Saturday, 30 July 2011

Talam Keladi

Assalamualaikum semua

Dan selamat petang buat semua pengunjung2 mykitchen.
Alhamdulillah pertama kali akak dapat bertentang mata dengan Anie Nagoya dari blog Love.Oh Lupa nak bagi tau,minggu ini rumah akak di kunjungi oleh seorang lagi blogger dari bumi Nippon.Kebetulan anie ada kerja di Mesia..sekolah di Jepun sedang bercuti jadi dapatlah anie sekeluarga pulang ke Malaysia.

Seronok berborak dgn anie yang lincah dan becok cam akak..Mula2 risau gak takot tak dpt menyesuaikan diri.maklum lah anie dan akak jarang bertegur sapa baik di blog maupun di fb tapi bila tiba2 anie inbox kata nak jumpa,alhamdulillah kecil tapak tangan nyiru akak tadahkan dan anie juga berjanji jika dgn izin Allah swt raya nanti beliau akan bertandang bersama dgn ibubapa dan keluarganya sekali..Syukur ke hadrat mu illahi semakin bertambah saudara2 baru semenjak berblogging ni..Jika ada rakan taulan di sini yang ingin dtg masa hari raya nanti,silalah ya...

Talam keladi ni akak buat pagi tadi.
Masa sedang sibuk menalam akak mendapat perkhabaran berita yang tidak enak dari adik ipar akak..Tiba2 keluarganya di timpa berita yang menyedihkan.Nyaris2 akak batalkan pertemuan dgn anie.mujur en somi memahami..Di suruhnya akak sambut tetamu dan hanya en somi saja yang melawat adik ipar..
Akak pun terus menalam bila en somi berkata begitu.
Bila setengah jam dah berlalu akak buka penutup pengukus tengok bahagian atas talam tak masak2 rupa2nya akak terlupa letak tepung beras..aduuuuuuuuuuh..terpaksa keluarkan sedikit masukkan ke dalam blender dan masukan tepung lepas tu tuang semula ke atas bahagian keladi.Akibatnya lihatlah tu..capuk2 bahagian atas tu kan..Apa2 pun tengok anie makan berselera sungguh..
TerimaKasih Yatie..Resepi ni akak ambik dari sana..memang sedap talam keladi dari dapur yatie ni.


Talam Keladi
by
anymz mykitchen


Bahan-Bahan.

Lapisan Bawah
300 gm keladi(potong dadu,rebus dan toskan)
600 ml santan cair
150 gm tepung beras
20 gm tepung ubi
2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam

Lapisan Atas
1 cwn gula pasir
1 cwn tepung beras
3 cwn santan pekat
1/2 sudu kecil garam
pewarna purple dan esen keladi

Cara-Cara
  1. Keladi di potong dadu dan di rebus-toskan baru di timbang dlm 300 gm.
  2. Dlm bekas campurkan santan cair bersama tepung beras, tpng ubi dan sedikit garam.
  3. Gaul sebati dan masak sebentar di atas api sederhana dan sentiasa kacau supaya tak bergentel. Masukkan keladi tadi dan gaul sebati.
  4. Panaskan pengukus dan letak sedikit minyak dlm loyang yg di alas dngn plastik.
  5. Kukus adunan tadi selama 20 minit.
  6. Sementara itu, dlm bekas lain campurkan gula tepung beras, santan, garam pewarna purple dan esen keladi. Gaul sebati.
  7. Masak sebentar di atas api sederhana dan sentiasa di kacau.
  8. Setelah itu tuang adunan tadi ke atas lapisan bawah yg di cakar2 sedikit dngn garpu.(Sekiranya ada sedikit air di atas permukaan tadi, lapkan dahulu menggunakan tisu dapur)
  9. Kukus selama 20 minit guna api sederhana. Setelah siap, sejukkan dahulu dan potong menggunakan pisau plastik supaya cantik potongannya

  1. .
hah ambik nampak tak capuk2 putih tu?

Tips
> buka penutup kukus setiap 10 minit dan lapkan air yg ada di penutup kukus dan sambung balik mengukus kuih atau bungkus penutup kukus dngn kain supaya air tak menitis atas kuih
.

Friday, 29 July 2011

Rendang Pucuk Ubi 11

Assalamualaikum

Hari ni tak dapat nak story panjang lebar.Akak sedang menantikan ketibaan adik ipar akak dari Taiping..Singgah sekejap je di mykitchen ni untuk bagi korang rendang pucuk ubi ni..mabeles..
Adik ipar akak memang suka sangat makan rendang ni..Masa arwah mak ajar dulu takde letak serai tapi akak letak..Tak kisah lah kan.janji rasanya tak berubah..Okay insyaAllah kalau senang jap lagi akak BW.kalau tidak malam2 nanti kita jumpa ek.


Rendang Pucuk Ubi
by
Resepi:anymz mykitchen


Bahan-bahan
2 ikat pucuk ubi-ambil yg muda,bersihkan dan ketepikan
santan dari 3 biji kelapa atau
santan segar rm 4-akak guna 1/2 kg santan.
5 ulas bawang kecil dihiris
2 batang serai ditik
Segenggam besar ikan bilis
1 senduk cili api yang telah di kisar halus bersama kunyit hidup
Garam secukup rasa
2 keping asam gelugur

cara2

sediakan kuali
masukan santan,serai,garam,ikan bilis,bawang,asam keping,garam dan cili api yang telah di kisar
kacau sentiasa supaya tidak melekat dgn api yang sederhana.Bila santan sudah mengeluarkan minyak dan hampir kering baru masukkan pucuk ubi dan kecilkan api.kacau hingga pucuk ubi garing.
Bila boleh masukkan pucuk ubi? Sila lihat di SINI.


