Wednesday, 19 May 2010

Nasi Ayam simple dan segera

Nasi Ayam


kali ini saya buat nasi ayam yg simple je.resepinya ada tuuu kat bawah

bahan2

1 ekor ayam
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih.
1 buku kecil halia
semua bahan di atas di hiris ketepikan
2 ulas bunga cengkih1 tangkai kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 ulas buah pelaga
1 batang serai di titik
timun dan tomato utk hiasan
kicap
sos tiram
cara

ayam di rebus
bila sudah agak empuk,keluarkan ayam ketepikan.
basuh beras.saya guna 3 pot.ketepikan
dalam kuali berasingan tumis bahan2 yang di hiris bersama rempah penumis tadi
air rebusan ayam tadi,di curahkan ke dalam beras.
bahan2 yg di tumis tadi juga di curahkan ke dalam beras.sukat air dan tanak nasi.
ayam yg sudah di rebus gaulkan bersama sos tiram dan kicap.perap
bila nasi sudah hampir masak,goreng ayam dgn api sederhana.
bila hendak di hidangkan,potong ayam ikut suka dan sedia untuk di hidangkan bersama timun,tomato dan kicap.
kuah sos sila lihat di sini.
kuah sup

1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
sedikit halia
semua di hiris
di tumis
masukn baki kuah rebusan ayam
tambah air
masukn 1 kiub ayam.
masukn ubi kentang lobak jika suka
masak hingga kedua2 ubi empuk.
sedia untuk di hidangkan

No comments:

Post a Comment