Showing posts with label dessert. Show all posts
Showing posts with label dessert. Show all posts

Tuesday, 31 July 2012

Butter Bread Puding Dgn Sos Kastad

Assalamualaikum semua

Alhamdulillah kembali kita bersiaran setelah beberapa purnama..Cewah purnama lah sangat..Baru berapa minggu je kan?..Dah ada orang nak muntah asyik nengok kek karamel je..katanya dah nak muntah hijau dah..Eh! ada yg kata ke?.hehe..
Ya lah selama ni ingatkan kehilangan charger bateri camera..Tu yg dah lama tak snap gambar masak2..Nak ambik gambar lain laptop akak dah meninggal..Sudah tidak kembali lagi jadi say goodbye ajelah pd gambar2 yg ada dlm folder tu..Doc yg merawat pun belum menghantar sebarang khabar berita..huhuhu...sadis sungguh.
Hari ni akak buat butter bread puding resepi dari rumah mek ganu yg kiut miut tu..dah lamatak  buat..Dulu pernah buat versi Hana di sini..
Meh kita tgk resepi...boleh juga melawat ke dapur Nor di T'ganu..Eh! di Secubit Garam..Peace Nor..



BUTTER BREAD PUDING Dgn SOS KASTARD
by
anymz mykitchen


Bahan2


10 - 12 kpg roti 
butter secukupnya
500ml susu fresh
4 sudu besar gula halus
3 bj telur
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar tepung jagung
sedikit kismis dan choc chip

Sapu roti dgn butter dan potong .
Susun ke dlm loyang yg dah digriskan.
Masukkan susu, gula, telur, vanila dan tepung jagung ke dalam sebuah bekas dan kacau hingga sebati.
Tuangkan adunan ni ke atas roti yg dah disusun td dan biarkan meresap lebih kurang 10 minit.
Taburkan kismis dan choc chip ke atas roti td. (kalau nk letak kismis dan choc chip ni selapis demi selapis masa menyusun roti pun boleh jugak.. terpulang la ya)
Bakar puding roti dm oven yg dah dipanaskan (175 -180C) lebih kurang 40 - 45 min atau sehingga masak.
Sejukkan seketika baru lah di potong dan dihidangkan begitu saja atau dgn sos kastard.

SOS KASTARD


1/2 tin susu cair
1 tin air (guna tin susu cair)
3 - 5 sudu besar gula ~ ikut kemanisan sendiri
1 sudu tepung kastard
1 sudu tepung jagung
1 helai daun pandan/1/2 sudu esen vanila
secubit garam

Masukkan kesemua bahan kedalam periuk dan masak lah sehingga sedikit pekat.
Hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak berketul.
Sejukkan dan bolehlah dihidangkan bersama Puding Roti.

Friday, 13 January 2012

Fruit Cocktail Pudding

 Assalamualaikum

Hari Jumaat sudah hampir melabuhkan tirainya..Sedih bila mengenangkan masa dan hari semakin cepat berlalu.bertambah usia perlu lah kita semua bertambah matang.Baik dalam menangani masalah mau pun kehidupan.
Akak teringin sekali nak berkongsi satu rahsia dengan korang tapi tunggulah masa yang sesuai..Akak terpanggil sebab sekarang ni nampak gayanya ramai sangat adik2 yang buat blog masak2 dengan sesuka hatinya mengambil gambar dan resepi tanpa izin..Sedih bila perkara2 ini berlaku pada adik2 yang mahir komputer dan bijak dalam kehidupan millinium ini di bandingkan dgn akak yang buta IT dan hanya seorang suri rumah biasa2 yang mengharungi kehidupan seadanya ini..ermmmm...nanti2lah kita berkongsi cerita ya..
Hari ni kita jamu mata dengan puding ni dulu..Ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari..Dah berminggu2 bumi nismilan di landa kepanasan..tapi bila hari ni sedang elok kami membasahkan tekak dengan puding yang nyaman,hujan pun turun dgn lebat...
Resepi akak ambik dari Jurnal resepibdaria..


