  • 2 helai daun pandan
  • sedikit garam



Cara menyediakan lapisan bawah.

  1. Panaskan kukusan, lapiskan plastik dan sapukan minyak pada loyang 8 inci bulat/ 4 segi..
  2. Satukan tpng beras, tpng jagung, gula, garam dan santan cair dan kacau rata...tapiskan.
  3. Masak adunan sebentar sehingga nampak naik wap, masukkan sekali daun pandan supaya wangi....
  4. Masukkan nangka yg di cincang...kacau lagi hingga nangka dan adunan sebati.( keluarkan daun pandan tadi, barulah tuang adunan ke dlm loyang)
  5. Tuangkan adunan kedalam loyang, ratakan dan kukus selama 20 minit.
Lapisan Atas -
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 4 s/b tpng jagung
  • 3 cawan santan pekat
  • 1 s/k garam
  • 2 s/b gula pasir
  • 2 helai daun pandan
  • pewarna oren (terpulang pada selera masing2)
Cara menyediakan lapisan atas
  1. Gaulkan semua bahan utk lapisan atas dan tapiskan.
  2. Masakkan sebentar adunan ni diatas api yg sederhana perlahan...masukkan sekali daun pandan... sentiasa kacau supaya adunan ni tidak berketul2.(adunan berwap saja...)
  3. Bila adunan lapisan bawah telah masak, cakarkan sikit dgn garfu dan tuangkan adunan oren atas permukaan nangka tadi...(keluarkan dulu daun pandan tadi..)
  4. Kukus lagi selama 20 minit.
  5. Kuih hendaklah benar2 sejuk barulah di potong dan hidangkan.

Tuesday, 21 June 2011

Lompang Jakarta

Assalamualikum semua

Dah petang baru akak dapat masuk entri..buat2 sibuk hari ni..
Sibuk membahagiakan diri..
Alhamdulillah terima kaseh pada si dia yang mengirim..Dah lama akak cari mould tu tetiba ada orang hadiahkan,bersyukur sangat2.Semoga rezeki adik kita tu akan bertambah2 lagi hendaknya ya...

Eh!berbalik kepada kueh akak petang tadi,resepi akak dapat dari mek cajun IzahDaut..entah dah jumpa ke belum cajun nya tu..kekeke
Akak bagi fullmark lah lompang dari kak Fida ni.memang sedap dan terbaik.
Tak payah makan dgn kelapa parut bagai sebab rasa lompang ni pun dah cukup lemak dah.Rasa manis dia pun dah sedang elok je dah..tak perlu kurang atau tambah..terima kaseh ya zah sebab promote lompang ni.kenapa eh nama dia lompang jakarta?..
Walau apa pun tak rugi mencuba....sedaaaaaaaap.!


LOMPANG JAKARTA
by
anymz mykitchen
sumber:IZAHDAUT


Bahan-bahan ( lebih kurang 20-25 keping )

125 g tepung beras
2 sb tepung sagu/ubi
200 ml santan pekat (100ml sntn KARA + air)
1/2 sk air kapur
200 ml air*
125 g gula pasir* *
1 sk pandan pes + pewarna hijau *

Topping Dadih :-
160 ml santan pekat (100ml sntn KARA + air)-akak guna 200 ml santan + 60 ml air
1/4 cawan tepung beras-akak guna 1/2 cawan tepung beras
1/4 sk garam



Cara-cara

Masak bahan bertanda* dgn sehelai daun pandan,jadikan air gula dan sejukkan.
Campurkan air gula dgn tepung2,santan pekat,air kapur,pandan pes dan pewarna hijau,kacau dan tapis.Ketepikan.
Satukan bahan2 dadih,kacau,tapis dan ketepikan.
Sapu acuan lompang dgn sedikit minyak dan panaskan di dalam kukusan.
Tuang adunan hijau 3/4 paras acuan lompang dan kukus selama 10 min.
Tuang pula topping dadih ke atas lapisan hijau dan kukus lagi selama 10 min atau hingga masak.
Sejukkan kuih dan keluarkan dr acuan dan hidangkan.

