Thursday, 25 August 2011

German Cookies

Assalamualaikum semua

Akak dah buat auto post tentang biskut german cookies ni sebenarnya.Tapi entah di mana silapnya post tu hilang begitu saja.Takot jugak nanti bila dah keluar entri yang ini hari ni tiba2 esok lusa keluarlah pulak post yang hilang tu..musykil jugak ni tau..
German cookies ni akak buat awal2 puasa hari tu tapi tak keluarkan entri sebab bagi laluan pada tart nenas.Dengarnya german cookies ni ramai yang ambik dari rumah Rima.Singapore tapi akak ambik dari rumah Naz yang nuuuun dok di kelate tu.Naz pulak ambik dari rumah Happy Home Baking.Ketiga2 blog akak dah link kan.Nanti korang pegi lah ke rumah yang mana2 satu ya.Akak tak pasti pulak cookies ni asal usulnya dari mana.

Okay akak nak sambung buat kerja balik.Petang2 nanti lepas Ainul dan Wazir balik sekolah nak ke Seremban atau mungkin ke KL nak ngukur shopping mall.Fuuuh..betul2 last minit punya keje.Setiap tahun janji dgn diri sendiri takmo shopping last min,tapi tiap tahun tuuuuuu lah keje akak..Anak2 kata last min shopping baru ada feel mak.."Hah!!..banyaklah korang punyo feel.kito jugak yg susah..nak harung jem lautan manusia ni poning tau tak?..."..:D


German Cookies
by
anymz mykitchen
Sumber:Naz@COSK
Sumber Naz dari:Happy Home Baking


Bahan-bahan :
  • 125 gm butter, dilembutkan pada suhu bilik
  • 40 gm gula icing, diayak
  • 1 teaspoon, untuk biskut perisa vanilla
  • 2 teaspoon serbuk koko, optional(ditambah jika ingin mendapatkan biskut perisa coklat)
  • 125 gm potato starch
  • 80 gm tepung kek/tepung gandum

Cara-cara :
  1. Di dalam mangkuk pengadun, pukul butter dan gula icing hingga gebu dan ringan. Tambahkan asen vanilla dan gaul rata.
  2. Ayak tepung kek dan juga potato starch ke dalam adunan. Gaul menggunakan spatula hingga mendapat doh yang lembut. Sekiranya doh terlalu lembik dan sukar dibentuk, balut dengan plastik dan simpan di dalam peti sejuk 10-15 minit(Naz simpan 20 minit).
  3. Gentel doh menjadi bebola-bebola kecil dengan diameter lebih kurang 2cm dan susun di atas loyang pembakar yang telah dilapik dengan kertas pembakar. Tekan setiap bebola dengan garfu untuk mendapatkan corak(celup garfu ke dalam air selepas setiap kali penggunaan untuk mengelakkan doh melekat pada garfu).
  4. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 C selama 15 minit di rak yang paling atas(tidak perlu membakar sehingga biskut bertukar warna menjadi warna perang) menggunakan api atas dan bawah.



15 comments:

  1. terbaekk ..sedap nihh

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum akak anim cayang....
    a'aa ler akak... rasanya mmg ada masalah ckit skg nie... diana pun perna gitu.. dahn post ilang gitu jer... tp smpi skg x timbul2.. huhu
    kena buat semula ler kan akak...
    cookies nie mmg sedap sgt kan akak... nie ler yg terbaik.. anak2 semua suka makan... mmg sedap

    d kesempatan nie diana nak ucapkan salam aidilfitri buat akak sekeluarga... jika ada salah n silap mohon d maafkan yer akak...

    ReplyDelete
  3. resepi ni lain sket kak nim..

    woohh baru nak shoping raya? memang betul2 last minit..munta la mengharung lautan manusiaaa.. hehe..slamat bershoping kak nim

    ReplyDelete
  4. sedap semekut nih....sendiri buat, sendiri mengunyap depan tv.
    nak buat lg utk mak kat kmpg

    ReplyDelete
  5. salam. samalah kita kak, tiap tahun janji tak mau shopping last minute. tapi yg last minute tu baru syok hehe..mcm kata ainul!
    cantik gebu nampak cookies kak anim ni, nak kena try juga nih.

    ReplyDelete
  6. Kak anymz pun dah ke german jugak.
    Kalau saya le shopping last minute ni sakit jiwa. Hehehe tobat tak mau pi.

    ReplyDelete
  7. hihi.. tun baruu balik dr German gak 2-3hari lepas.. kui kui... ha'ah laa.. resepi ni ada lain sket, tp rupa n rasa mesti sama je.

    ReplyDelete
  8. salam kak anymz..nmpk bhn2 buat sekut ni cam senang jer, nnt Liza nk try buat laa..

    ReplyDelete
  9. sedap kukis ni... tergoda la pulak...

    ReplyDelete
  10. Hello Anymz, Okay, lepas ni German cookies, apa negeri next? Canadian cookies? Ha ha ha.
    This german cookies look similar to those Nyonya cookies, da lupa nama.
    But looks really nice.
    Ketupat, rendang bila start?

    Anymz, I am giving you a world famous scone.
    Ini bukan tarek kaki ke sarong, betul.....Presidents, Prime Ministers, famour writers, Hollywood actors, Uncle Lee semua da makan say it's sedap best.

    Singapore Raffles hotel Tropical Scones. 65 g : Sugar
    65 g : Butter
    1 - : Eggs
    450 g : Flour
    30 g : Baking powder
    250 ml : Milk
    65 g : Raisins
    1 - : Eggs
    salt, pepper to taste

    Pre heat the oven to 200c.
    Combine the butter and sugar in a cake mixer.
    Mix until fluffy and creamy, then add the egg.
    Add the flour and baking powder and mix until a crumble forms.

    Pour in the milk and mix to a smooth texture. Do not overwork as the mixture will toughen. Add the raisins. Lightly flour a smooth surface and roll out the dough to about 3cm thick.

    Use the cookie cutter to cut out individual pieces. Glaze with the egg mixture.
    Place the scones on a baking sheet and bake in the oven for 10 minutes or until golden brown.

    Remove from the oven, allow to cool and serve, ideally, with kaya, jam, clotted cream, farm-fresh butter and a hot pot of tea.

    Then send telegram to Uncle Lee jemput datan try.
    Siap kan iced coffee.

    Have fun, and oh ya, for the scones to taste good, mesti pakai chilli merah lipstick when baking, ha ha ha.
    Lee.

    ReplyDelete
  11. Amboi kak Nim.. ada org bagi resepi kat akak ni.. Nanti dah cuba leh bg tau rasanya ye..
    Huhuhu.. Naz tak sempat buat sekut ni.. bnyk lg biskut yg plan nk buat tp tak sempat.. Dah otw balik umah mak ni.. Nanti gi umah akak je lah makan sekut ni..

    ReplyDelete
  12. selamat berhari raya buat Anymz sekeluarga.Semoga sentiasa berada didalam RahmatNta.Maaf zahir batin.

    ReplyDelete
  13. Hello Anymz, selamat hari raya.
    Di susun sepuluh jari, meminta maaf zahir dan batin.
    Happy holidays!
    Lee.

    ReplyDelete
  14. Salam Kak Anim..

    Hr tu sy ada dapat rsepi ni dari sorang kawan tapi tak tau la samada sukatannya sama dengan yang Kak Anim punya ni...

    Saya CnP resepi ni ya kak.. Tp saya simpan dalam draft dulu la.. Mekasih kak.. :)

    Selamat hari raya untuk akak.. Maaf zahir bathin...

    ReplyDelete