salam semua ya Puan2,..hari ni kita makan lauk kampung je ya puan2..hari tu akak dah cakap ,akak gi pasar tani,nanti akak akan masak lauk yang pelik2..tapi yang ini tak pelik..yang ini sedap hingga menjilat jari..gulai ikan masin kurau dgn nangka...nangka pun beli ya puan2..pokok nangka kat sebelah rumah ni tak berbuah,nanti bila dah hujung thn,bila dah musim tengkujuh tu baru lah dia nak berbuah..meh kita layan resepi mudah dari org negori ni ya puan2...
bahan2
1/2 biji nangka yang sudai siap di kupas kulitnya
ikan masin-suka hati ikan masin jenis apa
ikan masin kurau
saya guna
3 ketul kepala dan 1 isi ikan
1 batang serai-di titik
2 ulas bawang kecil di hiris-jika suka-saya tak letak
20 tangkai cili padi-di tumbuk nak pedas tambah lagi
sedikit kunyit hidup-di tumbuk
2 biji kelapa atau santan Rm3
cara
rebus nangka hingga empuk,ketepikan
letak santan di dalam periuk,kalau menggunakan santan yang dah siap,tambahkan 2 cawan air ke dalam santan.kalau guna kelapa ,perah kelapa sebanyak 3 atau 4kali
masukan cili padi yang telah di tumbuk
masukan serai
masukan ikan masin
masukan juga nangka
didihkan hingga keluar minyak santan
saya tak letak garam sebab ikan masin itu sudah cukup masin.
masakan ini elok di masak pekat2 supaya tak terasa, rasa masin ikan tersebut.
kak nim...sedapnya nangkaa...kalau time kenduri je jumpa lauk camni..klu nk beli tu..ahak ahak... mlas nk siang nangka..hihi
ReplyDeleteBukan rasa nak menjilat jari lagi, rasa nak menjilat skrin pun ada nih ... hehehehe
ReplyDeletelamanye x mkn nangka masak camni anim..umah jun ni kita sorang jek mkn..sian kan? umah anim kat ne? kita g mkn kt umah anim j la..hehehe
ReplyDeleteizah:betul tu zah,selalu memang kat tmpt kenduri je leh dapat lauk ni..tapi kali ni akak dah tak boleh tahan bila nengok nangka kat supermarket..ikan tu sebenarnya plan nak masak dgn nenas..tapi sudah tak sabo2 gini le jadinya..hehe
ReplyDeleteMy Life:..isshh..jangan jilat skrin tu,nah..nah ..semangkuk akak bagi pree nih..hehe
ReplyDeleteJun:sebenarnya kat umah kita pun cenggitu jugak..kita je yg makan..mr suami dok jeling2 tgk kita melantak ikan masin tu..dia takot BP kita naik..hehe..
salam kak anim! lamaaaaaaaa tu tak makan lauk nangka muda masak lemak2 gini! sedapnyerrrr kalau buat lemak2 pedasssssssssssss giteewwwwwwwww,yummmyyy! tp kan asal g pasar kita mesti jual mahal tak ambik nangka muda ni tp bila org masak mulalah meroyan huh!
ReplyDeleteशिवपाल के शिकार बने युवा नेताओं को मिला अखिलेश का ‘वीटो’
ReplyDeleteReadmore todaynews18.com https://goo.gl/YE0Wyp