Tuesday 31 July 2012

Butter Bread Puding Dgn Sos Kastad

Assalamualaikum semua

Alhamdulillah kembali kita bersiaran setelah beberapa purnama..Cewah purnama lah sangat..Baru berapa minggu je kan?..Dah ada orang nak muntah asyik nengok kek karamel je..katanya dah nak muntah hijau dah..Eh! ada yg kata ke?.hehe..
Ya lah selama ni ingatkan kehilangan charger bateri camera..Tu yg dah lama tak snap gambar masak2..Nak ambik gambar lain laptop akak dah meninggal..Sudah tidak kembali lagi jadi say goodbye ajelah pd gambar2 yg ada dlm folder tu..Doc yg merawat pun belum menghantar sebarang khabar berita..huhuhu...sadis sungguh.
Hari ni akak buat butter bread puding resepi dari rumah mek ganu yg kiut miut tu..dah lamatak  buat..Dulu pernah buat versi Hana di sini..
Meh kita tgk resepi...boleh juga melawat ke dapur Nor di T'ganu..Eh! di Secubit Garam..Peace Nor..



BUTTER BREAD PUDING Dgn SOS KASTARD
by
anymz mykitchen


Bahan2


10 - 12 kpg roti 
butter secukupnya
500ml susu fresh
4 sudu besar gula halus
3 bj telur
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar tepung jagung
sedikit kismis dan choc chip

Sapu roti dgn butter dan potong .
Susun ke dlm loyang yg dah digriskan.
Masukkan susu, gula, telur, vanila dan tepung jagung ke dalam sebuah bekas dan kacau hingga sebati.
Tuangkan adunan ni ke atas roti yg dah disusun td dan biarkan meresap lebih kurang 10 minit.
Taburkan kismis dan choc chip ke atas roti td. (kalau nk letak kismis dan choc chip ni selapis demi selapis masa menyusun roti pun boleh jugak.. terpulang la ya)
Bakar puding roti dm oven yg dah dipanaskan (175 -180C) lebih kurang 40 - 45 min atau sehingga masak.
Sejukkan seketika baru lah di potong dan dihidangkan begitu saja atau dgn sos kastard.

SOS KASTARD


1/2 tin susu cair
1 tin air (guna tin susu cair)
3 - 5 sudu besar gula ~ ikut kemanisan sendiri
1 sudu tepung kastard
1 sudu tepung jagung
1 helai daun pandan/1/2 sudu esen vanila
secubit garam

Masukkan kesemua bahan kedalam periuk dan masak lah sehingga sedikit pekat.
Hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak berketul.
Sejukkan dan bolehlah dihidangkan bersama Puding Roti.

Thursday 19 July 2012

Kek Karamel

Assalamualaikum semua

Alhamdulillah ..Pengumuman langsung dari Tv sudah pun ke udara...InsyaAllah lusa semua umat islam seluruh malaysia akan berpuasa..
Bulan Ramadhan yang kita nanti2kan sudah tiba..dan insyaAllah esok malamkita akan bersolat terawih..
Semoga Allah swt memandang kita di sepanjang bulan ramadhan yang mulia ini dan ibadah kita di terimanya..InsyaAllah amiiiiiin
Akak buat kek karamel sempena kedatangan bulan ramadhan yang mulia..Dah selalu akak buat tapi selalu anak2 merungut tak puas makan..Siap cakap mak asyik buat untuk orang aje..
Maka petang tadi keluar balik lah semua mixer bagai dan start mengadun dua biji sekaligus kek karamel yang sedap ini..
Di pendekkan cerita akak ambik resepi dan menuntut ilmu sampai separuh mahir dari Puan Anna Qawina yang sememangnya sudah fofular dgn kek karamelnya...TQ anakkuuuu...haha
Pernah buat dulu di sini
Akak tepek kembali resepi yang akak ambil dari dapur ana ni ya..

