Friday 23 December 2011

Apam Dot Dot

Assalamualaikum

Alhamdulillah dapat juga akak masukkan entri mlm ni..Harap masih belum terlewat..Rasanya ini mungkin entri terakhir akak untuk tahun ini..Dengan kebizian yang terlampau sejak akhir2 ni,memang akak kesuntukan waktu dan tidak dapat melakukan semua perkara dalam satu masa.InsyaAllah kita akan bertemu lagi pada tahun depan..Ek eleh..tahun depan tinggal berapa hari je lagi kan?...
Apam dot dot atau apam polkadot ni sudah lama tersimpan dlm draft..Akak ambik di rumah Hana..Hana pun dah berzaman2 balik ke Mesia..
Baru skang ni akak ada keberanian untuk mencuba apam yg ada dot dot ni..Rasanya memang sedap sbb ada inti kaya..(akak letak kaya)..Toksah banyak ceritalah kan sebab tentunya ramai kawan2 yang sudah lama buat..Akak pun naik segan sebab baru sekarang ni apam polkadot nak menjengah ke my kitchen.


Apam dot dot
by
anymz mykitchen
Resepi:Lilydvalley



Bahan-bahan
  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus - hana kurangkan
  • 150gm susu segar
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  • Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
  • Pewarna
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
  6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.
NOTE dr Hana:
  • Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman! jadik ler kang apam mekar! hihi.. (berdasarkan pengalaman..:D).
  • Buh esen vanila utk mengurangkan bau telur.


baru belajar 
lain kali kena kecikkan dot dot tu

meriah dlm piring ni kan?
nah ambik sorang satu

TerimaKaseh pada pengunjung2 mykitchen yang sudi follow akak beberapa hari ni.walaupun akak jarang2 update still you all singgah dan follow..

Wednesday 21 December 2011

Bingka Suji

Assalamualaikum semua

Setelah bercuti beberapa hari,hanya kini akak berkesempatan utk mengupdate entri terbaru..
Minggu ni memang minggu yang akan menyibukkan diri akak..Dengan majlis pertunangan anak buah en suami dan beberapa majlis walimatul urus yang perlu akak hadiri...hadoiyai...tak dapat akak bayangkan bagaimana keadaan akak.
Sebab tu tempahan rendang dan sheperd pie dari seorang kenalan tidak dapat akak terima untuk minggu ni..InsyaAllah tahun depan ya shah...akak dah tulis kat white board..Don't worry.thn depan tinggal berapa hari je lagi...Juga beberapa tempahan RVC utk chinese new year dari seorang kenalan en suami..takpe2 itu thn depan punya cerita lah kan?..kikiki
Bingka Suji ni dah jadi fav akak sekeluarga sekarang ni..Memang sedap dan berlemak.Tepung suji atau semolina ni sudah lama ada dlm simpanan akak..simpan dalam esbok utk tahan lama..Pernah tengok di dapur zana dan jun jugak..sekadar menyebut beberapa nama..Yang lain2 puas akak nak cari link tapi ialah orang lain semua dah lama buat kan hanya sekarang ni aje bingka ni berkesempatan menjengah ke my kitchen..
Akak tak letak esen pandan atau daun pandan atau pewarna hijau.Akak biarkan aje bingka ni dengan kaler aslinya..Cuba lah memang sedap dan terbaik dari ladang bingka ni..


Bingka Suji
by
anymz mykitchen
Sumber:Nieza

Bahan-bahan:
3 biji telur gred A

110 gram gula (boleh tambah sedikit lagi jika suka manis)
160 gram suji @ semolina
250 ml santan pekat
435 ml air
1 camca teh pes pandan
1/4 camca teh garam
90 gram mentega
30 gram tepung gandum
Sedikit bijan untuk hiasan (resipi asal tak letak)




Cara Membuatnya:
  1. Alas tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan aluminium foil, biar lebih sedikit dibahagian kiri dan kanan, lenser dengan mentega pada dasar dan tepinya (tujuan melebihkan aluminium tadi ialah supaya kueh mudah diangkat keluar). Panaskan juga oven pada suhu 190C.
  2. Satukan semua bahan2 diatas kecuali mentega. Kacau rata dan tuang dalam bekas tahan panas, kemudian tenggekkan atas air mendidih dan kacau dengan whisk sehingga bancuhan pekat seakan2 bubur (seperti dalam gambar). Alihkan dari dapur dan masukkan mentega, kacau rata hingga sebati.
  3. Tuang dalam tin yang telah disediakan. Tabur bijan rata dan bakar dalam oven selama 1 jam, 5 minit sebelum akhir waktu membakar, tukar api oven pada fungsi grill. Ini akan menghasilkan permukaan kueh bingka perang keemasan. Biar betul2 sejuk baru dipotong. Boleh hidangkan untuk minum petang...



akak tak tunggu lama..bila dah ireng di bahagian bawah terus akak tutup api..
Bingka ni akak potong waktu ia masih panas lagi..

