Thursday 27 January 2011

Cream Puff

Assalamualaikum semua...
Hati akak ni nak membaking..nak buat lagi chocolate banana yg tak menjadi tu hari ..selongkar dapur tengok byk yg tak ada..butter pun tinggal seciput je..sayang punya pasal akak pegi sekodeng dapur hana,kot2 jumpa resepi yg guna butter seciput..hah!tu dia...maka terjadi lah kejadian ini...walaupun rupanya sedikit burok tapi janji hakak berjaya melaksanakan versi yg tidak di sangka2 dan di rancangkan ini..kira misi berjaya lah ni ya.
maceh adik manis ya..lain kali akak hendap2 kat dapur tu lagi..cari lagi apa2 yg tinggal seciput.hehehe



saja buka mulut beso2 nak tunjuk isi kat dalam


ini versi terlebih nganga

cream puff

by anymz-mykitchen



Bahan-bahan

  • 100ml air
  • 45g butter-suhu bilik, potong 1cm
  • 60g tepung gandum- diayak
  • 2 biji telur

Cara-cara

  1. Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih berncampur.
  2. Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
  3. Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
  4. Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
  5. Masukkan telur, kacau cepat-cepat
  6. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang .Anggaran diameternya ialah 5cm.
  7. Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
  8. Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
  9. Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.
  10. *UPDATE* Boleh juga guna cara ni. Lepas step 4, masukkan doh tepung ke dalam bowl. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul dengan mixer.
Cream Kastad Honey Myr

Bahan-bahan
  • 1 sudu besar tepung gandum - hana gune 2sb tepung kastad
  • 1 sudu besar tepung jagung- so yg nih tk letak
  • 4 sudu besar gula
  • 200cc(1 cup) susu segar
  • 1 biji telur (L size)
  • 1 sudu besar mentega
Cara-cara

> hana kacau semua dlm periuk ngan api sederhana sampai pekat.-akak juga.
ikut aje method ni..insyaAllah menjadi


hah!hambik ko..luas betul nganga mulutnya itewww..


19 comments:

  1. salam kak

    amboi....cream puff.. cream kastad honey lagi. jaga2 kak nanti lebah datang!!hehehe

    ReplyDelete
  2. nenonenonenoooo... dtg nih datangg..... pastry puff pong ado nih hah bawakkan sepeket.... sian sampai dah xde yer kat seromban.... lepas nih takut pastry tuh naik rege melambung tinggi sbb susah nak carik! hihihi...

    nak `puff` seromban pulak niH! janji puff la kak oiiii... kekekekeke

    ReplyDelete
  3. ish3.. sungguh kurang sopan la nganga mulut besor2 gitu.. mak dara mana la nih..hehe..

    psst!! dah sampai belum? :)

    ReplyDelete
  4. cream puff ni pun mas tak buat2 lagi....
    terliuk lak tengok cream puff akak ni...nak 5 ketoi, ni haaa..dah bawa brownies dah ni..he..he...

    ReplyDelete
  5. kak anim, nk jugakk!..hehe ni memang dh lama masuk list tapi lum sampai angin nk buat lagi...btw nk tapau 2 ketoi yg kak anim buat ni..hehe

    ReplyDelete
  6. to ady,
    sedap gilos kata anak2....
    mmg sedap resepi dari hana ni..cuma leceh nak tekan panas2 tu jer..yg lain semua senang.

    ReplyDelete
  7. to hana
    eh..mana boleh.nanti bughuk siku..haha....
    anak2 tak puas makan.sedap sgt kata mereka.maceh hana kerana resepi yg terbaik dari jepung.

    ReplyDelete
  8. to k.nor
    mak dara dari rombau..muhahaaha...
    nganga besor2 senang nak suap lah nor..

    psst
    ..nor dah sampai dah...terimakaseh daun keladi ya nor..abg pun ucap terima kaseh..suka dia ada kawan yg tak pernah jumpa buat baik kat isterinya..akak mmg tak pernah ambik ubatan lain selain dr ubat hosp..insyaallah mudah2an Allah kabulkan...

    ReplyDelete
  9. to mas
    sebab mas baik ati bg bronis, akak tambah jadi 6 ketui...erkkkk...jap..jap..tgk ada lagi tak..laaaaar tak ada lagi lah mas..nanti akak balas bekas dgn lauk masak lomak..nak tak?hehehe

    ReplyDelete
  10. to nieza
    buat cepatan dong.sebelum angin pus2 'M' dtg..hehe

    ReplyDelete
  11. versi batu belah batu bertangkup takde ke kak? ekeke saya suka cream puff ni tp masih tk terbuat2 hingga kini :D

    ReplyDelete
  12. Uish, this looks super yummy! Aaaaahhhh...;)

    ReplyDelete
  13. Laaa.. Dtg lmbat sah dah habis... Balik duluuu sambil kesat ayaq liuq...

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum...
    Kak jgn dipandang pada rupanya, apa yang penting rasanya. Hehehe nak sket.

    ReplyDelete
  15. to zarin..
    itu kes ala2 batu belah batu bertangkup lah tu zarin..hehehe..
    nganga luas2 ngapppppppp....

    ReplyDelete
  16. to love
    terima kaseh datang..jauh2 dari kelang tu,nah akak bagi 3 ketui..cukup2 utk love anak beranak kan?..hehe

    ReplyDelete
  17. to izah daut
    laaaarrrrr...ko buek po dtg lambek2 ni zah...buek soto yo...sodap nampaknya tu...jap lagi akak bertandang ke ampang ya..siapkan air oren satu jug..haus nak ke sana nih..jalan kaki pun lom tentu sampai..hehe

    ReplyDelete
  18. to kak sam
    huuiihh..betul tu sam,rasa dia memang sedap..buat sendiri memang puas hati..:)

    ReplyDelete