Tuesday 26 February 2013

Roti Goreng Rangup

Assalamualaikum semua

Sudah menjadi kebiasaan pulak mengapdet sebelah malam.
Rumah dan dapur akak masih lagi under renovation..Sebelah siang akak kena banyak mengemas dan memasak.Selepas waktu maghrib baru lah akak ada waktu untuk diri sendiri.

Akak simpan resepi roti goreng rangup ni sudah agak lama...Salin di buku conteng2 je masa tu..Jumpa di dapur Mas Duniaku...Bila akak selongkar laci dan terjumpa semula resepi ni terus akak buat sebagai hidangan minum petang kami...Mekaseh Sue (empunya resepi)..Mek Mukah yang sedang berehat panjang.Bila akak ke dapur nya maaak oooi..last apdet 2 bulan sudah..Sue wakeupppppppp..



Roti Goreng Rangup
by
anymz mykitchen
Sumber:Mas@Duniaku



Bahan :
  • 8 keping roti
  • Serikaya - Secukupnya
  • 2 cawan Tepung gandum
  • 2 1/2 cawan air
  • 2 sm Marjerin
  • 1 sudu kecil garam dan gula(gula bkn nk bagi perasa tp nk bg kuih sdikit berkilat je)
  • Sedikit pewarna kuning
Cara :
  1. Di dalam bekas,satukan tepung bersama marjerin,garam dan gula. Bancuh dgn air(guna whisk lg senang)warnakan kuning dan ketepikan.
  2. Ambil 2 keping roti dan intikan dengan serikaya dan potong ikut citarasa..nak cantik buang kerak tepi pun boleh.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali utk menggoreng.
  4. Celupkan roti td ke dalam adunan tepung dan goreng segera sehingga keperangan. (Sy suka sedikit hangus,lg rangup!)
  5. Tips: Roti yg dipotong pd saiz kecil lebih menarik perhatian si manja anda.


Kalau ada si kecil boleh potong kecil2 lebih menarik gitu kata sue



Monday 25 February 2013

Oblong burger

Assalamualaikum semua

Nak post gambar masak2 akak tak masak..Mood ke laut..Kontraktor dah mula ketuk dinding dapur.
Baru nak pandai belajar menembak..matahari pulak menyorok..Ambik gambar dalam bilik berselindung di sebalik langsir..Dah lah burger tu itammmm bertambah2 itam bila di gaul dgn sos..hehehe..Mahap lah ya gambar kurang memuaskan..
Baru nak berlagak dgn geng kuntau nih...

Hari ni akak buat oblong burger je.Dah lama simpan resepi sos dan dah selalu buat cuma hari ni baru lah berkesempatan mempamerkan buat tatapan pengunjung mykitchen..

Akhir sekali akak nak ucapkan tahniah dan syukur tak terkira pada anak dara akak NurFarah Hanis kerana telah mendapat tawaran utk melanjutkan pelajarannya ke peringkat ijazah di UITM,Shah Alam dalam bidang perakaunan..Dah lama dia tunggu
Utk kakak
Akak...memiliki akak adalah antara perkara yang terbaik berlaku dalam kehidupan kami..
Belajar dan kerja betul2..Fokus dan semoga kakak akan bertemu jodoh dgn pilihan hati lelaki yang beriman dan bertanggungjawab...Tuuuuuuuuu mak dah letak dah benda alah tu..Harap pueh hati..^__^


Oblong Burger
by 
anymz mykitchen
Sumber:Hana 

Bahan-bahan Utama

  • Roti - Seremban Bakery Burger-akak guna roti hotdog
  • Daging Oblong-Brand Iwani-akak guna brand Ramly
  • Bawang Holland-di hiris memanjang-nak goreng boleh/nak yang mentah pun boleh

Bahan Sos Lada Hitam
  • 2 cawan stok ayam- (air+kiub ayam)
  • 1/2 cawan susu segar - hana dan akak buh 1/4 je
  • 1-2 sudu besar lada hitam-di tumbuk kasar..kalau nak pedas tambahlah byk sikit
  • 1/2 biji bawang besar - cincang
  • 2 sudu besar kicap manis - bergantung kehitaman yg dkehendaki
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu mentega/ marjerin
  • 2 sudu besar tepung jagung-bancuh dengan sedikit air
  • garam dan gula - jika perlu
  • Tumiskan bawang besar hingga naik bau. Masukkan pula stok ayam. Didihkan.
  • Masukkan lada hitam, kicap manis, mentega/marjerin, sos tiram dan gula jika perlu.
  • Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit untuk mendapatkan kepekatan yang dkehendaki.
  • Goreng daging oblong (tak yah letak minyak) dan lepas tu celupkan ke dalam sos lada hitam.
  • Belah 2 roti dan letak marjerin dan bakar sekejap.
  • Letakkan daging oblong yang telah di celup sos lada hitam kat roti dan taburkan bawang besar yang di hiris.