Saturday 17 December 2011

Muffin Pandan

Assalamualaikum semua

Bila entry ni ke udara di maya ni,akak sudah ke Kuala Lumpur.Untuk menghadiri majlis walimatul urus tengahari esok di PutraJaya.Tapi hari ni Sabtu akak teringin sekali nak ke Pantry Magic yang terletak di Bangsar..Dengar2nya org Kuantan pun akan ke KL hari ni dan semestinya nak ke Pantry Magic jugak.Mungkin akan ketemu mungkin juga tidak..
Apa2 pun muffin pandan ni akak buat semalam untuk di jadikan sebagai buah tangan ke majlis wedding di Bukit Baru,Melaka.Tak sedap nak pergi dengan tangan kosong..
Jangan buang masa meh tengok resepi yang akak cedok dari rumah Nor secubitgaram..


Muffin Pandan
by
anymz mukitchen
Sumber:Cari.com & RinnChan
Sumber:Nor @SGN67



Bahan2


200gm tepung gandum 
1 1/2 tsp baking powder 
1/2 tsp soda bikabonat 
1/2 tsp garam halus 
120gm gula castor 
200ml santan kelapa (dalam kotak) 
100ml minyak jagung 
2 biji telur 
*1 tsp pandan paste (Boleh bubuh extra kalau nak lebih hijau) 
*1/2 tsp pandan essence 
Bahan topping ikut selera - Almond slices, kismis, ceri etc. 

Nota : 
*Sekiranya tiada pandan paste atau pandan essence, boleh blend 5-7 helai daun pandan bersama 200ml santan di atas dan tapis ya 

Cara-cara: 
1. Panaskan oven pada suhu 190 darj cel. Sediakan loyang muffin dan paperliners. 
2. Ayak tepung, baking powder, soda bikabonat dan garam halus. Masukkan ke dalam 
sebuah mangkuk besar. Campurkan gula halus dan kacau rata menggunakan whisker. 
3. Campurkan ke semua bahan basah ke bahan kering. Kaup balikkan sekadar kesemua 
bahan bercampur. Adunan akan kelihatan seakan berketul2 sedikit (lumpy). 
4. Isikan adunan ke dalam paperliners dan taburkan kepingan almond di atasnya. 
5. Bakar selama 20minit.


Friday 16 December 2011

Rendang Daging

 Assalamualaikum semua

Bertemu kita di petang Jumaat yang mulia .Aga sibuk sedikit hari ni.Maklum esok ada wedding yang perlu akak attend di Melaka.Begitu juga hari Ahad nanti di PutaJaya..Akak juga ada plan untuk hari esok dan lusa selain dari attending majlis walimatulurus tu.Mungkin akan bermalam di Kuala Lumpur..dan akak buat rendang ni sebagai buahtangan untuk tuan rumah yang tinggal berempat dengan anak2 kerana en suaminya pegi berjuang di Lebanon...huhu..kesian ko Intan..nanti kita gader ramai2 kat mindef tu yo...
Entry hari ni khas utk mek Jah yang tak jemu2 nak belajar rendang hitam nismilan ni tapi hari ni tak berapa nak hitam lah Jah..Ponek nak tunggu.Nak copek.Agak2 da garing terus angkat dan ngap dgn nasi paneh..haha

Rendang Daging
by
anymz mykitchen

Bahan2

1 kg daging- di potong bentuk kiub.cuci bersih dan ketepikan
1 kg santan
20 ulas bawang merah-hiris
8 ulas bawang putih-hiris
6 batang serai-hiris(hari ni akak tak hiris.akak titik je)
sedikit halia-hiris mancis
25 biji cili padi padi -kisar
15 tangkai cili kering-rendam dgn air panas hingga kembang dan kisar
2 sb serbuk kunyit 
1 paket rempah rendang atau 1 paket kecil rempah kari daging.
Garam secukup rasa-akak guna 2 sk garam kasar

Cara

Masukkan daging yang telah bersih ke dalam kuali.
Masukkan juga bawang2,halia,serai,cili padi,cili kering ,serbuk kunyit dan rempah.
Gaul sebati dan biarkan ia mendidih hingga air yang keluar dari daging kering.
Masukkan santan bila air sudah kering
Masukkan garam dan kacau sekali sekala..
Bila sudah terbit minyak jangan di tinggalkan rendang ini takut nanti hangus.
Kacau hingga kering.
Tambah garam jika perlu
Kecilkan api dan biarkan daging di sekeliling  kuali dan biarkan minyak di tengah2..Kacau hingga minyak berbuih menandakan yang rendang itu sudah garing dan warna agak kehitam2an.
Bila warna sudah hitam tutup api dan angkat..