Fruit Cocktail Pudding
by
anymz-mykitchen


 Bahan2

10 gm serbuk agar2
1 tin susu cair
1/2 cawan gula
4 cawan air (boleh kurangkan ke 3 1/2 cwn)
1 tin fruit cocktail

Cara

Campurkan serbuk agar2 bersama gula.
Tambah  4 cawan air dan kacau rata.
Masak hingga mendidih
Masukkan susu dan kacau rata
Tutup api
Tapis buah2an cocktail dan buang airnya..-(tapi akak jadikan air dari cocktail termasuk dlm 4 cwn air tadi)
Masukkan buah2an ke dalam agar2 dan kacau rata-akak potong kecil buah2an ini
Tuangkan ke dalam acuan yang anda gemari dan biarkan sejuk
Masukkan ke dalam peti ais dan biarkan keras

en suami suka makan dgn susu cair begini.
makan masa cuaca panas tapi malangnya sebaik kitorang selesai aje makan hujan pun turun dgn lebatnya.
hahaha


Nota:
Boleh gunakan agar2 pewarna jika suka
boleh kurangkan sukatan air jika suka puding yang lembut
Boleh tambah gula jika suka manis tapi bg akak sedang elok je manisnya tu sbb akak guna air dr fruit cocktail ini sendiri

Friday, 9 December 2011

Puding Sagu Pelangi

 Assalamualaikum

Ada yang tertanya2..cepatnya kak nim update blog sekarang..Ada jugak yang berkata2 rajinnya kak nim memasak...
Sebenarnya gini lah akak kat rumah.Bayangkan bila selama ni akak tak pernah menang tangan menguruskan anak2 yang seramai enam orang tu,tiba2 sekarang ni rasa macam magic.semuanya sudah besar panjang.Tiga orang di atas sudah lepas 21 tahun.Amir masih di Uni.Hanya tinggal wazir dan Ainul je di rumah.Ainul pulak waktu ini berada di taiping bercuti di rumah makciknya..Jadi akak ada baaaaaaaanyak masa terluang sekarang ni..
Tidak akak nafikan masak memasak ni merupakan suatu terapi minda bagi akak.Boleh lepas tension dan menyeronokkan..
Masak banyak siapa nak makan?..
Siapa lagi kalau bukan anak2 buah kesayangan akak di Seremban tu..Masaklah apa pun pasti habis di makan oleh budak2 tu..Tak pandai berkata tak sedap..manjang sedap je di tekak diorang..Budak2 tak pandai tipu kan..hehe
Okay..puding sagu ni akak buat untuk di jamu pada kawan2 yang dtg bertandang..Kalau nak harapkan wazir dan en somi yang habiskan memang takdelah...Lain lah kalau akak potong kecil2 puding ni curahkan susu cair di atasnya..isshhh..pokcik tu mmg memilih bila bab puding.Hanya akan makan yang berkuah gitu..
Walau apa pun puding ni memang sedap apatah lagi kalau di makan musim panas..


Puding Sagu Pelangi
by
anymz mykitchen
Resepi:Gert



Bahan2

1 cawan sagu biji putih
1 liter air
20 gm serbuk agar2
1 1/2 cawan gula pasir
3 helai daun pandan
1 tin susu cair (400ml santan)
3 jenis pewarna kegemaran

Cara

1-Rendam biji sagu selama 2 jam.Kemudian rebus hingga biji sagu menjadi jernih.Tuangkan ke dalam tapisan dan cuci di bawah air mengalir utk membuangkan kanji dan mengelakkan ia melekit-lekit.
2-Bahagikan biji sagu ke 6 bahagian berasingan dan warnakan 3 bahagian berbeza2.Lagi 3 bahagian sagu biarkan pada keadaan asal.
3-Dalam periuk yang lain,masukkan 1 liter air bersama serbuk agar2,gula dan daun pandan.
Masak hingga mendidih
4-Masukkan susu cair kemudian tutup api.
5-Cedok 200ml larutan agar2 dan masukkan ke dalam 1 bekas sagu tanpa warna.
Kacau rata dan tuangkan ke dalam acuan  yang telah di basahkan dengan air.Biar keras seketika sebelum mengelar permukaan dengan agar2 dengan pisau.
6-Cedok 200ml  larutan agar2 tadi dan masukkan 1 bekas sagu dengan pewarna dan kacau rata.Tuang perlahan ke tas lapisan pertama tadi.Biarkan keras seketika sebelum mengelar permukaan agar2 dengan pisau.
7-Ulangi langkah 5 dan 6 beberapa kali sehingga habis semua larutan agar2 dan biji sagu di gunakan.Sejukkan dalam petia ais.

