Assalamualaikum semua
Apa khabar semua?...Alamak dah lama betul akak tak mengupdate apa2 cerita di sini kan?..Bukannya tak masak,tapi biasa la bila kebizian melanda resepinya episod yang simple2 je lah kan..goreng2,rebus2 je..juga macam takde waktu je nak bukak laptop..letak status di fb pun guna hp je..
Selepas balik dari Langkawi akak kena habiskan projek mendobi pulak..masalahnya sampai ke hari ni projek mendobi tu tak selesai2 lagi..cuaca tak berapa nak menyebelahi kami..kejap hujan petang,kejap hujan pagi..tak kisahlah kan?..hujan tu pun suatu rahmat juga..
Sejak sebelum akak melangkah ke Langkawi lagi akak tengok kek batik arora dari nuanza ni sudah mula menjelajah rumah2 blogger di malaysia nih..masa tu pandang sipi je kan,sbb puan tanah kedaung bizi mempacking...balik aje dari Langkawi waduh2..lepas seorang demi seorang kawan2 akak dok tayang kek nih...Ady,CMG,ummi@HSH,Ita@masammanis,Arah@Ika yang kat siam tu pun turut serta mencuba.
Alhamdulillah hari ni kek batik nih dah sampai ke mykitchen pulak...
Terima Kasih atas resepinya dan kawan2 yang turut mempromosi....
Opppss...sorry ummi,resepi akak copy paste dari rumah Ummi @HomesweetHome..
Kek batik Arora
by
anymz mykitchen
Sumber Resepi:De Nuanza
Bahan-bahan:- (loyang bulat 8 inci)
- 250 g mentega
- 100 gram gula castor
- 1/2 cawan susu pekat manis
- 250 g tepung gandum
- 6 biji telur
- 2 sudu teh baking powder
- 5 jenis pewarna dan perisa
Cara-Cara:-
- Gris dan alaskan loyang dengan baking sheet, ketepikan.
- Pukul mentega bersama gula sampai kembang memutih.
- Masukkan susu pekat manis dan pukul sebati.
- Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi hingga sebati.
- Sementera itu, ayak tepung bersama baking powder, kemudian masukkan kedalam adunan dan pukul lagi sampai adunan sebati (guna speed sederhana perlahan)
- Bahagikan adunan kepada 5 bahagian dan warnakan atau perisakan ikut kesukaan.
- Tompok-tompokkan setiap warna dlm loyang sampai habis atau ikut kreativiti masing-masing (*akak tompokkan jugak - 2 sudu besar setiap adunan, atur selang seli atas setiap tompokan).
- Bakar kek ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160-180 darjah celsius selama 45 mnt - 1 jam (akak bakar pd suhu 165 C selama 50 minit).
Uwaaa..cantekna kek batik arora ni,bila la agaknya gue dapat buat kek ni..
ReplyDeletewaaahh.. tu dia.. dah kuar arora nya.. cantik2.. rasa nk buat jugak ni.. harap2 ada kekuatan.. hihihi
ReplyDeleteIni namanya kek batik mengamuk hehe.Rata-rata dah buat kek ini.Satu fenomina kek batik arora ni ada Aura .Kena cuba jugak lah...selamat berehat Anim...tentu penat selepas berjalan jauh kan.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletemeh sini jemur kain kat bintulu kak.. panas manjang.. hihi..
ReplyDeletekuat betula aura arora nih. bertubi2 org kene virus. tun xtau bila nk buat, tiba2 hasben tun ckp dia xberminat nk mkn kek/mapin.. huhu..
Assalamualaikum Kak Anim
ReplyDeleteCantiknya Kek Batik Arora Ni...Tak Boleh Guna Loyang Biasa Ke Kak Anim?
*Maaf Kak Anim Lama Tak Berkunjung Ke sini...
As'salam Kak Anim
ReplyDeleteHaaa...cayalah dah keluar aura2 semua dah ya, memang tengah HOT lah kek ARORA ni kan. dah macam musim Tsunami melanda dah blog masak2 ni dengan kek Arora ni...hehehe
Kak, mintaklah sepotong, ct masih tak sempat nak mengodek2 ni kak Anim...hehehe
Hamboiiii....aura arora dah melanda nampaknya...berjangkit2... waaa...jelitanya kek k.nym tu
ReplyDeleteSalam Kak Anim..amboiiii aura kek arora ni makin merebak...kat mana2 pun ada tayangannya
ReplyDeleteanymz.... sampai dah aura kt sini...cantekk nyer mmg nampak sedappp...bila ler nk buat nihh....hihihi
ReplyDeleteAssalam kak anim, cantiknya kek batik arora tu, mesti sedap ni
ReplyDeleteAS-SALAM KAK Anymz
ReplyDeletewahh mabeles...kombinasi warna yang tepat dan cantik kek batik arora kak Anymz ni...thumbs up..:~))"
akakkk.. cantik bunga deco kat bawah. ajor saya lak!!!
ReplyDeleteWah nampaknya untuk bulan Februari ini rating kek batik aurora naik di carta 1....anyway...cantik kombinasi warnanya
ReplyDeleteKakAnim cayang, sama menu kita ya. Heran nyaa Along nengok pattern KakAnim, macam di gulong2 lak ya.
ReplyDeletesalam kak anymz, very nice cake! menunggu peluang nak buat kek ni :-)
ReplyDeleteAdeeeeii, dah terjangkitsss ke Seremban dah kek arora penuh aura nih...hehhee...cantiiikk.. ni mould yg belum diusik dek Mickey Mouse lg kaann...hehhee,
ReplyDelete*alahaaiii lomahh berapa kali taip word verifacation tu Anim cayang oiii, boleh x buang, jenuh nak camkan huruf2 tu...huhuuu, lomaahhh matooo deeenn... :))
Asskm k.anim...
ReplyDeleteAisyhhhh.....semua tgh hot kek nie!!! cantik kek nie...marbeles!!!!
cuti la baru bleh nak buat...
Salam kak anim! salam winduuuuu!!! akak sehat? kita alhamdulillah sihat cuma nak kena selsema jer nii :D cantek belang2 kek akak! mmg tgh musim kek batik aurora yg cuns ni :D
ReplyDeletecantiknya kak, suka tgk kombinasi kaler dia
ReplyDeletecantikkkk dan gebu la kek tu kak..
ReplyDeletemas gak tak buat2 lagi..he3
cantik kek batik arora tu akak.. kek nie mmg sedap... :)
ReplyDeleteAcik... malam ni ila try resepi ni.. tp arora ila ada 4 color ja.. hik3~ =)
ReplyDelete