Kacau dan letak daging di sekeliling kuali.
Biarkan minyak yang keluar dari santan berbuih.Itu tandanya kuah sudah garing.
dengan cara ini rendang ini boleh bertahan hingga berminggu2.

TIPS;PERLU AKAK TEGASKAN DI SINI,RENDANG ORANG NISMILAN MESTI MENGGUNAKAN SANTAN YANG BANYAK JIKA MAHU WARNA RENDANG ITU BERTUKAR KEHITAM2AN DAN TAHAN LAMA..
SANTAN YANG BANYAK AKAN MENGELUARKAN MINYAK YANG BANYAK.
 DARI SITULAH DATANG KEGARINGAN DALAM RENDANG NISMILAN NI..
PERLU DI KACAU SELALU BILA SAAT AKHIR SUPAYA IA TIDAK MELEKAT..

Thursday 15 December 2011

Masak Lemak Ikan Senangin 2

 Assalamualaikum semua

Bersiaran secara ringkas aje malam ni.Nak bagi idea untuk sesiapa yang nak masak lemak cili padi tengahari esok.Maklum esok hari Jumaat.Mungkin ada yang nak hidangkan menu masak lemak kan..Maka akak cadangkan kanlah masak lemak cili padi ikan senangin ni.Memang sedap sebab ikan senangin banyak isi..Kurang tulang dan isi nya memang tersedia rasa lemak.Keluarga akak memang suka dengan ikan senangin,biasa memang kami buat masak lemak cili padi atau di goreng begitu saja..
Hari ni akak masak dengan peria katak..
Seperti biasa resepi2 masak lemak akak hampir kesemuanya tanpa bawang atau serai cuma mengharapkan santan yang pekat di sesuaikan dengan rasa asam,garam yang sebati..
Dan penggunaan santan kotak memang tidak sesuai untuk mendapat hasil yang asli seperti masakan org negori kerana santan kotak cuma dapat memekatkan kuah dan nampak berlemak tetapi tidak mengeluarkan minyak dan rasa manis seperti penggunaan santan segar yang asli.Tapi amat sesuai lah bagi yang ingin mengurangkan kolestrol dalam badan ya..Tiada masalah di situ.Guna jelah santan kotak..


Masak Lemak Ikan Senangin 2
by
anymz mykitchen

Bahan2

1 ekor ikan senangin atau sebarang ikan saiz sedang-di bersihkan di potong ikut suka
20 tangkai cili padi-di tumbuk halus
sedikit kunyit hidup-di tumbuk halus
santan-akak guna santan segar rm2-ambil 1/2 cawan sebagai pati-ketepikan
1/2 liter air
2 keping asam gelugur
garam secukup rasa
Peria-di bersihkan di belah 6-rendam dengan air bergaram-Tos dan bersih-ketepikan
1 biji limau kasturi-perah airnya dan ketepikan
Cara

Masukkan santan dan air ke dalam periuk
Masukkan cili padi dan kunyit yang di tumbuk
Masukkan garam juga asam gelugur
Kacau hingga mendidih
Masukkan ikan.Kacau hingga sebati
Dah mendidih masukkan peria
Kecilkan api masukkan lebihan santan yang di asingkan
Kacau sebentar dan biarkan ia mendidih dgn api yang perlahan hingga masak kuah.
Masukkan air perlahan air limau kasturi
Tutup api jika sudah sebati rasa masam dan masin.

Hidangkan ini sebagai menu lunch esok bersama2 ayam goreng,tauhu sumbat atau dengan ikan bakar..
Pasti menjilat jari....:)

*.-.INGIN AKAK BAGI TIPS DI SINI,MASAK LEMAK JIKALAU MAHU CANTIK KUAHNYA HENDAKLAH SENTIASA DI KACAU..
-JIKA NAMPAK KUAH PECAH MINYAK ITU TANDANYA KUAH ITU KURANG GARAM.SEBAB TU BILA KITA MEMASAK LEMAK PADA AWALNYA HENDAKLAH MASUKKAN GARAM YANG SECUKUPNYA DALAM KUAH AGAR KUAH TIDAK PECAH MINYAK..
-DAN PASTIKAN SEBELUM TUTUP API MASUKKAN PATI DAN PERAHAN AIR LIMAU KASTURI SEBAGAI MENAMBAH PERISA..

-ITU LAH RAHSIA MASAK LEMAK ORANG NEGORI BILA HIDANGAN MASAKAN MEREKA SENTIASA CANTIK DAN RASA YANG SEBATI DENGAN LEMAK,MASAM DAN MASIN..



