Tuesday, 13 September 2011

Ada Yang Rinduuuuuu?????..

Assalamualaikum semua

Sepuluh jari akak susun mohon ampun dan maaf zahir dan batin andai ada kata2 dan bicara akak selama ini yang telah membuatkan teman dan saudara mara juga silent reader yang bertandang ke mykitchen ini dan telah membuatkan kalian semua berkecil hati.maklum kita hanya insan biasa yang tidak lepas dari membuat salah dan silap yang sedar dan juga tidak sedar.

Rasanya belum terlambat lagi akak pohon kemaafan dari kalian semua sebab kita masih lagi berada dalam bulan syawal,bulan kemenangan.

Ada yang rindu ke tu?...

Yang pasti akak memang teramat2 rindu pada teman2 semua dan terimakaseh tidak terhingga akak ucapkan di atas kesudian teman2 menghulurkan ucapan takziah di atas pemergian arwah abang akak baik di mykitchen,mahupun di fb juga menerusi hp.Ada juga yang menalipon bertanya khabar dan berita.
Terharu sungguh2 akak di buatnya..Tika akak menaip ni pun airmata terasa bergenang mengenangkan akan keikhlasan teman2 semua.Kita tidak saling mengenal hanya dua tiga orang saja yang akak pernah berjumpa namun ikatan menerusi alam maya ini terasa hampir benar dengan teman2 semua.
Sekali lagi TerimaKaseh buat semua.


gambar ehsan dr google

Terasa sepi dunia ini bila kita kehilangan adik beradik yang rapat dengan kita.Akak pernah kehilangan kedua ibubapa tapi bila kehilangan seorang abang baru2 ni sukar untuk akak ungkapkan dengan kata2.Hanya yang pernah merasa saja tahu erti rindu kehilangan orang yang tersayang.

Di susuli juga rindu pada anak yang seorang ini yang mana Amir telah melanjutkan pelajarannya di UTHM,di Bt Pahat Johor dalam bidang mekanikal engineering setelah menamatkan matrikulasi di Tangkak,Johor.
Semoga Amir berjaya mencapai cita2 dan di permudahkan segala urusan.



ikhsan dari google


InsyaAllah akan akak susuli BW ke dapur teman2 semua dalam sedikit masa lagi.
Akak masih lagi di landa kesibukan yang melampau.Setelah lima hari kita menyambut syawal,bapa saudara en suami pula meninggal dunia di susuli dengan bapa saudara akak semalam.Namun kami redha di atas pemergian mereka.

Hujung minggu ini pula insyaAllah akak akan ke Taiping,Perak bagi menghadiri majlis perkahwinan saudara jauh yang bersusah payah mengundang kami sekeluarga.Tiada niat lain kami ke sana melainkan menyambung kembali ikatan silaturahim yang sudah semakin jauh.Sehari selepasnya akak perlu bergegas pula ke Tapah untuk meraikan anak sepupu akak yang akan melanjutkan pelajaran dalam bidang farmasi di Mesir..InsyaAllah semoga perjalanan kami berjalan lancar dan di permudahkan segala urusan.Doakan kami ya..

16 comments:

  1. Assalamualaikum..
    kak saya pun minta maaf kalau ada grau senda saya yang mengguris hati kak anymz.
    Semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.
    Allah Maha Kaya dalam kesedihan ada kegembiraan.
    Selamat berjalan2 yea kak. Kalau rasa rajin dari taiping terus je le ke penang. hehehee

    ReplyDelete
  2. salam kak
    rinddddduuuu akak
    muahh muah...hug...hug

    semoga Amir berjaya di dunia dan akhirat :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum dan selamat hari raya Anim... Biarpun kesedihan masih membekas, diharapkan suasana hari raya dan kehadiran teman2 ke rumah mengubat sedikit rindu dan sedih Anim tu yea... Ummi doakan, Anim akan tabah selalu dan cepat ceria kembali ke dunia blogging.... Ramai yang ternanti2 Anim sejak hari raya tu... Di harap semua nya akan kembali ok kerana kita yang masih bernafas ini harus meneruskan hidup di samping berdoa selalu untuk arwah2 yang telah kembali ke Rahmatullah...kaannn.. :))

    ReplyDelete
  4. sudah tentulah saya merindui kak aim...semoga kak anim sekeluarga tabah menghadapi apa jua yang berlaku

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum akak anim cayang...
    diana pun mohon ampun dan maaf juga yer akak....
    sememangnya teramat ler merindui akak tau.... cayang akak... :)

    Diana berharap moga akak anim sekeluarga tabah menghadapinya... moga roh mereka aman d sana..

    n tahniah buat akak n anak akak Amir.. moga dia sentiasa beroleh kejayaan dunia dan akhirat... Amin...

    ReplyDelete
  6. kak nim.. miss u sooo muucchhh..
    sabar banyak2..semoga roh2 mereka dicucuri rahmat..

    mereka y pergi adalah ujian dan keinsafan bagi kita semua kann..sama la dengan dak amir tu ha.. menguji kerinduan mak nya pulak..

    ReplyDelete
  7. rindu mek amek dah ni..
    alfatihah buat yang telah pergi menghadapNYA. Semuga aman di sana.

    ReplyDelete
  8. sapa kata tak rindu! mmg rindu dgn celoteh k.anim :)

    ReplyDelete
  9. muuakkkss!! =)
    semoga dipermudahkan segala urusan kak anim..
    semoga roh mereka yg tlh pergi ditempatkan dikalangan mereka2 yg beriman, insyaAllah.

    ReplyDelete
  10. aslmkm Kak Nim..rindu..rindu..sgt2..harap dapat jumpa nanti..

    Al-Fatihah kpd keluarga akak yer..

    Tahniah juga buat anak buah akak tu..moga dipermudahkan segala urusan..I.ALlah

    ReplyDelete
  11. salam perkenalan...saya baru nak terokai blog awak....bolehkan...tq

    ReplyDelete
  12. salam Anim...semoga Anim tabah menempuh dugaanNYA...rinduuunya.

    ReplyDelete
  13. Semoga segala urusan kak Anim dipermudahkan. Alfatihah untuk mereka yang sudah pergi.
    Selamat ye, kak.

    ReplyDelete
  14. Rindu kak anim sgt2..ni tenet laju menderu kat kpg ni mmg best laa nak melepas rindu kat kwn2..masa je antara smpt ngan idak..

    smg kak nim terus tabah..it's ok utk terus merindui org yg xde..ia mmbuatkn kite trus berdoa utk mereka kan kak nim

    ReplyDelete
  15. Kak Nim, semoga terus tabah.. Juga semoga yang ditinggalkan arwah dapat menjalani kehidupan dengan semangat yang tinggi... Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul kan kak..

    ReplyDelete
  16. lamanye akak menyepi :( smg segala urusan dipermudah. :)

    ReplyDelete