Tuesday, 26 October 2010

Banana Crumble

Semalam dok kemas2 almari sebab dah terlalu padat dgn majalah2 lama.jumpa resepi ni dari majalah mingguan wanita ,thn bila aku dah tak ingat tetapi resepi dari en zulkarnain.

Impression pertama dari anak2 mereka berkata 'ermmm...sedapnya mak'..tapi hakak nak ingatkan lah ya..kalau anak tak ramai,buat setengah adunan je lah bagi sesiapa yang sudi nk mencuba tu..
hari ni amir anak yang kat matrik,tangkak tu balik untuk menghabiskan cuti semester pertamanya,tu yang aku buat banyak tu ,sebab biasanya bila amir dah ada kat rumah , tempat ni jadi pot untuk kawan2 dia dok berkumpul..
Hidangan ini sesuai di jadikan sebagai hidangan pencuci mulut..




bahan2 doh

250gm mentega
150gm gula ising
1 biji telur
350gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanila
Pisang emas secukupnya

cara menyediakan doh

Pukul mentega dan gula ising hingga tepu
masukkan telur dan kemudian masukkan tepung dan esen vanila





cara membuat

Ratakan doh setebal 1/2 cm di dalam dulang pembakar yang telah di griskan dengan mentega
Setelah rata,susunkan pisang emas yang masak ranum rapat-rapat
Parutkan lebihan doh tadi di atas pisang yang telah di susun tadi.
Taburkan gula pasir di atas doh yang di parut tadi
Bakar dalam ketuhar 160c/320F selama 30 minit








9 comments:

  1. salam kak anim...dah lama nak try wat ni tp takut x jadi..cerewet tak buat ni kak? :)

    ReplyDelete
  2. wah, banana crumble! boleh try ni..ada lagi tak? ekeke

    ReplyDelete
  3. salam anim, mesti wangi jer bila time bakar tu kan :)

    ReplyDelete
  4. wahh..sedap betul la blog akak ni..meleleh air liur nengok

    -maria-

    ReplyDelete
  5. Dell:salam kembali Del,mula2 wat akak pun suspen gak..takot tak jadi,takot tak sedap,takot anak2 tak suka,tapi masa tgh2 bakar tu betul ckp k.nor aroma dtg dr oven sungguh wangi..takdelah cerewet sgt membuatnya..senang je..mungkin agak terkejut sikit sebab doh dia peroi sgt tapi takpe..

    ReplyDelete
  6. zarin:sila lah try..da habis dah..sedap ni zarin sebab mungkin akak ni antu pisang kot..hehe

    k.nor:memang wangi sangat2..masa tgh bakar, tak sabar2 nak tunggu masak.hehe


    Lady:bukan aje nampak sedap serious rasanya pun sedap

    ReplyDelete
  7. ruggedmom:eh maria where have you been..mekaseh dtg..seb baik akak gi bukak blog maria..akak dah tak perasan sape..haha :D

    ReplyDelete
  8. शिवपाल के शिकार बने युवा नेताओं को मिला अखिलेश का ‘वीटो’
    Readmore todaynews18.com https://goo.gl/YE0Wyp

    ReplyDelete