Wednesday, 8 June 2011

Nasi Dagang


Assalamualaikum

Terlebih dahulu akak nak ucapkan,terima kaseh pada Naz.Lain kali bawak saiz besar punya ya.hehehe..dah bagi betis nak peha pulak kan?...

Nasi dagang memang menjadi kesukaan akak sekeluarga.kat sini memang kita tak akan jumpa beras nasi dagang versi cenggini.kalau di pantai timur akak di fahamkan hanya di Kelantan aje ada jual kan?..kat Terengganu tak ada ya Nor?..
Nasi dagang ni akak buat tengahari semalam..sedang elok je buat akak anak beranak..
Ikan tu akak rebus malam sebelumnya.memang menjadi kebiasaan akak kalau buat nasi dagang,ikan tu akak lebih suka rebus sehari lebih awal.lebih perisa gitu.Nasi Dagang pula akak tanak seperti biasa kita buat nasi lemak hingga separuh masak kemudian akak salin dan kukus.Bila sudah separuh masak seperti biasa kita tabur hirisan bawang kecil,halia dan halba.Yang ini jiran akak yang berasal dari Kelantan yang ajar.Biasa la kita semua nak kerja mudah aje kan?...


Gulai Ikan Tongkol
by
anymz mykitchen
source:Nor@SecubitGaram

Bahan:

1 ekor ikan aya@tongkol
3kpg asam keping
sedikit garam
air secukupnya
Bersihkan ikan aya dan potong.
Masukkan dalam periuk dan masukkan asam keping, garam dan air.
Air hendaklah melebihi paras ikan.
Masak dgn api sederhana sehingga air tinggal lebih kurang 1/4.
Lagi lama ikan dimasak lagi sedap, isi ikan pun lebih pejal.

Bahan2 kuah:
4 sudu besar cili mesin
7 bj bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1in halia *
1in lengkuas *
1in kunyit hidup * ( * diblend )
3 sudu besar rempah gulai nasi dagang ~ boleh guna rempah cap bunga ros kalau tak ada rempah khas utk gulai
(akak guna rempah kari daging+rempah kari ikan)
nasi dagang
2/3 cawan santan fresh/pekat
4 cawan air
air asam jawa
sedikit belacan ~ optional
nisan/gula melaka
garam
sedikit gula
7 - 9 bj cili padi
minyak

Bahan penumis:
1 btg kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 bj buah pelaga
1 kuntum bunga lawang

Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan bahan penumis.
Biarkan hingga wangi dan masukkan cili mesin.
Goreng hingga cili menjadi garing dan masukkan bahan2 yg diblend.
Masak hingga sedikit kering dan masukkan rempah gulai.
Masukkan 1/2 cawan air dan masak lagi hingga garing dan pecah minyak.
Masukkan lebihan air dan masak hingga mendidih.
Masukkan santan dan renihkan hingga kuah mendidih sambil sesekali mengacau.
Masukkan air rebusan ikan, jus asam jawa, belacan, nisan/gula melaka, garam dan gula.
Masak hingga kuah sedikit pekat dan masukkan ikan yg dah dimasak tadi.
Renih lagi kuah hingga kepekatan yg disukai.
Sekiranya kuah terlalu pekat dan tak pecah minyak bolehlah ditambah air panas dan masak semula hingga keluar minyak.
Masukkan cili padi dan masak lagi sekejap dan baru lah dipadamkan api.

* ikan aya lebih sedap direbus lebih awal dan dibiarkan supaya rasa masam2 tu meresap ke dalam isi ikan.
** kalau ada belimbing buluh, boleh lah diletak dlm gulai ni. nanti rasa gulai lagi sedap :)



13 comments:

  1. Salam kak animmm!! kita dtg awal niiiiiii hihihi nak tumpang bf kat sini! muffin kat bwh tu ada lagi tak???? sedapnyerrr nasi dagang! lama tak makan! nak buat malas pastu payah nak carik ikan tongkol kat sini :-( ngidam lah pulak nii! uuuwaaaaa...sedappp2!!!!

    ReplyDelete
  2. As'salam kak anim

    selamat pagi kak. adoiiii..tergoda dan mengoda nasi dagang ni lah. lama benar tak makan. kalau ada jual pun tak sesedap bila buat sendri. tapi nak buat tu malazzzzzz.. hahaha. mintak sebungkus lah kak, nak buat bf pagi ni..hihihi

    Kak anim, kalau nak copy boleh. akak select semuanya pastu gi kat edit tekan copy n siap. dah berapa kali ct mintak Hb betulkan, dia asik lupa jer. ct ni bab2 IT ni kureng sikit lah kak..hahaha

    ReplyDelete
  3. caya lah kak anymz..
    perrgggh telan air liur ni kak .
    Beras nasi dagang yang berwarna perang/hitam tu memang ada di kelantan je. Kalau di Terengganu, guna beras pulut putih + berasa biasa je.

    ReplyDelete
  4. nim,
    kakpah bawak pinggan.Tolong isik boleh?

    ReplyDelete
  5. Salam Anim... pagi2 dah telan air liur... glup glup!!!! beras nasi dagang bli lama dah tp malas nak buat...
    tingat MIL nyer nasik dagang, rempah semua dia giling sendiri... gluppp!

    ReplyDelete
  6. Assalam kak..Amboi lama xusik2 akak,rindu la plak..Mak da rumah,bz la cikit..Akak pepagi dah tyang nasi dagang,amboi cheq dah terliuq dah ni,hihu..Siyes nih kak,nmpk sedap..

    ReplyDelete
  7. ANIM..SODAP TU..NASI DAGANG..TAPI NAK KARI AYAM..

    ReplyDelete
  8. kakngah nyer keje lg mudah kak.. beli jek.. :P

    ReplyDelete
  9. kat lipis ada kak nim beras nasi dagang ni, tapi ore klate la hak jua beras ni.. hokoloh kecek klate gak..hehehe..

    kak nim.. my feeberet time raya.tapi musti nak makan ngan sambal sardin mak masak.. kiki

    ReplyDelete
  10. *sambil bersila mengadap nasi dagang kak anim*

    Kakkk..sedapnyaa!! Pasni nak tambah 2 bungkus lagi yee..

    Saya masak campur je beras pulut dgn beras siam..mana nak cekau beras nasi dagang asli kat sini..sob..sob..

    ReplyDelete
  11. argghh..sedappnya nasi dagang.....
    terliur mas tengokkkk....

    ReplyDelete
  12. aarghhh,...nasi daganggg...suke..suke...kak anim nk sepinggan (x nk sepiring sket sgt)taruk kuah lebih yer...

    ReplyDelete
  13. to ika
    kihkih..jah oooo jah..nasi dagang da habis..mapin tu pun dah ilek..


    to ct delima
    memang pun.kalau buat sendiri ni kita boleh adjust rasa kan?..nak lemak ke tak nak lemak ke..


    to kasihredha
    selalu akak kalau masak nasi dagang mcm tu jugak kak..alhamdulillah ari tu ada kwn dari kelate balik kg singgah dtg sini sudi pulak hulurkan akak beras nasi dagang ni hah..


    to kakpah
    dah jadi bajo kak..sok2 kito poi kelate kito borong boreh ni byk2 kan kak?


    to kakrose
    haippp..takmo malas2 kakrose..meh sini beras yg kat rumah kakrose tu..


    to zaliedana
    waaaaa..ada mak di rumah ya..rajin le masuk dapur tu ya.hehe

    ReplyDelete