Untuk geng kuntau
Nah ambik
Sape yang peknen tuh..^__^


Sunday 24 February 2013

Kek Coklat Kukus Bunga Lara

 Assalamualaikum

Alhamdulillah dah lama tak update di hujung minggu.Memandangkan hari ini akak ada sedikit masa yang terluang akak letak lah resepi kek coklat yang sungguh lazat.
Terima Kaseh kepada empunya resepi yang menamakan dirinya Bunga Lara di fesbuk..
Dah lama akak simpan resepi.Buat pun dah lama.Entah berapa kali buat dah ni cuma baru kini akak dpt upload gambar dan post di sini..Maklum dapur sedang dalam proses pengubahsuaian ...bila usik2 tu mula lah jumpa yg ini bocor yg itu berlubang..semua tu gara2 mickey mouse yg dah lama bertamu di opis akak tu..

Bunga Lara saya minta izin post resepi dan minta halal atas resepinya ini ya

Okay berbalik kita kepada cerita kek coklat ini rakan2 blogger pun dah mula buat nampaknya tu setelah akak minta Anna Qawina mencubanya dulu..
TerimaKaseh ana kau dengar rayuanku..hehe
Mas dan Ct payung juga sudah..
Mek Jah bila lagi?..Tak puas2 ke berguling dgn Al Fateh tu...Bangun lah Jah oiii...



 Kek Coklat Kukus Bunga Lara
by 
anymz mykitchen
Sumber:dari FB Bunga Lara

Bahan2
4 biji telur gred A
1 cwn gula halus
1/2 cwn susu pekat
1 cwn susu cair
1 cwn munyak masak
1 1/4 cwn tepung gandum*
1 cwn serbuk koko*
1 sudu kecil soda*
1 sudu kecil baking powder*

bahan2 * di ayak

Cara

Pukul telur bersama gula hingga kembang
Masukkan susu pekat,minyak dan susu cair
Dah sebati masukkan bahan2 yang di ayak tadi
Kemudian masukkan ke dalam bekas yang hendak di kukus
Kukus hingga masak

*Perlu di ingat jika kecil bekas tersebut maka kukus sekejap saja dlm 15 min.
Tapi jika guna 1 adunan terus utk 1 bekas maka kukus lah dlm 1jam setengah
Jangan di buka2 kukusan tersebut
*Pesan dari penaja...kiki

Topping

200gm coklat masakan
5 sudu besar susu pekat
3 sudu besar minyak
1 1/2 tin sus cair
*
Pesan dari penaja jugak
Lebih baik masak di dalam periuk non stick
Pekat atau cair bergantung pd susu cair begitu juga dgn manisnya bergantung pada susu pekat
Kalau topping dah sejuk hanya sedikit saja kepekatannya

**Hrp mklum : kebykkn org bt topping mnggunakn kaedah double boiler tpi sya tidak! Ini krana sya mggunakn periuk non stick n slow fire so ia x melekat! Tpi mke sure jgn tnggalkan krana ia blh brkerak di atas! Utk memudahkn tiada kerak tersbut pastikan sntiasa kacau hingga sejuk..
**DAN UTK MENJADIKAN KEK INI SOOOOO MOIST HINGGA MAK MERTUA JALAN PUN X NAMPAK ADALAH KERANA semasa kek ini baru diangkat PASTIKAN TOPPINGNYA JUGA BRU TUTUP API DAN CURAHKAN TOPPINGNYA YG MASIH PANAS2 ITU KE DALAM KEK TERSEBUT..LAKUKAN DUA TIGA KALI LEBIH KURANG...BIAR TOPPING ITU SERAP KE DALAM DAN LAKUKAN SKALI LAGI...TPI JGN BYK SGT NNTI KEK AKAN MENDAP...SLAMAT MENCUBA ♥ ♥ ♥

