Sunday, 23 October 2011

Ikan Bilis Goreng Cili Padi + Tempoyak

Assalamualaikum semua

Kan dah kata bila tiba hari minggu blog masak2 semua sunyi sepi kecuali blogger2 yang tinggal di pantai timur nun.Betul tak Nor@SGN67?...Sebab di pantai timur diorang mulakan minggu diorang pada hari Ahad.
Akak dah merasa suasana cuti hari Jumaat dan Khamis bekerja setengah hari masa en somi bertugas di Alor Setar masa tahun '80 an hingga lah ke awal '90an dulu.
Memang seronok rasanya.Bila tiba hari khamis,selepas habis waktu bekerja, kami selalu ke Pulau Pinang menghabiskan cuti hujung minggu di sana.Mandi manda di pantai Bt Feringghi,bila en somi ke masjid untuk solat Jumaat akak akan tinggal di bilik hotel.masa tu anak baru 3 orang.Kenangan tu kenangan...haha

Hari ni masak tumis2 air sayur je.Bila buat masak air begini tanpa ada lauk pauk yang istimewa anak2 gerenti makan sayur sampai habis.Untuk menambah selera akak buat ikan bilis goreng cili padi bertempoyak.Selebihnya akak buat sambal gesek+kundang muda dan goreng ikan kembung je..Memang sedap.Tambahan makan ramai2 sekejap je habis licin dan siap menambah2 diorang makan sambil mulut tak henti2 berkata sedapnya mak dan sambil menahan pedas...kikikiki..hah!hambik...dah jemu makan masak lomak,masak kari,masak asam,sweet sour kannnnnnnn....
Kalau hari2 makan begini memang save banyak le...hahahaha...cepat je boleh beli trio steamer.Toy baru Yatie@Sinar Kehidupan tu...



Ikan Bilis Goreng Cili Padi + Tempoyak
by
anymz-mykitchen




Bahan2

2 genggam ikan bilis-goreng garing dan ketepikan
25 ulas cili padi*
1 labu kecil bawang besar*
1 ulas bawang putih*
bahan2 bertanda * di kisar kasar
11/2 senduk makan tempoyak
minyak untuk menggoreng

Cara

Kurangkan lebihan minyak goreng ikan bilis tadi menjadi lebih kurang 1 mangkuk kecil
Tumiskan bahan2 kisar sebentar dan masukkan tempoyak.
Gaul sebati dan masukkan ikan bilis goreng
Sedia untuk di hidangkan dan jika suka bolehlah di perah sedikit limau kasturi..

Selamat mencuba dan Selamat menjamu selera..



9 comments:

  1. bestnya lunch Kak Anim ari ni..klu tau td, yana singgah mkn sana jer..xyah msk asam pedas Kak Anim lagi hihii..

    ReplyDelete
  2. kak nim..best3x..my children's nanny (arwah dah) selalu masak ginih..patutlah barang2 kemas dia besar2 lengan!!!hihi

    ReplyDelete
  3. nim ikan bilih tempoyak ni kalau buek cicah roti kembong pu sodap ni kan..

    ReplyDelete
  4. kak anim...sedapnya ikan bilis grg tu...kecur liur dibuatnya..

    ReplyDelete
  5. dulu selalu gak buat gini tp versi campak jela..dah mcm2 ditayang dlm blog dah tak tahu yg mana satu nak makan..haha..harus buat ni, mkn nasik panas2..fuuhh!! mintak semangkuk ka ANim..hehe

    ReplyDelete
  6. akak suka ni kak
    apa2 yg berkaitan dgn tempoyak
    memang mjadi pilihan hati :)

    ReplyDelete
  7. waduh..sedaapnyer kalu dpt mamam ngan nasi pepanas kan..terliur sudaa!!

    ReplyDelete
  8. Lauk fav ni kak nim...sedap...kechurnya...:D

    ReplyDelete
  9. wow sodap ni...lg sedap makan dgn nasi panas...meleleh

    ReplyDelete