Monday, 26 July 2010

sambal bilis dan kentang

malam ini ada majlis bacaan yassin,sempena nisfu syaaban dan malam ini jugak ada majlis tahlil di rumah jiran yang baru kehilangan isteri tercinta semalam....jugak malam ini ada pasar malam di depan rumah aku nih..so... aku suka dan senang hati kerana tengahari boleh masak yang simple2 jerk..



sudah agak lama ainul request hendakan sambaul bilis dan kentang nih..aku pun pelik apa la yang susah sangat aku nak tunaikan permintaan anak bongsu aku tu..hehehe laju tul dia makan lepas balik dari sekolah tadi



bila dah ada sambal mesti nak buat sup atau tumis air..aku buat tumis air sayur untuk en suami sebab hari ini pakcik kurang sehat..pun laju gak pakcik makan tadi..hehe

Friday, 23 July 2010

Entri2 tersorok yang tidak di post....

hah..kenapa tajuk aku bunyi lagu tuh..hehe..ini adalah masakan ,makanan yang aku terlepas pandang.
banyak sangat ambik gambar pastu lupa nak post.
lama2 dah basi dok dlm lappy nih..sebab hari ini, aku nak kemas2kan apa2 gambar yang tersorok. aku post kan jugak makanan yang sedap tapi buruk rupa nih..kalau2 korang kekurangan idea ambik la idea apa nak masak utk esok lusa dlm ni ya...hehe

menu sarapan pagi..mi sua



menu tengah hari,goreng kobis,asam pedas ikan pari,telur dadar dan masak tempoyak udang


hah yang ini kelakar..ini adalah pau sambal versi hangus..hancus rupanya tapi sedap ngko..



Thursday, 22 July 2010

cekodok pisang

abaikan yang hitam legam tu ya

muaaahaaa...sedang upload gambar ni,kengkawan anak tegur,cik!.. gambar cekodok pisang pun nak masukan ke?
Ini makcik sudah kehabisan idea..untung jugak ini makcik rajin mau buat cekodok pisang untuk korang minum petang tauuuu...

bahan2 dia amat mudah..cuma perlukan pisang,paling best pisang kapas,gula dan tepung.
korang lenyek2 le sampai lumat.pastu guna sudu,sudukan le ke dalam kuali dgn minyak yang banyak...
hah korang complain aku masukan gambar cekodok pisang tapi bila aku masuk dapur,habis licin jugak korang sental.....muaaahaaahaa...



Lauk pauk hari ini

gulai lado api ikan belanak,ulam2an,sambal gesek,sambal tempoyak dan ikan goreng


sorry la you all ,..akak korang ni ambik gambar long distance...hahaha...masa ni mr suami ku sudah duduk di meja..oleh kerana hari ini aku dok sibuk menguruskan sesuatu tak dapat nak bg menu yang best2..layan je gulai ikan belanak,ulam2an,sambal gesek,sambal tempoyak dan ikan goreng tu ya..

Wednesday, 21 July 2010

simple macaroni dgn sos daging


macaroni ni aku buat dalam keadaan yang amat2 terdesak.aku tak masak tengahari semalam.anak2 balik sek..goreng telur sendiri jerk..banyak sgt hal yang perlu di selesaikan..
apa masalahnya??.....nanti aku bagi tahu bila aku benar2 sudah bersedia dan nama aku sudah di senaraikan antara yang terpilih.....cewaaah...korang boleh agak2 tak tuh..hehe..

resepi paling simple yang aku pernah buat..
tumis je bawang besar,masukan sup Lego's tu,masukan daging dan sedikit air.
macaroni tu dah rebus siap..hidangkan dgn mozrella cheese..anak2 suka ler tapiiii mr hubby complain...terpaksalah gak aku buat sambal telur sbb hubby nak makan nasi.

Itu lah akibat apabila aku kena buat sesuatu dalam keadaan tergesa2..
minggu depan ada pemeriksaan kesihatan....
aku kena plan dan masak awal2.....

