Friday, 22 July 2011

Pau Sardin Goreng

Assalamualaikum semua

Salam Jumaat buat semua pengunjung mykitchen.Kita sudah melepasi pertengahan bulan sya'aban.Banyak2 muhasabah diri mencari kesalahan kita yang lalu..
Bulan yang penuh keberkahan bakal menjelang..Isi lah ramadhan kita nanti dengan memperbanyakkan solat2 sunat taubat,dhuha,tahajjud dan bersedeqah..
InsyaAllah semoga kita semua mendapat rahmat dariNYA..

Walau agak terlewat tapi akak tetap menghadirkan diri di mykitchen hari ni..Dengan pau sardin goreng yang sungguh enak dan mengenyangkan sebagai sarapan kami hari ni..
Resepi akak perolehi dari Yani dapur Deco Choco..Tak rugi mencuba..Boleh buat sebagai minum petang atau makan selingan malam2 masa tengok Astro First..kekeke
Okay akak ada kerja sikit nak buat..Tak habis lagi BW ni.Nak ucap terima kasih pada semua yang sudi mendoakan adik akak tempoh hari..Nanti malam2 akak bertandang ke teratak korang ya..Sementara itu sila lah jamu selera dengan pau sardin yang masih garing lagi ni.

Pau Sardin Goreng
by
anymz mykitchen
Bahan-bahan
(8 biji)

200 gm tepung berprotein tinggi atau tepung gandum
1 sb mentega
20 gm gula
1 sk garam
1 sk yis kering
140 ml air atau susu segar (suam)
Breadcrumb-serbuk roti

Untuk inti sardin

1 tin kecil sardin
1 biji bawang besar-di hiris
2 ulas bawang putih di hiris
1 biji cili merah-di hiris
sedikit garam
sedikit gula
sedikit serbuk lada sulah
sedikit minyak
1 sb jus limau nipis


  1. Asingkan ikan sardin dan sosnya dari tin. Hancurkan ikan sardin menggunakan garfu.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih sehingga layu.
  3. Masukkan ikan sardine dan kacau. Kalau terlampau kering, masukkan 1-2 sudu besar sosnya.
  4. Masukkan pula cili merah, garam, gula, serbuk lada sulah dan jus limau nipis. Biarkan kering sedikit kemudian bolehlah dipadamkan api.

  1. Masukkan tepung, gula dan yis kering ke dalam mangkuk. Kacau biar rata. Kemudian masukkan pula air/ susu dan juga garam. Gaul sekejap kemudian masukkan mentega. Uli sehingga licin dan tak melekat ditangan.
  2. Buat bentuk bulat. Tutupkan mangkuk dengan tuala lembab. Biarkan naik sehingga 2 kali ganda
  3. Tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 8 bahagian
  4. Rehatkan doh selama 10-15 minit.
  5. Ambik sebiji doh, canaikan. Letakkan inti ditengah-tengah. Kemudian tutup rapat-rapat. Tekan dengan tapak tangan biarkan pau jadi bentuk leper. Buanglah sampai habis.
  6. Biarkan pau naik 1.5 kali ganda.
  7. Pecahkan telur di dalam mangkuk. Pukul telur dengan garfu biar telur kuning dan putih bercampur.
  8. Panaskan minyak. Celup pau dalam telur. Kemudian salut pula dengan breadcrumbs(serbuk roti). Goreng dengan api sederhana sehingga perang.

16 comments:

  1. eemmhh nampaknya enak tuh,boleh tak coba,,untuk makan sahur nanti,,,,,

    ReplyDelete
  2. adusss...lepas tengok pau goreng kakanim ni...jadik teringin nak makan pau goreng la plak....apa cerita nya semua benda nak makan nih...kekekek

    ReplyDelete
  3. wahh sedapnya kak Anymz untuk minum petang..makan dengan air kopi..sedapnya...

    ReplyDelete
  4. salam kak anymz...
    sedap ni kak! anak2 sy yg sulung tu suka sgt mkn kuih2 gini... cuma ibu dia je tak berapa nak rajin membuatnya.. hehe...

    kak anymz.... alhamdulillah.. menjadi jugak projek kubis cina gulung keju saya kak... sedap sangat! anak bujang sy pun suka.. suami pun kata sedap.. thanks ye kak berkongsi resepi aritu... mehla tgk lulus ke tak... baru je update...

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum kak...sedapnyer pau goreng..Tun suka pau ni..

    ReplyDelete
  6. tengok pau goreng kak anim ni..
    baru mas teringat..
    lama dah mas tak makan pau goreng...
    hulur2 la sepinggan kat mas kak..

    ReplyDelete
  7. waduh mmng sedap petang2 ni makan pau goreng..inti sardin lagilah sedap...Yatie kalau buat kena lebih ni...kalau dpt 8 ketoi setakat Yatie sorang je makan..muahahahahaha..

    ReplyDelete
  8. Wah dapur kak anim ada pau sardin..lieza pulak buat roti sardin...hehehe

    ReplyDelete
  9. Assalam kak anim,
    waduh petang2 nampak pau sardin goreng akak ni kita terasa lapar sangat2..kalau dapt 3 ketul ni dengan air kopi o panas memang tak boleh angkat kak...hehe..

    ReplyDelete
  10. sedapnya tgk pau kak anim ni...dapat lak mkn ptg-ptng kat sini..hmmm ada lagi tak kak?..tapau ler skit..hehe

    ReplyDelete
  11. dedetea

    silakan dong..ambil aje..tapi nggak sesuai untuk makan waktu sahur..keke


    to quinnie

    hehe..teringin kena wat sendiri le nampaknya..cukup2 8 ketul je ni.


    to dapur nasya

    memang sesuai sgt buat minum petang..sambil minum kopi o.:D


    to madiha

    akak pun masuk dlm BM je tadi diha.
    senang pulak buat pau versi yani ni.

    okay2 akak dah jenguk dah dapur diha.bestnya.cantik buatan tangan diha tu..:D


    to rabiatun

    wualaikummussalam tun,memang sedap pau ni.:D


    to mas

    tulah mas,nanti buat ek.Tak dapat nak bagi.cukup2 utk 8 org makan je.:D

    ReplyDelete
  12. to yatie

    nanti kena buat 2 adunan tu yatie.kalau 1 adunan mmg dapat 8 ketui je..hehe

    to ezadlieza

    tu lah akak pun nampak kat dapur lieza tadi.meh kita tukar2 nak?..hehe:)

    to ayu

    sedap kan ayu?..menu ni sesuai utk sarapan atau minum ptg atau selepas mkn mlm pun boleh.:D

    to nieza

    dah habis dah nieza.cukup2 sorang seketul je tadi..nanti nieza buat pulak ya.mesti cantik pau ni bila kena dgn air tangan nieza.:)

    ReplyDelete
  13. akak... nampak sedap ler pau tu akak... makan masa ianya masih panas gitu... best tu .. sedaaap

    ReplyDelete
  14. penasaran tgk semua ni. mane satu nk buat dulu..... heheheeee tq lah kongsi resepi yg enak2 ni......

    ReplyDelete
  15. Terima kasih. Halalkan resepi yea

    ReplyDelete