Assalamualaikum semua
Dan Selamat pagi buat pengunjung2 my kitchen hari ni..Dah sarapan?..
Dah lama betul BM akak tu tak buat kerja.Sepanjang ramadhan dan syawal tu hari asyik tidur je menda alah tu.Sebenarnya sebelum Izahdaut post kan menu roti manis nya semalam akak dah dok berkira2 juga nak buat roti.
Bukan apa.sebenarnya masa akak buat carrot cake tu hari ada lebihan cream cheese yang akak buat topping tu..nak buang terasa sangat lah sayang sebab maklum lah kan rega cream cheese utk 500 gm bukan sikit duit tu kan.Nak buat kek lagi terasa malas pulak nak keluar kan mixer..Terus kepala otak teringat nak jadikan inti roti je cream cheese tu.Alhamdulillah sedap lemak manis jadinya roti tu..Resepi akak ambik hasil dok skodeng kat rumah Mas@Duniaku yang mana mas pulak ambik dari rumah ratu puding dan dessert SGN67..hehe
Meh makan roti meh
Akak makan cicah air nescafe..
Bun Inti Coklat
by
anymz mykitchen
Sumber:Mas@DuniaKu
Sumber:Nor@SecubitGaram
Bahan :
- 380gm tepung high protein ( tepung roti )
- 3 sudu besar susu tepung - tak letak
- 80 gm gula castor
- 3 sudu kecil yis segera
- 1 biji telur A
- 100 ml air - Mas guna susu segar suam sikit
- 100g m water roux
- 1/2 sudu kecil garam
- 30 gm butter - Mas guna marjerin
- 30 gm shortening
Roti berinti cream cheese
Inti :
- chocolate filling secukupnya
Resepi Water Roux :
- 25 g tepung gandum
- 125 ml air
Cara membuat water roux :
- masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan menggunakan api perlahan, setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan.
Kaedah 1 - jika menggunakan BM:
- Masukkan bahan cecair kedalam BM spt air dan telur. Kocokkan sket dgn garfu.
- Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali butter dan shortening.
- Pastikan gula dan yis diletakkan di penjuru berasingan dari garam ini kerana gula akan lebih mengaktifkan yis manakala garam pula mengurangkan / mematikan yis.
- Tekan suis on pd BM dan bila doh dah mula membentuk bulat masukkan butter dan shortening.
- Biarkan proses menguli hingga selesai.
- Utk menghasilkan doh yg lebih lembut, ulangi proses menguli utk 2 kali.
- Setelah selesai proses menguli, biarkan doh naik 2x ganda.
- Boleh dibentuk ikut citarasa sendiri.
- Bakar doh dgn kepanasan oven 180 -190C dengan api atas bawah lebih kurang 20 - 25 min atau sehingga masak.
- Sapukan sedikit butter ke atas roti yg dah dikeluarkan dr oven (utk mengilatkan permukaan roti)
Kaedah 2 - Jika menguli menggunakan tangan :
- Masukkan yis, sedikit gula, 2 sudu tepung dan 100ml air kedalam sebuah mangkuk. Kacau hingga sebati dan biar hingga naik dan berbuih.
- Masukkan tepung roti, susu tepung, garam, lebihan gula ke dalam satu bekas berasingan. Kacau2 hingga rata.
- Masukkan telur dan water roux. Gaul hingga sebati baru la dimasukkan bahan no1.
- Gaul lagi hingga hampir membentuk doh, masukkan butter dan shortening, sedikit demi sedikit. Adunan mungkin agak lembik tp teruskan menguli.
- Uli hingga doh menjadi kenyal dan lembut. (kalau masih terlalu lembik boleh la ditambah sedikit tepung dan uli lagi hingga lembut)
- Tutup bekas dgn rapat atau boleh menggunakan plastic cling supaya udara tak keluar.
- Biarkan doh naik 2x ganda dan boleh la teruskan dgn step no8 dan seterusnya.
alahai.. sedapnyer laa roti ada cream cheese filling.. mmg mahal betul cream cheese skrg kan? terketar2 tun kalau nk beli. hihi..
