Monday, 5 December 2011

No-Bake Tofu Cheesecake

Assalamualaikum semua

Dan Selamat Sejahtera...
Rindu kat mykitchen..Akak memeram sekejap kerana ada beberapa hal yang perlu di bereskan.
Kenduri tahlil untuk arwah abang akak baru saja selesai.Akak cuma mengundang jiran sekeliling,orang surau dan masjid .
Ajak orang lelaki sahaja.Masak memasak pun cuma akak,adik2 dan sepupu sepapat.Rasa nya akak tak ajak ramai orang tapi akak tak tahu bagaimana boleh terjadi jumlah yg datang hampir mencecah 100 orang.Nasib baik segala2nya cukup.
Rupa2nya tetamu2 yang datang adalah undangan En suami..Alhamdulillah segala2nya telah selesai..dan..semua kerja mengemas telah di bereskan oleh adik2 sebelum diorang balik ke destinasi masing2

No-bake tofu cheese ni akak buat untuk anak2 buah yang balik bercuti baru2 ini..Mulanya akak takut juga andai diorang tak boleh terima dgn rasa pelik tofu tu di dalam cheesecake ni rupa2nya silap sangkaan akak sampaikan anak buah yang bernama khadijah siap berpesan andai dia balik lagi jgn lupa buat cheesecake tofu ni utk dia..Memang sedap dgn rasa kelainan tauhu didalam cheese..Akak ubah sikit tang green tea.Ann letak green tea utk marble kan cheesecake ni tapi akak letak milo sebab takut anak2 tak boleh terima rasa teh hijau dlm cheese.Dan cubaan akak berjaya..Base dia pun akak guna lebihan biskut marie buat kek lapis pesona tu hari.Biskut marie perisa kopi tu yang gelap je rupa base dia tu.hehe
Thanks Ann for the recipe..


No-Bake Tofu Cheesecake
by
anymz mykitchen
Sumber resepi:Anncoo

  Line and grease a 8" springform cake pan
     100g Marie biscuits, crushed
     80g Melted butter
  • Combine crushed biscuit crumbs and melted butter together in a mixing bowl. Press the biscuit crumbs onto the base of the prepared pan and chill in the refrigerator for later use.


     Filling
      300g Pressed Tofu (momen tofu)
      15g Gelatine powder
      70g Water
      2 tsp Green tea powder mix with 5 tbsp hot water-green tea akak ganti dgn milo
      250g Cream cheese (room temperature)
      200g Natural yogurt/sour cream
      60g Soya milk (reduced sugar)/fresh milk
      100g Icing sugar
      1/2 tsp Vanilla extract

      Method:
  • Wrap tofu in cheesecloth and press out water from tofu by placing a heavy object on top for about 15 mins.
  • Soak gelatine powder in water and leave aside for about 5 minutes.
  • Mix green tea powder with 5 tbsp hot water. Set aside.
  • In a food processor,  blend cream cheese,  tofu, yogurt, soya milk, icing sugar and vanilla till very smooth.
  • Heat gelatine powder mixture in a double boiler till melted and add to cream cheese mixture and blend well.
  • Pour 3/4 cream cheese mixture into one bowl and 1/4 to another. Mix green tea mixture to 1/4 plain filling, mix well.
  • Spoon plain and green tea cream cheese filling alternately into pan, till all the mixtures are used up and gently shake the pan a little.
  • To make swirls,  gently run a chopstick in circular motion.
  • Chill cake in refrigerator for at least 4 hours or overnight.
  • For perfect slices, cut cheesecake with a hot knife.



12 comments:

  1. Assalamualaikum akak anim cayang...
    wah pepagi tgk kek nie terus rasa lapar tau.. lom bf lg nie.. mmg nampak cantik dan sedap ler kek tu akak.. diana belum perna lg makan cheesecake yg bubuh tofu nie.. pasti sedapkan akak.. menarik

    ReplyDelete
  2. ppgi dah kuar CC.. seronok lah anak2 buah yg bcuti tu k anim.. anak2 sy pun dah lama reqest oreo CC tak sempat2 lagi.. nak simpan dulu rspi k anim ni.. tak pernah buat yg ada tofu..

    ReplyDelete
  3. kak Nim,
    eee ngelat tak jemput kita datang kenduri,kalau idakmerasa air tangan akak kan,,,cantik terhidang cc tu.sedap ker ada tofu nie,

    ReplyDelete
  4. Ishhkk...nak nangis tgk kek..cantik sgt kejadian kek tu..nnt buatkn tuk saya yer..nk g jln Rembau nnt..hii

    ReplyDelete
  5. wah kita yang selalu masak tofu pen tak pernah tahu tofu boleh buat cheese cake.Cantik pulak tu...Nak cuba la..

    ReplyDelete
  6. As'salam kak Anim


    nampak sedap kak, memang tak tahan godaan kalau ct ada kat situ kompom dan makan tanpa disuruh..hihihi.

    Kak amik resipi simpan dulu, sebab banyak sangat yang menungggu Q dah ni haa..hihi

    ReplyDelete
  7. 1 lg resepi baru..insyaallah nk cba..mesti sedapkan..cantik je marble2 kt atas dia tu..

    ReplyDelete
  8. mintak sepotong. Ni tongah maleh nak masak.

    ReplyDelete
  9. Assalam kak anim, sedap n cantik ciskek tu, pasti sedap ni sampai khadijah dah pesan gitu..puas hati buat anak buah akk suka

    ReplyDelete
  10. Salam K Anymz

    wah kak..cheese cake mari ek :)..ada musykil on momen tofu..nak kena survey2 dulu ni..

    ReplyDelete
  11. assalam kak Anim, menariknya resepi ni guna tofu tu...teringin nk rasa pulak..nk kena try buat la ni:)

    ReplyDelete
  12. nampak mcm SR puna cis kek ni uwaaaa sedapnyer akak....nak try buat gak la nanty

    ReplyDelete