Friday, 1 July 2011

Ayam Mayonis

Assalamualaikum semua

Buat apa petang2 jumaat ni?..bersiap2 nak balik kg ke?..kalau kg dekat boleh lah ya tak?tapi kalau jauh nun telan air liur je lah bila teringat masakan mak kan?..
Anak akak along dah balik dah..dia balik sekejap je tadi ada hal yang perlu dia bereskan..ni dia ke rumah kawan nya yang bakal jadi raja sehari beberapa jam je lagi..Along jadi pengapit..isshh..seriau pulak rasa bila anak2 dah bujang dara ni tau..tak terbayangkan lagi macam mana keadaan akak masa menerima menantu nanti..kalau kumpul2 semua kawan main masak2 masa tu mesti best kan?..
Ini semua penangan soklan dari saudara mara,bila nak menantu?..ataupun soklan eh!anak2 dah besar panjangkan?...bila nak wat kenduri?...hadoi...kak cik kak oi..kalau anak lelaki saya ,bila kita tanya,ala mak 3 tahun lagi lah..rumah nak beli,kereta pun nak beli..tunggu dulu lah..kalau anak pompuan no comment lah ya..kita ni pompuan.kita menunggu.tapi nak bagi tau lah buat 'org' di luar sana kan.pat pat siku lipat,siapa cepat dia dapat..muahahaha,,...(gerenti mengamuk anak dara akak kalo baca nih)...dah...dah..takmo melalut...

Ni akak buat ayam mayonis ni makan dgn nasi ketumbar semalam..sedap giler wo ayam ni..Itu pun Anna Qawina yang syorkan..katanya sedap..maceh Nor..lenkali cipta resepi ayam yang best2 lagi ek?

yang penting mesti podeh2 ya..

Ayam Mayonis
by
anymz mykitchen

bahan-bahan

600 gm daging ayam-di potong kecil dan di bersihkan
1 labu bawang besar-mayang
4 ulas bawang putih-mayang
3 cm halia-mayang
4 sudu besar cili kisar
2 sudu besar mayonis
2 sudu besar sos cili1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk lada hitam
7 keping cendawan hitam-rendam dalam air panas dan hiris
2 tangkai daun ketumbar-potong 2 cm
3/4 cawan air
1 1/4 cawam ,minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
sedikit perahan jus limau nipis-nor tambah
capsicum hijau dan merah-nor tambah



cara

Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan ayam yang sudah di gaul dengan garam dan serbuk kunyit.Kacau rata dan tutup kuali kemudian biarkan hingga ayam empuk.Angkat dan ketepikan (Ayam di goreng sekadar masak saja,tidak perlu garing)
Buangkan sedikit minyak di dalam kuali kemudian tumiskan cili kisar.Kacau hingga rata dan biarkan hingga garing dan pecah minyak.
Masukkan bahan2 yang di mayang kemudian kacau hingga naik aromanya.
Masukkan air,cendawan,serbuk lada hitam,garam dan gula.Kacau lagi hingga rata.
Masukkan ayam goreng,sos cili serta mayonis kemudian terus padamkan api.
Akhir sekali masukkan daun ketumbar dan kacau lagi hingga rata.
Hidang panas2 bersama nasi.

23 comments:

  1. kak nim... ooo kak nim....
    bilo nak trimo menantu ?
    ado ciri ciri khusus ko kak nim..
    kikiki..

    asik tangguh je nak buat lauk ni. minggu depan lah

    ReplyDelete
  2. Sedapnya dish ni kak! Chicken and mayonnaise make wonders :)

    ReplyDelete
  3. Salam kak anim, dtg bwk bendera putih dgn pinggan kosong :D kita tak makan tgh hari lagi ni kak sob sob nak tumpang makan kat sini tau! macehhh!!! akak tak bg pun kita dah kata nak akak kena terima hihihi...