Kek Karamel
by
anymz mykichen
Sumber:Anna Qawina

Bahan2 loyang size 9"

A)  Gula Hangus

2 sb gula (utk buat gula hangus)
*tabur gula dlm loyang dan masak dgn api perlahan
Biar gula hancur dan warna bertukar jadi perang
Ketepikan dulu (gula tersebut akan mengeras dan berbunyi macam kaca pecah)

B)  Bahagian Atas

1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat manis
1 st esen vanila
3 biji kuning telur
2 biji telur (putih dan kuning)

C) Lapisan Kek

140gm tpg gandum
70gm gula kastor
3 biji kuning telur
135ml air biasa
1 st baking powder
45ml minyak masak-akak guna myk jagung
2 sb susu pekat manis (ana tambah-akak jugak)

D) Meringue

6 biji putih telur
70 gm gula kastor
1 st krim of tartar

karamelnya terhangus sedikit gara2 angkat kain sebab nak hujan..
(banyak lah alasan ko..kak anim oiiiii)



 Cara (Utk cara membuat ni boleh rujuk di SINI)

Sediakan bahan (A) dahulu, ketepikan
Kacau semua bahan (B) perlahan-lahan, jangan bagi berbuih
Tapis bahan (B) dalam loyang gula hangus (A) kemudian ketepikan
Pukul bahan (C), campurkan semua dan pukul dengan senduk. 
Kemudian ketepika
Pukul bahan (D) sampai jadi kembang
Campurkan adunan (C) + (D) dan gaul hingga sebati
Bahagikan kepada beberapa bahagian & letak pewarna
Masukkan dalam loyang yang ada gula hangus dan keremel tadi (A + B). 
Selang seli warna, letak ditengah-tengah loyang, adunan kek akan terapung
Bakar cara double boiling/waterbath (Loyang kek berada di dalam loyang berisi air panas) -
Akak bakar guna suhu 170 selama 45 min pertama menggunakan api bawah saja..
15 min seterusnya menggunakan api atas dan bawah. 

Cucur Ikan Bilis Air Panas

Assalamualaikum semua

Nampak gayanya sudah ramai kawan2 yg sudah mula menerai bermacam2 jenis biskut raya..
Akak aje yang malas semenjak dua menjak..macam tak cukup tangan je nak buat kueh mueh ni tau..malas ya amat2..
Tambahan sekarang ni hanya tinggal Ainul saja di rumah..Memang malas tahap gaban lah jawapnya..Siapa nak makan?Itulah persoalannya..sebab itulah sejak kebelakangan ini byk gulai2 lemak je dari mykitchen sebab itu masakan rutin org nismilan..
hari ni kita makan cucur atau cekodok pulak..sebenarnya sudah selalu sangat akak buat cekodok guna air panas tetapi di sebabkan cikgu zana ni dah bagi complete resepi utk di guna pakai oleh anak2 di suatu hari nanti maka akak pun minta izin aje lah pd cikgu utk kopipes dan letak di mykitchen pulak ya cikgu..minta halal toiyibban...peaceeeee...hehe


Cucur Ikan Bilis Air panas
by
anymz mykitchen
Sumber:Yatie
Sumber Resepi:DZana



Bahan2

3 cawan tepung gandum*

segenggam ikan bilis (tumbuk kasar)*
1 biji bawang besar potong2 kecil*
1 biji lada merah(dihiris)*
daun sup/bawang (hiris)*
garam secukup rasa*
2 1/2 cwn air panas mendidih
minyak untuk menggoreng
Cara2
1. Satukan bahan bertanda* dan gaulkan kesemua bhn*
2. Bulatkan lubang ditengah adunan.
3. Tuangkan air panas dan kacau dengan cepat. adunan akan menjadi berat n kental spt gambar di atas
4. Bentukkan adunan spt bebola mengikut selera.. kalau nak cepat buatlah besar2 yer
5. Panaskan minnyak.. dan gorenglah dengan api sederhana hingga kekuningan..








