Friday, 14 May 2010

Rendang Ayam Berempah


mari2 hari ni kita terlebih rajin auww.teringin makan rendang pulak.hubby bawak balik itik.masuk ice box lupa nak keluarkan pg2 tadi.yg sempat cekau ayam ni je la..cekau kat pasar.hehe.rendang ni versi org malas cam saya.kalau nak cepat,cam ini le rupanya.janji anak2 dan hubby puas hati.dan pinggan licin hingga menjilat jari.kan..kan..


bahan2
1 ekor ayam
20 tangkai cili kering di kisar
15 tngkai cili api dikisar-kalo taknak pedas kurangkan
1 sb halia yg telah di kisar
8 ulas bwg merah dikisar
3 ulas bwg putih di kisar
1 sk lengkuas yg telah di kisar kalo suka.
3 sb rempah kari daging
2 sb kerisik.-tak letak pun takpe
2 tangki serai di titik
4 sb minyak masak
santan dari 3 biji kelapa
garam secukup rasa

cara

ayam di bersihkan.toskan airnya
panaskan minyak
tumis bahan2 yg di kisar.
masukn rempah
masukn serai
masukn ayam dan kecilkan api.
gaul rata
dah keluar air ayam,jgn tunggu kering sgt
masukn santan
kacau rata.besarkan api semula dan jaga jgn hangus
rasakan garam
sentiasa kacau hingga kering.dah pastikan ayam masak.tutup api.dan dah boleh di hidangkan

*rendang ada mcm2 versi.nnt saya keluarkan rendang N.sembilan yg asli.bawang nya di hiris.bukan di kisar mcm kat atas.

2 comments:

  1. sedap makan dengan nasi minyak, nasi putih atau pulut kuning ni kan..

    ReplyDelete
  2. yg ini sedap di makan dgn pulut kuning atau lemamg sbb rendang ni sedikit basah.

    ReplyDelete