Tengok tu dek sebab santannya yang pekat makan banyaklah habuk2nya yang sungguh garing.


Sesuai di makan masa sahur..memang sedap.
Ikan bilis tu akan jadi garing

Wednesday, 27 July 2011

Wordless Wednesday? Apa tu?

Assalamualaikum

Tak pernah tau pun ada hari bisu..
Rasa cam nak try pulak










Takmo sos.makan je
Jom sarapan dengan egg banjo

Haiiiih...tak reti akak nak bisu bagai aihh.nak jugak cakap..


Tuesday, 26 July 2011

Apple Pie

Assalamualaikum semua

Selamat Petang buat semua teman2 dan rakan taulan yang berkunjung ke mykitchen.Buat menu apa untuk minum petang?ke masih ada lagi yang berpuasa ganti..InsyaAllah minggu ni last kan?
Akak buat apple pie ni petang tadi sebagai minum petang kami dan sebagai pembuka selera buat si kakak yang berpuasa ganti akhir hari ni..Lega rasa anak dara tu agaknya..Hutang piutang puasa sudah habis di bayar..
Akak ambik resepi dari dapur Fiza Nordin.Resepi sudah akak olah sedikit.TerimaKasih ya dik atas idea ni..Maaf ya , akak dah olah untuk sesuai kan rasa dan memudahkan akak untuk mengikutinya.
Tersangat simple resepi dari dapur Fiza ni.memang sesuai bagi sesiapa yang nak cepat andai tetamu yg dtg tanpa di rancang..Cuba lah..sedaaaaaaaaaaaaap



Apple Pie
by
anymz mykitchen


Bahan2

6 keping pastry jenama 'KAWAN'

Inti

2 biji epal hijau
4 sudu besar gula
1/2 sudu kecil cinnamon/serbuk kulit kayu manis
Akak tambah sedikit All Spice
1 biji kuning telur untuk sapuan

Cara Inti

Kupas kulit epal dan potong dadu
Panaskan kuali dan masukkan epal.
Masukkan gula dan goreng hingga gula bertukar warna perang
Masukkan cinnamon dan goreng seketika
Biarkan sejuk sebelum di gunakan

Letak inti di tengah2 pastry
Lipat dua dan rapatkan sekeliling pastry dengan garfu
Kelar permukaan pastry dan sapu kuning telur di atasnya
Panaskan oven 2ooc.Bila oven dah betul2 panas baru masukkan pastry
Bakar 30-45 min atau sehingga pastry berukar warna keperang2an.



Hati-hati.Jangan makan masa panas.melecur lidah


Cak!!

Sambal Udang

Assalamualaikum semua

Sambal Udang
Resepi
by
anymz mykitchen

Salam sejahtera buat semua teman2 dan pengunjung mykitchen.
Hari ni akak hidangkan sambal udang yang sangat simple buat semua teman2..Macam2 versi resepi sambal yang kita jumpa kan?..Tak kisahlah jenis yang kering ke atau jenis yang berkuah ke, janji sambal..Tapi kalau di rumah akak ni anak2 cukup suka kalau buat sambal yang udangnya di goreng dahulu..Cukup pantang kalau diorang tengok udang sebesar gini maknya letak petai..marah benar diorang..'maaaak,petai ni buat ulam je sedap.'.hantam saja lah kan..kita tukang masak.ya tak?..
Akak simpan resepi ni buat anak2.kalau ada yg pekenan tu sila lah ambik.

Buat anak saudara akak Yana yang dengarnya sudah mula bukukan resepi2 yang ada dalam mykitchen nih..Thank you Yana..Lap you so much lah..Dok Muadzam tu jaga diri elok2 ya..Jangan fall in lap ngan student pulak ya..Pensyarah dgn anak murid cam sama tinggi je kita tengok.muhahaha..
Dah..usah dok melalut...

Bahan-bahan

1/2 kg Udang sederhana besar (cam dlm gambar)-gunting sedikit ekor dan kepala bersihkan
15 tangkai (lebih kurang) cil kering-rendam dgn air panas*
1 buku bawang besar (saiz kecil)*
3 ulas bawang putih)*
Bahan2 bertanda * di kisar halus
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
sedikit garam
sedikit gula
sedikit serbuk kunyit
minyak untuk menggoreng

Cara

Udang setelah di bersihkan di gaul dengan garam dan kunyit.
Panaskan minyak dan goreng udang sebentar.Jangan sampai garing.Cukup sekadar keluar air udang.Kemudian angkat.
Dengan menggunakan minyak yang sama (agak2 sesuai dgn jumlah udang) tumis bahan2 kisar hingga terbit minyak
Masukkan sos tomato dan sos cili.
Masukkan garam dan gula
Gaul rata dan kecilkan api.
Renihkan sambal hingga sedikit kering
Bila dah sebati rasa, masukkan udang dan gaul rata.
Angkat dan hidangkan..


Monday, 25 July 2011

Muffin Coklat

Assalamualikum semua

Dah cukup2lah gambo telur tu ya..Ada yang dah try buat belum tu?..Cuba lah memang sedap.
Okay petang tadi akak buat muffin yang akak ambik resepi dia dari rumah mek Ampang Ratu muffin..mujur badan mek jah tu tak macam muffin..cantik wo body mek jah.selim melim gaya model gitu..model muslimah..:D
Memang muffin yang terbaik yang pernah akak rasa.Sedap sangat.Apatah lagi ada rasa oren..Akak memang suka coklat yang ada rasa oren..setakat Ainul sorang tak makan coklat oren tak kisahlah kan..Ainul gi lah makan menda lain lagi pun ada pasar mlm..kejamnya mak ....:D

