Assalamualaikum
Akhirnya puding ini sampai juga ke rumah akak..Itu pun sebab mau di hadiahkan pada jiran yang akan mengadakan kenduri kawin cucunya .Kalau tidak jenuh akak sorang nak menghabiskan puding yang sedap ni..Di rumah akak ni puding yang laris hanya lah puding2 yang berkaitan dgn susu atau fruit cocktail..kalau selain dari itu diorang sanggup pandang aje..Biasa la anak2 lelaki tekak diorang tak sama kan?..
takmo bebel panjang2 kita terus ke resepi ya.TerimaKaseh Naz sudi share resepi .Sesuai sangat di buat hantaran puding ni.Dan terimaKaseh pada Nor sebab akak ambik resepi ni dari dapur secubitgaram...:)
Puding ni pasti akan di buat lagi..Sesuai sangat untuk di jadikan sebagai buahtangan..sedap dan cantik...secantik empunya resepi..:)))
InsyaAllah akak akan menyusuli rumah teman2 yang telah berkunjung ke sini dalam sedikit masa lagi..
Gambar terpaksa di edit bagi terang,Cuaca tak berapa nak menyebelahi akak hari ni.Gelap saja dari pagi tadi..
Puding Kasih Bertaut
by
anymz mykitchen
Bahan-bahan A :
1/2 paket @ 2 tsp serbuk agar-agar (dari sepeket 10 gm serbuk agar-agar)
300 ml air
200 ml santan
1/2 cawan gula
1 biji telur
2 atau 3 jenis pewarna dan perisa (kalau tak nak letak perisa pun tak pe, just pewarna)
Cara-cara :
Masukkan serbuk agar-agar, gula dan air ke dalam periuk dan masak hingga gula dan serbuk agar-agar larut. Kecilkan api.
Pecahkan telur ke dalam santan dan kocok sikit dengan garfu. Tuang ke dalam periuk berisi larutan agar-agar tadi dan kacau sebati dan masak hingga mendidih (beware! atas api perlahan tau!). Setelah mendidih, tutup api.
Bahagikan larutan kepada 2 atau 3 bahagian dan masukkan pewarna dan perisa. Kacau sebati setiap bahagian dan tuangkan ke dalam mould yang anda suka. Biarkan ia keras di dalam peti sejuk.
Setelah keras, keluarkan agar-agar dari mould atau kalau guna bekas yang besar sebagai mould tadi, potong agar-agar menjadi kiub-kiub kecil dan masukkan semua agar-agar ini ke dalam satu bekas lain yang lebih besar.
Bahan-bahan B :
1 paket serbuk agar-agar 10 gm
1 liter air
1/2 cawan gula pasir
100 gm gula Melaka atau nise
2 helai daun pandan (disimpulkan)
Cara-cara :
Masukkan semua bahan di atas ke dalam periuk dan masak hingga larut dan mendidih. Tutup api dan tapis larutan agar-agar.
Cara menyediakan puding :
Tuang larutan agar-agar B ke dalam bekas yang berisi semua agar-agar A / kiub-kiub agar-agar A tadi. Biarkan keras dan sejukkan ke dalam peti ais.
NOTA :
Untuk perisa tu, kalau tak nak letak pun tak apa. Cukup sekadar mewarnakan agar-agar di bahagian A itu dengan 2 atau 3 warna yang berlainan agar hasilnya nanti nampak cantik dan menarik.
