bahan2
1 ekor ikan tenggiri saiz sedang
1 ikat pucuk ubi yg hg 1 hinggit
20 ulas cili api.di tumbuk atau di kisar
1 btg serai
santan dari dua biji kelapa atau santan dah siap rm 3.(asingkan 1 cawan utk pati)
2 keping asam gelugor(asam keping)
kunyit sebesar ibu jari di tumbuk atau 1 sb serbuk kunyit
garam secukup rasa
cara
ikan tenggiri di bersihkan,di kerat dan di goreng separuh masak.
(saya tak gaul dgn garam kunyit sbb nak elakkan rasa ikan goreng dlm gulai ni.setengah2 org dia gaulkan garam kunyit lalu di goreng spt biasa.pun boleh gak.terpulang)
ketepikan ikan
pucuk ubi di rebus hingga empuk,angkat dan toskan
dalam periuk,curahkan santan pekat(kalau beli santan dah siap tambahkan sedikit air),kunyit,cili api,asam keping ,serai dan garam
kacau hingga mendidih
masukn pucuk ubi
masukn ikan
masukn pati santan
rasa kan garam
didihkan hingga masak kuah
sedia utk di hidangkan
sayur kami hari ini.abaikan jelah ya.dah snap gambar sayur ni.kesian pulak.dia pun nak di pamerkan gak.hehe
pertama kali tengok ikan masak lemak dgn pucuk ubi ni..nak try lah...saya tengah suka sgt dgn gulai lemak gaya kak anim skang ni..hehhehe
ReplyDelete