Friday, 15 April 2011

Bingka Susu

Assalamualikum semua
Sehat semua?..
Akak buat kuih bingka ni petang tadi..masa membakar , rasa tak sabar2 pulak. harum betul bau susu..dah masak tak sabar pulak nak tunggu sejuk.sebab dah sejuk baru boleh potong.sedap yatie.terima kaseh kongsi resepi yang yatie ambik dari kak Fida.
Hari ni akak baik..takde cerita panjang terus ke resepi...kekeke

Bingka Susu
by
anymz my kitchen

BAHAN A : -
  • 1 cawan susu cair
  • 3/4 cawan susu pekat manis
  • 50 gm gula pasir (opt)-akak letak sebab akak suka manis.
  • 1 cawan tepung gandum - diayak
  • 2 biji telur
BAHAN B :-
  • 500 ml air
  • 100 gm mentega / majerin
  • 50 gm tepung kastard
  • 1/2 sk esen vanilla
  • 1/2 sk garam



Cara-cara
  1. Satukan bahan A dan ketepikan
  2. Satukan bahan B dalam periuk dan kacau rata. Masak hingga pekat atas api perlahan.
  3. Masukkan bahan A ke dalam adunan yang dimasak, kacau rata dan masak terus hingga pekat lagi. Matikan api.
  4. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu mentega dan bakar pada suhu 160C selama 30 - 40 min atau hingga permukaan kuih garing.
  5. Biar kuih benar2 sejuk di dalam loyang, potong dan boleh dihidangkan. Kuih boleh disimpan dalam peti sejuk jika ingin dimakan dingin.
  6. Adunan boleh juga dibakar di dalam acuan bahulu pecah lapan.




14 comments:

  1. nyummmy nyummmy.fav ririn tuu,kuih bingka =)

    ReplyDelete
  2. Kak Anim....mesti sedap ni kan...

    ReplyDelete
  3. sedapnyer...dah lama dok dlm list..tak terbuat2 lg saya...mai sepotong..hihi

    ReplyDelete
  4. la..ingat bingka doyan..
    bingka susu rupanya...he..he..
    memang nampak sedapp la kak...
    nak sepotong...
    masih panas2 lagi kan...
    sedap ni sambil minum teh o...

    ReplyDelete
  5. kak anim, kita suka bingka2 ni..
    kasi sikit buat makan petang ni..

    ReplyDelete
  6. kak sodap lak nampak ea..nk try laaa..
    masih yo kak!

    ReplyDelete
  7. kak, pestime dengor bingka susu...namapak sedap..nak rasa sikit...hihiii

    ReplyDelete
  8. sedapnya bingka kak anim ni...ada lagi tak kak?nieza nk yg kat kerak2 tu yer...suka kerak jer...hehe

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum...
    kak pengat durian ngan roti benggali tu ada lagi tak?

    ReplyDelete
  10. Assallamualaikum k nim,
    Akak, nk sikit.. Kalau Ada part yg mcm kerak tu, pas kt Naz eh!

    ReplyDelete
  11. as-salam kak
    Waaah bestnya...tapi tak pernah dengar nama kuih nie, mesti sedap

    ReplyDelete
  12. to saharina
    ooo..suka makan kueh bingka ya..kueh org zaman dulu kan?mmg sedap


    to cik cek
    memang sedap cuma tak berapa nak lembut..


    to norul
    eh..kena buat cepat norul..tak buat, tak tau nanti, rasanya bagaimana kan?..sedap ni lemak2 manis susu.


    to mas
    wah.ko tak habis2 dengan duyan ya.mentang2 dah jadi tauke duyan,bukan main lagi ko skang ni ya..hehe
    memang sedap la mas..lemak2 manis rasa susu cuma keras lah sikit.

    ReplyDelete
  13. wahai kak.nim ku yang di chintai! kdg dtg semangat berkobar jugak nak membakor-bakor... tp sempat hangat2 ta*k kerbau jer.. ilang dek kepenatan... hihi.....

    ReplyDelete
  14. Assalam K.Anim,
    tak sangka akak pun suka kuih2 bakar dan kuih kukus2 ya..samalah selera kita..sedapkan bingka susu ni.

    ReplyDelete