Monday, 19 July 2010

entry tertunggak

masak lemak kobis,sambal sotong ,ayam goreng dan salad


muaahaaa....ambik ngko..bukannya gaji je ada tertunggak..entry pun ada gak yang tertunggak tau..takpe2 seb baik bukan no entry..hehe

Aku lupa nak post lauk pauk ni masa aku tengah sibuk dok berkemas..lupa plak apa yang aku kemaskan tuh..
Lauk pauk ni aku sumbangkan idea pada adik2 yang baru dok berdua2an tu,bila ipar2 duai dtg bertandang..layan je la diorang dgn lauk pauk simple chenggini ya...

Jgn tipon2 aku tanya..kak nak masak apa ni ya....hah masak lemak kobis tu kalo tak tau buat gak,issshh toksah jadi orang lah korang nii....

Sunday, 18 July 2010

Ayam Goreng Berempah


setelah menghabiskan seharian waktu di majlis2 kenduri kendara dari siang hari di bawak ke malam,hari ini aku menghabiskan masa di dapur dengan memasak benda2 yang senang dan mudah..memandangkan anak2 adik aku tak makan pedas aku goreng ayam ni dgn versi yang paling mudah sekali...ambik benda2 yang ada kat dapur jerk...

bahan2

1 ekor ayam
2 senduk rempah kari daging
1/2 senduk serbuk kunyit
garam
daun kari

cara

cuci bersih ayam yang telah siap di potong2
gaul semua bahan bersama.
perap dalam 1 jam
tumis daun kari terlebih dahulu
masukan ayam
goreng hingga masak..

hehehe..mudahnya kannnn.....


Saturday, 17 July 2010

Nasi Impit Goreng

Rentetan dari aku buat nasi impit kuah lodeh @ lontong semalam,sengaja aku lebihkan nasi impit tu.simpan leklok dlm fridge sbb tujuan untuk buat nasi impit goreng nih..resepi aku dapat dari sepupu comel aku yang dok kat sbn tu..saripah hj jaafar..wey...tiap2 thn rayo kitorang buat ni tau..cuba lah mmg marveles...
aku tak letak bahan2 dlm bentuk sukatan sebab bahan2nya terpulang pd jumlah nasi impit yg kita guna..alahai korang agak2 lah yo..

bahan2

nasi impit
udang kering
cili kering
bawang besar
bawang putih
bawang merah
udang basah
isi ayam
kobis
sawi
kicap manis
garam

cara

kisar cili kering bersama udang kering dan bawang besar
panaskan kuali
tumis bwg merah dan bwg putih yang dah di tumbuk halus
masukan bahan kisar dan masak hingga terbit minyak
masukan garam
masukan udang basah yang sudah di buang kulit dan isi ayam
kacau hingga masak
masukan sawi dan kobis
masukan nasi impit yang sudah di potong2
masukan kicap manis
gaul bersama
jgn kacau lama sgt nnt nasi impit jadi lembik
angkat
dan sedia untuk di hidangkan

Ini memang feveret anak2 untuk sarapan

Friday, 16 July 2010

Nasi Impit dan sayur lodeh


salam Jumaat semua...semalam tak lelap sgt tido..worried about something...tapi takpe..relax2 dulu tarik nafas panjang dan zoooooom jom kita makan sayur lodeh ni ha..

sebenarnya aku bercita2 nak buat nasi impit goreng tapi memandangkan sayur mayur masak lemak ni ada lagi,aku buat nasi impit sayur lodeh dulu..sambal kelapa tu memang ada je kat dlm freezer..hari ini ambik heavy b/fast sebab nak buat cistat untuk hari kantin sekolah ainul ,sambil2 tu rasa nak kemas2 freezer yg dah tak serupa icebox tu......

nak resepi ke..tak payahlah kot..ala buat masak lemak kobis +tempe+kacang panjang+tauhu+carrot+suun...sikit lebih kurang menjadi le sayur lodeh tu..
cuma kdg2 sesetengah tempat diorang lebih suka tumis..
cam kak ipar aku tu,dari singapore,dia tumis dulu dgn udang kering+bwg+cili kering sikit,..baru curahkan santan...
orait byk nya aku membebel...this is one of the ideas untuk sesape nak buat sarapan berat hujung minggu ni......

selamat berhujung minggu..