Monday, 20 June 2011

Makaroni Goreng Berempah

Assalamualaikum semua

Harap2 belum terlambat lagi akak nak bersiaran ya.Dan akak harap2 jugak andainya kak rose kalau baca entri saya ni harap kak rose ke rumah Nor secubit garam untuk mengetahui keterangan lanjut dari Nor mengenai blog k.rose ya.
Akak buat macaroni ni selepas teruja tengok menu ni di rumah Nor tempoh hari..dan selepas peristiwa itu si Izahdaut pun meroyan nak mencari cajun...sampai tidur malam pun mimpi cajun wakakaka...jangan majuk arrr zah...nanti dahi tu berkedut..
Eh!..sedap lah macaroni ni..betul cakap Acik Erna kita tu..setahu akak ,akak sedara kita tu makan memilih sikit..tapi bila bab macaroni Nor ni dia boleh langgar pantang pulak ya...kihkih..gurau kak..jangan marah yo..jangan tarik balik sos pocal tu yo..simpan elok2 nanti se dtg ambik..
Okay..berbalik pada kisah macaroni ni tadi,sangat sesuai lah di buat atau di goreng macaroni ni sebagai hidangan makan malam,minum petang atau makan tengahari pun boleh..memang sedap..tak rugi mencuba..
Terima Kaseh Nor atas resepi mudah yang tersangatlah mabeles....kiss sikit,..mmmmuuaaahhh


MAKARONI GORENG PEDAS BEREMPAH
by
anymz mykitchen
Bahan:

2 cawan makaroni
1 keping dada ayam- di potong kecil
3 ulas bawang putih-di ketuk dan di cincang
1 labu bawang besar*
1 biji tomato besar*
1/2 batang carrot*
1/3 biji capsicum merah*
1/3 biji capsicum hijau*
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk cili kasar
1/2 sudu besar cajun
2 sudu besar sos cili
1 cawan air rebusan makaroni
1 biji telur-di pukul sedikit
garam
sedikit gula
daun sup-di hiris
minyak


cara:

Rebus makaroni sehingga lembut dan toskan.(Asingkan satu cawan air rebusan)
Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan ayam dan masak hingga isi ayam bertukar warna putih.
Masukkan tomato,carrot,capsicum merah dan hijau dan goreng seketika.
Masukkan pula serbuk lada hitam,serbuk cili kasar,cajun,sos cili,garam dan sedikit gula jika suka.
Masak hingga tumisan berbau wangi dan alihkan bahan2 ke tepi kuali dan masukkan telur.
Biarkan telur masak sedikit lepas itu kacau hingga menjadi seperti scrambled egg.
Masukkan makaroni dan air rebusan tadi (tujuan di masukkan air adalah untuk menghasilkan makaroni yg sedikit basah dan tidak terlalu kering.boleh skip jika suka makaroni yg kering)
Kacau goreng lagi sekejap dan bolehlah di hidangkan dlm pinggan.
Taburkan daun saderi/sup sebelum di hidangkan.

*Isi ayam boleh di ganti dgn daging atau daging cincang.

Saturday, 18 June 2011

Kari Ayam

Assalamualaikum

Alhamdulillah hari ini berlalu dengan sangat lancar..semua kerja dapat akak selesaikan..
Balik aje dari makan kenduri akak terus hadiri mesyuarat tingkap .Banyak perkara yang perlu akak bereskan..maklum kita kena seimbang baik urusan dunia mau pun urusan akhirat.
Menjelang malam akak perlu masak pula memandangkan siang tadi akak tidak memasak..
Penat memang lah penat tapi demi kewajipan kita perlu laksanakan juga..
Bersyukur pada Allah swt yang mengurniakan kesihatan yang baik buat akak pada hari ini dan mudah2an hari seterusnya.insyaAllah amiiin..
Hari ni akak post kan resepi kari ayam simple yang akak buat sebab nak makan dgn roti jala semalam.Harap2 teman2 yang bertanya di sini dan inbox fb akan berpuas hati ya.masak kari yang biasa2 je ni..tapi cubalah kalau sudi ya.


Kari Ayam
by
anymz mykitchen

bahan

1/2 ekor ayam-di potong kecil2
4 biji ubi kentang-di potong dua dan belah empat
3 sudu besar pes cili kering-abaikan jika tidak suka pedas
6 ulas bawang merah-di hiris halus
3 ulas bawang putih-di hiris halus
sedikit halia-di hiris batang mancis
1/2 labu bawang besar-di tumbuk
rempah penumis-kulit kayu manis,bunga lawang,bunga cengkih dan buah pelaga
Rempah kari daging/ayam-lebih kurang 2 sudu besar
2 keping asam gelugor
2 gelas santan
sedikit air
1 kiub pati ayam
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

cara

Panaskan minyak di dalam periuk
Tumis bahan2 hirisan hingga berwarna keperang2an
Masukkan sekali rempah penumis
Masukkan bawang besar yang sudah di tumbuk lumat
Masukkan pes cili dan gaul rata
Masukkan rempah dan daun kari dan tambahkan sedikit air
Kacau rata hingga sebati
Masukkan ayam ,garam dan gaul rata
Masukkan asam gelugor dan biarkan hingga ayam setengah masak
Akhir sekali masukkan santan,kiub pati ayam dan rasa, jika perlu tambah garam dalam masakan.
Jika terlalu pekat bolehlah di tambah dengan sedikit air.
Masukkan ubi kentang dan kacau rata.
Tunggu hingga ubi kentang sedikit empuk.
Kecilkan api dan biarkan ayam medidih perlahan
Tutup api jika sudah masak dan sedia di hidangkan bersama roti jala atau roti biasa.



