Monday 28 January 2013

Red Velvet CupCakes

Assalamualaikum semua

Setelah sekian lama...baru lah kini akak mempunyai masa yang terluang utk  bersua muka dgn rakan2 di alam maya ini..
Terima kaseh yang tidak terhingga akak ucapkan di atas ucapan2 yang baik2 yang akak terima sempena permergian akak dan suami  ke tanah suci pd musim haji yang lalu..
Budi baik kawan2 semua tidak terbalas...Terima Kaseh pada rakan2 blogger yang sudi meluangkan masa berkunjung ke teratak buruk akak, datang semata2 utk mengucapkan selamat jalan dgn iringan bacaan doa dari imam yang manis wajah siapa lagi kalau bukan suami ratu kek karamel anna qawina..
TerimaKaseh izah+ suami dan juga noorsha+suami.
Terima kaseh juga akak ucapkan pada siti payung blogger zalieda zaliedana kerana mengirim sagu hati buat belanja beli 'eskrim' katanya..
Alhamdulillah akak dan suami sehat seadanya dan telah selamat kembali...
Kenangan maupun coretan sepanjang berada di sana telah akak abadikan kesemuanya di dalam kotak memori..Tidak dpt akak ucapkan manisnya dengan kata2...Hanya Allah swt yg lebih mengetahui..
Terima Kaseh Allah..Terimakaseh dan syukur yang tidak terhingga..

Okaylah ...cerita akak pada hari ini pula ialah...RVCC...
Berpusing juga tangan ni menggunakan mixer buat kali yang pertama sejak bercuti lama..Maklum hampir  setengah tahun rasanya akak bercuti dari membaking..Akak buat RVCC ni sempena majlis aqiqah anak saudara akak yang bernama MUHAMMAD ADAM YUSRY .Lahir hanya beberapa hari sebelum akak bertolak ke tanah suci.
Terimakaseh Anna sbb sudi melayan pertanyaan demi pertanyaan...hehe..dah lama benar tak membaking.Agak kekok pulak rasanya.......


Red Velvet CupCake
by
anymz mykitchen
Sumber:AnnaQawina

Bahan2


A
300 gm tpg gandum
2 camca besar serbuk koko
2 camca teh baking powder
1 camca teh soda bicarbonate
1 camca teh garam

B
125 gm butter
280 gm gula kastor

C
2 biji telur gred B

D
1 camca esen vanila
1 camca teh cuka putih
1 camca besar pewarna merah

E
240ml buttermilk (Campurkan 1 cawan susu segar dgn 2 sb cuka.Biarkan sebati bersama 10 min sebelum di gunakan)


Ainul pesan letak krim cheese byk2 mak..letak sampai meleleh2 katanya
Hah ambik .

Cara

Ayak  A ketepikan.
Pukul B sampai kembang dan ringan
Masukkan C satu persatu dan pukul lagi
Masukkan D
Pukul hingga sebati
Masukkan tepung yang di selang seli dgn buttermilk.Pukul hingga sebati
Masukkan adunan dlm acuan cupcake.Masukkan 1/2 sahaja
Bakar pada suhu 180 selama 15-20 min

Cream Cheese Frosting

500 gm whip cream
250 gm cream cheese
60 gm gula icing
110 gm butter
2 titik lemon paste

Cara

Pukul whip krim hingga kental.ketepikan
Dalam bekas lain pukul krim cheese bersama bahan lain hingga berkrim
Satukan whip krim dgn cheese
Gaul sebati
Dah siap boleh hias kek dah..