Ramai yang dah buat muffin coklat ni..Nak sebut nama2 yang dah buat sudah tak tersebut ni..dah ramai.Okay meh kita tengok resepi yang harus di simpan buat rujukan anak2 di masa akan datang..:)


Muffin Coklat
by

anymz mykitchen
sumber: mak Lang & kak Ummi
Sumber:IzahDaut

Bahan-bahannya:

A

2 cawan tepung *izah gune tepung gandum
1 1/4 cawan serbuk koko
2 sudu kecil baking powder
2 sudu kecil soda bikarbonate
3 sudu teh nescafe
sedikit garam

B

2 cawan gula kastor
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair (atau susu segar)
3 biji telur
1-2 sb oren sunquick * izah tambah

C

3/4 cawan air panas





Campurkan semua bahan-bahan B dan letak ketepi. Ayakkan tepung bersama serbuk koko, baking powder dan soda dan campurkan semua bahan A di dalam mangkuk besar. Masukkan bahan B ke dalam A dan kacau rata. Kemudian akhir sekali masukkan air panas ke dalam adunan tadi dan gaul rata. Ceduk ke dalam muffin cup dan bakar pada suhu 175 C selama 20 minit.


Telur Rebus Berkuah Kismis

Assalamualaikum

Dan Selamat sejahtera buat semua pengunjung2 mykitchen.
Apa khabar semua agaknya ya..Dah habis berpuasa ganti ?Tinggal seminggu je lagi kita semua umat Islam akan menyambut bulan ramadhan..
Akak masak telur Rebus ni semalam masa tetamu ada di rumah.kan akak kata akak masak apa yang ada dalam peti ais tu aje..hehehe..
Eh!sedaplah telur rebus resepi DJ ni.ada rasa ala2 kuah pajeri..Rasanya menu ni pun sesuai untuk bersahur..kalau sesiapa boleh makan ikan masin tu,hah!sesuai sangat lah lauk ni di makan dengan ikan masin..isshh...sedap ni tau..Akak ingatkan anak2 bujang ni tak suka sekali Amir kata eh!ada kismis..sedap lah mak..tak tau lah maksud Amir tu kismis tu yang sedap atau lauk maknya yang sedap.muhahaha...Nak view yang lebih cantik sila lah ke Dapurku Sayang tu ya

Apa-apa pun terima kasih DJ atas resepi yang enak nih...khabarnya main campak2 je.


Telur Rebus Berkuah Kismis
by
anymz mykitchen

bahan-bahan :
  • 5 biji telur rebus (dibelah dua)
  • 3 biji bawang merah (dihiris)
  • 1 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 labu bawang besar (dihiris)
  • 1/2 sudu makan rempah beriani (rempah kurma pun ok)
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • 1 sudu makan puri tomato
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • 1 sudu makan sos cili
  • sedikit hirisan daun ketumbar/daun sup
  • 2 sudu makan kismis (prune atau buah kurma pun boleh)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • sedikit air dan susu cair
  • sedikit minyak sapi/minyak masak
  • garam dan gula secukup rasa



Cara-cara :
  1. Bancuhkan rempah beriani bersama serbuk cili dengan sedikit air. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak sapi/minyak masak secukupnya di dalam periuk/kuali. Tumis kayu manis, bawang merah, bawang putih dan bawang besar hingga terbit bau.
  3. Masukkan bancuhan rempah beriani tadi dan diikuti puri tomato. Tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan sos tiram, sos cili, air dan susu cair(optional) secukupnya. Apabila sudah mendidih, masukkan kismis, daun ketumbar/daun sup, garam dan gula secukup rasa. Gaul-gaulkan sebati.
  5. Setelah masak, siramkan kuah ke atas telur rebus tadi. Hidangkan.

Sunday, 24 July 2011

Roti Kismis Yogurt

Assalamualaikum semua

Hari ni masak lauk simple2 je..En Suami pergi makan kenduri di rumah kak Erna.Dan akak sudah pasti sangat2 mesti ada lauk di bekalkan untuk akak nanti..kekeke.
Akak tak dapat pergi sebab ada tetamu di rumah.Kalau dua2 pergi siapa mau layan kan?..Bila sudah layan sudah tentu mau masak2 kan..Di sebabkan tetamu datang tanpa di rancang akak pun masak2 je apa yang ada dalam peti ais tu..Minggu ni kena habiskan semua stok sebab bila dah masuk bulan ramadhan,ada barang2 yang tidak sesuai untuk di masak masa bulan puasa ini nanti.Contohnya tepung roti.
Akak dalam mission untuk menghabiskan tepung roti yang tinggal 1 kg tu..Sape mau angkat keyboard..hehehe
Hari tu dah angkut resepi roti kismis ni dari rumah Izah Daut.Izah dan Mas tak letak kismis tapi memandangkan akak nak jadi orang pandai (kena byk mkn kismis),maka akak pun letak lah kismis dalam agak2 segenggem juga..(pasni boleh lah ajar add maths kat wazir)..hehe
Wey..sodap lah roti ni..Betul cakap mek Ampang tu..memang gebu kalau tidak masa kan di puji dan di puja oleh en Daut..(kalo tak, tahan lah tinga ko kena perli dek en Daut ko tu kan jah)..:D
Meh kita tengok resepi yang asalnya di ambil dari majalah Sedap dan di war2kan oleh Ummi juga di sebarkan oleh IzahDaut...