Wednesday 18 July 2012

Best Moist Chocolate Cake



Assalamualaikum semua

Dah jemu kita mengadap masak lemak tu setiap hari kan?..
Apa kata hari ni kita makan kek pulak..Resepi ni akak jumpa kat rumah mamafami..tapi sumber asalnya akak dapat kat rumah nadz yang kecik molek tu..kalau sesiapa yang pernah jumpa nadz pasti akan akui kemolekannya itu..hehe
Sudah dua kali akak buat sejak akak di pertemukan dgn resepi ni dan kami sudah jatuh cinta dgn kelembapan kek ini..betul kata naz mungkin di sebabkan ada buttermilk dalam resepi..
Okay bagi sesiapa yang ingin mencuba bolehlah mula dari sekarang..sedap dan pasti tidak akan menyesal..
Izinkan akak kopipes dan tempek kat sini pulak ya nadz...


Best Moist Chocolate Cake
by
anymz mykitchen
Sumber:Nadz@COSK
Sumber Asal:




Bahan-bahan :

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan gula
  • 3/4 cawan serbuk koko Hershey's (naz dan akak guna yang biasa aje)
  • 2 tsp soda bikarbonat
  • 1 tsp serbuk penaik
  • 2 biji telur saiz A @ B
  • 1 tsp garam 
  • 1 cawan buttermilk (resepi buttermilk di bawah)
  • 1 cawan Mazola vege oil (Naz dan akak guna minyak jagung)
  • 1 1/2 tsp asen vanilla
  • 1 cawan air mendidih (boleh dijadikan 1 cawan kopi sekiranya suka)-akak guna 1 cawan air mendidih + 2 pkt instant coffee
Cara Penyediaan :
  1. Panaskan oven pada suhu 300 F (lebih kurang 150 C) untuk membakar secara perlahan.(Naz menggunakan suhu 170 C).
  1. Lapik loyang kek dengan kertas kalis minyak.
  1. Masukkan semua bahan di atas kecuali air mendidih ke dalam mixing bowl.
  1. Putar pada kelajuan sederhana selama lebih kurang 1 minit. Kemudian masukkan air mendidih dan teruskan memutar hingga sebati.
  1. Tuangkan ke dalam loyang.
  1. Bakar selama 1 jam atau sehingga kek masak sepenuhnya. (Naz bakar dengan suhu 170 C selama lebih dari 1 jam sebab mungkin loyang kek 7" X 7" yang digunakan menyebabkan kek lebih tebal dan perlu masa yang lebih untuk masak sepenuhnya).
  1. Cucuk kek dengan lidi atau pisau. Sekiranya pisau atau lidi yang dikeluarkan bersih, maknanya kek telah masak. Sekiranya terdapat adunan kek yang masih basah melekat pada pisau atau lidi, bakar lagi kek dengan tambahan masa 5 minit dan uji lagi selepas itu sehingga kek masak sepenuhnya.
  1. Sejukkan kek sebelum dinikmati atau dihias.







RESEPI SUBSTITUTE BUTTERMILKRUJUKAN : http://frugalliving.about.com/od/condimentsandspices/r/Buttermilk_Sub.htm
Bahan-bahan :
  • Susu segar - lebih kurang 1 cawan
  • 1 Tbsp cuka masak atau jus lemon
Cara Penyediaan :
  1. Masukkan cuka masak atau jus lemon ke dalam jug penyukat.
  1. Tuangkan susu segar hingga menjadikan campuran tepat pada ukuran 1 cawan.
  1. Biarkan larutan berehat selama 5 minit.
  1. Boleh digunakan.

Monday 9 July 2012

Gulai Daging Salai

Assalamualaikum semua

Alhamdulillah kita bertemu lagi hari ini.Hari ni kita makan gulai daging salai ya.Menu tertunggak sebenarnya ni..Akak masak gulai dagai salai ni minggu lepas jadi jangan mintak ya puan2 sudah lama habis.keke
Okay takmo buang masa mari kita tengik resepi yang biasa2 je..