Note:
Untuk setiap lapisan yatie masukkan dlm freezer(1-2min suhu max) supaya puding cepat beku
Ulangi langkah di atas

Monday, 28 November 2011

Koktel Kastad Istimewa

Assalamualaikum

Alhamdulillah bertemu kita di tahun baru,dengan azam yang baru dengan cita2 yang baru dan semoga dosa2 silam kita tinggalkan dgn sejuta keinsafan dan berjanji dengan diri agar perkara2 yang tidak baik tidak lagi kita ulangi.Semoga hijrah dan harapan kita di tahun baru ini di perkenankan Allah swt amiiiiin

Orang yang bekerja masih lagi bercuti pada hari ini.Akak buat kastad koktel ni semalam.Balik aje dari rumah orang kenduri terus bancuh kastad ni.Wazir dah tak tahan sangat nak makan katanya,walaupun pada ketika itu hujan turun mencurah2...hahaha..org makan masa sejuk wazir makan masa kuah kastad tu masih panas lagi..Dah teragak sangatlah gamaknya tu.Resepi akak salin terus dari rumah Nor@SGN67.Dah selalu buat kastad koktel ni cuma baru kini akak berkesempatan ambik gambar dan masukkan resepi.
TerimaKaseh Nor dan Mrs Shieza.Sedap ni you all cuba lah ya.Memang di akui semenjak dua menjak ni akak byk ambik resepi dari rumah Nor.Nak habiskan resepi2 dari rumah Nor yang dok bersawang dlm draft tu kan.hehe..InsyaAllah nanti akak cuba pula resepi2 dari rumah kawan2 yang lain pula.Kena ikut turn ni..fuuuuuuuuuh...jenuh nak kurangkan list yang berjela2....


KOKTAIL CUSTARD ISTIMEWA
by
anymz mykitchen




Bahan:
1 tin buah2an koktail campuran
1 tin nata de coco
1 tin nenas kiub
ceri merah dibelah dua (optional)
agar2 merah ~ yg ni k.nor tak letak




utk kuah custard:


1 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastard (larutkan dlm sedikit air)
6 sudu besar gula (kalau tak suka manis kurangkan sbb air koktail tu dah manis)
2 sudu kecil esen vanilla 
~ k.nor letak 1 sudu jer-akak juga


satu untuk awak

satu untuk kita


Susu cair dimasukkan ke dalam periuk dan di masak atas api yg sederhana. Kemudian masukkan gula, larutan tepung kastard td dan esen vanilla.
Kacau hingga pekat. Jangan berhenti kacau sbb takut kastard tu bergentel.
Bila campuran susu dan kastard td tu dah bertukar warna kekuningan dan pekat, boleh la tutup api. Ketepikan dan sejukkan.
Satukan campuran buah2an koktail, nanas kiub, agar2, ceri dan nata de coco td ke dalam mangkok besar. Masukkan sekali air di dalam tin buah2an koktail dan nanas td.
Kemudian masukkan 3 - 4 sudu kuah kastard yg dimasak td ke dalam campuran koktail td atau ikut suka nak letak banyak mana, nak pekat ke nak cair. Gaul sebati dan kemudian sejukkan.
Kalau suka bolehlah dihiaskan dgn ceri merah. Lagi sedap kalau ditabur kacang tanah yg dimesin kasar.

tambahan bahan2 dr K.Nor
epal merah
epal hijau
buah pear
buah lai
oren
kiwi
anggur
strawberi
kiwi
kesemua buah2 ni dipotong dadu kecuali anggur dan strawberi

Saturday, 26 November 2011

Chocolate Mocha Custard Pudding

Assalamualaikum semua

Ini kira nak buat quick update.Terimakaseh pada SGN67 atas idea puding ni.Nor ambik resepi dari fatimah bahlawan.Nor izinkan akak tepek resepi puding ni di sini pulak ya.

Akak sibuk sikit sekarang ni.Kejap2 lagi nak ke surau.Ada gotong royong untuk majlis sambutan maal hijrah lewat petang nanti.Semoga kita di Limpahi rezeki yang melimpah ruah dan semoga segala urusan kita di permudahkan.Semoga segala amalan kita di terima dan doa yang baik2 di kabulkan olehNYA..InsyaALLAH amiiiiiin.

Selamat Menyambut Maal Hijrah



CHOCOLATE MOCHA CUSTARD PUDDING
by
anymz mykitchen
resipi olahan : K.Nor@SecubitGaram
dr resipi asal Coffee Mocha Custard Pudding (Fatmah Bahalwan)



ini versi degil tak dengar kata sifu..suh tutup dgn aluminium foil tapi tak buat gara2 tak baca arahan..