ROTI KISMIS YOGURT
by
anymz mykitchen
Resepi asal:Majalah Sedap
Sumber:Ummi
Sumber:IzahDaut




Bahan-bahannya(anggaran 17 ketul)
*izah dapat 16 ketul-akak dapat 14 ketul sebab uli debab2

300gm tepung gandum protein tinggi (tepung roti)

100gm tepung gandum protein sederhana (tepung gandum biasa)
20gm susu tepung
75gm gula pasir
8 gm yis segera

1 biji telur, pukul ringan
50gm yogurt
150ml air sejuk
75gm marjerin
1 sudu teh garam

50gm kismis, potong dua, celur dan toskan (akak just rendamkan sebentar dalam air panas dan toskan.Lap sikit dgn kitchen towel)
*izah tak letak kismis-akak letak

Bahan sapuan:

2 sudu makan susu sejat (sy guna susu pekat)



Cara membuatnya:

Campurkan tepung roti, tepung gandum, susu tepung, gula pasir dan yis segera. Kacau rata.
Masukkan telur, yogurt dan air sejuk sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan. Masukkan majerin dan garam. Uli lagi sehingga elastik. Biarkan doh rehat selama 30 minit. (*akak just masukkan dalam Bread Machine dan tunggu hingga proses ulian siap)
Kempiskan adunan. Masukkan kismis. Uli sehingga merata
Susun adunan, setiap adunan seberat 50gm. Bentukkan bulat-bulat dan biarkan selama 10 minit.
Canai adunan memanjang dan gulung.
Letakkan didalam cawan kertas yang memanjang. Biarkan selama 70 minit sehingga kembang.
Sapukan susu sejat.
Bakar selama 12 minit dengan suhu ketuhar 190C sehingga masak.

Nota: Ulian mmg sedikit lembik, tp still boleh uli...so taburkan sedikit tepung atas papan canai dan uli manja-manja sikit semasa membulatkan doh tu eh..hehee

*doh izah sedang elok tak lembik. Mungkin sudah dikurangkan sedikit air. Elok untuk dibentuk.-doh akak pun sedang elok je..

Cempedak Goreng Crispy

Assalamualaikum

Mari kita pakat ramai2 makan cempedak goreng..

Rumah akak ni memang di kelilingi pokok buah cempedak yang isinya tebal2 tapi tahun ni lambat sangat dia berbuah baru nak bertunas kecik2 gitu..Buahnya sentiasa ada sepanjang tahun cuma bila negeri ni di landa musim panas yang terlampau baru2 ni pokok ni agak rosak sedikit.sekarang ni baru nak pulih..
Cempedak yang akak goreng ni hasil tanaman dan pemberian adik ipar akak yang tinggal di Seremban.Semalam anak bujang akak yang no dua tu bawak balik..
Terima Kasih buat biras yang makan sambil ingat2 kat birasnya di sini..Takut buah tu lembik terus akak goreng lepas sarapan tadi.
Sebelum2 ni memang akak goreng menggunakan tepung gandum dan beras bersama marjerin tapi main campak2 je tapi bila Zaliedana goreng mengikut resepi madiha terus akak copypaste je resepi tu buat rujukan anak2 di masa akan datang.Tapi resepi di bawah Diha tunjukkan cara untuk goreng pisang.Yang sebenarnya resepi ni boleh di gunakan untuk semua jenis gorengan seperti cempedak,pisang dsbnya..

Terima kasih buat Madiha dan Zaliedana...


Cempedak Goreng Crispy
by
anymz mykitchen

Bahan2 batter
400 ml air
220 gm tepong gandum
50 gm tepong beras
100 gm marjerin
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 ¼ sudu kecil garam



Cara

1. Masukkan bahan2 batter ke dalam jug blender ikut turutan di atas. Kisar sehingga batter sebati, rata & halus. Tuangkan batter ke dalam bekas yang sesuai.
2. Panaskan minyak secukupnya dengan api sederhana. Belah 2 setiap pisang lalu masukkan ke dalam batter. Bila minyak dah panas, masukkan hirisan pisang yang bersalut tepong ke dalam kuali berhati2 dengan menggunakan tangan. (jangan sampai terkena minyak pula yer).
3. Goreng pisang ke dua2 belah sehingga keemasan. Angkat & tos. Hidang di atas pinggan beralas paper towel & hidang bersama cili kicap.

Saturday, 23 July 2011

Konyakku Fruit Jelly

Assalamualaikum

Selamat Petang semua..mmm..dah malam dah pun kan..
Sebenarnya malam ni lebih kepada entri testing sebenarnya..
Testing yang pertama akak cuba besarkan gambar seperti yang di sarankan oleh Hawa dan Anna Qawina tempoh hari.Blog akak ni masih di takuk yang lama..Nak upgrade akak tak reti dan memang tak pandai.Nak godek lebih2 akak takot hilang pulak semua bahan yang ada dalam my kitchen ni..Jadi biarkan lah ia seadanya..

Testing yang kedua terus terang akak nak buat pengakuan di sini,akak memang tak pernah buat sendiri konyaku jelly.Sebab utama..akak tak berapa suka makan jelly.sebab kedua..anak2 juga kurang gemar...Sebab ketiga seisi rumah tak berapa nak makan..Bila tukang masak tak pernah buat makanya seisi rumah pun tak pernah lah makan yang home made jelly ni kan..

Tapi bila akak di hadiahkan silikon mould baru2 ini,hati berdetik ingin mencuba jelly konyakku yang berkotak2 ada di gergasi tu..Akak pun capai satu dan ikut je panduan yang ada di kotak tu.
Ikut saranan Nor letak pewarna sikit tapi akak pi letak 1 sudu kecik..tu yang tak nampak segala tok nenek buah yang ada dalam jelly tu..hantam sajalah kan?..nama pun testing.lain kali boleh buat kaler jernih2 sikit..Untuk sesuai kan dengan tekak, akak makan dengan susu cair dan curahkan fruit cocktail..tapi terlupa pulak nak snap gambar yang ada susu cair.berebut2 pulak kami anak beranak makan....
Okay confirm lain kali kalau nak buat jelly ni hidangkan dengan susu cair sekali baru diorang ni makan sampai tak hengat...

