Tuesday, 29 November 2011

Nasi Beriani

Assalamualaikum semua

Pagi ni waktu ke pasar akak ternampak ikan tenggiri batang.Ikan tenggiri memang ada dua jenis.satu ikan tenggiri papan dan satu lagi ikan tenggiri batang.Ikan tenggiri batang ni yang selalu kita tengok di kedai2 mamak,kepalanya diorang buat kari.Terus akak terbayang2kan  kari kepala ikan tenggiri di kedai mamak.kari dia pekat betul..Bila kita makan dah cuci tangan pun belum tentu bau kari tu hilang..hehe

Terus akak rembat seekor ikan tenggiri tu.Harganya toksah cerita lah kan.Redah aje..Dari pasar akak ke supermarket pulak untuk menambah stok barangan dapur yang sudah pupus.Di situ akak cekau beras Basmathi brand Jasmine PUSA..Rasa tak sabar2 nak balik masak..hehe..mengalahkan orang yang sedang mengidam kan?Tujuan sebenar beli beras tu sebab nak buat nasi hujan panas tapi hari ni end up dgn nasi beriani pulak..Resepi akak selongkar dapur Ummi terus terjumpa resepi nasi beriani kak liza ni.Memang sedap betul.Cuma nasi beriani gondol je yang dapat akak hidangkan hari ni ya.Takde bahan2 sampingan.Tak plan nak buat nasi beriani.
Sudahnya memang puas hati betul makan nasi hari ni.Nasi Beriani berlaukkan kari Ikan tenggiri.Kepalanya sudah habis di makan kami berdua.Kebetulan En Suami ada di rumah.memang tak sempat nak snap pic lah kan kalau pokcik tu ada di rumah,bila dah masak memang terus ngap aje.tak dan nak ambik gambar bagai.hehe


Nasi Beriani
by
anymz mykitchen
Resepi :Buku Kak Hanieliza
Sumber Ummi@HSH




Bahan A:- (akak buat 1/3 dari resepi asal ni)

  • 1 kg. beras basmathi (dibasuh dan ditoskan)
  • 2 sb. rempah beriani (dibancuh dgn sedikit air)
  • 4 biji buah tomato (dipotong dadu)
  • 3 biji cili merah (dibelah dua)
  • 3 biji cili hijau (dibelah dua)
  • 100 gm daun pudina (dipotong kasar)
  • 100 gm daun ketumbar
  • 1 liter air
  • 1 cawan susu cair (akak guna susu segar)
  • 4 sb. minyak sapi
  • 1/2 cawan kismis
  • 1/2 cawan kacang gajus - dibakar/digoreng tanpa minyak
  • garam secukup rasa
  • 1 sb. pewarna kuning (dibancuh dgn sedikit air)
Bahan B:- (untuk tumis)
  • 5 ulas bawang merah (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 cm halia (dihiris halus)
  • 2 cm kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 2 bj. buah pelaga
  • daun kari
Cara-Cara:-
  1. Panaskan minyak sapi di dalam kuali. Tumiskan bahan tumis dan daun kari hingga wangi.
  2. Masukkan rempah yang telah dibancuh dan kacau rata. Masakkan hingga naik minyak.
  3. Masukkan tomato dadu, cili merah dan cili hijau.
  4. Masukkan air dan susu cair. Biarkan mendidih sebentar.
  5. Masukkan bahan tumis tadi ke dalam periuk nasi yang tersedia beras dan masakkan seperti biasa.
  6. Apabila nasi sudah kering, titiskan pewarna kuning dan biarkan nasi masak sepenuhnya.
  7. Gemburkan nasi perlahan2 supaya beras tidak patah.
  8. Hidangkan nasi dengan taburan gajus dan makan bersama daging prun dan acar.