Bahan:
400 ml susu cair
70 gm gula pasir
60gm coklat masakan (dipotong kecil)
1/2 sudu kecil kopi segera (nescafe)
1 sudu kecil pes mocha
4 bj telur A
1 sudu kecil tepung kastard

Cara:
Masukkan susu cair, gula dan coklat masakan kedalam periuk dan panaskan hingga gula dan coklat masakan larut. Ketepikan.
Kocok telur menggunakan handwisk dan tuangkan bancuhan susu tadi sedikit demi sedikit hingga habis.
Kacau hingga sebati (jgn kacau dgn terlalu kuat, sekadar nak sebatikan saja)
Bancuhkan tepung kastard bersama sedikit air dan masukkan kedalam bancuhan tadi. Kacau lagi hingga sebati dan tapiskan.
Tuangkan kedalam bekas ramekin atau mangkuk kecil tahan panas.
Bakar dlm oven dengan kaedah bain marie atau water bath dgn suhu 170C, antara 45 - 55 min, atau sehingga masak (bergantung pd saiz cup/ramekin yg digunakan)
Keluarkan dan biarkan sejuk.
Kemudian masukkan ke dalam peti ais dan biarkan sejuk sebelum dihidangkan.


*telur tidak perlu dipukul hingga kembang, sekadar nak sebatikan dgn adunan susu saja. kalau terlebih pukul, teksture puding jd tak berapa cantik. kaedah ni lebih kurang mcm kita nak buat puding karamel yg mana telur tak perlu dipukul kuat dan lama.
** selepas tempoh 35 min, buka pintu oven dan letakkan sekeping aluminium foil di atas puding tadi supaya bahagian atas puding tidak menjadi hangus/garing.
*** k.nor kurangkan sukatan gula sbb dah ada manis dr coklat maskan yg ditambah dlm adunan.

Monday, 14 November 2011

Puding kasih Bertaut

Assalamualaikum

Akhirnya puding ini sampai juga ke rumah akak..Itu pun sebab mau di hadiahkan pada jiran yang akan mengadakan kenduri kawin cucunya .Kalau tidak jenuh akak sorang nak menghabiskan puding yang sedap ni..Di rumah akak ni puding yang laris hanya lah puding2 yang berkaitan dgn susu atau fruit cocktail..kalau selain dari itu diorang sanggup pandang aje..Biasa la anak2 lelaki tekak diorang tak sama kan?..
takmo bebel panjang2 kita terus ke resepi ya.TerimaKaseh Naz sudi share resepi .Sesuai sangat di buat hantaran puding ni.Dan terimaKaseh pada Nor sebab akak ambik resepi ni dari dapur secubitgaram...:)

Puding ni pasti akan di buat lagi..Sesuai sangat untuk di jadikan sebagai buahtangan..sedap dan cantik...secantik empunya resepi..:)))

InsyaAllah akak akan menyusuli rumah teman2 yang telah berkunjung ke sini dalam sedikit masa lagi..





Gambar terpaksa di edit bagi terang,Cuaca tak berapa nak menyebelahi akak hari ni.Gelap saja dari pagi tadi..




Puding Kasih Bertaut
by
anymz mykitchen





Bahan-bahan A :
1/2 paket @ 2 tsp serbuk agar-agar (dari sepeket 10 gm serbuk agar-agar)
300 ml air
200 ml santan
1/2 cawan gula
1 biji telur
2 atau 3 jenis pewarna dan perisa (kalau tak nak letak perisa pun tak pe, just pewarna)

Cara-cara :
Masukkan serbuk agar-agar, gula dan air ke dalam periuk dan masak hingga gula dan serbuk agar-agar larut. Kecilkan api.
Pecahkan telur ke dalam santan dan kocok sikit dengan garfu. Tuang ke dalam periuk berisi larutan agar-agar tadi dan kacau sebati dan masak hingga mendidih (beware! atas api perlahan tau!). Setelah mendidih, tutup api.
Bahagikan larutan kepada 2 atau 3 bahagian dan masukkan pewarna dan perisa. Kacau sebati setiap bahagian dan tuangkan ke dalam mould yang anda suka. Biarkan ia keras di dalam peti sejuk.
Setelah keras, keluarkan agar-agar dari mould atau kalau guna bekas yang besar sebagai mould tadi, potong agar-agar menjadi kiub-kiub kecil dan masukkan semua agar-agar ini ke dalam satu bekas lain yang lebih besar.