Moist Brownies

Assalamualaikum semua

Alhamdulillah akak dapat bersiaran di awal pagi..Ada beberapa perkara yang perlu di bereskan sebelum akak bercuti sebentar pada hujung tahun ni..InsyaAllah nanti2 akak umumkan ya..Visa pun sudah di perolehi..Cuma masa dan izin Allah swt aje lagi yang akak pohonkan..Kali ni en suami tidak ikut sebab kesibukan tugas dan menemankan Ainul di rumah..
Akak buat moist brownies ni dengan secara tidak sengaja sebenarnya..Itu yang kaler nya tidak hitam seperti yang sepatutnya..Nak tengok yg hitam menawan sila ke rumah Yatie ya..
Akak terpaksa lapis bronis ni utk meninggikan rupa bronis ni..Dah tersilap masuk acuan..memandangkan akak saja2 nak buat bronis malas pulak nak tukar2 ke acuan yg lebih kecil..malas nak cuci pinggan mangkuk..
Tengok betapa banyaknya perkataan malas di situ..hehe
Apa2 pun akak simpan resepi ni sebagai salah satu koleksi brownies akak kerana brownies sememangnya my fav kek...

Moist Brownies
by
anymz mykitchen
Sumber:Yatie

Bahan A

1 cawan susu cair
1 cawan butter cair
1 cawan air panas
2 cawan gula perang (brown sugar)

Bahan B (kacau rata)

2 biji telur gred B
1 s/k esen vanila

Bahan C (ayak)

2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sk baking powder
1 sk soda bikarbonat

Cara

Panaskan oven pada suhu 175'C selama 10 min
Kacau bahan A supaya sebati
Masukkan bahan B dan kacau rata
Masukkan bahan C dan gaulkan supaya sebati
Lapikkan kertas dalam loyang 10 x10 inci
Bakar selama 45-50 min
Sejukkan kek dan salutkan dengan krim coklat

Bahan Topping Coklat

250 gm cooking coklat
1 sb butter
1 sk susu cair

Cara

Panaskan coklat dalam periuk secara double boiler
Bila coklat telah cair tutp api dan campurkan butter.Kacau sebati
Masukkan susu cair dan kacau lagi.
Salutkan pada kek dan hias mengikut kesukaan

kebetulan kawan2 ada yang menyinggah semalam..Akak pun hidangkan..Rezeki diorang..
Sedap lah kak..kata mereka..

Wednesday 14 December 2011

Sosej Sos Cili Thai

 Assalamualaikum semua

Hari ini memang akak agak sibuk sedikit.Memang masak yang cincai aje..Stok dalam freezer sudah byk yang takde.Yang ada cuma tepung dan yang sewaktu dengannya..Ya akak simpan tepung dlm freezer nak bagi tahan lama..Jangan terkejut lah ya..kekeke
Bila sudah kesuntukan waktu untuk memasak maka idea sosej kakpah ni lah yang menjadi tarikan..Resepi ni cuma di jadikan sebagai rujukan aje Tapi cerita yang sebenarnya akak guna bahan2 yang ada dalam rumah aje lah..kentang semua takde.sosej pun guna sosej yang biasa.Hujan lebat tadi takde siapa yang hendak di suruh ke kedai..Nak start enjin kereta tu pun malas pulak..errrrr malas banyak sebenarnya..hehe
Okay ! ini aje lah yang dapat akak hidangkan buat pengunjung2 sekelian..Siapa2 yang sibuk diluar sana tu,boleh angkut idea resepi ni..Memang berbaloi bagi anak2..
Malam2 nanti akak BW ke dapur puan2 ya...


Sosej Sos Cili Thai
by
anymz mykitchen


 Bahan:

1 bungkus sosej lada hitam, dipotong ikut citarasa
3 biji ubi kentang dipotong dadu besar 
5 sudu besar sos cili thai 
1 biji bawang besar dipotong bulat
2 ulas bawang putih dicincang halus
2 ulas bawang merah dicincang halus 
10 batang kacang peas
1 biji tomato dipotong dadu besar
3 sudu besar jagung adabi
1 sudu kecil lada hitam yang ditumbuk kasar 
sedikit daun ketumbar dipotong kasar sebagai hiasan



-  Ubi kentang digoreng sehingga masak.  Ketepikan.
-  Gunakan minyak menggoreng kentang tapi keluarkan sehingga cukup-cukup untuk menumis bawang merah dan bawang putih.
-  Apabila wangi masukkan sosej. 
-  Masukkan kacang peas dan bawang besar
-  Masukkan ubi kentang, sos cili thai, lada hitam dan jagung. Agak-agaklah banyak mana nak bubuh sos cili.
-  Gaul rata, padamkan api dan masukkan tomato dan daun ketumbar. Gaul dan hidang.