Kaswi Gandum

Assalamualaikum semua

Meh kita ramai2 pakat makan kaswi dari kak liza dan di fofularkan oleh mek cajun si IzahDaut..dah merata pergi nya kaswi ni..memang tak rugi mencuba..sedaaaaaaaaaap..kenyal2 rasanya..memang sesuai dgn tekak akak..teringat masa mula2 belajar buat kuih kaswi .

Dulu2 cara gini lah yang di ajar oleh mak akak..cuma dulu2 bila mak ajar,'ko masukkan tepung,buh tepung ubi sikit..air dia tu ko agak2 lah..kalau kurang kang koreh pulak',adeh...arwah mak selalu mengajar masak dgn gaya gitu.suka cakap main agak2..bila dah salah kita jugak yg kena marah..'kan dah cakap agak2 lah' ..muhahaha..kenangan manis betul belajar masak dgn arwah mak.
Eh!tersasar dari landasan dah ni...meh tengok resepi..maceh ijah..harap2 ko dah jumpa cajun ko tu ya..ke nak akak carikan kat sini..koman tul la orang KL tak jumpa cajun..
Orang T'ganu pun leh dapat..eh!akak pun nak cari cajun gak..dah meroyan tgk macaroni nor....alamak..tersasar lagi...


KUEH KASWI GANDUM
by
anymz mykitchen
sumber:IzahDaut


Bahan Sirap

5 cawan air
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
*saya tambah beberapa helai daun pandan
Masakkan semua dan sejukkan

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kanji/ubi/jagung
1 sudu kecil kapur kueh [optional]
Kelapa parut ( yang muda)
Sedikit garam





Cara:
1.Panaskan kukusan.
2. Ratakan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan. [Lapikkan pelastik saiz loyang]
3. Bancuh semua bahan dan tapiskan. Tuangkan dalam loyang.
4. Masakkan sehingga masak [30 minit]
5. Tunggu sehingga sejuk baru bolih potong dengan pisau pelastik.
6. Kelapa muda digaulkan sedikit garam.
7. Lumurkan kueh yang dipotong bersama dengan kelapa tadi.

*saya buat separuh pun puas makan.-Akak jugak buat separuh..

Sambal Ikan Bilis,Tauhu dan tempe

Assalamualaikum

Waktu entri ini ke udara puan tanah sudah ke rumah orang kenduri..jiran terdekat tuuuu,takkan nak datang makan je tak?..esok2 kalau kita buat kenduri org dtg makan je tau pulak nak marah kan?..kihkih..Hari ni puan tanah rasa sehat jadi dapat le pergi nyibuk2 kan diri.tolong apa2 yang patut..tak pun tunjuk muka je..selebihnya terus kupas bawang diam2..haippp..kupas bawang kerja mokcik2 yang sudah berumur..puan tanah muda lagi jadi haruslah nolong menumis apa yg patut..kan..kan?
Seperti biasa hari sabtu cenggini blog masak2 mesti sunyi lagi kan,tapi tak apalah masuk gak entri hari ni buat rujukan resepi anak2 di masa akan dtg.
Akak suka lauk sambal begini.Anak2 pun suka..kan ke semalam hari berjimat cermat,selain lauk telur tu akak buat le lauk sambal ni jugak..kedua2 lauk habis sekali hadap..malamnya akak goreng mi jek..entri mi di lain kali ya..