ReplyDeleteni mesti ada lagi kan. meh seketul nk rasa.. ^^
to tun
ReplyDeletedah habis tun.hehehe
assalamualaikum k.anim..baru2 ni dgr kata x sihat..dh ok ke? tentu dh sihat kan! alhamdulillah dh leh buat roti..hehe
ReplyDeleteUikss kak nim,mana leh buang mahai tuh,wat apam letak inti cam kak izah n kak mas wat pon nmpak best gak..Rajin eks meroti,gebu gebas jer kak..Akak ainul dah sihat ke,harp cemerlang dlm pmr ya..Eh akak lak nak amik spm kantaun nih,kan umo baru 17,hikhik,sja kaco2 kak nim..
ReplyDeleteyummm sedapnya roti inti cheese ni.. suka sangat. selalu kalu singgah kat Empire Shopping Gallery, dapat la merasa roti cheese ni beli kat The Loaf. Rajin kak anim meroti, harap2 jangkit aura rajin kat umi plak hihi..
ReplyDeleteAkak anim cayang.. diana singgah lagi... nak mintak bun yg comel dan sedap nie... :).. nie makan masa ianya panas2 lg sedap nie kan akak.. meh bg diana ckit... ;)teliur sungguh tgk tau
ReplyDeletesalam K.Anim..atie lom pernah buat roti...selalu 'buat' kat kedai jer.Dgn resepi akak ni cam tingin sgt lak nk buat roti....penerangan yg sgt detail.nak meroti pon cam teruja.Atie copy resepi ya.TQ
ReplyDeleteerkkk.. tersendawa lak.. kekenyangan makan kek lapis cheese niha. maaf la ye.. akakakakaa..
ReplyDeletekak nim.. meh bagi sket roti tu. yang ada crim chese lak tu. ni namanya 'roti mewah sungguh kelas ko kak anim'.. aaa panjang kan tajuk nyer.. hahaha... usik mengusik membawa bahagia kan kak nim kan kan..
dah makan ubat belum?
Kak Anim, nak sikit... :)
ReplyDeleteYati tak pernah buat roti lagi.
Nak pi klinik le nampaknya. ambik ubat siap. Takut virus demam roti berjangkit kat sini pulak. Susah nanti.
ReplyDeletegebunya roti k.anymz ni...ramai tul org dah meroti ni...lieza bila lg yer...
ReplyDeleteuwaaaa akakkkk..sana sini meroti gak, tadi singgah umah Izah ada roti manis, singgah umah akak ada roti mewah pulak..bak seketoi kak...alaaaaa nape dah abes pulakkkkk...lenkali bila buat ckp yatie awal2 ya....hehehehe..
ReplyDeletenak roti 14 ketul kak nim..nak cicah kopi o..
ReplyDeleteto sofea
ReplyDeletealhamdulillah sofea.dah ada kat sini dah update blog maknanya sehat lah tu kan..cuma takde la 100% sehatnya.kira boleh menulis dan membaca ni kira dah terlebih bagus lah kan?..hehe
wahh..cantik gebu la roti tu kak..
ReplyDeletemesti dah abiss kan.he3
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteto sofea
ReplyDeletealhamdulillah sofea..rasa dah okay sikit skang ni..boleh lah masak2 sikit2.tapi kerja yg lain tak buat lah..hehe
to zaliedana
ReplyDeletenak buat apam tak boleh pulak ct sbb dah ada gula dlm cream cheese tu..ini kan lebihan topping carrot cake tu hari..
ha'ah tak lama lagi nak ambik SPM.hahaha
to umi
ReplyDeleterajin apanya umi..nak makan kena lah buat jugak kan?..
to diana
ReplyDeleteakak makan waktu sejuk2 diana.makan waktu panas2 takut lidah lecur jadinya..hehe
to izahdaut
ReplyDeleteamboi mak panjangnya tajuk nama roti tu ya jah..sampai ati ko ya jah.huhu
wey ubat makan waktu pagi2 je.makan mlm2 ni tak tahan ke bilik air asyik nak terkoncing yo kang..muhaha
to yati
ReplyDeletecuba buat pulak yati.senang je.kalau takde BreadMaker boleh uli guna tangan..exercise tangan namanya.hehe
to azatie
ReplyDeletecopy lah yah ati.resepi dari SGN67 biasanya detail betul penerangan nya..mmg terang lagi tersuluh..hehe