Tuesday 13 December 2011

Talam Roti Lapis Coklat

 Assalamualaikum semua

Nyaris akak tidak dapat bersiaran hari ini gara2 card reader akak buat hal lagi..Ganas sangat bak kata mr hubby..suka letak merata2...kikiki
Alhamdulillah bertemu kita lagi di pagi selasa ni..Cuaca pun nampak cantik je di luar sana.tak macam semalam,asyik mendung je..Tapi seronok lah bagi sesiapa yang berpuasa sunat tu kan?.
Semalam akak buat talam lapis roti ni.Itu pun setelah terpandangkan post ayu di fb..Memang akak dah rancang nak buat sesuatu yg berkaitan dgn roti gara2 roti  yang sudah menemui tarikh luputnya semalam..Asal mulanya akak nak buat kastad cipon dari dapur Nor@SGN67 tapi bila ayu postkan resepi talam yang beliau ambik dari dapur k1 ni terus tanpa berlengah akak bancuh.Suatu kebetulan semua bahan ada dalam rumah..
TerimaKaseh pada k1 atas resepinya dan ayu yang bagi idea ini..


Talam Roti Lapis Coklat
by
anymz mykichen
Resepi:Kak Wan

Bahan2

4 keping roti sandwich-buang tepi,siat kecil + rendam dgn 100 ml air.
50 gm gula pasir-akak guna 80 gm
1/4 st garam
200 ml santan KARA
100 ml air
60 gm tepung beras
20 tepung sagu
1 st coklat emulco

Acuan lompang  (10-12 biji)


Cara

1-Masukkan roti ke dalam pengisar.Ketepikan
2-Satukan air,santan,gula dan garam,masak hingga gula larut.Biarkan suam.
Masukkan tepung beras dan tepung sagu.Gaul rata.
3_Tuang campuran tadi ke dalam pengisar dan kisar bersama roti yang di rendam hingga halus.
4-Bahagi kepada dua bahagian,satu warna asal dan satu lagi di campur dengan coklat emulco.
5-Tuang warna asal,kukus selama 5 minit dalam pengukus yang di panaskan terlebih dahulu.
6-Tanpa mangangkat dari pengukus,tuang adunan coklat ke ataslapisan bawah tadi.
Lap tutp pengukus dan kukus selama 10-15 min dengan api sederhana hingga masak


Saturday 10 December 2011

kek Gula Hangus 2

 Assalamualaikum semua

Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi kerana kita di beri kesempatan untuk bernafas lagi di muka bumi milik Allah swt ini..dan alhamdulillah juga akak panjatkan sebab akak sudah ketemu resepi kek span(dulu2 kami panggil kek span) yang sangat2 akak sukai..Cuma di sukat guna cawan..simple aje resepi tapi memang berbaloi rasanya pada tekak ini.
Akak dapat resepi ni dari seorang jiran semasa kami tinggal di Alor Star lebih kurang 25 tahun dulu..Lama kan?..Akak masih lagi berhubung dengan jiran2 lama akak di sana..Ada yang masih hidup dan ada juga yang telah tiada...

 Kek Gula Hangus
by
anymz mykitchen
Resepi:dari seorang teman yang bernama kak Ana

Bahan2

1 gelas gula
1 gelas air

1 gelas gula di jadikan gula hangus dan masukkan
1 gelas air.hati2 dengan gula yang panas waktu masukkan air-

3/4 tin susu pekat-boleh kurangkan ke 1/2 tin
1 gelas tepung
5 biji telur
4 sudu makan margerin
2 ct soda bikarbonat

Cara

Alas acuan dengan kertas
Lenser acuan dengan margerin-ketepikan
Pukul margerin dengan telur hingga sebati
Masukkan susu dan masukkan gula hangus tadi
Akhir sekali masukkan tepung dan soda bikarbonat
Kacau sebati.
Bakar pada suhu 170 selama lebih kurang 1 jam

Cuba lah resepi ni memang tidak menghampakan dan sedap.