Bahan-bahan B :
1 paket serbuk agar-agar 10 gm
1 liter air
1/2 cawan gula pasir
100 gm gula Melaka atau nise
2 helai daun pandan (disimpulkan)

Cara-cara :
Masukkan semua bahan di atas ke dalam periuk dan masak hingga larut dan mendidih. Tutup api dan tapis larutan agar-agar.

Cara menyediakan puding :
Tuang larutan agar-agar B ke dalam bekas yang berisi semua agar-agar A / kiub-kiub agar-agar A tadi. Biarkan keras dan sejukkan ke dalam peti ais.

NOTA :
Untuk perisa tu, kalau tak nak letak pun tak apa. Cukup sekadar mewarnakan agar-agar di bahagian A itu dengan 2 atau 3 warna yang berlainan agar hasilnya nanti nampak cantik dan menarik.
Kalau tiada mould yang bentuk macam Naz di atas tu, guna loyang jer pun boleh untuk keraskan agar-agar bahagian A. Cuma lepas keras, potong agar-agar menjadi kiub-kiub kecil.

Tuesday, 18 October 2011

Puding Tauhu

Assalamualaikum

Yesssss...akhirnya akak buat jugak..Norrrrr..terimakaseh lah bagi resepi puding yang segar bugar ni ya..
Memang sesuai benar puding2 cenggini masa musim panas..terasa2 sejuk nyaman je masuk ke tekak.Pada akak puding2 begini memang sesuai sgt di hidangkan bila musim panas seperti yang melanda di bumi nismilan sekarang ni.Buat pau pun sesuai.Senang je yis nak kembang bila musim panas kan Nor kan?..Eh!apa ke halnya citer pau pulak ni????..Sebab sebenarnya akak baru balik dari dapur IzahDaut.Tengok pau dia yang kaler pink tu rasa terpekenan pulak...Dah ambik dah resepi nya tu nak try jugak.Akak kan pantang nampak pau..Mesti nak cuba.Hari tu tengok pau kat rumah Naz@COSK.Pun dah ambik resepi tapi belum cuba lagi..

Okay2 berbalik pada kisah puding ni,akak buat puding ni tengahari semalam.Orang lain dah berkurun2 dok dlm dapur diorang akak baru nak cuba.Maklum kat rumah ni ramai anak bujang.Budak2 lelaki ni kurang sikit bab2 puding ni.Kalau puding yang ada kuah susu cair tu laju je diorang mamam..Tapi kalau puding jenis yang ini ayahnya yang laju makan.sebab ada laici tu kan?..ada buah2an.laju le pokcik tu mamam..TerimaKaseh Nor atas resepinya ni.Lain kali nak buat guna fruit cocktail pulak.:))))


PUDING TAUHU
by
anymz mykitchen
resipi original: Nor@SecubitGaram


Bahan:

utk puding:
1 paket agar2 serbuk@10gm sepaket
6 1/2 cawan air
1 1/2 sudu besar gula
1/2 cawan santan
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan susu cair
secubit garam
1 helai daun pandan

utk kuah:
1 tin laici 1 tin air (guna tin laici sebagai penyukat)
3 - 4 sudu besar gula

Cara:
utk buat puding:
Masak air bersama serbuk agar2 dan gula serta daun pandan hingga mendidih.
Masukkan santan, susu pekat, susu cair dan garam.
Masak lagi hingga hampir mendidih (keluar wap yg banyak) dan padamkan api.
Biarkan hingga suam.
Tapiskan ke dalam sebuah bekas lain dan bolehlah dituangkan ke dalam acuan yg disukai. Biarkan sejuk dan masukkan kedalam peti ais sehingga hendak dihidangkan.

Utk kuah:

Asingkan laici ke dalam bekas berasingan dan siat2kan sedikit. Masak air laici bersama 1 tin air dan gula hingga mendidih. Biarkan sejuk Masukkan ke dalam peti ais dan biarkan betul2 sejuk sebelum menghidang.

Cara menghidang:

Letakkan puding ke dalam sebuah mangkuk dan letakkan juga laici yg disiat tadi. Tuangkan kuah dan puding sedia utk dimakan.

* puding ni boleh juga kalau nak dimakan dgn fruit coktail, cuma gantikan laici tu dgn fruit coktail ya.. bahan2 utk kuah tu yg lain2nya boleh guna sama cam dlm resipi.