Wednesday, 14 July 2010

Puding Batik Marie

Resepi ni betul2 di ciplak dari rumah Hana yang dok di Jepun yang tak ingat nak nak balik2 tuh..
hehe..hana lak ambik dari rumah ayu yang dok kat singapore..eee aku kena cari org yg dok mesia lak bg resepi nih..ada kat umah kak ummi yang dok terengganu tu..nnt pegi sana plak..maaf rupa batik ni tak berapa cantik..sesuboh pepagi aku dah gelojoh nak memotong untuk ainul bwk bekal gi sekolah...kesudahannya chenggini la rupanya...hehe
byk membebel lak kan....hana,akak sambung sedeqah resepi kat sini pulak ya.......
memang sedap sbb ada campuran nestum lg tuuu...



bahan-bahan
  • 300g biskut marie-dipatahkan 4
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 2 cawan milo
  • 3 sudu besar serbuk koko
  • 1 cawan bijiran nestum untuk baby - gune nestum keluarga
  • 1 cawan butter
  • 3 biji telur
  • 1 sudu kecil vanilla essence
Cara-cara
Pukul telur sedikit dan campurkan semua bahan2 melainkan biskut. Masak diatas api yang sederhana. Bila mentega sudah cair, dan adunan agak memekat, masukkan biskut dan gaul rata. Tuang adunan kedalam loyang yang telah di alas dengan plastic(untuk memudahkan memotong) dan tekan2kan hingga padat. Bila semua dah selesai, masukkan kedalam fridge dan biarkan hingga sejuk dan menggeras







kerabu sotong


Dalam fridge tu tinggal sotong 1 kg je yang aku beli masa pasar tani mggu lepas..jemu pulak nak makan makanan bersantan..sejuk2 ni sedap makan pedas2 kan..teragak lak nak kerabu dari majalah saji oleh chef Imran ni hah...sedap kerabu nih..aku buh cili padi tu byk2..tuuu nampak tak biji2 cili tuh?? ermmm sodapppp ngko....

bahan2

sotong
1 sudu besar kerisik
1 sudu jus limau
secubit belacan
1/2 biji bawang besar
1 batang serai
2 tangkai cili padi-saya letak banyak sbb sotong saya guna 500 gm
1 tangkai cili merah
2 helai daun limau purut
2 biji tomato
garam

cara

bersihkan sotong.rebus dan potong bulat.
hiris semua bahan2 di atas
gaulkan dgn jus limau,kerisik,garam dan belacan.
sedia untuk di hidangkan









Monday, 12 July 2010

Masak lemak ikan senangin



hah tu semua kepala ikan senangin..saiz sedang2 je..kepala aku gulai..badan dia aku goreng..abis tu dah mr hubby ku itu suka ikan goreng..jadi badan2 ikan tu ku goreng semua...
ini feveret semua dlm rumah ni..lada hijau tu masuk masa dah tutup api..makan rangup2..ermmm....

bahan2

3 ekor ikan senangin saiz sedang
1 senduk lada api yang sudah di kisar bersama kunyit hidup
santan dari 2 biji kelapa
2 keping asam gelugor
cili hijau
tomato

cara

jerang santan bersama cili api,garam dan asam keping
dah mendidih masukan ikan
rasakan garamnya dan masukan tomato dan cili hijau
tutup api
sedia untuk di hidangkan

*saya tak letak bawang kerana mengikut resepi asal org tua2 negeri sembilan.tiada bawang dlm masakan mereka tetapi pastikan santannya sgt pekat.




