Monday, 14 December 2009
KHASIAT LOBAK MERAH
Lobak merah merupakan sayur yang mempunyai banyak khasiat .Lobak merah mengandungi beta carotene, vitamin B dan C , alpha carotene, klasium, dan potasium . Ia adalah baik untuk menguatkan sistem pertahanan badan untuk melawan peyankit. Ia juga meningkatkan pertumbuhan sel-sel- baru dan membuang toxic dalam badan .
Jus lobak merah boleh dijadikan sebagai minuman dan ia juga digunakan untuk baiki keadaan kulit kita. Lobak merah adalah amat berguna untuk mengurangkan masalah sakit jantung , diarrhea , dan juga mengatasi selsema iaitu dengan membentuk antibodi dalam badan.
Selain itu Lobak Merah juga kegunaannya memanaskan badan. Ia juga melancarkan aliran haid dan air kencing.
LOBAK PUTIH.
Lobak putih juga dikatakan mengandungi kandungan khasiat yang tinggi dan sering dikaitkan dengan mereka yang mengalami masalah penghadaman. Masalah perut meragam sering kali berlaku akibat ketidakhadaman makanan dan ia bukan sahaja menyakitkan tetapi turut menyebabkan seluruh badan terasa tidak selesa.Salah satu kaedah dalam perubatan tradisional untuk mengubati masalah perut meragam ialah dengan menggunakan lobak putih.
Selain daripada masalah ketidakhadaman makanan, lobak putih juga baik dimakan oleh mereka yang menghidap bronkitis, sakit tenggorok, asma, batuk dan selesema.Ia bertindak menentang bakteria, menguatkan limpa serta mempunyai kesan-kesan antipiretik. Berasal dari keluarga crucifera, lobak putih juga sesuai dimakan sebagai ulam terutamanya di kalangan mereka yang mengalami masalah kencing tidak lawas.
Di sini juga saya nak kongsi sedikit tips untuk buat sup lobak putih. Dikatakan Sup ini adalah baik untuk kesihatan buah pinggang….dan juga untuk ibu2 yg menyusukan anak…
Cara-caranya mudah sahaja…
1. Hiris bawang merah , bawang putih dan halia. Tumis dalam minyak yang sedikit.
2. Masukkan 3 cawan air dan rangka ayam.
3. Biar ia mendidih selama 15 minit. Masukkan serbuk pati ayam dan garam.
4. Akhir sekali, masukkan lobak putih yang telah dihiris bulat.
5. Biar ia mendidih sebentar dan boleh dihidangkan.
6. Boleh dihias dengan daun bawang dan daun sup dan tabur bawang goreng semasa menghidang
Thursday, 5 November 2009
Rahsia Tauge
Menu TAUGE untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering kali dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita. Tauge dilihat sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan.
Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik.
Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.
Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.
Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.
Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis)
Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.
Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi dalam tauge, menghalau 'lemak jahat' LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.
Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.
Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.
Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser.
Selepas membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya. Jadi apalagi, mari kita ramai-ramai makan tauge hari-hari.
Sunday, 1 November 2009
masak lemak Telur Itik dgn Belimbing buloh
10 biji telur itik
cili api blend 11/2 senduk.
santan rm3 atau santan dari 2 biji kelapa
utk manis
tumbuk sedikit ikan bilis dan 3 ulas bwg merah
perencahnya boleh letak belimbing buloh,daun kunyit,kulit buah rambai,bacang dll.
didihkan santan dan air dgn bahan tumbuk
masukn belimbing yg sudah dititik2 sedikit
kacau hingga masak kuah
pecahkan telur perlahan2 jgn sampai kuningnya pecah jika mahu telur itu kelihatan bulat
pecahkan dlm bekas berasingan utk mengelakkan jika ada telur yg busuk.
dah masukn telur,jgn di kacau.ini utk memastikan kuning telur berada dlm keadaan baik.
kecilkan api dan biar mendidih perlahan.
ps gulai ni biar pedas utk hilang rasa hanyir telur..
Tuesday, 27 October 2009
ikan kerapu 3 rasa
1 ekor ikan kerapu or siakap.goreng ler dulu
then bwg putih and cili api titik2 then tumis.masukn cili blend.sikit jer.pas tu masukn cili sos,tomato sos,oyster sos.ditambah dgn perasa garam dan sedikit gula.pas tu apa lagi?? jadi la mcm pic kat atas tu hah.jgn lupa taburkan daun ketumbar,kalau nak tau makanan siam kebanyaknnya mesti ada daun ketumbar.pic kat atas tu tak menarik sgt sebab gambar senget sikit and kuah tak kena pd keseluruhan ikan tp tak apalah.yg pasti i nak tunjuk salah satu lauk yg boleh di masak cincai2 je esp my sis yg kerja tu hah.....jgn asek nak beli jer.murah mmg murah lauk beli ni tp tak berkhasiat.byk pak aji.
sambal tempoyak pucuk ubi
Ini la masak sambal tempoyak N9.bahan2 dia simple sgt2.hah! to all my sis jgn lupo ingat resepi ni boto2.sok bilo aku dah tak ado korang nak tipon sapo pulak.ooppss sorry bunyi org N9 bila berckp memang agak kasar tp itulah kemesraan yg sering terjalin antara kami.
well back to the story bahan2 nak buat sambal ni yg mesti ada mestilah
tempoyak 3 senduk
pucuk ubi 1ikat
daun kaduk yg rupa dia mcm daun sireh tu.ambil la dlm 6 helai
daun mangun
pucuk labu dlm 8 helai
daun kunyit 8 helai
daun salam
sebenarnya kalau nak tambah apa2 pucuk pun boleh jgn yg pahit sudahlah
petai 5 papan
bwg merah 5 ulas-hiris
1 genggam ciliapi-tumbuk halus dgn sedikit kunyit hidup
1 genggam ikan bilis
serai 3 btg-hiris halus
semua bahan daun di hiris dan di cuci dgn garam dgn cara meramas utk buang warna hijau daun.kemudian di campur semua bahan2 yg lain dan di satukan kedlm periuk.masukn santan dari 2 biji kelapa.jerang atas api hingga mendidih dan pekat.kalau nak yg berkuah,tambahlah santan lg.masakn org N9 biasanya pedas dan berlemak.simple kan?tapi jgn confuse ada jugak org masak sambal ni dgn cara masak kuah dulu kemudian baru masukn daun2 tp i suka ikut cara mak.senang.sekalikan aje.pas tu jerang je atas api tu dgn api perlahan sambil tu kita boleh masak benda lain plak.