Friday, 7 October 2011

Pavlova 'Aussie'

Assalamualaikum semua

Selamat Pagi semua dan selamat berJumaat pada pengunjung2 lelaki mykitchen.
Pavlova ni sebenarnya telah menjadi salah satu menu yang sudah agak lama tersimpan dalam peti draft harta karun akak tu..lama betul sehingga akak dah terlupa dah ,sehinggalah baru2 ini apabila akak di masukkan ke hospital akak di hadiahkan majalah saji buat mengisi masa akak semasa duduk2 di katil hospital tu kan,akak pun terjumpa lah resepi pavlova dari Chef Kamarul yang kini berada di Aussie nun..Beliau, kalau tak silap akak kini menyambung pengajian bahagian kulinari di peringkat PHD di sana.Kalau akak silap harap betulkan ya.Beliau juga ada blog tapi akak tak tau nama blog nya.
Pavlova ni sebenarnya di reka bentuk oleh anak dara sulung akak Farahhanis.
Akak cuma menyediakan bahan2 nya aje.Selebihnya Farah yang bukak mixer dan cari aluminium foil yg hilang entah di mana.Farah juga yg pecahkan dan asingkan putih dan kuning telur hingga termasuk sedikit kuning telur ke dalam putih..adeh..nampak sangat minah tu dah lama tak dok ceruk dapur.
Akhirnya siap jugak pavlova yang pada mulanya akak begitu takut sekali nak buat sebab utama akak tak pernah makan jadi tak tau bagaimana rasa yg sebenar.kedua:akak takut pavlova ni jadi hangus..macam2 ketakutan yang ada tapi akhirnya yessssssss..vely nice one ini pavlova dan amat di sarankan pada pencinta benda2 manis..muhahaha...
Pada akak okay aje.Kalau tak manis tak sesuai sebab ini guna putih telur okay..
Okay2 takmo bebel meh tengok resepi..
OOppsss lupa nak bagi tau..bila di hidangkan menda alah ni di atas meja anak2 pun berkerumun dan semua pegang sudu sorang satu.Sekejapan je menda ni hilang di depan mata..Sehinggakan en suami berkata..buat lagi laaaaaaaaaaa..
Haisssshhhhh.....

Chef Kamarul,Izinkan akak kongsi resepinya di sini buat tatapan anak2 dan cucu2 , andai kata mereka pula nak membuatnya suatu hari nanti.Minta halal ya..


Pavlova 'Aussie'
by
anymz mykitchen
Resepi:Chef kamarul dari majalah Saji


Bahan2

4 biji putih telur
1 cawan gula kastor
2 sb tepung jagung
1 sudu kecil cuka putih
1 cawan krim putar(double)-pukul kembang
5 biji buah markisa-akak takde stok guna buanh anggur je
10 biji buah strawberi

Cara

Panaskan ketuhar pada suhu 150C dan pukul telur sehingga kembang
Masukkan gula perlahan-lahan,pukul sehingga telur kembang dan tidak jatuh apabila di angkat.
Masukkan tepung jagung.Pukul pastikan sebati perlahan-lahan.Kemudian tuangkan cuka dan gaul hingga sebati.
Tuangkan di atas papan pembakar yang di lapik kertas (lakar bulatan 18 cm atau mengikut kesesuaian lebar papan pembakar anda).
Bakar dalam ketuhar selama 1 jam 20 min.-akak bakar 40 min
Selepas itu tutup suis ketuhar dan biarkan pavlova sejuk di dalam ketuhar selama 20 min lagi.
Keluarkan dan tuangkan krim yang telah di pukul,tuangkan jus buah markisa.
Hiaskan dengan buah strawberi mengikut kreativiti anda.

Rasa manis pavlova di sesuai kan dengan rasa masam2 manis anggur/kiwi/strawberi
Memang menjadi favorite anak2 buat masa ni.





Friday, 30 September 2011

Kek Karamel

Assalamualaikum semua

Alhamdulillah hari ni akak berkesempatan memasukkan entri pendek kek karamel yang akak buat sebelum akak melandingkan diri di katil hospital KPJ,Seremban sejak Rabu lepas.InsyaAllah di entri akan datang akak akan berstory mory tentang hal itu ya.

