Assalamualaikum
Ayam Goreng Berempah Beriani
Terkekek akak gelak sorang2 menengokkan komen kawan2 tentang kerajinan akak mengupdate blog.Biasa lah hari ni hari rajin .esok lusa tak tau lah kan.Ini semua atas sesuatu sebab jugak.kena rushing masuk kan resepi2.Esok lusa bila dah terlebih bizi masa akak pulak untuk mendiamkan diri kan?..hehe
Hari ni akak masukkan resepi ayam goreng berempah versi DJ.Sedap tau ayam goreng berempah ni.macam2 rempah ada.rempah beriani pun ada tau..bagi yang rajin dan teringin mengubah selera tu boleh lah cuba ya.DJ akak minta izin letak resepi di sini pulak ya.
Ayam Goreng Berempah Beriani
by
anymz mykitchen
Resepi:DJ@DapurKuSayang
Sumber:InaKL
bahan-bahan :
1 ekor ayam saiz sederhana (dipotong dan dibersihkan)
2 tangkai daun kari
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar rempah beriani
1 sudu besar rempah kari ikan
1 sudu besar rempah kari daging
1/2 sudu makan serbuk kunyit
1/2 sudu besar serbuk cili (-/+)
sedikit air sejuk (jika perlu)
garam dan gula secukupnya
bahan-bahan kisar :
6-7 batang serai
6 biji bawang merah
1 inci halia
4 ulas bawang putih
Cara-cara :
Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan perapkan 1 jam atau semalaman (simpan dalam peti sejuk).
Sediakan minyak untuk goreng terendam. Apabila sudah cukup panas, gorenglah ayam hingga masak keemasan.
Hidangkan bersama nasi putih atau apa-apa sahaja jenis masakan nasi.
salam kak anim...nmpak sedap n rangup sangat ayam tu...Liza copy resepi dulu yer, nnt senang2 nk try jugak...hihihhi
ReplyDeletemengancam betul nampak ayam2 akak hehe..tetiba lapar pkl 1 pagi tengok tayangan ayam berempah akak :-)
ReplyDeleteselamat pagi Kak Anim,
ReplyDeletemoga kak Anim terus rajin up-date blog masakan kakak, dapatlah kongsi macam-macam resepi lagi...
ayam goreng berempah briani tu nampak menyelerakan...minta seketul ye kak Anim sayangggg...
As'salam Kak Anim
ReplyDeletemenu yang sama cuma ct masak tomato, akak goreng. sedap juga kalau digoreng kan. anak2 ni setiap hari nak lauk ayammmm jer kak. apa pun yang dimasak harap2 anak dan suami suka makan betul tak kak Anim :)
kak esok macam nak cuti update dah seminggu enjin turbo ct ni begerak. akak bila nak stop enjin pulak...hahaha
Assalamualaikum Anim
ReplyDeletelama dh tk singgah sini...mengupdate blog nie pun kdg ikut mood...mood rajin terus aje...lampu merah pun jln terus aja hee...
ayam goreng mcm ni la yg budak2 suker senang dorang nk panjang2kan tangan nk cekup ayam.
Yg nama ayam goreng ni memang cek suka...tak kiralah goreng camana pun..he he...ratah cam tu yo...sodapppp...
ReplyDeleteapola yg akka bizikan sgt tu ya...tuko ayam kepada daging leh ke? hehe..daging je dlm peti ni..
ReplyDeleteAssalam kak anim,
ReplyDeletememang namapk sedap betul ayam goreng akak ni..rangup gitu kita tengok..
Anim, mintak ayam 3 4 ketuiii..nak wat lauk tuk anak2 ni...kita malas masak..kita goreng mee lidi jek tghri ni...hehe
ReplyDeleteSalam anymz,
ReplyDelete4 ketoi ja ka...he,he...kalau Kak Ros ni tak dan nak makan ngan nasik dah,meratah ja...sedap ni....
to liza
ReplyDeletetry liza jangan tak try.cewah bagi semangat nih.hehe
to lady lavender
tgk jam 1 pagi maunya tak lapar..tengok le jam 1 tengahari mesti tak lapas..eh!!...hahaha jam 1 tengahari kalau lapar boleh terus makan kan?..
to amie
insyaAllah amie sayang.bila tuhan izinkan mesti di situ ada kelapangan.kalau tidak ada saja lah halangannya kan?:)))
to ct delima
waaah meh kita tukar2 menu lah kalau gitu.nasi tomatonya ada lagi tak tu?
ooo...gitu ya ct..esok kira nak cutilah ya.takpe2 cuti sekejap je ya ct?..jgn lama2 nanti lemau.takut nanti terjangkit dgn mek yung dua org tu..kesian diorang masih ada tol kat anak tekak tu (pinjam ayat nor).hehe
to nuridah
betul tu..bila takde mood kita paksalah macama mana sekalipun tetap tak jalan kan?...
to cik cek
ReplyDeleteayam ni kan masak apo pun sodap kan cek?..kalau goreng toksah cito lah main ratah yo kan?hehe
to anna qawina
tukar lah kalau berani.hahaha..daging tu kalau byk sgt meh post ke negori ni hah ana..meh akak salaikan.pastu kita pakat2 pi serang rumah mek ampang yg sdg mabuk kepayang tu..kesiannn kat diorang kan?
to ayu
memang garing ayam versi DJ ni ayu.sedappppp.:))
to ummi
mi lidi pun kira sedap gak tu ummi.meh kita sepinggan.ada lagi?
to ros
4 ketui je lah kak oi..kira cukup sorang satu..haha