Sambal ikan bilis,tauhu dan tempe
by
anymz mykitchen

bahan2

15 tangkai cili kering-cuci dan rebus sebentar
5 ulas cili padi jika suka pedas
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
semua bahan di atas di kisar
2 bungkus tempe-di potong ikut suka ketepikan
segenggam ikan bilis-di rendam
2 keping tauhu-di belah 3 dan potong 4
Garam secukup rasa
sedikit gula
sedikit air asam jawa.
sedikit serbuk kunyit
minyak untuk memasak


cara

Panaskan minyak
Gaul tempe bersama serbuk kunyit dan goreng hingga masak-angkat dan ketepikan
Goreng tauhu hingga masak-angkat dan ketepikan
Goreng ikan bilis hingga garing-angkat dan ketepikan
Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit di dalam kuali
Tumis bahan2 yang di kisar hingga terbit minyak
Kacau sebentar
Masukkan sedikit garam dan gula
Masukkan air asam jawa
Kacau sebati
Akhir sekali masukkan bahan2 yang sudah di goreng tadi
Gaul bersama dan angkat.
Sedia untuk di hidangkan dan sesuai di makan dgn nasi panas...




Friday, 17 June 2011

Roti jala

Assalamualaikum

Alhamdulillah selamat buat minum petang tadi..Inilah hasil air tangan Farah(kakak),Amir dan Ainul.kelentang kelentung mereka bertiga di dapur tadi sebab teruja nak guna acuan roti jala yang baru ,di mana baru je akak terima dari chik mimi pagi tadi..terimakaseh mimi..tak sabar2 budak2 ni nak menjala dan lihatlah hasilnya..
Walaupun tak cantik macam hasil air tangan mokcik2 di luar sana tapi can do lah bila mak pak nak makan kan?..Resepi akak ambik dari rumah Yatie.Terima kaseh aunty yatie...memang sedap le makan dgn kari ayam..

Roti Jala
by
anymz mykitchen

Bahan-bahan


  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan air
  • 1 cawan susu segar
  • 1 bij telor
  • 1 sudu kecil garam halus
  • beberapa titik pewarna kuning


Cara-Cara
  1. Masukkan semua bahan ke dalam blender.
  2. Blend hingga semua sebati. Biarkan sebentar.
  3. Sediakan kuali leper non-stick dan ceduk adunan dengan acuan roti jala dan tebar/kirai adunan atas kuali.
  4. Gunakan api perlahan. Masak lebih kurang 1 minit.
  5. Angkat dan gulung atau lipat ikut suka. Selamat Mencuba.

kena buat selalu kalau nak mahir.kata maknya..
hehehe


Telor Masak Taucu

Assalamualaikum semua

Hari ini tayang menu simple je lah ya.Akak ke pasar sekitar kawasan tempat tinggal je tadi..tujuan nak beli ayam..suka tau beli ayam fresh yang baru di sembelih..sekali tengok kedai ayam tutup..tokeh makan angin ke Sarawak..wey,!bg Zali ke sarawak tak bagi tau yo..ese nak kirim pes laksa hj manan...huhu
Pastu akak ke tempat apek jual ikan yang hidup segan mati tak mau tu..Pun tutup jugak..apek ni ada kedai runcit di kawasan itu ..rupa2nya dia tutup kedai ikan sebab ikan mahal katanya..sapa mau beli maaaa,...ya tak ya jugak semalam dia jual sotong sampai 18 henggit sekilo.ikan tenggiri toksah cerita lah..adeh!..hari ni hari Jumaat..tadi cadang nak buat ayam mayonis nor,ganu tu..udahnya anak2 hari ni kita makan ayam jugak ya..Telor Ayam..janji ada nama ayam kan?..

Hari tu pegi rumah kjee terliur tengok telor masak taucu kjee ni..Terus akak kopipes je resepi kjee dari situ..terimakaseh kjee....memang anak2 suka..something new kata diorang..
Layan dulu menu ni ya.akak nak pikir2 jap nak buat kueh apa ptg nanti..kejap2 lagi kalau sempat insyaAllah akak jalan2 ke rumah teman2 ya...kihkihkih..

Telor Masak Taucu
by
anymz mykitchen
Source:KJEE

BAHAN2NYA:

5 biji telor (digoreng mata kerbau)
1 labu bawang besar (dihiris bulat)
2 ulas bawang putih dimayang
cili padi (ikut suka banyak mana nak letak. Ditoreh sikit atau ketuk)
2 sudu besar taucu
sedikit ikan bilis (sejemput jer)
Cili merah (optional)
1 asam keping
1 inci halia (dihiris)






CARA:

Tumis bawang putih dan bawang merah hingga layu. Masukkan kira2 satu cawan air, taucu dan cili padi/api, halia serta cili merah dan juga ikan bilis. Didihkan. Jangan bubuh garam. Bubuh sedikit gula dan asam keping. Biarkan didih kemudian masukkan telor. Bila sudah siap masak dan hendak padam api, rasa dulu cukup ke tidak masinnya. kalau perlu bubuh sedikit sahaja garam.