Hari ni akak sempat jamu kawan2 dengan kek karamel yang di hidangkan oleh Ainul sambil di perhatikan oleh Puan Tanah kedaung yang duduk di sebelah..
Ya....puan tanah dah keluar hospital dan insyaAllah jika di izinkan olehnya akak akan kembali seperti biasa..mana boleh nak pisah2 kan diri dengan lappy ni kan..terutama dengan kawan2 kedaung di sini.wakakaka..


kek karamel
by
anymz mykitchen

Bahan-bahan : Loyang 22cm
(A)-Gula Hangus
  • 2 sudu besar gula (utk bt gula hangus)
  • *tabur gula dlm loyang n msk ats api perlahan..biar gula hancur n wrna tukar jd perang)
  • Ketepikan dulu (gula tersebut akan mengeras & berbunyi macam kaca pecah gitu)


(B) - Bahagian Atas
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 3 bj kuning telur
  • 2 biji telur (putih & kuning)
(C) - Lapisan Kek
  • 140 gm tepung gandum
  • 70 gm gula kastor
  • 3 bj kuning telur
  • 135 ml air biasa
  • 1 sudu teh baking powder
  • 45 ml minyak msk
  • 2 sudu besar susu pekat manis (Ana tambah)
D) Merinque
  • 6 bj putih telur
  • 70 gm gula kastor
  • 1 sudu teh krim of tartar
    Cara-cara :
    • Sediakan bahan (A) dahulu, ketepikan.
    • Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nti x jd karamelnye...
    • Tapis bahan (B) td dlm loyang gula hangus (A) tadi..ketepikan.
    • Pukul bahan (C) *Ana guna senduk je..ketepikan.
    • Pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang & bila kita angkat dia x jatuh...(meringue)
    • Campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..jangan terlebih kacau, agak-agak bercampur sebati je.
    • Bahagikan kpd beberapa bahagian & letak pewarna n paste kalau nak..
    • masukkan ke dlm loyang yg ada gula hangus & keremel tadi (A + B)..selang seli warna, letak ditengah2 loyang, adunan kek akan terapung.
    • Bakar cara double boiling - selama 1 jam 10 minit dengan suhu 175'C, menggunakan api bawah dahulu selama 40 minit, kemudian api atas bawah sehingga masak *Boleh juga menggunakan api atas bawah tetapi guna suhu 160'C / 170'C sahaja, (bergantung kpd oven masing-masing juga ya)
    • Jika tak pasti keremel dah masak ke belum boleh tambah lagi masa membakar lebih kurang 10 minit,
    • Bila masak angkat & rehatkan 25 minit/setengah jam baru terbalikkan kek yg dibakar tadi...masa ni dah agak sejuk jadi senang nak keluarkan kek.
    • Masukkan dlm peti sejuk 1 jam n lepas tu mkn sejuk2. Lebih sedap selepas semalaman.
    • Sedap dimakan sejuk.

    ** Suhu membakar bergantung kepada oven masing-masing, jika oven saya jenama ELBA, suhunya agak panas, jadi saya lebih suka guna suhu rendah tapi makan masa yang agak lama. Selamat mencuba ya.. **Kalau ada yang nak bertanya (Ceeh..macam pandai sangat kan..tapi kalau sudi tanya saya sudi jawab InsyaAllah) bolehla komen & tanya, akan saya jawab sedaya upaya saya.

    Sunday, 14 August 2011

    Agar-agar Santan Pandan

    Assalamualaikum semua

    Dan Selamat Berhujung minggu..
    Agar-agar ni akak buat semalam sebagai buahtangan ke surau sebab ada majlis di surau berdekatan rumah akak ni..Banyak ilmu yg di pelajari dan insyaAllah dapat di manfaatkan dan boleh kita kongsi bersama suatu hari nanti.
    InsyaAllah hari ni rasanya nak menziarah seorang saudara jauh yang tiba2 jatuh dan kedengaran luka pendalamannya sudah di peringkat tahap serious.Itulah dia kan,kdg2 kita tak tau,hari ni kita sehat,esok lusa kita di uji.Masih muda lagi.Penyebabnya cuma jatuh je..Semoga dia cepat sembuh dan menjalani kehidupan seperti biasa walaupun mungkin lepas ini kehidupannya mungkin tidak lagi seperti dulu..
    Agar2 ni tidak berapa nak menjadi kepalanya tu..tapi takpelah janji dapat menyumbangkan sesuatu untuk di makan bersama waktu berbuka.Rasa dia memang sedap.manisnya sudah sedang elok je tu.Resepi dah agak lama akak simpan dari rumah hana cikgu manis tu yang mana resepi asalnya hana ambik dari rumah ummi@homesweethome.
    TerimaKasih kepada keduanya atas resepi ini.Akak tepek kat sini kedua2 resepi untuk memudahkan akak membuat rujukan di masa akan datang.


