Assalamualaikum semua
Di Negeri Sembilan public holiday hari ini sempena menyambut hari israk dan mikraj..
Ramai yang berpuasa di luar sana tu ke?..kalau dah berpuasa hari ni harap2 kita di kurniakan kesihatan yang baik untuk meneruskan puasa sehingga hari khamis nanti ya?
Alhamdulillah akak di kurniakan kesihatan yang baik hari ni..Badan sudah kembali normal selepas berehat panjang semalam..
Sudah lama akak pekenan dengan kek ni..tambahan stok yogurt memang dok ada je lam esbok tu..jadi akak pun mengodek kek ni lewat mlm tadi sambil menunggu bangah balik dari ng China lewat jam 1 pagi semalam.
Takut ada tetamu2 yang tidak di rancang muncul time cuti2 begini,tu yang akak buat kek chocolate nih..dapat jugak di hidangkan buat sesiapa yang tiba2 muncul kan?
Akak ambik resepi dari dapur ibundo kakPah..dan kakpah pulak ambik dari hasil sekodeng rumah cik manggis..terror betul bonda2 berdua ni mengekek...
Hasil air tangan Kakpah dan CikManggis tidak pernah mengecewakan...
Psst..psst..kakpah,pueh bodek dah ni..tak ado apo2 nak boghi ko?.kihkihkih..
Moist Yogurt Chocolate Cake
by
anymz mykitchen
source:dapur ibundo
source:CM
Bahan-bahannya:
1 cawan serbuk koko.
1 cawan air mendidih.
1 cawan butter-suhu bilik.
4 biji telur.
2 1/2 cawan gula halus.
2 tsp esen vanilla.
3 cawan tepung kek*
2 tsp baking soda *
1 tsp baking powder *
1/2 tsp garam halus * (*ayak)
1 cawan fresh yogurt.
1 cawan serbuk koko.
1 cawan air mendidih.
1 cawan butter-suhu bilik.
4 biji telur.
2 1/2 cawan gula halus.
2 tsp esen vanilla.
3 cawan tepung kek*
2 tsp baking soda *
1 tsp baking powder *
1/2 tsp garam halus * (*ayak)
1 cawan fresh yogurt.
akak tidak menggunakan ganache seperti dlm resepi..
stok cream sudah habis..
jadi guna apa yang ada je lah ya..
untuk ganache yang simple lihat di SINI ya
Cara-caranya:
450 gm Coklat masakan-potong kecik.
300 gm cream(Cm guna whipping Cream)
- Bancuh serbuk koko dengan air mendidih hingga rata.
- Pukul gula dan butter hingga kembang dan ringan.
- Kemudian masukkan telur satu persatu,esen vanila,yogurt,tepung yang diayak bersama baking soda,baking powder dan garam tadi.Pukul hingga sebati.
- Akhir sekali masukkan bancuhan serbuk koko dan pukul lagi hingga rata dan sebati.
- Bakar dengan menggunakan loyang bulat berukuran 9".Jangan lupa sapukan butter pada loyang dan alaskan dengan baking paper.
- Bakar hingga masak.
- Biarkan dalam loyang selama 10 minit baru keluarkan kek.Biarkan kek betul-betul sejuk baru di salut dengan coklat ganache.
450 gm Coklat masakan-potong kecik.
300 gm cream(Cm guna whipping Cream)
- Masukkan semuanya kedalam periuk yang sesuai.Masak dengan menggunakan api yang kecik sehingga coklat cair.kacau hingga sebati
eeemmmh enak betul tuh cake,I like it.....
ReplyDeletekak anim : akak bli yogurt sebaldi ritu kn? cer bagi kita sikit..konon2 nak le buat semalam, tgk2 yogurt yg bersisa tu dah masam, takleh guna..huwaa..nak kek..nak kek..tergoda tgk CM buat haritu kn..
ReplyDeletepst..pst..bangah bawak balik apo tuk kito? hakhak..
uwaaa ada kek coklat kat sini..tambah ada yogurt lagi,mesti lagi sedapkan...arini nak wat kek apa ya utk birthday anak sulung yatie.....poning nak mikirin..ekekeke,,
ReplyDeleteSalam kak anim! sedapnyerrr!!!!! kita dah sakit mata tgk umah org sana sini buat kek cekelat, kita ni nak buat asyik ada ajerr alasan tak leh pakai hihihi...
ReplyDeleteSalam Kak Anim..
ReplyDeleteWah pagi ni dah 2 org tayang kek yogurt ... kak anim punya choc alalala geram plak tgk cake nih..minta septg kasi hawa lah tuh ada byk lagi kan??? hehehe
As'salam kak anim
ReplyDeletecoklat kek memang lah sedap ditabah pulak ada yogurt emm...sedanyaaa. mois dah ct tengok tu kak.
semoga kak anim diberi kesihatan yang baik2 selalu ya :)
wah.. pagi2 ni ramai pulak duk tunjuk kek.. menguji keimanan jugak time2 puasa tgk dapur org ni. hehe..
ReplyDeleteselamat berpuasa kak anim. moga amalan kita diterimaNya iA =)
tengok pun dah sedap kak nim... lom makan lagi tu...
ReplyDeleteSalam Kak Anim,
ReplyDeleteSAya pun cita2 gak nak buat kek ni bila nampak kat rumah CM hari tuu.
Nampak sedap betul!
Salam Anim....amboiii..kejam taaauu...suka wat tekak kita marah-marah, bentak-bentak..hehee...mmg terliur habis tengok kek ni tauuu...
ReplyDeletemang aii..sodap boto nampak ea tu..pos la sini sikit ha...
ReplyDeletemmm sedap..:)
ReplyDeletewahhhh...kak..gebusnyer kek..sedapnyer..meh tukar ngn puding kita kak..
ReplyDeletewahhh...bestnya tengok kek coklat tu...
ReplyDeletelembut lembab jerk...
mmmmm....dapat sepotong pun jadilah..., mengancam betul!
ReplyDeletegebussss
ReplyDeletedan lembab
sungguh terpesona
teringin nk mkn..tp malas nak mgodeh..anta skeping kak :)))
ReplyDeleteAssalamualaikum akak..
ReplyDeletewah ada kek coklat kat cnie... nak sepotong ada lg x nie akak... nmpk sgt moist sekali... sedaaaap
kehkeh.. baru datangnak mengekek ni ha. osah lambek e ketapi. Kpah punyo dah solamat lobur lam porut. Sodap kan?
ReplyDelete