Sup Ayam Lengkuas


Jalan2 kat rumah inaharali ,jumpa la sup ni..ambik dari rumah hana katanya,lagi sekali aku panjangkan le sedeqah resepi ni ya ina dan hana....maangaiii byk Na nama hjg2 diorang nih..hehe
takpe2...apa2 pun sup nih memang ni sodaapppp...cuma stok lada api dah abis akak buat gulai tadi..guna je la cili hidup tu hah..


Bahan2
1.5 liter air
1 kiup pati ayam knorr
4cm lengkuas, buang kulit dan hiris nipis-nipis
300g isi ayam, hiris nipis. - hana gune ketulan ayam
5-6 biji cili burung-titik1/4 cawan santan
2 sudu besar sos ikan
1 sudu besar gula1 sudu besar jus limau nipis
daun ketumbar utk hiasan

Cara-cara

Masukkan air dan kiub ayam ke dlm periuk. Letak atas api sederhana sehingga mendidih. Tambah hirisan lengkuas. Biarkan selama 5 minit. Masukkan pula isi ayam. Masak 5 minit lagi.
Masukkan cili burung, santan dan gula. Tunggu sehingga mendidih. Masukkan sos ikan dan jus limau nipis. Angkat. Hidang segera. Hias dgn daun ketumbar.



Sunday, 11 July 2010

Puding Roti Karamel

Hari ni tadi aku pegi merayau2 sampai ke USA ke rumah yatie tu...jumpa la puding roti ni..yatie kata dia ambik kat rumah kak hanieliza,aku pulak panjang kan lagi sedeqah resepi tu di sini..
abaikan puding yang buruk rupa dah tersopek tu ya...yatie kata tunggu sejuk baru terbalikkan dalam pinggan..dah tu aku ni gelojoh sangat..keluar aje dari kukusan terus aku terbalik buh dlm pinggan..hentam saja lah ya..janji sodaaapp....
thnx yatie..kita C&P je yaa....






Bahan A:
  • 1/2 cawan gula ..dicairkan dalam loyang yg nak dikukuskan nanti( saya jadikan gula hangus dahulu, pastu tuang di loyang yg nak dikukus...)
Bahan B
  • 1 buku roti [10 keping]
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin air buah dari fruit cocktal/peach
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan gula
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 2 sudu besar tepung kastad
Hiasan
  • 1 tin buah koktel/peach
Cara Penyediaan.
  1. Panaskan kukusan.
  2. Gaul rata semua bahan B kecuali fruits cocktail dan tapis.
  3. Masukkan bancuhan kedalam loyang yg ada gula yg telah dicairkan.
  4. Tutupkan loyang dengan plastik glaze nipis.
  5. Kukuskan selama 30 minit.
  6. Sejukkan dahulu baru di terbalikkan dalam pinggan besar.
  7. Susunkan dengan perlahan-lahan isi buah fruit cocktail atau buah peach
  8. Sejukkan...hidangkan untuk buka posa ke.. sebagai dessert




Friday, 9 July 2010

Roti Telur dgn mayonis



Rushing to work?to school?ini lah breakfast yang teramat mudah..simple,cepat,sedap dan mengenyangkan...kalau tak buat jugak mmg sah2 lah korang malas tahap gaban dah nih..hehe

bahan2

4 keping roti=potong tiga segi
2 biji telur
daun bawang
mayonis
sos cili
2 sudu besar minyak masak atau butter
sedikit garam jika suka-saya tak letak

cara

pecahkan telur
kocak2kan telur dgn daun bawang yang di hiris halus
celup roti dlm telur dan goreng

senang kan...