Yang gambar depan silikon dari mek yang bertandang ke rumah akak




Yang gambar belakang silikon dari mek Penang.
Terima Kasih pada kedua2 jelitawan yang datang dengan buahtangan..
Lain kali datang bawak macam2 lagi ek?..I like..hehe

Kek Coklat Moist Kukus

Assalamualikum semua

Sedang akak dok balas2 komen di fb tiba2 kak norzailina post entri kek moist yang sangat sedap ni.Akak buat ni pagi tadi.Lepas lunch tadi kek ni dah jadi pencuci mulut buat en somi..Tak sabar2 betul pakcik tu..Setia menunggu nak merasa kek kukus yang memang sungguh moist ni.Maklumlah.. Rasanya dah lebih seminggu juga akak tak membakar kek.

Okay meh kita tengok resepi dari penulis novel merangkap seorang chef dan juga pakar masakan...Tabik hormat betul pada kak NorZailina Nordin..


Kek Coklat Moist Kukus
by
anymz mykitchen

Bahan-bahan

3 biji telur size A
1/2 sudu teh butter vanila-akak letak butter biasa

Bahan A

140 gm gula perang
250 ml susu coklat
250 ml minyak
50 gm koko
150 gm susu pekat

Bahan Ayak

150 gm tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh baking soda

Cara

Jerang A atas api perlahan hingga sebati
Angkat dan biarkan sejuk sedikit
Pukul telur hingga kembang
Tuangkan 1/3 campuran koko berselang seli dengan bahan ayak
Kacau hingga sebati dan ulangi dengan 1/3 bahagian lagi.
Tuangkan ke dalam tin 22cm yang di alas kertas kalis minyak dan di lenser majerin
Tutup atas tin dengan foil
Kukus atas api sederhana selama 1 jam

Chocolate Topping

250 gm coklat masakan,di potong kecil
2 sudu besar whipping cream atau susu cair
3 sudu besar mentega

Cara

Satukan semua bahan ke dalam mangkuk tahan panas.
Letak mangkuk atas periuk berisi air mendidih perlahan
Bila coklat mula cair,angkat dan kacau agar sebati.Tuangkan ke atas kek.
Jika terlalu cair,biarkan suam supaya menjadi pekat.

Lawar/Kerabu Timun bersama Kerang.

Assalamualaikum semua

Salam petang Sabtu buat pengunjung2 mykitchen..
Tak kira lah jauh ke dekat,dalam negara ke atau luar negara..Kita semua bertemu di sini kan?
Alhamdulillah dapat juga akak mengupdate entri hari ni..
Mulanya dah mula rasa suam2 kuku je..sedap je berlingkar depan TV cuti2 begini kan?..tapi bila lapar perut minta di isi .kena juga lah kita ke dapur..
Hari ni tekak Melayu betul.Tekak kampung..dalam seminggu ni jemu dah menatap lauk ayam je.
Akak buat lawar (panggilan org N.Sembilan) atau mungkin di luar sana kita boleh panggil kerabu.Sedap sangat layan tekak dgn kerabu timun ni masa lunch tadi.Dengan sengaja nya akak gigit2 cili padi bersama kerang..aduuuuuuuh....sedapnyaaaaaaaaaaaaaa..
Meh kita tengok resepi..

Lawar/Kerabu Timun
by
anymz mykitchen

Bahan-bahan

2 biji timun-buang kulit ketepikan
1/2 kg kerang-rebus,buang kulit dan ketepikan
1 labu bawang besar-saiz kecil-di hiris
6 ulas cili padi-di hiris
1/2 batang cili hidup-di hiris
2 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar ikan bilis tumbuk
garam secukup rasa
1 sudu besar jus limau nipis
1 cawan santan pekat


Cara

Timun yang di buang kulit di potong bulat macam kita buat laksa Johor.
Masukkan santan ke dalam mangkuk
Masukkan juga kerang,ikan bilis, cili padi,cili hidup.lada hitam,bawang besar dan timun.
Semua bahan di gaul bersama hingga sebati
Masukkan garam
Akhir sekali masukkan perahan limau nipis.
sedia untuk di hidangkan.

Friday, 22 July 2011

Nasi Kari Ayam

Assalamualaikum semua

Okay malam ni tak dapat nak bersembang lama-lama..Nak buat BW kejap lagi..Sila jamu mata dengan nasi kari ayam ni.
Resepi akak ambik dari rumah Ibundo.Sangat sedap tambahan lagi akak buat jugak kuah kari ayam sebagai makanan tambahan untuk lauk berkuah.Maaf pic kurang sesuai dan tidak menarik..Baru dua kali snap bateri pulak kong.malas nak tunggu dan ambik sekali lagi..tukang snap pic sudah lapar,baru balik sekolah..apatah lagi bau nasi tu sudah menusuk2 hidung..(adeh ini betul ni,bukan alasan)...kuikuikui....



Nasi Kari Ayam
by
anymz mykitchen
Source:Ibundo


Bahan:

3 cawan beras basmathi
1/2 ekor ayam ataupun lebih dipotong biasa
4 sudu besar butter atau majerin
8 cawan santan dari sebiji kelapa
3 sudu besar rempah kari
4 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 inci halia dihiris panjang
rempah tumis empat sekawan
1 cube stok ayam kalau suka
sedikit daun ketumbar

cara:
Beras basmathi dibersihkan dan di tos kering airnya. Ketepikan.
Panaskan butter/majerin dalam periuk. Masukkan bawang merah, bawang putih, rempah empat sekawan, dan halia. Tumis sehingga naik bau. Masukkan rempah kari. Tumis sehingga rempah kari masak. Masukkan ayam. Kecilkan api dan biarkan air ayam keluar. Apabila air ayam kering, masukkan santan, garam, stok ayam dan daun ketumbar. Masak sehingga ayam lembut dan masak. Padamkan api.