Friday 22 February 2013

Kek Keju Oreo Versi CupCake

 Assalamualaikum

Dan selamat sejahtera
Akak minta maaf kpd pengunjung2 'mykitchen'.Selama beberapa hari ni akak menyepikan diri.
Nak di katakan sibuk tiadalah sangat cuma sibuk menghadirkan diri ke beberapa undangan walimatulurus..sampai ke Layang-layang Johor kami memenuhi undangan tersebut..Selain dari wajib akak juga ingin mengeratkan kembali silaturrahim yang kian pudar..
Alhamdulillah dgn adanya majlis2 seperti ini semua saudara mara berkumpul dan banyaklah perkara2 yang di bualkan.
Kali ni akak postkan resepi yang pernah akak buat dulu di sini...
Boleh juga refer di sini
Ainul anak gadis bongsu akak tu beria2 nak buat oreo ciskek tapi malas nak buat dlm loyang..susah nak bawa ke sekolah katanya..Ainul berhajat sangat nak jamu kawan2 sekolah makan CC buatannya tapi malangnya 'cup' utk kek ni tidak mencukupi.
Hari pulak sudah jauh mlm jadi beliau cuma dapat buat 10 cup saja..Simpati kepadanya akak nasihatkan Ainul supaya berpesan kpd kawan2nya supaya makan sama2 dan berkongsi..


 Keju Oreo CC
by
AinulHanis from
anymz-mykitchen
Sumber:Buku Pn Noraini Zakaria





Cara 

Bahan kek

250gm krim keju
250gm krim putar
80gm gula castor
60ml air
15gm gelatin halal-guna gelatin dari halagel
3 keping biskut oreo di ramas kasar


Kek:Pukul krim putar hingga kembang dan pekat
simpan dalam peti sejuk sebentar.


Kopek biskut oreo satu persatu buang krim dan letak sekeping biskut oreo sebagai dasar di dalam 'cup'


Dalam bekas lain,pukul krim keju,krim biskut oreo dan gula castor hingga kembang dan berkrim.
Panaskan gelatin dan air hingga cair.setelah sejuk tuangkan gelatin dlm adunan keju dan di pukul sebati.masukan krim putar yang telah di pukul tadi dan pukul sebentar saja.
Biskut oreo yang telah di ramas kasar di masukan dalam adunan dan di gaul rata,Tuangkan atas biskut oreo di dalam 'cup'.

simpan dalam peti sejuk selama 5 jam

.

Ainul pesan mana kawan2 yang tak dapat tu..jangan marah insyaAllah nanti Ainul buat lagi.
^_____^


Thursday 7 February 2013

Sweet Sour Ikan Bawal Cermin

 Assalamualaikum semua

Selamat bertemu kembali kita di hari khamis ini.
Masak apa agak2nya ya..Takde idea?..Boleh aje masak ikan sweet sour/masam manis.

Yang benarnya akak sudah kekeringan idea.Tak tau apa yang mau di sembangkan di sini.Masih terasa janggal setelah bercuti sekian lama..
Apa yang dapat akak nyatakan kerinduan pd kenangan2 indah di tanah suci masih lagi terasa.Bukan akak tak mau bercerita di sini tapi akak tidak tahu bagaimana nak mula..
Okaylah mari kita tengok resepi yang akak katakan masih lagi simple dari dapur 'mykitchen'
..


Sweet Sour Ikan Bawal Cermin
by
anymz mykitchen

Bahan2

1 ekor  ikan bawal cermin/ikan bawal hitam pun boleh
10 tangkai cili kering
1 labu bawang besar size sederhana
5 ulas bawang putih
sedikit halia
1 cawan sos tomato
1 tin Nenas kiub-asingkan nenas dan airnya
1 tangkai daun ketumbar
1 labu bawang besar di hiris bulat
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Serbuk kunyit
Minyak
Cara

Bersihkan ikan
Lumur ikan dgn garam dan kunyit dan goreng hingga garing
Angkat ikan dan ketepikan
Tinggalkan lebihan minyak goreng ikan tadi dalam 1 cawan.
Cili kering di rebus hingga kembang
Kisar cili,bawang besar,bawang putih dan halia
Tumis cili hingga terbit minyak
Masukkan garam dan gula
Masukkan air nenas
Biarkan ia mendidih hingga agak pekat
Masukkan ikan dan tutup api
Akhir sekali tabur bawang dan daun ketumbar bila hendak di hidangkan