Monday, 28 November 2011

Koktel Kastad Istimewa

Assalamualaikum

Alhamdulillah bertemu kita di tahun baru,dengan azam yang baru dengan cita2 yang baru dan semoga dosa2 silam kita tinggalkan dgn sejuta keinsafan dan berjanji dengan diri agar perkara2 yang tidak baik tidak lagi kita ulangi.Semoga hijrah dan harapan kita di tahun baru ini di perkenankan Allah swt amiiiiin

Orang yang bekerja masih lagi bercuti pada hari ini.Akak buat kastad koktel ni semalam.Balik aje dari rumah orang kenduri terus bancuh kastad ni.Wazir dah tak tahan sangat nak makan katanya,walaupun pada ketika itu hujan turun mencurah2...hahaha..org makan masa sejuk wazir makan masa kuah kastad tu masih panas lagi..Dah teragak sangatlah gamaknya tu.Resepi akak salin terus dari rumah Nor@SGN67.Dah selalu buat kastad koktel ni cuma baru kini akak berkesempatan ambik gambar dan masukkan resepi.
TerimaKaseh Nor dan Mrs Shieza.Sedap ni you all cuba lah ya.Memang di akui semenjak dua menjak ni akak byk ambik resepi dari rumah Nor.Nak habiskan resepi2 dari rumah Nor yang dok bersawang dlm draft tu kan.hehe..InsyaAllah nanti akak cuba pula resepi2 dari rumah kawan2 yang lain pula.Kena ikut turn ni..fuuuuuuuuuh...jenuh nak kurangkan list yang berjela2....


KOKTAIL CUSTARD ISTIMEWA
by
anymz mykitchen




Bahan:
1 tin buah2an koktail campuran
1 tin nata de coco
1 tin nenas kiub
ceri merah dibelah dua (optional)
agar2 merah ~ yg ni k.nor tak letak




utk kuah custard:


1 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastard (larutkan dlm sedikit air)
6 sudu besar gula (kalau tak suka manis kurangkan sbb air koktail tu dah manis)
2 sudu kecil esen vanilla 
~ k.nor letak 1 sudu jer-akak juga


satu untuk awak

satu untuk kita


Susu cair dimasukkan ke dalam periuk dan di masak atas api yg sederhana. Kemudian masukkan gula, larutan tepung kastard td dan esen vanilla.
Kacau hingga pekat. Jangan berhenti kacau sbb takut kastard tu bergentel.
Bila campuran susu dan kastard td tu dah bertukar warna kekuningan dan pekat, boleh la tutup api. Ketepikan dan sejukkan.
Satukan campuran buah2an koktail, nanas kiub, agar2, ceri dan nata de coco td ke dalam mangkok besar. Masukkan sekali air di dalam tin buah2an koktail dan nanas td.
Kemudian masukkan 3 - 4 sudu kuah kastard yg dimasak td ke dalam campuran koktail td atau ikut suka nak letak banyak mana, nak pekat ke nak cair. Gaul sebati dan kemudian sejukkan.
Kalau suka bolehlah dihiaskan dgn ceri merah. Lagi sedap kalau ditabur kacang tanah yg dimesin kasar.

tambahan bahan2 dr K.Nor
epal merah
epal hijau
buah pear
buah lai
oren
kiwi
anggur
strawberi
kiwi
kesemua buah2 ni dipotong dadu kecuali anggur dan strawberi

Sunday, 27 November 2011

Ayam Kung Pao Lagi


Assalamualaikum semua

Salam Maal Hijrah buat semua teman2 beragama Islam yang berkunjung ke mykitchen hari ni.
Kita menyambut tahun baru hijrah pada hari ini.Semoga kita semua menjadi lebih baik dari semalam dan menjadi yang terbaik di kalangan yang terbaik.Berhijrah lah ke arah kebaikan.
Hari ni cuti.esok pun cuti.Ada yang buat majlis walimatul hari ni.Begitu juga jiran akak.Tiap2 minggu ada orang kawin sekarang ni kan?.
Akak masak ayam kung pao je.Masih lagi tinggal bertiga saja di rumah waktu ini.Akak masak ayam kung pao khas buat wazir sebab kami berdua akan makan di rumah orang kenduri.Resepi akak ambik di rumah CMG..Pernah buat ayam kung pao ni suatu ketika dulu di SINI.Memang sedap dan jangan lupa letak gajus di dalam masakan ini ya..Itu yang buat sedap tu..:)