Gulai Daging Salai
by
anymz mykitchen

Bahan2

1 kg daging di hiris setebal 1/2 inci selebar tapak tangan-ketepikan
2 biji kelapa di jadikan santan
1 cawan santan pekat-pati
3 cawan santan cair
2 batang serai-di titik
25 biji cili padi*
sedikit kunyit hidup*
serbuk kunyit
Garam
Air secukupnya
Belimbing buluh secukupnya-di titik sedikit

*ditumbuk lumat

Cara

Daging yang sudah siap di cuci di gaul dengan serbuk kunyit dan garam
Perap semalaman
Daging yang sudah di perap di salai di atas bara hingga wangi dan kering air daging
Daging kemudian di hiris nipis
Masukkan daging ke dalam periuk bersama air secukupnya-agak2 tenggelam daging
Kemudian rebus daging hingga empuk
Boleh guna pressure cooker jika ada
Masukkan cili padi yang sudah di tumbuk bersama serai
Masukkan juga santan cair bersama garam dan juga belimbing
Masak hingga mendidih.
kacau selalu
Sudah mendidih masukkan santan pekat
Kecilkan api
Dan biarkan hingga masak kuahnya
Tutup api dan sedia untuk di hidangkan.

Friday 6 July 2012

Masak Lemak Tempoyak Terung Telunjuk

 Assalamualaikum semua

Ya Ampuuuun kepada semua pengunjung2 my kitchen..Pusing2 pegi balik akak nengok ada 5 post aje di sepanjang bulan Jun yang lepas..
Apa nak buat kebizian yang terlampau tak dapat menahan akak utk berhenti sebentar dan post sesuatu di sini.Lagi pun puan tanah dah agak jarang masuk ke dapur.al maklum hanya tinggal akak bertiga saja di rumah ini sekarang..nak buat kek? Soalannya siapa nak makan?.Nak masak macam2 juga tak ada siapa yg pandai makan berulangkali..Cuma sekarang ni akak rasa sedikit terhibur sebab Zamir ada di rumah..Universiti cuti semester dua bulan..Lama tu....
Okaylah hari ini anak2 balik cuti hujung minggu.Akak dan en somi pulak ada hal yg perlu kami bereskan..jadi kami tiada di rumah makanya akak pun masaklah lauk kesukaan ramai di rumah ini..
masak tempoyak terung telunjuk..Tempat lain akak tak tau diorang panggil apa terung ni..Makan lauk terung ni dgn asam pedas ikan pari..perggh...sodap gilo tekau..asam podeh tu tak payah resepilah ya...dah byk sangat akak post resepi asam pedas di sini..
Nampak tak watermark kecik tu..hah! itulah hasil nukilan adik manis dr mukah..terimakaseh sayang kerana sudi membantu..Letak wm yang ini dulu,nanti2 ada yg lain..nak tgk sesuai ke tidak..dah banyak sangat gambar2 masakan akak di sini di ambil orang..Tak tau nak cakap macam mana dah..Mungkin ada kelemahan di mana2 dan atas alasan itulah mek mukah sudi membantu akak seadanya...^___^



Masak lemak Tempoyak 
Terung Telunjuk
by
anymz mykitchen

Bahan2

2 ikat terung telunjuk -kurang lebih 15 tangkai-di buang hujung dan tangkai dan belah dua-rendam dlm air sejuk
20 biji cili padi*
sedikit kunyit hidup*
2 batang serai-di titik
sebiji kelapa-atau santan segar
segenggam ikan bilis-cuci bersih
1 senduk nasi tempoyak
Jika guna santan segar-tambahkan 2 gelas air

* di tumbuk lumat


Cara

Didihkan santan bersama cili padi,serai dan ikan bilis
Masukkan tempoyak
Masukkan juga garam secukup rasa
Kacau hingga mendidih
Masukkan terung dan didihkan hingga terung empuk
Tutup api dan sudah boleh di makan denagn nasi panas2..


Alhamdulillah sedap