Tuesday, 18 May 2010

Roti/Pau Goreng

Tengahari tadi kita buat nasi ayam je.sebab tau ptg2 nanti saya nak buat roti goreng ni.resepi saya C&P kat ILHAMdapur tu je..minta ampon ya.anak cucu nak makan roti goreng.



Sumber Resipi : Ilhamdapur
Bahan-bahan

  • 1/2 cawan air suam* (-/+)
  • 2 cawan tepung gandum (-/+)
  • 2 sudu kecil yis kering (kita guna brand mauripan)*
  • 3 sudu besar susu tepung
  • 2 sudu besar butter cair
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar gula*
  • inti red bean paste secukupnya - simpan dalam peti dulu baru senang nak bulatkan - kita beli yg dah siap kat bakeri
  • minyak untuk mengoreng

Cara-cara

1. Dalam mangkuk satukan bahan-bahan yang bertanda *. Biarkan seketika (1-2 minit) kemudian masukkan butter cair, kacau sebati.

2. Satukan tepung, garam dan susu tepung. Masukkan sedikit-sedikit kedalam no 1 sambil dikacau guna garfu (kacau buat bulatan jam) sehingga adunan tadi bersatu (menjadi seketul) tapi tidak keras. Kemudian boleh la diuli dengan tangan sehingga adunan menjadi licin dan tidak melekat pada tangan (adunan ni mesti lembut, kalau lembik tambah tepung sikit-sikit je, sapu kat tangan gtuw).

3. Tutup mangkuk dengan plastik wrap atau kitchen towel dan biarkan selama 30 minit. Kemudian tumbuk-tumbuk sedikit doh yang telah naik tadi.

4. Ambil sebesar bola golf pastu leperkan sedikit, letak inti yang telah dibulatkan tadi dan tutup elok-elok. Bila nak goreng leperkan sedikit dulu

6. Panaskan minyak dalam kuali dan boleh lah digoreng sebiji-sebiji sambil simbah minyak panas ke atasnya (supaya ianya jadi kembang dan lembut). Goreng sampai habis. Siap..sedap makan yang panas2

No comments:

Post a Comment