Ayam Kung Pao
by
anymz mykitchen
Sumber CMG



BAHAN-BAHANNYA 

2 keping dada ayam, hiris sederhana besar, cuci dan 
toskan*
1 camca besar sos tiram*
1/2 camca teh lada sulah*
1 1/2 camca besar tepung jagung*(*disatukan, gaul rata dan perap 30 minit)
1/2 biji red capsicum, didadu
1/2 biji green capsicum, didadu
4 kuntum cendawan butang segar, hiris kasar (boleh ganti yg dalam tin atau abaikan)
8 tangkai cili kering, hiris serong, cuci dan lap kerin
g2
4 ulas bawang putih, cincang halus
1 genggam kacang gajus, digoreng keemasan, toskan
1 1/2 camac besar sos hoisin
1 camca besar kicap cair
1/2 camca besar kicap pekat
1/4 camca teh minyak bijan
3/4 camca teh gula

CARA MEMBUATNYA :
  1. Panaskan minyak, goreng ayam yang telah diperap tadi hingga masak, angkat dan toskan. Tinggal kan kurang lebih 2 camca besar minyak masak. Masukkan cili kering dan tumis hingga harum, tambah bawang putih, tumis lagi, masukkan cendawan, red n green capsicum. Kacau rata.
  2. Masukkan sos hoisin, kicap pekat, kicap cair, minyak bijan, gula dan gajus tadi, kacau hingga mesra. Tambah ayam dan gaul hingga sos menyaluti daging ayam. Masak hingga sedikit kering. Rasa dan jika kurang masin boleh tambah sedikit kicap cair lagi. Angkat dan hidangkan panas...

Saturday, 26 November 2011

Chocolate Mocha Custard Pudding

Assalamualaikum semua

Ini kira nak buat quick update.Terimakaseh pada SGN67 atas idea puding ni.Nor ambik resepi dari fatimah bahlawan.Nor izinkan akak tepek resepi puding ni di sini pulak ya.

Akak sibuk sikit sekarang ni.Kejap2 lagi nak ke surau.Ada gotong royong untuk majlis sambutan maal hijrah lewat petang nanti.Semoga kita di Limpahi rezeki yang melimpah ruah dan semoga segala urusan kita di permudahkan.Semoga segala amalan kita di terima dan doa yang baik2 di kabulkan olehNYA..InsyaALLAH amiiiiiin.

Selamat Menyambut Maal Hijrah



CHOCOLATE MOCHA CUSTARD PUDDING
by
anymz mykitchen
resipi olahan : K.Nor@SecubitGaram
dr resipi asal Coffee Mocha Custard Pudding (Fatmah Bahalwan)



ini versi degil tak dengar kata sifu..suh tutup dgn aluminium foil tapi tak buat gara2 tak baca arahan..




Bahan:
400 ml susu cair
70 gm gula pasir
60gm coklat masakan (dipotong kecil)
1/2 sudu kecil kopi segera (nescafe)
1 sudu kecil pes mocha
4 bj telur A
1 sudu kecil tepung kastard

Cara:
Masukkan susu cair, gula dan coklat masakan kedalam periuk dan panaskan hingga gula dan coklat masakan larut. Ketepikan.
Kocok telur menggunakan handwisk dan tuangkan bancuhan susu tadi sedikit demi sedikit hingga habis.
Kacau hingga sebati (jgn kacau dgn terlalu kuat, sekadar nak sebatikan saja)
Bancuhkan tepung kastard bersama sedikit air dan masukkan kedalam bancuhan tadi. Kacau lagi hingga sebati dan tapiskan.
Tuangkan kedalam bekas ramekin atau mangkuk kecil tahan panas.
Bakar dlm oven dengan kaedah bain marie atau water bath dgn suhu 170C, antara 45 - 55 min, atau sehingga masak (bergantung pd saiz cup/ramekin yg digunakan)
Keluarkan dan biarkan sejuk.
Kemudian masukkan ke dalam peti ais dan biarkan sejuk sebelum dihidangkan.


*telur tidak perlu dipukul hingga kembang, sekadar nak sebatikan dgn adunan susu saja. kalau terlebih pukul, teksture puding jd tak berapa cantik. kaedah ni lebih kurang mcm kita nak buat puding karamel yg mana telur tak perlu dipukul kuat dan lama.
** selepas tempoh 35 min, buka pintu oven dan letakkan sekeping aluminium foil di atas puding tadi supaya bahagian atas puding tidak menjadi hangus/garing.
*** k.nor kurangkan sukatan gula sbb dah ada manis dr coklat maskan yg ditambah dlm adunan.