Kalau tiada mould yang bentuk macam Naz di atas tu, guna loyang jer pun boleh untuk keraskan agar-agar bahagian A. Cuma lepas keras, potong agar-agar menjadi kiub-kiub kecil.
adehh...sana sini org buat puding ni...lagilah bertaut rasa kasih ni..hehe..bl nk buat ni x tau la...telan liur je la dulu :D
ReplyDeletewahh dah sampai sini dah puding ni...cantik kan..nieza pun buat masa potluck raya haji hari tu...:)
ReplyDeleteYeahhhh akak pow dh buat ekkk
ReplyDeleteBiler la kerajinan nk smpi nk buat lg pudding ni
Ayu buat pudding pow Kasi kt jiran gak sbb byk
Heroes Dlm umah ni bkn lyn sgt pow desert jenis ni
But Ayu suka try2 ngeeee
Comey yg kecil tu taw akak😊
akak...lenkali takde yg nak makan bagi je kitaorang ni makan..pela salahnya sedekah kat adik2 yg sentiasa kelaparan nih..haha..comeyy..bila saya nak buat ek? sila jawab..:P
ReplyDeleteAmie juga yang tertinggal keretapi ye kak Anim...tak tahu bila nak sampai ke rumah Amie , memang tangan Amie tak kreatif.....pandang ajelah puding kasih bertaut ni sampai terliur-liur...
ReplyDeleteassalamualaikum..
ReplyDeletecantek nye puding kasih bertaut tu...
dah bertaut gak kasih ya... sedap kan k.nim :)
ReplyDeletenak tukar nama boleh?
ReplyDeletepuding kasih redha...hihihi
salam kak anim....Liza dtg lambat ni cnfrm puding dh habis kan....uwaaaaa nak jugak...hihihihi
ReplyDeletenak cikit..
ReplyDeleteAs'salam wahhh dah sampai rmh kak Nim le puding ni....cantuk le mmg sesuai buat hantaran bentuk love u lg hehhe..mmg kat rumah ni pun suka puding yg besusu..tp kalu dah buat tu ngap juga kan sbb sdp ehhe...bila lah nak sampai rumah saya ni...
ReplyDeletesedapnye kak anim...
ReplyDeletesuke tgk kaler2 die...cantik je...
kasih mie je yg xbertaut lg ngan puding ni...hehhehehhe
Kak Nim cayang oi,puding nih abg tapa mkn x..kalo mkn mesti mkn bertambahn bertaut kasih akak n abg tapa kan,ala la comeynyer puding..
ReplyDeletesalam kenal....
ReplyDeletemasuk blog ni terus terliur nak pergi pasar malam cari kuih muih....
to DJ
ReplyDeletebuat lah DJ.kalo yang dari air tangan DJ pasti cantik2 dan menjadi.:)
to nieza
itu lah nieza.akak cukup tergoda dgn rupa paras puding ni.cantik.:)
to ayu
itu lah yang sebenarnya ayu..Akak lebih kepada nak cuba dan rasa.tapi serious ckp puding ni senang nak buat rupanya dan mmg cantik bila dah siap.sesuai utk hantaran atau sbg buah tangan..
to anna qawina
bukan tak nak bagi ana oi.tapi tak larat den nak daki tanggo rumah ko tu.tinggi bona.sakit lutut dah hah...huhuhu
to amie
eh!jgn gitu amie.hari tu akak pun ingat susah nak buat puding ni..senang rupa2nya.amie cuba lah.tapi awas kalau rakyat jelata tak ramai dan tak suka makan agar2...nanti jenuh nak menghabiskan..mcm akak ni sbb akak nak bagi hadiah pd kawan depan rumah yg nak buat kenduri kawin..:)
to jassani
ReplyDeleteterimakaseh ani.nanti cuba buat pulak ya.:)
to nor
akhirnya nor..hehe
to kasihredha
ha'ah lah kan.ya tak ya jugak..boleh2..bila kak kasih ku sayang buat baru boleh tukar.hehe
to liza
dah boliau dah liza..hehe
to ibundo
dah habih kak..puding pelangi akak tu kan ado..haha
to sheila
pi buat sheila jgn malas vontot tu..hehe
to mimiey
ReplyDeletecepat buat mie.untung2 kasihmu jugak akan bertaut..hahaha
to zaliedana
mestilah makan ct payung oi..makan dgn penuh kasih sayang lagi tu..hehehe
to kazman
terimakaseh kazman..salam kenal jugak ya..dan terimakaseh folo :)