Friday 9 December 2011

Puding Sagu Pelangi

 Assalamualaikum

Ada yang tertanya2..cepatnya kak nim update blog sekarang..Ada jugak yang berkata2 rajinnya kak nim memasak...
Sebenarnya gini lah akak kat rumah.Bayangkan bila selama ni akak tak pernah menang tangan menguruskan anak2 yang seramai enam orang tu,tiba2 sekarang ni rasa macam magic.semuanya sudah besar panjang.Tiga orang di atas sudah lepas 21 tahun.Amir masih di Uni.Hanya tinggal wazir dan Ainul je di rumah.Ainul pulak waktu ini berada di taiping bercuti di rumah makciknya..Jadi akak ada baaaaaaaanyak masa terluang sekarang ni..
Tidak akak nafikan masak memasak ni merupakan suatu terapi minda bagi akak.Boleh lepas tension dan menyeronokkan..
Masak banyak siapa nak makan?..
Siapa lagi kalau bukan anak2 buah kesayangan akak di Seremban tu..Masaklah apa pun pasti habis di makan oleh budak2 tu..Tak pandai berkata tak sedap..manjang sedap je di tekak diorang..Budak2 tak pandai tipu kan..hehe
Okay..puding sagu ni akak buat untuk di jamu pada kawan2 yang dtg bertandang..Kalau nak harapkan wazir dan en somi yang habiskan memang takdelah...Lain lah kalau akak potong kecil2 puding ni curahkan susu cair di atasnya..isshhh..pokcik tu mmg memilih bila bab puding.Hanya akan makan yang berkuah gitu..
Walau apa pun puding ni memang sedap apatah lagi kalau di makan musim panas..


Puding Sagu Pelangi
by
anymz mykitchen
Resepi:Gert



Bahan2

1 cawan sagu biji putih
1 liter air
20 gm serbuk agar2
1 1/2 cawan gula pasir
3 helai daun pandan
1 tin susu cair (400ml santan)
3 jenis pewarna kegemaran

Cara

1-Rendam biji sagu selama 2 jam.Kemudian rebus hingga biji sagu menjadi jernih.Tuangkan ke dalam tapisan dan cuci di bawah air mengalir utk membuangkan kanji dan mengelakkan ia melekit-lekit.
2-Bahagikan biji sagu ke 6 bahagian berasingan dan warnakan 3 bahagian berbeza2.Lagi 3 bahagian sagu biarkan pada keadaan asal.
3-Dalam periuk yang lain,masukkan 1 liter air bersama serbuk agar2,gula dan daun pandan.
Masak hingga mendidih
4-Masukkan susu cair kemudian tutup api.
5-Cedok 200ml larutan agar2 dan masukkan ke dalam 1 bekas sagu tanpa warna.
Kacau rata dan tuangkan ke dalam acuan  yang telah di basahkan dengan air.Biar keras seketika sebelum mengelar permukaan dengan agar2 dengan pisau.
6-Cedok 200ml  larutan agar2 tadi dan masukkan 1 bekas sagu dengan pewarna dan kacau rata.Tuang perlahan ke tas lapisan pertama tadi.Biarkan keras seketika sebelum mengelar permukaan agar2 dengan pisau.
7-Ulangi langkah 5 dan 6 beberapa kali sehingga habis semua larutan agar2 dan biji sagu di gunakan.Sejukkan dalam petia ais.

Note:
Untuk setiap lapisan yatie masukkan dlm freezer(1-2min suhu max) supaya puding cepat beku
Ulangi langkah di atas

Thursday 8 December 2011

Soft pretzel

Assalamualaikum

Akak buat pretzels ni petang semalam atas permintaan seorang teman fb.

Maria !!..akak harap maria puashati ya.Akak tak tau rasa pretzel yang maria pernah makan tu.Tapi yang ini memang gareng di luar tapi lembut di dalam.Semoga sesuai dengan tekak maria sekeluarga..
Maria merupakan seorang kenalan baru akak sewaktu berkunjung ke Bandung dua tahun lepas.Blog beliau amat berguna bagi kawan2 yang suka melancong.Banyak info di situ.,Sila lah berkunjung ke sana jika ada masa..
Pretzel yang dalam gambar ni agak debab sedikit.Bentuknya tak berapa nak menjadi.Ada yang menjadi tapi wazir tak shoot pulak yang itu.Geram je tengok budak bertuah tu.Sejak dah habis SPM ni,memang dia lepas gian betul mengadap lappy ni.Asyik main game je.Bila akak suruh shoot dia macam kelamkabut je takut terlepas game yang dia main..issh..isshh..