Friday, 25 November 2011

Egg Free Chocolate Cupcakes

Assalamualaikum semua

Walau agak terlewat tapi akak tetap berada di sini.Agak sibuk sedikit sebenarnya.Baru saja balik dari KL.pergi ronda2 di KL dengan adik akak.Berdua saja..Hajat di hati nak pergi Pantry Magic di Bangsar tapi terlupa nak tengok alamat.Puas cari tapi tak jumpa.Bila dah sampai rumah ni semak balik alamat rupa2nya kitorang dah lalu di situ tadi..Adeh macam mana lah boleh tak perasan.Frust betul rasanya.Tapi adik akak dah janji nak ke Bangsar minggu depan.Demi nak puaskan hati akak terus kitaorang ke Daiso di Puchong aje..Kira orait jugak lah di situ.Dapatlah beli apa2 yang patut.

Egg Free Chocolate Cakes ni akak buat semalam sebagai buah tangan untuk anak2 buah akak.Seronok rasanya bila tengok lepas sorang demi sorang menghabiskan cupcake yang amat2 sedap ni.Akak suka begitu juga dengan budak2 tu tadi.InsyaAllah akan buat lagi..
Akak ambik resepi dari SGN67.Nor pulak ambik dari ayu,spore.Terimakaseh buat kedua2 mokcik atas perkongsian resepi yang sedap sangat pada tekak akak..
Akak tepekkan juga resepi untuk frosting sebagai rujukan akak di masa akan datang.Terimakaseh semua..






EGG FREE CHOCOLATE CUPCAKES
by
anymz mykitchen
source : AYU S'pore
Sources:-From Art of Dessert
sumber:SGN67
Makes about 2 dozen cupcakes
Allergy note: contains wheat and dairy ingredients
(Ayu made 1/2 amount of below & adjusted to taste)





3 cups all-purpose flour -(Ayu used 11/2 cup)
2 1/2 cups sugar-(11/4 but Ayu used only 1 cup)
1 cup cocoa powder-(Ayu used 1/2 cup)
2 tsp. baking soda-(Ayu used 1 tsp)
1 tsp. salt-(Ayu used 1/2 tsp)
2 cups whole milk-(Ayu used 1 cup UHT milk)
1 cup butter, melted-(Ayu used 1/2 cup- 115g)
4 tsp. honey-(Ayu used 2 tsp)
2 tsp. vanilla extract-(Ayu used 1 tsp)
1/2 cup semi-sweet chocolate chips -(Ayu used 1/4 cup)

Preheat oven to 325 F degrees. Line two muffin pans with baking cups. Sift together flour, sugar, cocoa powder, baking soda and salt. In a separate mixing bowl, combine milk, butter, honey and vanilla extract. Slowly add the dry ingredients into the milk/butter mixture. Mix until combined. Fold in the semi-sweet chocolate chips. Pour in the batter into the lined muffin pan to 2/3 full. Bake for 25 to 30 or until a toothpick inserted in the center of the cupcake comes out clean. Let cool completely before decorating.



CHOCOLATE BUTTERCREAM FROSTING
makes about 2 1/2 cups frosting 
Allergy note: contains dairy ingredients
(Ayu didnt manage to do this)

4 cups powdered sugar, sifted
1 cup cocoa powder
1/2 cup butter, softened to room temperature
1/3-1/2 cup whole milk*
1 tsp. vanilla extract

*start out with 1/3 cup of milk and add more milk to your desired consistency

In a large mixing bowl, sift together powdered sugar and cocoa powder. Add the butter, milk and vanilla extract. Using an electric mixer, slowly mix together at a low speed. Once all the ingredients are combined, increase the speed and beat till fluffy.

Ini buat anak2 buah akak aiman,najaa,khadijah,fatimah,ali imran dan zainab.
letak coklat di atas sebagai tarikan buat diorang


Thursday, 24 November 2011

Pot Chicken Rice

Assalamualaikum semua

Apa khabar semua ya.Seronok tengok mek Ampang tu sudah kembali bersiaran.SIGN67 pun dah mula aktif semula..Jangan malas2 sgt nor..org lain yang bertunang orang lain yang cuti panjang..kekeke
Tengahari ni cuma akak saja di rumah.Malas nak memasak lauk pauk terus akak teringat dengan pot chicken rice yang simple yang mana resepinya akak ambil dari rumah tun.dan tun pulak ambil dari rumah mamahawa.

