Tuesday, 25 May 2010

Roti kismis

Lama tul saya teringin nak bakar roti yang ada kismis kat dalam,sehinggalah ada permintaan dari ainul semalam.di sebabkan smlm bday ainul saya tunaikn gak la request dari ainul ini.
Resepi seperti biasa,yang gebu2 ni kita ambik dari cik mat tu hah..minta ampon ya mat.aci C&P jek nih..memang gebu




BAHAN-BAHANNYA :-)
300 g tepung roti (high protein flour)
1 camca besar susu tepung1 1/2 camca teh bread improver
1/4 camca teh garam halus
50 g gula halus8 g instant yeast
50 g mentega50 g kismis1 biji telur*
1/2 camca teh esen vanilla*(*disatukan dan kacau rata)
120 ml air
Sedikit mentega untuk disapu atas roti
lihat kegebuannya

CARA MEMBUATNYA :-)



  1. Dalam satu bekas, satukan semua bahan diatas kecuali mentega dan juga mentega untuk disapu atas roti. Gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega (50g) dan terus menguli hingga mendapat dok yang lembut, kenyal dan anjal. Bulat2kan dan letak dalam bekas, tutup dengan plastik dan biar 45 minit hingga kembang. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan diatas kecuali mentega untuk disapu ke dalam "breadmaker", pilih setting untuk doh dan tekan "ON". Biar hingga siap.
  2. Keluarkan doh dari bekas. Tumbuh sedikit dan bagi kepada 10 bahagian, kurang lebih 64g setiap bahagian. Bulat2 kan dan letak dalam bekas (mat guna muffin cup saiz besar)...atau susun dalam loyang yang telah disapu mentega. Buat hingga siap.\
  3. Biarkan 30 - 35 minit hingga doh naik. Bakar dalam oven pada suhu 190C selamat 15 - 20 minit atau hingga peerang. Keluarkan roti dari oven dan sapu permukaan roti dengan mentega. Biar sejuk dan hidangkan..... Selamat mencuba..

5 comments:

  1. gebu nampak roti kismis ni.. teringin nak buat tapi tepungnya pulak nan ado.. hehe

    ReplyDelete
  2. itu la, kita ni selalu pblm tang tepung tu kan?biasanya setiap kali saya beli tepong roti,saya akan beli xtra.

    ReplyDelete
  3. roti kismis yg sungguh gebu, tak pernah lagi buat roti hehe

    ReplyDelete
  4. HAMSINI:cuba buat.roti ni cicah milo atau kopi.sedap.

    ReplyDelete
  5. tepung roti tu kalau kita pakai tepung gandum, nnt roti kita jadi tak?

    ReplyDelete