Wednesday 6 February 2013

Sambal Sotong

 Assalamualaikum semua

Dan Selamat Pagi kepada semua pengunjung my kitchen hari ini.Apa khabar semua..
Dah beberapa hari ni akak dok tayang kek aje kan?..Takut jemu hari ini kita makan sotong pulak.
Mahal betul harga sotong sekarang ni..Tapi nak buat macam mana kan?Tekak nak makan.mahal tak mahal beli aje...Nasib baik la en suami rajin menghantar akak ke Kuala Sg Baru,Melaka.Dapat jugak la akak rembat sotong,udang,ikan jenahak...cukup la stok utk seminggu..
Minggu ni kena masak lauk pauk yg tak ada di kafetaria wazir.Jemu makan ayam katanya esp nasi ayam..
Jadi semalam mak masak le sambal sotong dan sup ikan jenahak....Sup ikan tak payah post kat sini lah ya..Lauk dah biasa tu.....
Meh tgk resepi simple dari my kitchen.Simple sangat2 dan resepi ni khas utk adik2 yang bergegas balik dari kerja dan terus menyingsing lengan memasak utk keluarga..^_^

Sambal Sotong
by
anymz mykitchen

Bahan2

1/2 kg sotong size sederhana
20 tangkai cili kering
3  labu bawang besar-2 biji di potong bulat
3 ulas bawang putih
Garam secukup rasa
1 sudu kecil gula
2 cawan Minyak


Cara

Bersihkan sotng.
Buang kulit luar yang bewarna hitam
Belah dan kerat dua
Cuci bersih dan toskan airnya
Cili kering di rebus hingga kembang
Kisar cili bersama 1 biji bwg besar dan 3 ulas bawang putih
Panaskan minyak
Tumis cili hingga terbit minyak
Kacau dan masukkan sotong
Biarkan hingga mendidih
Kacau dan kecilkan api.
Masak dalam anggaran 15 min
Masukkan bawang yang di hiris bulat
Tutup api dan sedia utk di hidangkan...


Tuesday 5 February 2013

Ayam Goreng Bersos

Assalamualaikum semua

Alhamdulillah,..akhirnya akak berkesempatan menyiarkan resepi ayam goreng yang akak buat masa kenduri utk ke tanah suci thn lepas..Ramai yang bertanya kan resepi.Bukannya susah sangat pun dan alhamdulillah akak sudah mula mengedarkan sos2 tempahan dr kawan2 yang bertanyakan sos ini.Siapa yang maukkkk Angkat tangan..hehe..InsyaAllah...boleh aje di edarkan..Kalau sekitar Sban,Mka atau Kuala Lumpur.Kalau dah dok jauh tu jgn le order dua tiga botol ya..Tak berbaloi la mak nak nganto,huhu..
Sesiapa yang berminat boleh Email akak atau boleh aje inbox di FB ..
Bagi yang pernah rasa sos ini mmg tidak mengecewakan..Betui tak mek?......



 Ayam Goreng Bersos
by
anymz mykitchen

Bahan A

1 ekor ayam-di belah empat
Garam
Kunyit
Minyak

Daun Salad-di kerat kasar
Timun-hiris mancis
Sengkuang-hiris mancis

Bersihkan ayam dan gaul bersama garam dan kunyit
Goreng ayam hingga garing
Angkat dan toskan minyak
Ayam di kerat kecil2 dan gaulkan bersama salad,timun dan sengkuang
Hidangkan di atas pinggan besar dan curahkan sos ke atasnya,
Jika ada kacang tumbuk lagi menimbulkan selera-akak takde stok kacang dlm rumah
Cubalah 
Pasti tidak mengecewakan




bahan sos

cili kering-rm1/rm2
bwg putih-5 ulas
bwg kecil-3 ulas
1/2 botol tomato sos kimball
gula
garam
3 cawan air
air panas








cara nak buat kuah/sos


cili kering di gunting.keluarkan biji,bersihkan dan di rebus
kemudian di kisar bersama kedua2 bwg bersama air panas.
keluarkan.
dalam mangkuk gaulkan cili kisar bersama garam dan gula dan sedikit air panas.
campurkan sos tomato kimball anggaran 1/2 botol
lebihkan garam dulu,kemudian rasanya hendaklah ada manis,masam,dan masin
tidak perlu di masak sebab kita sudah menggunakan air panas semasa memprosesnya.