Terima kaseh pada keduanya atas idea dan resepi yang memang sedap ni.Agaknya kalau masak dlm claypot lagi marvelous kan?




Pot Chicken Rice
by
anymz mykitchen
Sumber:Tun_telani
Resepi: trymasak
Sumber: mamahawa



Bahan2
       
200 g Beras - tun guna 1 1/2 cawan
250 ml Air- x sukat, masak mcm masak nasi biasa
200 g Isi Ayam - dipotong kasar
4 bj Cendawan Kering - direbus & dihiris nipis - akak guna cendawan butang
1 tangkai Daun Bawang - dicincang kasar
½ Cili Merah - dihiris nipis
10 hiris Halia
2 ulas Bawang Putih - dicincang
2 sb Gula  - tun xletak
2 sb Sos Tiram
1 sb Kicap Pekat
1 sb Kicap Cair
1 sb Minyak Bijan
1 sb Jus Halia - tun sagat halia-akak juga
1 sb Serbuk Lada Hitam
sedikir Garam

Cara Memasak
 

Perap ayam bersama lada hitam, garam, kicap pekat, kicap cair, sos tiram, minyak bijan, jus halia dan gula. Ketepikan.
Masak nasi bersama air secukupnya.
Tumis bawang putih dan halia hingga wangi.
Masukkan hirisan cili, cendawan dan ayam. Kacau sebati hingga ayam empuk.
Apabila nasi masak, masukkan ayam diatasnya. Biar hingga aroma ayam sebati bersama nasi dan kuahnya kering.
Taburkan daun bawang sebelum dihidang

Wednesday, 23 November 2011

Kek Brownies Coklat

Assalamualaikum semua

Alhamdulillah bertemu lagi kita pada hari ini walau pun sedikit lewat dari biasa.
Hari ni akak buat kek brownies coklat yang mana resepinya akak ambil dari dapur chef Hussien..Sedap brownies ni,rasanya tak manis sangat cuma tekstur nya sedikit kering.Mungkin tekak akak dah biasa dan suka dengan tekstur kek yang sedikit moist atau lembap..Bagi sesiapa yang suka dengan brownies kek yang lembap boleh lah di tambah telur atau mungkin juga boleh guna telur gred A.Kesilapan yang akak lakukan di sini ialah akak guna telur gred B.Adeh dah itu aje telur yang ada dalam rumah buat masa ini.
Walau apa pun akak akan buat lagi kek ni sebab akak suka akan rasanya dan isian kacang walnut yang mewah di dalamnya.resepi chef guna kacang pecan..Habis semua kedai jual kacang akak jelajahi di bandar tu takde satu kedai pun yang jual kacang pecan..sedihnyaaaaa...sudahnya akak guna walnut aje..Itu yang sedap sangat lah rasanya kek ni..





Kek Brownies Coklat
by
anymz mykitchen



Bahan-Bahan


150 gm Majerin
2 sudu besar Serbuk Koko
100 gm Gula Perang 
2 biji Telur
100 gm Tepung Gandum
50 gm Kacang Walnut (dikisar kasar)





Cara Menyediakannya
1. Campurkan majerin dan gula lalu dipukul agar sebati.
2. Masukkan telur dan pukul ia hingga menjadi kembang.
3. Tuangkan tepung dan serbuk koko lalu dikacau agar bahan menjadi sebati.
4. Akhir sekali gaulkan kacang walnut yang dikisar kasar bersama adunan tadi.
5. Bakar adunan di dalam ketuhar selama 30 minit pada suhu 180°C.
6. Setelah masak, keluarkan adunan, potong dan hidangkan ia mengikut kreativiti masing-masing.

Tips
1. Saiz adunan yang tebal yang hendak dibakar akan memakan masa yang lebih lama berbanding dengan saiz yang nipis.

