Thursday, 14 October 2010

Tiramisu

Salam semua,ni rumah orang lain dah selalu sampai ,ni aku jugak yang terhegeh2 baru nak membuatnya..itupun setelah si bongsu ainul merengek2 nak tiramisu..aku ambik resepi dari rumah ayu,..ayu ambik dari rumah ummi kuantan,ummi ambik mungkin dari rumah kak liza..kan aku dah kata...rumah semua org dia pergi..ni je baru nak sampai rumah haku..sememeh sikit ropa dia..anak aku tak sabau2 betul..silalah ambik sorang setengah..kongsi2..tak cukup ni..





Bahan:-
  • 1 gulung kek swiss roll kopi-(Ayu used about 2 rolls- 150g each)
  • 250 gm keju cream [philidephia]
  • 150 ml yogurt asli
  • 1/2 cawan gula
  • 1 biji lemon [ambil jusnya] - (kalau xnak masam sgt, ambil separuh jus jek)-(Ayu tak gunakan sebab yogurt yang Ayu gunakan dah cukup masam)
  • serbuk nescafe



Larutan Agar-agar:-

  • 1/4 cawan air
  • 1 sudu kecil serbuk agar-agar

Cara
1. Kek swiss roll dihiriskan nipis.
2. Masakkan larutan agar-agar sehingga mendidih.
3. Pukul keju, gula dan yogurt sehingga gebu.-(Ayu pukul bahan2 ni dulu baru masak larutan agar2 kerana takut agar2 cepat keras.)
4. Masukkan perahan jus lemon dan kacau lagi.
5. Masukkan larutan agar-agar dan kacau rata.
6. Susunkan hirisan kek dalam bekas kaca atau gelas.
7. Tuangkan adunan keju dan rata.
8. Letakkan lagi hirisan kek dan tuangkan lagi adunan keju tadi.
9. Ayakkan serbuk nescafe dan sejukkan sebelum dihidangkan



2 comments:

  1. Salam kak anim! bukan saja ank akak yg tak sabar kita pun tak sabar! hihji.. nmpk sedap tu kak.. kita pun sejak tahu mkn tiramisu rasa nak membuat jer lagi! ehehehe...

    ReplyDelete