Monday 4 February 2013

Black Forest Swiss Roll

Assalamualaikum

Alhamdulillah akak telah lebih bersemangat untuk kembali mengaktifkan 'my kitchen'..
Hanya ini lah saja caranya akak dpt berbakti pada kalian yang hadhir di sini..terutamanya buat anak2 dan bakal menantu2 akak..tak kira bg anak lelaki maupun perempuan..Blog masak2 juga boleh di jadikan suatu amal jariah yang tidak terjangka oleh akal dan fikiran kerana kita melakukan dengan suatu perasaan halus yang amat sukar untuk di ucapkan dengan kata2...

Swiss Roll ni saja2 akak try test buat....Suka dengan filling fresh yang tebal cenggitu cuma akak tak letak cherry pitted di dalamnya..Takde stok...kehkeh
Membuatnya takdelah sesukar mana cuma kalau kita mau buatan yang lebih halus hendaklah selalu kita merajin kan diri dengan sentiasa berlatih menggulung kek2 yang sedemikian rupa..Betul tak kak1?...Tak percaya sila berkunjung ke blog kak wan ni..Besttttttt.....
Mekaseh k1 kerana sudi berkongsi resepi yang hebat ini.....

 Black Forest Swiss Roll
by anymz mykichen

Bahan A

3 biji kuning telur
75 gm gula kaster
50 ml air
40 ml minyak jagung / minyak masak
55 gm tepung gandum
20 gm serbuk koko
1 sudu teh coklat emulco

Bahan B

3 biji putih telur
2 sudu teh gula kaster
1/8 sudu teh krim of tartar

Bahan C

1 tin kecil dark pitted cherry,toskan airnya
200 ml whipping cream (non-dairy) Putar hingga pekat

Hiasan: Parutan coklat masakn/coklat masakan - akak tak letak


Cara

Ayak tepung dan serbuk koko.Ketepikan
Pukul bahan B hingga kembang dan bertanduk.Ketepikan
Pukul kuning telur hingga kembang di ikuti air ,minyak,,esen vanila dan tepung.
Pukul dengan kelajuan tinggi hingga putih dan gebu.Kaup balikkan dengan adunan B hingga bergaul rata.
Tuang ke dalam loyang.Hentakkan sedikit loyang untuk mengeluarkan gelembung udara.
Bakar dlm oven yang telah di panaskan terlebih dahulu pada suhu 170C selama 10-15min.
Sediakan kertas minyak yang lebih besar dari kek.Terbalikkan kek.Keluarkan kertas alasnya.
Sapu whip cream di permukaan kek dan susun dgn pitted cherry,kemudian gulung dengan menggerakkan kertas ke depan seperti menggulung sushi..

Sunday 3 February 2013

Cotton Soft Japanese Cheese Cake

Assalamualaikum semua

Apa khabar semua pengunjung2 my kitchen?..Harap semua sehat..Sehat macam akak...kehkeh..Serious ni berat badan mmg sudah naik tak terkata hinggakan wazir yang baru balik bercuti baru2 ini sanggup mengeluarkan kata2..."mak sudah bambam"...Huwaaaa....nangis...sekajap je berkobar2 jiwa nak menguruskan berat dadan nih..Bila nampak nasi je, lupa balik azam tu..habis tu camno...hehe

Okaylah hari ni kita tgk pulak resepi  cotton cheese yang sudah lama berada dlm simpana akak..
Argghhhhh...gasaklah...kita mengecis lah pulak minggu..Kalau wazir kata maknya ini sudah bambam..Wazir pulak akak tgk semakin kecik..Buat cheese Cake ni utk santapan beliau semoga berat badannya bertambah...
Resepi akak ambik dr rumah Cikgu Hana.Mekaseh cikgu..Hana pulak sekodeng dr dapur alma.Thnx pd keduanya..


Cotton Soft Japanese Cheese Cake
by anymz-mykitchen
Sumber:Hana




Bahan-bahan
  • Bahan A:
  • 250g cream cheese
  • 50g butter
  • 100 ml susu segar (fresh milk)
  • 6 biji kuning telur
  • 1 sdb jus lemon
  • 1/4 sdk garam
  • 60g tepung kek / tepung superfine
  • 20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)
  • Bahan B:
  • 140g gula (granulated sugar)
  • 6 biji putih telur
  • 3/4 sdk jus lemon
Cara-cara
  1. Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td. Kemudian, campurkan tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hgga sebati.
  2. Dalam bekas lain, pukul putih telur sampai berbuih2 (foamy). Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).
  3. Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau smpai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm tin kek.
  4. Bakar kek dlm kire2 sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F.