Monday, 21 November 2011

Hokkaido Milky Loaf

Assalamualaikum semua

Harap maaf ya
Nampaknya minggu ni kebanyakan post2 entri akak hampir kesemuanya berhubung kait dengan roti atau seangkatan dengannya atau kata lainnya mesti ada kaitan dgn yis..Entah kenapa memang rasa seronok je membakar roti buat masa ni..
Kali ni resepi roti yang bernama hokkaido milky loaf ni akak ambik dari dapur Nor@secubitGaram.Kebetulan whipping cream akak masih lagi berbaki ,..dok tersimpan elok dlm esbok.Bila tinjau dapur nor tengok ada roti yg menggunakan whip cream ni terus akak salin resepinya yang nor perolehi dari dapur wendy..Memang lembut macam kapas tekstur roti ni apa lagi yang berbentuk loaf tu.Sedap sangat2 dan amat berpuashati.Mekaseh nor..Izinkan akak copy dan letak resepi di sini ya.Dan terimakaseh juga pada wendy atas tunjuk ajar nya di blog beliau.








HOKKAIDO MILKY LOAF
by
anymz mykitchen
Makes: One 5X5X13 inch pullman tin, without lid
source : Nor@SGN67


540 gm Bread flour
60 gm Cake flour
10 gm instant yeast
30 gm Milk powder
80 gm Sugar
9 gm Salt
1 large Egg
250 gm Fresh milk
150 gm Whipping cream

1. Mix everything together and mix until a dough forms.
2. Knead on speed 4 (Kitchen Aid) for 20 minutes until a smooth, glossy and elastic (It will pass the window pane test)
dough is achieved.
3. Cover and let dough proof for 1 hour or until doubled.
4. Punch down and separate dough into 4 pieces. Make them round and let them rest for 10-20 minutes.
5. Roll out dough (like a longish oval) and roll up (like making swiss roll) and place them into a greased pullman tin.
6. Let dough rise until 2/3 full. Preheat oven. Brush on egg wash if preferred.
7. Bake for 40 minutes or until pan sounds hollow when tapped.

Sunday, 20 November 2011

Roti Burger

Assalamualaikum

Seperti yang akak janjikan..Hari tu masa buat prosperity burger akak janji nak post roti burger kan?

Kali ni resepi akak ambil dari dapur alfahanum..Memang sedap roti burger hanum ni.
Buat masa ni bila akak buat roti burger,akan stick dgn resepi ni dulu.Simple dan sangat lembut.Cuba lah....






Roti Burger
by
anymz mykitchen

Bahan
(A)
400g tepung roti (kakak gune tepung gandum biase)
20g gula (2tbsp)
6g garam (1tsp)
1 tbsp tepung susu
2 tsp yis segera

(B) 250ml air

(C) 30g lelemak sayuran (shortening)

Cara

1.Adun (A) sehingga sebati.
Campur (B) dan uli sehingga menjadi doh.
2. Tambah (C) dan uli doh sehingga lembut.
3. Biar ia naik selama 45 minit atau berganda saiznya.
4. Bahagikan doh menjadi 80g sebahagian. Bentukkan menjadi bebola dan letak di atas dulang pembakar yg telah di gris.
5. Biar ia menaik selama 15 minit. Kemudian ratakan sedikit dan biarkan ia menaik selama 30 minit.
6. Sapu dgn air dan tabur sedikit bijan ke permukaan.
7. Bakar pada suhu 190'C selama 12-15 minit.
8. Siap untuk di buat burger.


*CARA AKAK-AKAK ROLL DOH DENGAN KETINGGIAN 5CM DAN KEMUDIAN AKAK TEKAN DENGAN COOKIE CUTTER BERBENTUK BULAT.SPRAY AIR KE ATASNYA DAN TABUR BIJAN.


* Kakak tak ikut cara 1-3 sebab kakak gune bread maker, serupe je hasilnye.-INI CARA HANUM.AKAK JUGA GUNA CARA INI.