    ReplyDelete
  4. to izahdaut
    jah ... o ... jah...
    tak ado ciri2 khas pun kalo nak nerimo menantu.tapi kalau boleh tu,menantu lelaki biarlah org yg beriman dan bertanggungjawap kan zah?..sok2 bila akak buat kenduri jgn lupo dtg yo..
    eh lom buat lagi ke zah?akak ingatkan akak yg ketinggalan ketapi.hehe

    ReplyDelete
  5. to love
    memang sedap lauk ni love..tak rugi mencuba..betul kan?kalau ada mayonis memang sedap.
    nanti nak try udang versi love pulak..dah femes betul tu.hehe

    ReplyDelete
  6. kak anim.. bila agak nyer nak msk lauk ayam mayo nih... tak sempat2 lagi..hohoho

    ReplyDelete
  7. sedap kan kak nim..saya pun dah brp kali buat dah..hihi..suka rasa dia tuh..nak2 kalo ada cendawan butang..huhu

    ReplyDelete
  8. akak..nanti kenduri jemput mas tau..
    boleh gi ngan ijahdaut tu...
    tak sabo nak tunggu kak anim jemput kenduri..he..he..

    ayam tu..mas pun bertangguh jerk..tak buat2 lagi..

    ReplyDelete
  9. kak ayam mayonis ni lawan dia dengan nasi ketumbar kat bawah tu ke?

    ReplyDelete
  10. wahh.. bagus2, dah ada umah.. tun ni kumpul duit, dah guna utk kawin.. ni baru nk kumpul duit beli umah pulak.. huhu.. xpe laa.. slow2.
    nnti nk wat kenduri, bagi tau awal2 tau.. blh tun blk semenanjung.. nnti blh ramai2 gi serang umah kak anim.. hihi.. dh terbayang2 riuh abih laa dapur akak.. hihi..

    ReplyDelete
  11. as-salam kak anymz
    nampak sedap ayam mayonis tu kak.. selalu guna mayonis utk perap ayam yg nak dibakar je..
    btw nasi ketumbar kat bawah tu sungguh menyelerakan..

    ReplyDelete
  12. toijayuji
    alololo..kesiannya lah kat adik sorang ni ya..tak lalu makan ya..meh makan sama2..meh..hehe

    ReplyDelete
  13. to mamahawa
    laaaaaaaaaa...tak masak2 lagi ke..esok boleh masak..senang je menu ni hawa.

    ReplyDelete
  14. to anna
    maceh ana..ya lah memang sedap..kalau dah tinggal bermalam lagi sedap..akak suka rasa dia tu..

    ReplyDelete
  15. to kasihredha
    ya lah kak..lawan dia dgn nasi ketumbar tu.akak suka makan nasi macam ni dgn lauk ayam masak pedas2..ada gak yang masak nasi lawan dgn ayam masak tomato..cuba lah kak.sonang yo..hehe

    ReplyDelete
  16. to ady
    ooo...akak tak pernah guna mayonis utk perap ayam..lain kali boleh cuba tu ady..

    ReplyDelete
  17. to mas
    insyaAllah blogger masak2 semua akak jemput..tinggal dtg dgn tidak je lagi kan?..kalau sudi apa lah salahnya..seronok sgt.nanti boleh akak booking hotel ke,homestay ke kat sini.

    ReplyDelete
  18. to tun
    masa ni dia rancang elok je lah nampaknya tu tun.tapi kalau pihak sebelah sana nak cepat terpaksa gak dia percepatkan tarikhnya kan?..
    InsyaAllah pasti akan akak jemput semua..hehe

    ReplyDelete
  19. salam ziarah kembali kak anymz (kekawan gelar kak.. kak anim, ayu pun nak tiak lah)

    wah.. dah nak sampai seru bermenantu ker?
    kalau si mas, izah nak pi.. jgn lupa.. bawa ayu sekali..
    tumpang keter eik..


    PS: kak anim. nampak menyelerakan ayam masak mayonis tu

    ReplyDelete
  20. Salam kak anim.. Ramai gak tgk yg buat ayam ni saya yg belum cuba sedapnya nampak.. Boleh try nanti.. Salam kenal kak

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum akak...
    selamat pagi...
    wah pasti seronok kan akak kalau semua geng memasak datang time akak nak terima menantu kan akak... Hehehhee...

    ayam tu mmg menyelerakan... diana pun x perna buat lg... pasti sedap ada mayo gitu kan akak... terliur tgk pepagi tau...

    ReplyDelete
  22. hehehe..tu soalan2 maut utk mak mak yg dah punya ank bsr2 pjg kan kak..bile dah ade menantuakan ditanya pulak,bila nak bercucu?hahaha..manusia kak...mulut xleh tutup rapat2...

    ReplyDelete