Soft Pretzels
by
anymz mykitchen
Resepi:cikwan



Bahan-bahan
  • 3 cawan tepong roti@high gluten flour@strong white flour
  • 1 suduteh garam halus
  • 1 sudubesar gula halus
  • 1 1/2 suduteh yis kering
  • 1 sudubesar butter cair
  • 1/2 cawan susu segar (suam)
  • 1 cawan air suam - hana ltk sket2 jerk tk semua
  • sebiji telor utk glis/garam kasar, biji bijan, gula+serbok kayu manis(i.e untuk taburan)
Cara-cara

  • Didalam mangkuk pengadun,ayakkan tepong bersama garam dan gula kemudian taburkan yis dan gaul rata.
  • Buatkan lubang ditengah dan masukkan butter cair, susu dan air. Gaul rata untuk menghasilkan doh lembut.
  • Tambah tepong sedikit2 jika perlu sambil menguli doh hingga kental dan elastik.
  • Bulatkan doh dan letakkan didalam mangkuk yang diglis sedikit minyak, tutup dengan plastik bersih dan biarkan ia kembang 2x ganda.
  • Tumbuk doh yang telah kembang dan bahagikan kepada 16 bahagian.
    Uli tiap satu sepanjang lebih kurang 10-12inci(seperti tali). Ambil 1 tali, pegang kedua hujungnya dan jadikan seperti huruf U kemudian simpulkan@ silangkan saja hujungnya bersama dan letakkan berlawanan arah, picit sedikit supaya ia lekat dan susun diatas loyang bakar.
  • Setelah siap tutup sekali lagi dan biarkan ia kembang 20minit.
  • Panaskan oven pada 200'c. Sapu atas pretzels dengan telor dan taburkan dengan hiasan kegemaran masing2. Bakar selama 15-20minit@ gareng atasnya. Angkat dan sejukkan sepenuhnya diatas wire rack.
  • Pretzels yang telah masak hendaklah gareng diluar dan lembut didalamnya.

Wednesday 7 December 2011

Tom Yam Thai

 Assalamualaikum semua

Dan selamat sejahtera.
Alhamdulillah akhirnya akak ketemu juga resepi tom yam yang selama ini akak cari2..
Akak jumpa resepi ni di blog seorang teman yang menggelarkan dirinya kak Ros..Terima Kasih pada kak Ros kerana berkongsi resepi tom yam ni hasil pencariannya di google.Tidak pula akak ketahui dari dapur mana kak Ros perolehi resepi ni.Seandainya empunya resepi sebenar ada bertandang ke sini harap maklum kan pada akak ya..Gembira sungguh rasa di hati sebab pencarian akak selama ini telah di jumpai.
Mari kita semak resepi.


Tom Yam Thai
by
anymz mykitchen
Sumber:Kak Ros

Bahan:
Untuk Perencah Tom Yam

6 ulas bawang merah*
2 biji cili merah*
7 biji cili kering (ikut kepedasan masing2)*
1 in lengkuas*
2 batang serai*
1 sudu besar udang kering*
4 helai daun limau purut*
1 in belacan di bakar
air asam jawa.gula dan garam

Cara

Semua bahan di atas di kisar
Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar.
Masukkan air asam jawa,garam dan gula.
Masaklah sehingga menjadi pes

Untuk Sup Tom Yam

ayam
udang
sotong
1 labu bawang besar-di potong 6
5 ulas bawang putih-di ketuk
1 in lengkuas-di ketuk
2 batang serai-di ketuk
lobak merah
cendawan
putik jagung
bunga kobis
(terserah nak banyak mana sayuran ini)
6 helai daun limau purut
2 biji buah tomato
1 ketul kiub tomyam
1 sudu besar sos ikan
2 biji limau nipis
3 sb susu cair
6 biji cili padi-di ketuk
Garam
Daun ketumbar




Untuk Sup TomYam

Rebus ayam beberapa minit.
Masukkan bawang besar,bawang putih dan daun limau purut,serai,cili padi dan lengkuas.Lepas tu masukkan sotong dan udang.
Biarkan sebentar
Bila sudah sebati mendidih masukkan sayur2an.
Kemudian masukkan pes tom yam yang sudah kita buat awal2 tadi,sos ikan,perahan limau nipis dan garam.
Padamkan api masukkan susu cair dan daun ketumbar..

Cubalah memang sedappppppp.

Tuesday 6 December 2011

Bubur Asyura

Assalamualaikum semua

Dan Selamat Petang buat pengunjung yang tiba di sini.
Kira2 19 tahun lalu masa akak dok ALor Star,jiran2 tetangga akak rajin menghantar semangkuk bubur asyura bila tiba hari asyura iaitu 10 muharram ke rumah.Masa tu bubur yang akak rasa manis sekali...Di dalam tu ada macam2 jenis bijirin.kacang hijau,kacang dal,jagung,kacang tanah,kacang kuda,pokoknya macam2 jenis kacang lah..Bila jiran hantar bubur tu sudah separuh mengeras..aduuuuuuh..sedap sungguh..dah lama tak rasa bubur asyura versi yang manis gitu.Lain negeri lain cara memansak bubur asyura ni..Ada yang buat rasa sedikit pedas.Kalau tak silap akak negeri2 bahagian selatan kebanyakannya buat bubur asyura yang persis bubur lambuk tu cuma di tambah segala jenis bijirin lah kan..Nak tahu asal usul kisah kejadian bubur asyura ni kalian boleh google lah ya..Yang afdalnya boleh rujuk pada ustaz2 dan orang2 yang lebih mengetahui..Bukan akak takmo ulas di sini cuma takut nanti tersalah fakta..Perkara2 berkaitan agama bukan boleh kita buat main2 kan?..
Bubur Asyura versi akak ni jenis yang paling mudah tapi sedap pada tekak akak dan anak2.Kalau buat yang terlebih rempah takut anak2 tak suka..