Saturday, 19 November 2011

Cucur kelapa Cicah Gulai Lemak

Assalamualaikum semua

Kira kalau nak buat wordless saturday..tak sampai hati. pulak.
Apa2 pun jamah je lah cucur kelapa dgn gulai lemak semalam ni ya..Panaskan semula masak lemak tu hingga keluar minyak.bancuh tpg jadikan cekodok dan tambah isi kelapa muda di dalamnya..Makan masa sarapan pekena dgn kopi 0 panas kaw2 punya..
Akak tinggalkan menu ni utk santapan sahabat2 dan kalian yang berkunjung ke mykitchen pada hari ini andai ada..
Akak akan sibuk dirumah jiran dan rumah akak di jadikan sebagai tempat untuk pihak sebelah lelaki datang menumpang tidur sementara upacara langsungnya akan di adakan pada hari Ahad ini nanti.Sibuk lah sikit dalam menyediakan juadah bagi tetamu2 yang di raikan..
Semoga semua tetamu akan berpuashati dgn layanan yang tidak seberapa dari pihak akak.maklum akak kekurangan kakitangan..Cuma wazir saja di rumah.En somi membantu pihak jiran dalam menguruskan laukpauk dan sebagainya..

Doakan kesihatan akak baik2 saja ya.Jangan tumbang sudah lah..

Sila jamu mata ya..

Friday, 18 November 2011

Donut Keledek...Akhirnya

Assalamualaikum semua

Dah makan tengahari?.
Akak buat menu biasa2 aje tapi dah siapkan menu utk minum petang sebab kejap2 lagi akak nak ke rumah saudara merangkap jiran depan rumah..Beliau nak buat kenduri pada hari Ahad ni.Suasana agak sibuk di sini.Maklum cucu sulong.
Nak ke rumahnya akak tak pergi dengan tangan kosong.Akak buat lah sedikit donut keledek yang sudah famous sgt di kalangan blogger masak2 ni.Cuma akak je yang baru terkedek2 nak buat.

Alhamdulillah akhirnya sampai gak donut keledek ni ke rumah akak.Gebu dan sedap sangat2..
Resepi dah lama akak ambik dari rumah Izah.Resepi yang sudah di olah oleh Nor@SGN67.Resepi asalnya dari rumah Ros@JintanManis.Baru2 ni akak tengok Hawa dari Spore pun ada buat.
TerimaKaseh semua atas resepi2nya dan gambar2 nya yang telah memikat hati akak untuk mencubanya...:)


Donut Keledek
by
anymz mykitchen
Resepi 1:Ros
Resepi2:Nor@SIGN67
Sumber:Izah




500 gram tepung gandum
200 gram keledek yang telah direbus dan dilenyek
4 sudu besar susu tepung 
1 biji telur -  dipukul sedikit
200 ml air suam -  k.nor lebihkan air sbb guna 1bj telur jer 
3 sudu besar marjerin
3 sudu besar gula
3 sudu kecil yis - lain kali nak kurangkan sket

Caranya.

1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.

2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.

3.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.

4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba..






Hanya boleh di pandang tapi tak boleh di pegang.

Thursday, 17 November 2011

Cinnamon Roll

Assalamualaikum semua

Yessss..akhirnya akak buat jugak cinnamon roll..Dah dok terperap lama dalam draft resepi ni.Dan akhirnya akak berjaya jugak membuatnya petang tadi..Agak gusar juga bila semua bahan2 akak dah masukkan ke dalam BM tiba2 terdengar petir guruh bagai..Bukan apa takut jadi macam semalam..Asyik kena tendang je..kejap2 blackout..hehe
Alhamdulillah hingga ke akhirnya tak ada apa2 yang berlaku.Dapatlah makan cinnamon roll ni masa minum petang tadi...Resepi akak ambik dari rumah yatie dan seperti biasa resepi asal datangnya dari CMG..Boleh juga rujuk ke blog Hana.Di situ ada Hana nyatakan dari mana datangnya resepi cinnamon roll ini..