Kemudian curahkan kesemua bahan yang dimasak tadi ke dalam penapis. Ambil kuahnya dan masukkan ke dalam beras di rice cooker. Pastikan kuah itu cukup untuk menanak nasi sebanyak 3 cawan beras itu. Kita dah biasa masak nasi dan tentu tahu berapa banyak air yang nak digunakan. Tapi untuk nasi ini, sila lebihkan sedikit airnya daripada ukuran biasa. Kalau kuah tak cukup, tambah sikit dengan air. Kalau kuah terlebih, jangan habiskan. Boleh buat kuah untuk makan nasi nanti.

Apabila nasi sudah 3/4 masak, masukkan ayam dan segala macam tok nenek yang ada bersama ayam itu ke dalam periuk nasi. Gaul dan tanak nasi hingga masak.

Nasi ini boleh dimakan dengan lebihan kuah kari, sayur salad sempoi dan sambal belacan.

Pau Sardin Goreng

Assalamualaikum semua

Salam Jumaat buat semua pengunjung mykitchen.Kita sudah melepasi pertengahan bulan sya'aban.Banyak2 muhasabah diri mencari kesalahan kita yang lalu..
Bulan yang penuh keberkahan bakal menjelang..Isi lah ramadhan kita nanti dengan memperbanyakkan solat2 sunat taubat,dhuha,tahajjud dan bersedeqah..
InsyaAllah semoga kita semua mendapat rahmat dariNYA..

Walau agak terlewat tapi akak tetap menghadirkan diri di mykitchen hari ni..Dengan pau sardin goreng yang sungguh enak dan mengenyangkan sebagai sarapan kami hari ni..
Resepi akak perolehi dari Yani dapur Deco Choco..Tak rugi mencuba..Boleh buat sebagai minum petang atau makan selingan malam2 masa tengok Astro First..kekeke
Okay akak ada kerja sikit nak buat..Tak habis lagi BW ni.Nak ucap terima kasih pada semua yang sudi mendoakan adik akak tempoh hari..Nanti malam2 akak bertandang ke teratak korang ya..Sementara itu sila lah jamu selera dengan pau sardin yang masih garing lagi ni.

Pau Sardin Goreng
by
anymz mykitchen
Bahan-bahan
(8 biji)

200 gm tepung berprotein tinggi atau tepung gandum
1 sb mentega
20 gm gula
1 sk garam
1 sk yis kering
140 ml air atau susu segar (suam)
Breadcrumb-serbuk roti

Untuk inti sardin

1 tin kecil sardin
1 biji bawang besar-di hiris
2 ulas bawang putih di hiris
1 biji cili merah-di hiris
sedikit garam
sedikit gula
sedikit serbuk lada sulah
sedikit minyak
1 sb jus limau nipis


  1. Asingkan ikan sardin dan sosnya dari tin. Hancurkan ikan sardin menggunakan garfu.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih sehingga layu.
  3. Masukkan ikan sardine dan kacau. Kalau terlampau kering, masukkan 1-2 sudu besar sosnya.
  4. Masukkan pula cili merah, garam, gula, serbuk lada sulah dan jus limau nipis. Biarkan kering sedikit kemudian bolehlah dipadamkan api.

  1. Masukkan tepung, gula dan yis kering ke dalam mangkuk. Kacau biar rata. Kemudian masukkan pula air/ susu dan juga garam. Gaul sekejap kemudian masukkan mentega. Uli sehingga licin dan tak melekat ditangan.
  2. Buat bentuk bulat. Tutupkan mangkuk dengan tuala lembab. Biarkan naik sehingga 2 kali ganda
  3. Tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 8 bahagian
  4. Rehatkan doh selama 10-15 minit.
  5. Ambik sebiji doh, canaikan. Letakkan inti ditengah-tengah. Kemudian tutup rapat-rapat. Tekan dengan tapak tangan biarkan pau jadi bentuk leper. Buanglah sampai habis.
  6. Biarkan pau naik 1.5 kali ganda.
  7. Pecahkan telur di dalam mangkuk. Pukul telur dengan garfu biar telur kuning dan putih bercampur.
  8. Panaskan minyak. Celup pau dalam telur. Kemudian salut pula dengan breadcrumbs(serbuk roti). Goreng dengan api sederhana sehingga perang.

Thursday, 21 July 2011

Award Dari Zaliedana,MamaHawa Dan Dinner Dgn Chicken teriyaki


Assalamualaikum semua

Mula-mula kita tepek award yang akak dapat dari Zaliedana dan mamaHawa..
Pakai baju kaftan je masa gi ambik award ni.Celik mata bangun tidur nampak CT payung suh akak ke Penang ambik award.Petang tadi Hawa pulak panggil akak turun ke Singapore ambik award yang sama..
Terima Kasih pada kedua2 sahabat yang baik hati.sayang korang semua..kiss2..:D

Okaylah sila jamu mata pada Chicken Teriyaki yang sempoi ni.Buat ni sebagai menu berbuka petang tadi.Alhamdulillah hutang puasa sudah habis di bayar termasuklah puasa nazar sekali.
Lega rasanya..Akak tepek jugak resepi Chicken Teriyaki ni buat pengunjung2 baru mykitchen..
Bagi sesiapa yang belum pernah mencuba,sila lah cuba ya.tak rugi..sedaaaaaaaaap sangat.kalau takmo makan dengan nasi lagi okay..makan dengan blackpepper sos.


En suami memang suka sangat2 dengan hidangan begini..Lembut je ayam ni katanya.