    Agar-agar Santan Pandan
    by




    Bahan-bahan
    • 10g serbuk agar-agar
    • 1 cawan gula
    • 1100 ml air
    • 170ml air campur 1 paket santan serbuk - hana guna santan pekat
    • 1 biji telur dipukul dengan santan tadi
    • secubit garam
    • 1 helai daun pandan
    Cara-cara
    • Masak air dengan gula dan daun pandan hingga gula larut.
    • Masukkan serbuk agar-agar dan kacau lagi hingga mendidih.
    • Kecilkan api.Tuangkan campuran santan dengan telur, garam dan kacau terus hingga adunan santan timbul dan berbintil2.
    • Tuang kedalam loyang atau acuan.
    • Sejukkan dalam peti sejuk sehingga mengeras baru potong.

    Resepi Agar-agar Santan

    Bahan-bahan
    • 25 gm agar-agar tali (dalam paket)
    • 1150 ml air 2 paket santan serbuk + 750 ml air (dibancuh jadi santan pekat)
    • 1 1/2 cawan gula pasir
    • 1 biji kuning telor
    • 2 helai daun pandan (disimpul)/perisa pandan
    • beberapa titis pewarna hijau
    • 1/2 sudu kecil garam
    Cara-cara
    • Basuh agar-agar dan jerangkan bersama air hingga mendidih.
    • Pastikan agar-agar benar-benar larut, masukkan gula, daun pandan dan pewarna hijau. Sederhanakan api dan masak lagi hingga gula larut.
    • Sementara itu kacau santan, garam dan telor hingga sebati. Tuangkan ke dalam periuk.Kacau selalu santan dengan api sederhana hingga nampak santan berbintil-bintil (naik jadi lumut gitu).
    • Tuangkan ke dalam loyang yang telah dibasahkan terlebih dahulu.
    • Sejukkan sebentar di luar barulah dimasukkan ke dalam peti sejuk.

    Saturday, 23 July 2011

    Konyakku Fruit Jelly

    Assalamualaikum

    Selamat Petang semua..mmm..dah malam dah pun kan..
    Sebenarnya malam ni lebih kepada entri testing sebenarnya..
    Testing yang pertama akak cuba besarkan gambar seperti yang di sarankan oleh Hawa dan Anna Qawina tempoh hari.Blog akak ni masih di takuk yang lama..Nak upgrade akak tak reti dan memang tak pandai.Nak godek lebih2 akak takot hilang pulak semua bahan yang ada dalam my kitchen ni..Jadi biarkan lah ia seadanya..

    Testing yang kedua terus terang akak nak buat pengakuan di sini,akak memang tak pernah buat sendiri konyaku jelly.Sebab utama..akak tak berapa suka makan jelly.sebab kedua..anak2 juga kurang gemar...Sebab ketiga seisi rumah tak berapa nak makan..Bila tukang masak tak pernah buat makanya seisi rumah pun tak pernah lah makan yang home made jelly ni kan..

    Tapi bila akak di hadiahkan silikon mould baru2 ini,hati berdetik ingin mencuba jelly konyakku yang berkotak2 ada di gergasi tu..Akak pun capai satu dan ikut je panduan yang ada di kotak tu.
    Ikut saranan Nor letak pewarna sikit tapi akak pi letak 1 sudu kecik..tu yang tak nampak segala tok nenek buah yang ada dalam jelly tu..hantam sajalah kan?..nama pun testing.lain kali boleh buat kaler jernih2 sikit..Untuk sesuai kan dengan tekak, akak makan dengan susu cair dan curahkan fruit cocktail..tapi terlupa pulak nak snap gambar yang ada susu cair.berebut2 pulak kami anak beranak makan....
    Okay confirm lain kali kalau nak buat jelly ni hidangkan dengan susu cair sekali baru diorang ni makan sampai tak hengat...

    Yang gambar depan silikon dari mek yang bertandang ke rumah akak




    Yang gambar belakang silikon dari mek Penang.
    Terima Kasih pada kedua2 jelitawan yang datang dengan buahtangan..
    Lain kali datang bawak macam2 lagi ek?..I like..hehe