Wednesday 8 June 2011

Jus Roselle dan tahniah Hasue

Assalamualaikum semua

Sudah lama nak post entri tentang jus ini sebenarnya.
Selama ini akak minum jus roselle yang sudah di proses yang datang dari pelbagai jenama yang di beli atau di hadiahkan oleh saudara mara,adik beradik atau dari rakan taulan..Biasanya jus yang sudah di proses ada perisa sedikit lah..
Akak terima roselle yang sudah di keringkan ini dari seorang rakan siber yang duduk nuuuun jauh setelah dia mengetahui akak mengidap penyakit darah tinggi.Tima kaceh cayangku....

Setelah akak dapat memastikan akan keberkesanannya baru lah akak post entri tentang jus ini..
Kalau bagi rakan taulan di sini nak tau akak mengambil ubatan dari dos yang tinggi ada yg 80 mg,ada yg 10 mg,ada yang 20 mg..kalau tidak di bantu dengan supplement akak rasa kulit,rambut dan kuku akak mesti tidak cantik.
Sekarang ni pun tak adalah cantik mana sangat pun tetapi kalau tidak di bantu dgn supplement serious akak cakap,kulit akak nampak lebih tua dari usia sebenar.
Jus ni anak akak suka minum bila dia batuk.
Bagi pihak akak pulak,akak akan minum bila terasa kepala mula berdenyut2.susah nak dapatkan bunga roselle ni di sini..ada nampak di pasar tani tapi ikut musim.bukannya selalu ada,tu yang berjimat2 je akak guna..hehe..



Boleh pilih.
nak minum yang sejuk atau yang suam
Hari ini akak minum yang berais..cuaca panas terik hari ini

masam.tapi sesuai untuk pesakit darah tinggi



Tak lupa ucapan tahniah dari akak buat HASURIAH TAHIR sempena meraikan follower nya yang sudah mencecah ribu riban.

12 comments:

  1. Xpernah lagi minum jus nih,huhu jakun toi..Eh akak letak gula x.owh akak da darah tinggi,mkn epal ijo pong ok gak kan..kat pg rini ujan lbat,best2..

    ReplyDelete
  2. salam, pokok ni ada tanam kat kampung mak saya, sebenarnya bukan tanam pun main campak2 je dia hidup maklumlah tanah kampung, pokok apapun senang nak hidup. rebus buahnya buat jus ala2 rebina la juga kan..

    ReplyDelete
  3. mas tak pernah minum lagi air ni..
    masam yerk rasanya.....
    nakkk segelass...yg sejukk tau..kikiki

    ReplyDelete
  4. as-salam kak
    sedapnya jus roselletu kak..minum sejuk2 nyaman jer...

    ReplyDelete
  5. Salam kak! kita jakun ni kak tak pernah minuk jus rossele nii apa rasanyer kak? hihihi.. mestilah rasa roselle kan? hihihi.. kita bg akak nasi ayam penyet sambil2 minum jus yerr :D

    ReplyDelete
  6. dah lam teringin nak nak buat tak terbuat2 jugak hehhhe

    ReplyDelete
  7. pokok roselle kakpah baru tumbuh. cekeding pulak tu. mintak2 hiduplah. kok hidup dan subur sok akak bagi kau boneh e. kalau idup lah haha..

    ReplyDelete
  8. Anim...tumpang minum sini laa...terliur betul tgk jus rosselle tuuu...mana nak cari niii...huhuu

    ReplyDelete
  9. to zaliedana
    dah puas makan epal hijau tu ct..tak lut..super power pulak darah tinggi nih..hehe


    to gerhana luka
    ooo ya ka?..elok simpan benihnya tu kan?..teringin gak nak tanam.


    to mas
    masam tapi boleh telan la mas..kalau tak tahan buh gula sikit..tapi akak tak letak pun minum cenggitu je.


    to ady
    memamng sesuai kalau musim panas..kalau musim sejuk minum yang panas..hehe


    to ijayuji
    pada akak ada rasa ribena sikit ika..sedap..


    to chik mimi
    eh!memang ada kat rumah mimi ya..ala rendam je bunga tu dgn air panas.senang je nak buat.

    ReplyDelete
  10. to kakpah
    kok cekeding tu kakpah idup sogan mati tak mau lah jawap ee..hehe


    to ummi
    meh minum meh ummi..ada lagi tu tak rendam lagi..hehe

    ReplyDelete
  11. kak anim.. tetibe sedih baca entry ni.. saya doakan akak sentiasa sihat dan menten muda.. ahakss

    ReplyDelete
  12. Assalam ka anim,
    jus roselle ni dah jadi minuman seharian my family..sedap macam ribena..my kids pun suka..memang kalau masuk jb kalau kepasar tani..mesti cari ni..tapi tengok musim juga kadang2 ada kadang2 tak ada..betul tu kak, ramai yang cakap minum jus ni bagus untuk orang darah tinggi..

    ReplyDelete