Thursday, 8 July 2010

Rendang Ayam Pencen

muuaaahaahaa.....jgn le tanya aku kenapa namanya chenggitu..setau aku takde la pulak ayam dtg ngajo di sekolah dulu..last2 ayam dpt pencen..aisshh tak aci betul...

rendang ni di buat pg tadi..hjg minggu jiran sebelah kawin anak..mesti aku sibuk..masak rendang senang sikit bila bebudak ni ku tinggal2kan..maknya rajin pi nolong,jadi anak kat rumah takde la yang kelaparan.resepi ni aku reka sendiri...resepi mudah..lelap mato pun jadik...haha

bahan2

1 ekor ayam telor
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 buku halia
3 batang serai
15 tangkai cili padi
semua bahan dia atas di kisar kecuali ayam
santan dari 3 biji kelapa.
3 sudu besar rempah rendang
1 liter air

cara

bersihkan ayam
jerang ayam dgn air dulu..ayam ni keras
kalau ada air kelapa lagi bagus
masukan bahan2 yang di kisar
dah kering sedikit airnya masukan santan
jerang hingga kering dan berbuih
sedia untuk di hidangkan

Tuesday, 6 July 2010

cuti

Tuan punya blog bercuti selama beberapa hari ..
Tuan punya blog hanya akan muncul,di shout box sahabat2 dan follower2 beliau.....



dari.....
anak tuan punya blog

Saturday, 3 July 2010

gulai kerang dgn cendawan



mari layan gulai kerang saya dgn cendawan nih....salah satu idea jugak utuk you all masak esok2..okay..spt biasa saya org negori jadi masak lemak ni tak lepas dari menu seharian...

bahan2

1 kg kerang
300gm cendawan
1 batang serai-di titik
1/2 labu bawang besar
santan dari 11/2 biji kelapa.
cili padi
serbuk kunyit atau kuniyt hidup
garam secukup rasa

cara

kerang di rebus dan di keluarkan isinya-asingkan
jerang santan,bawang,serai,cili padi kisar,serbuk kunyit/kunyit hidup dan garam atas api.
dah mendidih masukan cendawan dan kerang.
rasakan asam dan garam
dah masak,tutup api
sedia untuk di hidangkan..

*maaf di atas sistem pencahayaan kurang memuaskan,lauk saya tidak nampak kuning.
ambik guna hp je..camera anak pinjam pi ambik gambar org kawin .huhuhu...

ketupat sotong


ketupat sotong ni, kalau tak izahdaut tu yang mintak takde la saya nak post kan resepinya ..hehe..
ekceli ada gak sedara mara yang bertanya...sotong ni sebenarnya lebih sedap utk di ratah...
saya menggunakan santan kotak je..apa2 brand pun takpe..nak guna santan biasa pun boleh cuma saya skang dlm proses mengurangkan kolestrol.resepi ni saya ciplak dr majalah keluarga.

bahan A

1 kg sotong (saya nk test sy beli 5 ekor.besar punya)
2 cawan beras pulut
200 ml pati santan(1 kotak)
150 gm santan.
300gm gula merah(sedap kalo letak.tp sy tak letak.takde stok dlm rmh)
secubit garam
sedikit daun pandan dan lidi

cara

bersihkan beras pulut kemudian rendam dgn santan selama 1/2 jam
masukan beras pulut ke dlm perut sotong dgn menggunakan sudu kecil hgga 3/4 penuh drpd sotong
masukan kepala sotong dan lekatkan menggunakan lidi
alas periuk dgn daun pandan(sy tak buat)
atur sotong dlm periuk
masukan pati santan yg di gunakan utk merendam pulut tadi dan 150 gm santan cair
rebus dgn api perlahan
apabila hampir masak,masukan secubit garam dan 300 gm gula merah.
rebus lagi hgga masak dan berkilat.

kerabu ikan bilis


Resepi ni saya C&P je dari rumah SINI...
layan..memang sedap makan dgn nasi panas2..terbuka selera...