Bubur Asyura Versi Kak Anim
by
anymz mykitchen

Bahan2

1 mangkuk kecil beras-lebih kurang setengah pot
1 sb kacang dal
1 sb kacang tanah
1 sb kacang hijau
1 sb kacang soya
2 sb kismis
1 kiub pati ayam
1 mangkuk ayam-di potong kecil2
1 sb rempah sup
1 sb rempah kurma
sedikit daun sup
sedikit daun ketumbar
garam secukup rasa
Air

Cara

Jerang beras bersama kacang2 dan air sehingga kembang
Masukkan ayam dan kiub
Tambah air jika perlu
Masukkan kismis dan rempah
Jerang lagi sehingga ramuannya sebati
Masukkan garam
Pastikan air sentiasa melebihi paras bubur.
Sudah masak sedia untuk di hidangkan bersama ikan bilis goreng jika suka


Boleh juga tumis bawang kecil dan bawang putih di kuali yang lain kemudian curahkan ke atas bubur ini.
Cuba lah sedap..

Roti Pratha je....

Assalamualaikum semua

Selamat Pagi dan Selamat Sejahtera.
Hari ni kita tengok menu sarapan orang sibuk ya.Simple dan sedap..Tapi bagi akak yang menjadi surirumah sepenuh masa ni..kali ni bukan akak sibuk tapi malas..hehe..
Ya lah dah beberapa hari menyibukkan diri dengan berkemas dan 'mengemop'..badan pun mula lah rasa pelik semacam.kita ni bukannya muda macam dulu.Bila enjin dah terlebih guna mula rasa pelik..
Ada lebihan kari daging yang akak simpan dalam freezer terus akak panaskan dan makan dengan roti pratha sebagai sarapan.Kenyang sampai tengahari nih..
Kali ni takde resepi.Ala semua roti pratha tu kan instant punya..
Ini cuma sebagai idea buat adik2 yang bekerjaya tu kan..Cuba lah ya..Boleh makan dengan kari ayam,kari sardin atau apa2 jenis lauk mengikut kesukaan korang...makan dengan gula pun boleh..


Roti pratha jenama 'kawan' memang ada di mana2 supermarket.
Boleh beli yang plain ataupun perisa bawang ikut suka mokcik2 dan pokcik2 lah ya.


Ini bahagian luar.Terlupa pulak nak snap pic sebelah dalam yang sudah akak makeup dgn telur.
Sedap


kari daging zaman bila entah.Sayang punya pasal ada belen daging dua tiga ketul pun akak simpan dlm tupperware sumbat dlm freezer.Bila2 teragak nak makan terus panaskan aje.Sebab tu kena pastikan stok roti pratha atau roti canai segera mesti ada dalam rumah..Itu kalau waktu malaslah kan.Kalau waktu rajin kita uli sendiri le roti canai tu siap dgn kuah dal sekali.Nanti senang2 akak post resepi homemade roti canai ya..


Monday 5 December 2011

Pengat Durian

Assalamualaikum semua

Buat apa untuk minum petang2 ni?..
Ini bukan durian dari kebun akak ya.Satgi ada pulak yang meroyan..hehe
Durian ni adik akak beli untuk di buat pengat di jadikan dessert masa kenduri hari tu.Alhamdulillah semua orang puas hati.Makan pengat dengan pulut tanak je..Keputusan last min.Buat yang sehabis simple aje lah kan.Yang akak punya ni en suami suka makan dengan roti..Di jadikan sebagai minum petang atau sarapan pun boleh...Akak tak post resepi sendiri,..sebab hari tu kami buat dalam kuantiti yang banyak.

Resepi boleh rujuk kat dapur mek yung ni ya..Rindu kat mas..Selalunya Mas lah orang yang selalu rajin mencuba resepi2 terkini..Kita post resepi ,andai mas pekenan..beberapa jam lepas tu mas akan menyusul..Entah bila lah nak sembuh mek yung tu.Doakan yang terbaik buat Mas,tak lupa juga buat IzahDaut..Lama dah tak gadoh2 manja dengan Izah..huhu

Pengat Durian
by
anymz mykitchen
Sumber Resepi;Mas@Duniaku


Sedap juga di makan dengan roti.