Bahan-bahan

* 2-3 keping dada ayam boneless- atau apa2 bahagian
* 3 inci halia - parut
* 3 ulas bawang putih - parut
* 3 sb madu
* 4 sb kicap manis
* 1 sb gula perang
* 1 sk garam

Cara-cara
  1. Cucuk2kan ayam menggunakan garfu.
  2. Satukan semua bahan dan perap lebih kurang sejam atau lebih dalam peti sejuk.
  3. Panaskan non-stick dengan sedikit minyak dan panggang ayam tadi. Tutup kuali dan sesekali balik2kan ayam.
  4. Curahkan lebihan kuah perapan ke atas ayam dan sentiasa dibalik2kan agar masak sekata dan berkilat.
  5. Dah masak, angkat, hiris2 dan hidangkan. curahkan lebihan kuah ayam tadi.


Gulai Ayam kampung

Assalamualaikum semua

Dah lama akak tak bersiaran dengan masak lomak ni kan?..Bukannya tak masak tapi kan..ada orang tu marah betul kalau akak post entri masak lomak..
Tapi kini beliau dah merasa masakan masak lomak akak,rasa2nya tak marah lagi kot.:D

Ayam kampung ni akak gulai semalam sebagai menu berbuka kami...
IzahDaut boleh bayangkan dari mana datangnya ayam ni kan?..

Alhamdulillah nampak je besar ayam ni masa tangkap tu tapi bila dah menggulai lembut betul isinya.Buat gulai ayam ni atas permintaan si kecik Ainul.Dah lama mak tak masak kuning katanya..Isshh..kalau dah anak org negori tu tekak nya nak yang kuning aje lah kan?..6 orang anak akak kecuali seorang lahir di Alor Star,yang lainnya semua di Melaka..Macam mana tu?..Hah!..lain kali kita story mory tentang tu ya..hehe

Ayam kampung akak suka masak je tapi tak berapa suka makan..Entah kenapa tekak ni susah sikit nak terima.dah selalu post resepi tapi akak letak je lah ya..buat pengunjung2 baru.


Gulai ayam kampung
by
anymz mykitchen


bahan2

1 ekor ayam kampung yang sederhana besar
25 tangkai cili padi-di buang tangkai*-nak pedas tambah lagi
sedikit kunyit hidup*
bahan bertanda * di tumbuk bersama atau di kisar juga boleh, guna mesin pengisar kering
santan dari 2 biji kelapa
3 ulas bawang merah-di hiris
sedikit halia-di hiris mancis
2 batang serai-di titik tapi akak kisar bersama cili padi tu
sedikit garam
jika suka boleh tambah ubi kentang/nangka-kalau guna nangka rebus dulu nangka tu ya.

cara

rebus ayam kampung sehingga empuk
bila kuahnya sudah hampir kering,masukan cili padi yang sudah di kisar halus,bawang merah halia dan serai
gaul bersama dan kacau rata
masukan santan dan garam
masukan ubi kentang atau nangka
masak hingga mendidih
kecilkan api dan tunggu sehingga keluar sedikit minyak
tutup api dan sedia untuk di hidangkan

Ayam kampung memang manis kuahnya

*Jika menggunakan santan segar.Untuk seekor ayam kita perlukan setengah kg santan ya dan jangan lupa tambah 2 atau 3 gelas air.Itupun bergantung pada besar ayam tu.kalau kecik size ayam,kurangkan santan.


Wednesday, 20 July 2011

Eggless Caramel Pudding

Assalamualaikum semua

Dengarnya ramai betul kawan2 yang tak berapa nak sehat ya.Biasalah kan,kejap panas kejap sejuk.Kejap nampak cam panas berdenting kat luar tu tapi tiba2 hujan pulak..Lepas tu mula lah memasing bersin,batuk dan sebagainya.
Memang cuaca susah kita nak ramalkan sejak akhir2 ni..Begitulah dengan diri kita ini...bila2 masa kita akan di uji.Tak kira dalam keadaan susah maupun senang..sebagai hambanya kita kena redha di atas setiap ujian itu..InsyaAllah kita tidak akan di uji dengan ujian yang kita tidak mampu menghadapinya..Adeh!terasa cam ustazah pulak malam2 ni.sesekali kita bagi lah tazkirah ya tak?...
Hari ni akak buat puding yang resepinya di ambil dari dapur AlongRoz.Boleh tahan gak rasanya.Bagi sesiapa yang sudah biasa dgn puding caramel yang bertelur tu,mungkin lidah kita akan terasa sedikit pelik bila2 mula2 puding ni masuk ke tekak.Bak kata anak akak wazir..macam ada sesuatu yang kehilangan....pandai lah ko wazir..
Bila suh cari apa yg hilang tak dapat pulak dia bagi tau...
Okay meh kita tengok apa bahan di dalamnya......



by
anymz mykitchen



Saiz: 9" Round
BAHAN2:
3 sb Gula - untuk buat karamel

10g Serbuk Jelly/Agar-Agar
1100ml Air
120g Gula
1 tin (200ml) Susu Cair*
2 sb Tepung Kastad*
1 st Vanilla Essence* (* campur)




CARA2:
1. Letak gula dlm tin acuan & hanguskan di atas api kecil.

2. Letak serbuk agar-agar & air dlm periuk & masak sehingga cair.
Masukkan gula & masak sehingga gula hancur.
Masukkan bancuhan susu & didihkan sebentar selama seminit.

3. Tuangkan ke dlm acuan tadi & sejukkan di suhu bilik.
Sejukkan dlm petiais.


Tuesday, 19 July 2011

Ayam Mayonis...buat Cikgu Ida..