BAHAN-BAHAN


100g Ikan Bilis(kecil)
1Btg Serai(dikopek kulit luar)
4Helai Daun Limau Purut(dicincang halus)
5Biji Cili Kecil(dipotong-potong)
1Biji Cili Besar(dipotong nipis)
1Labu Bawang Besar(dipotong nipis)
1/2Biji Tomato
1Sudu Air Perahan Limau Nipis
3Sudu(k) Gula
1/3Sudu Garam
Sedikit Kicap Sotong(jika mahu)

CARA MENYEDIAKAN

1. Goreng ikan bilis.
2. Masukkan bahan-bahan itu tadi.
3. Gaulkan dan ramaskan bahan-bahan tersebut sehingga larut Gula dan Garam.
4. Hidangkan.

Friday, 2 July 2010

Lauk pauk tengahari tadi

lauk pauk

takde n3 yang menarik..just giving you all some ideas apa nak masak lain kali..
hari ini saya menge cheese lagi..ada yang nak order cheese tart...
cewaaaah...baru belajar buat,dah ada yang order..rejeki tu,jgn di tolak..ya tak..?nak letak harga saya tak tahu,puas le saya merantau dr satu dapur ke satu dapur semata2 nak mencari harga pasaran jualan cistat nii..

lauk pauk tengahari tadi ,ini aja yg dapat saya masak..ayam goreng,sambal sotong kembang dan masak lemak kobis...tak payah resepi la..senang je tu kan..




sambal sotong kembang

Roti Pratha dan sambal sardin

mari layan roti pratha dan sambal sardin untuk sarapan hari ini..
esok hari sabtu ada la sedikit idea kan..kalau rajin,buat le kari daging atau ayam hari ni..buat lebih sikit.ada belen..,sarapan pagi sok,panaskan kuah makan dgn roti pratha ni.
.dulu kita buat versi gulung dgn telur kan..ni pagi tadi nak cepat..goreng2 chenggitu jek..mr hubby cukup suka waktu panas2 makan dgn sambal sardin feveret dia tuh..


sambal sardin..nak cepat,mesin cili,nampak lagi biji2 cili tu...ishh tak senonoh tul..jgn ikut jejak saya.


roti pratha..ada di jual di supermarket..saya beli brand 'kawan'..perisa bawang

Thursday, 1 July 2010

KEK KEJU OREO


ni saya tengok ramai tul kawan2 yang dok buat oreo cheese cake.teringin pulak nak mencuba..hari ini tahap keaktifan diri sudah hampir pulih..tu yang dapat mengecheese tu..sorry lah ya..gambar gelap sikit..kurang pencahayaan.lensa camera ada masalah sikit,nak ambik posisi gambar pun ada sedikit masalah lah..

resepi saya ambil dari buku Pn Noraini Zakaria..sungguh mudah dan cepat..lemak lagi berkrim..hehe...

bahan biskut

200gm biskut coklat oreo-di buang krim dan di kisar
70gm mentega-di cairkan

bahan kek

250gm krim keju
250gm krim putar
80gm gula castor
60ml air
15gm gelatin halal
3 keping biskut oreo di ramas kasar

cara membuat

sediakan tin 7" jenis 'loose tin' yang boleh di buka di bawahnya.
Biskut: Tuangkan mentega ke dalam serbuk biskut oreo dan di gaul rata.Tekan pada dasar acuan hingga padat.sejukan dlm peti ais selama 30 mint.

Kek:Pukul krim putar hingga kembang dan pekat
simpan dalam peti sejuk sebentar.

Dalam bekas lain,pukul krim keju,krim biskut oreo dan gula castor hingga kembang dan berkrim.
Panaskan gelatin dan air hingga cair.setelah sejuk tuangkan gelatin dlm adunan keju dan di pukul sebati.masukan krim putar yang telah di pukul tadi dan pukul sebentar saja.
Biskut oreo yang telah di ramas kasar di masukan dalam adunan dan di gaul rata,Tuangkan atas lapisan biskut oreo yang telah keras.
simpan dalam peti sejuk selama 5 jam.


cubalah..resepi nya memang boleh di percayai