Cinnamon Roll
by
anymz mykitchen
Resepi:CMG



BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 200 gram tepung roti (high protein flour)
  • 50 gram tepung whole meal (saya guna tpng roti je)
  • 50 gram gula halus @ gula kastor
  • 1/2 camca teh garam halus
  • 10 g susu tepung (mat guna susu "everyday")
  • 1/4 camca teh bread improver
  • 1/4 camca teh bread softerner
  • 30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
  • 6 gram instant yeast
  • 20 g lemak sayur (shortening)
  • 125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)
  • 5 biji ceri merah, dikerat dua setiap biji, untuk hiasan
BAHAN TABUR :-)
  • 1 1/2 camca besar mentega, dicairkan
  • 3 camca besar gula perang (brown sugar)*
  • 1/3 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan gaul rata2)
  • 1/2 cawan kismis,
CARA MEMBUATNYA :-)
UNTUK DOH :- 
  1. Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh.
  2. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik.
  3. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).
UNTUK CINNAMON ROLL :-
  1. Tabur tepung pada meja kerja, keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. Tekan2 dan canai sehingga menjadi 4 persegi (tabur sedikit tepung jika melekat). Sapu dengan mentega cair, tabur dengan gula perang+serbuk kayu manis tadi rata2. Akhir sekali ratakan kismis. Gulung seperti swissroll, gulung ketat2. Kerat dengan pisau tajam kepada 10 bahagian sama besar.
  2. Isi setiap potongan dalam paper cup bersaiz 4 inci, tekan sedikit biar leper dan hias dengan sepotong ceri merah. Buat hingga siap dan perap 45 minit. Sapu telur (baki dari 30 gram tadi) rata2 dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit. Keluarkan dari oven dan sapu dengan baki mentega cair. Biarkan sejuk dan boleh hidangkan.... Selamat mencuba..


Lagi sekali terimakaseh pada mek yang bagi papercup ni..banyak kegunaannya ni.
muuuuuuuuaaaaahhhhhhh

Wednesday, 16 November 2011

Prosperity Burger

Assalamualaikum

Dan selamat Petang buat semua yang berkunjung ke sini.
Asal mulanya akak nak keluarkan resepi roti burger tetapi memandangkan akak belum pernah lagi postkan resepi sos prosperity burger ni jadi lebih baik akak postkan entri sos lada hitam ini dulu.Dah selalu buat sos ini sebenarnya tapi itu lah seperti yg akak nyatakan akak terlupa nak postkan resepinya sebelum2 ini.

Alhamdulillah akak berkesempatan buat prosperity burger masa hujan lebat tadi.Nasib baik roti yang sedap ni sempat siap sebelum black out..Dengan kilat hujan petir kami dok makan burger ni empat beranak..
Haisshh..Ainullllll..jangan jealous naaaaa

Terubat jugak rindu bila dok lama2 di dapur Hana yang sudah menyepi tu..Sibuk agaknya mek tu kot.maklum kerja jadi cikgu ni nampak je senang tapi hanya yang terlibat aje yang tahu bagaimana sibuknya diorang lebih2 lagi cikgu wanita.Semoga Hana sehat selalu dan semoga beliau dapat muncul seketika masa cuti semester yang akan datang ni..:)



Prosperity Burger
by
anymz mykitchen
Sumber Resepi:HanaMemories



Bahan-bahan Utama
  • Roti Burger
  • Burger Daging
  • Bawang Holland-di hiris memanjang-nak goreng boleh/nak yang mentah pun boleh


Bahan Sos Lada Hitam
  • 2 cawan stok ayam- guna stok ayam (air+kiub ayam)
  • 1/2 cawan susu segar - aku ltk suku cwn jerk
  • 1-2 sudu besar lada hitam-di tumbuk kasar..agak-agaklah ..kalau nak pedas tambahlah byk sikit
  • 1/2 biji bawang besar - cincang
  • 2 sudu besar kicap manis - bergantung kehitaman yg dkehendaki
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu mentega/ marjerin
  • 2 sudu besar tepung jagung-bancuh dengan sedikit air
  • garam dan gula - jika perlu




saja di biarkan sos nya meleleh gitu.
sedap ni


Cara-cara
  • Tumiskan bawang besar hingga naik bau. Masukkan pula stok ayam dan susu. Didihkan.
  • Masukkan lada hitam, kicap manis, mentega/marjerin, sos tiram dan gula jika perlu.
  • Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit untuk mendapatkan kepekatan yang dkehendaki.
  • Goreng daging (tak yah letak minyak) dan lepas tu celupkan ke dalam sos lada hitam.
  • Belah 2 roti dan letak marjerin dan bakar sekejap.
  • Letakkan daging yang telah di celup sos lada hitam kat roti dan taburkan bawang besar yang di hiris.
  • Makanlah cepat-cepat tapi kunyah pelan-pelan yer..