Assalamualaikum

Entri malam ni di tujukan khas buat cikgu Ida yang berada di somban..eh!ayat cam nak tujukan lagu plak kan?..muhaha..okay2 ulang balik..entri malam ni akak tujukan khas buat cikgu ida yang tinggal di TTJ,sbn,n.sembilan..adeh cikgu!!!..dalam diam2 cikgu selalu bukak kabinet dapur saya dan rajin menerai resepi2 yang ada kat sini yo..
Terima Kasih lah ya cikgu..Lauk hari ni saya tujukan khas buat cikgu untuk di cuba dan makan dgn nasi paneh2..semoga bila cikgu dah kenyang makan,cikgu pun dgn senang hati dapat ngajar budak2 yang nak ambik pekso thn ni dgn semangat yg berkobar2 seolah2 cikgu jugak yg nak ambik PMR...kihkih
Sekali lagi saya ulang, entri mlm ni saya akhiri dgn sebuah lagu eh dgn sebuah lauk yang saya nak sangat cikgu menerainya..Jgn marah dgn ayat yang tak boleh buek bahasa malaysia saya score 100%...
OOppss...terima kasih dan credit pada Nor yang ambik resepi ni dari saji online..

Ayam Mayonis
by
anymz mykitchen


bahan-bahan

600 gm daging ayam-di potong kecil dan di bersihkan
1 labu bawang besar-mayang
4 ulas bawang putih-mayang
3 cm halia-mayang
4 sudu besar cili kisar
2 sudu besar mayonis
2 sudu besar sos cili1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk lada hitam
7 keping cendawan hitam-rendam dalam air panas dan hiris
2 tangkai daun ketumbar-potong 2 cm
3/4 cawan air
1 1/4 cawam ,minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
sedikit perahan jus limau nipis-nor tambah
capsicum hijau dan merah-nor tambah



cara

Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan ayam yang sudah di gaul dengan garam dan serbuk kunyit.Kacau rata dan tutup kuali kemudian biarkan hingga ayam empuk.Angkat dan ketepikan (Ayam di goreng sekadar masak saja,tidak perlu garing)
Buangkan sedikit minyak di dalam kuali kemudian tumiskan cili kisar.Kacau hingga rata dan biarkan hingga garing dan pecah minyak.
Masukkan bahan2 yang di mayang kemudian kacau hingga naik aromanya.
Masukkan air,cendawan,serbuk lada hitam,garam dan gula.Kacau lagi hingga rata.
Masukkan ayam goreng,sos cili serta mayonis kemudian terus padamkan api.
Akhir sekali masukkan daun ketumbar dan kacau lagi hingga rata.
Hidang panas2 bersama nasi.

Masa buat yang first time tu takde cendawan.
kali ni letak cendawan hitam.
memang sedap sangat2..


Muffin Yogurt

Assalamualaikum semua

Alhamdulillah baru kini akak dapat post entri..
Adik akak masih menunggu keputusan dari pihak hospital..
InsyaAllah semoga semuanya berjalan dengan lancar..
Beliau menitipkan pesan dengan ucapan terima kaseh pada semua yang sudi mendoakan kesihatannya.Tempoh setahun yang di ramalkan oleh pihak Dr telah lama berlalu..

Akak juga ingin mengucapkan ribuan terima kaseh yang tidak terhingga buat teman2 di sini.Ada yang sudah mengenali diri akak dan ada yang hanya berjumpa di alam maya ni saja atau sesekali bertegur sapa di fb..Semoga doa kawan2 semua di aminkan oleh para malaikat dan di makbulkan olehNYA yang maha berkuasa.

Hari ni akak ada masa sikit untuk membaking.Mengenangkan yogurt yang bakal expired dua tiga hari ni,akak pun apa lagi terus je buat mapin ni buat bekal utk berbuka nanti.Resepi akak ambik dari ratu mapin Puan IjahDaut.
Alhamdulillah anak akak Zamir akan menyambung pelajaran dlm bidang mekanikal eng di UTHM pada bulan Sept ini nanti.Masa buat matrik tu hari zamir selalu minta akak mendoakan dia 'susah betul matrik ni mak,'katanya.
Akak takut terus bernazar andai zamir terpilih mak akan berpuasa selama 3 hari tanda kesyukuran akak pada Allah swt.Semoga semuanya akan berjalan dengan lancar...insyaAllah...




MUFFIN YOGURT
by
anymz mykitchen


sumber dan terjemahan: izahdaut

menghasilkan 10 biji muffin


120 gm tepung
70 gm gula kastor
1 tsp baking soda
1/4 tsp garam
150 gm plain yoghurt @ yogurt berperisa
1 biji telur
50 gm minyak sayuran
1 tsp vanilla essence

Filling pilihan mengikut selera masing2:
coklat chip, kismis, oreo, filling coklat, blueberry, strawberry




Caranya:


1. Panaskan oven ke 180C

2. Campurkan sebati semua bahan kering dalam mangkuk besar. Ketepikan.

3. Sebatikan pula semua bahan basah kecuali filling.

4. Tuangkan bahan basah ke dalam bahan kering. Kacau perlahan-lahan. Masukkan coklat chip atau pilihan masing2. Kacau perlahan sekadar bahan bersatu. Jangan overbeat nanti muffin keras.

5. Ceduk ke dalam muffin cup 1/2 ke 3/4 penuh. Bakar selama 20-25 minit bergantung pada oven masing2.



versi yang sudah di vogelkan.
Bangah kata kenapa mak buat sikit???
Sedaaaaaaaaap..

Nota: Jika mahu intikan muffin dengan filling kesukaan, cedukkan setengah adunan, masukkan filling dan tutup semula dengan adunan muffin 3/4 penuh cup. Muffin jenis ni , masa menggaulkan bahan2 tu pun, adunan dah menggebu sebab yogurt ngan soda tu bersatu. Jadi jangan terlebih gaul untuk mengekalkan kelembutan dan kegebuan muffin.