Thursday, 20 January 2011

Jom Berkenalan-di tag oleh nor secubit garam

Penutup tirai akak malam ni dengan entri jom berkenalan dari nor,secubit garam..harap nor puas hati ya..akak dah cuba jawap sebaik mungkin nih..





APAKAH STATUS ANDA
OOO........Akak sudah kawin.seorang ibu kepada 6 orang anak.seorang kakak kepada 3 org adik perempuan dan seorang adik kepada dua orang abang.

CERITAKAN TENTANG DIRI ANDA
Nama penuh akak boleh di lihat di facebook..bagi sesiapa yang dah jadi friend akak di facebook tu tau lah semuanya kan?
Akak di lahirkan 47 tahun yang lalu di bumi N.Sembilan.Hah!!..sekarang dah tau umur akak kan?..bg sesiapa yg muda tu tapi akak panggil akak tu akak minta maaflah ya..nanti tlg response ya,boleh di perbetulkan balik dan bagi sesiapa yg lebih tua tu tapi akak panggil nama je tu pun minta ampon gak..Akak di besarkan di merata tempat tapi sebahagian besar hidup remaja akak di habiskan di Kuala Lumpur.akak kembali ke bumi n.sembilan pada tahun 92 selepas merantau mengikut suami bertugas di kedah selama 8 tahun.Akak mempunyai 6 orang anak yang terdiri dari 4 lelaki dan 2 perempuan yang berumur 15-26 tahun.Akak juga macam Nor berkahwin di usia muda dan atas pilihan keluarga..tak sempat pun result STPM nak keluar akak dah di nikahkan..jodoh pilihan keluarga,alhamdulillah sudah mencecah 27 tahun bulan march ni.cerita2 lain akak dah jelaskan sikit di entri di bawah di 25 random things about me.

CERITAKAN TENTANG BLOG ANDA
Blog anymz mykitchen wujud setelah beberapa bulan akak lancarkan blog my story..itupun akak berhenti sekejap dari berkarya sebab sebulan selepas akak post blog my story ,akak di timpa penyakit.lama juga akak berdiam diri sehingga lah datang idea untuk mewujudkan blog my kitchen ni.
Akak terpanggil untuk mewujudkan blog mykitchen setelah adik2 akak sering menalipon dan bertanya resepi2 yang mudah seperti masak kari,gulai cili api dsbnya.maklum adik2 kehilangan ibu sejak mereka masih gadis lagi.atas sebab tu akak selalu masak2 yang nampak simple dan mudah untuk diikut sebab peringkat awal akak wujudkan blog mykitchen untuk anak2 gadis yang baru berkahwin dan baru nak belajar masak.Akak tak sangka akak akan mempunyai ramai kawan di sini dan akak berdoa moga persahabatan ini akan wujud di alam realiti pula.
cuma kadang2 bahasa yang akak gunakan agak mengelirukan sebab sebenarnya akak masih dalam proses pemulihan..kalau berada di depan akak, pasti ramai yg tau akak mengambil masa sedikit utk mengeluarkan ayat sebab masalah urat saraf di otak ini di sebabkan serangan strok 2 tahun lepas.
tengok!!!..cerita blog dah jadi cerita diri akak pulak..huh..belasah je lah ya..hehe..

APAKAH PANDANGAN ANDA TENTANG DUNIA BLOG
Baik,Bagus,Hebat dan fantastik dan bombastik..
Di sini kita boleh beramal.produce resepi boleh di kira beramal juga apa.Alhamdulillah kadang2 resepi yang kita siarkan ada yang di cuba dan sudah jadi mata pencarian pada kawan2 yang lain.
Dunia blog juga boleh jadi tempat privasi bagi kita untuk melepaskan tension.boleh luahkan perasaan.,boleh mencari dan memberi ilmu.
pokoknya kalau tujuan baik,baiklah yang kita dapat..kalau tidak sebaliknya lah..


NASIHAT ANDA PADA RAKAN2 YG BARU NAK BUAT BLOG..
Ikhlas lah dalam berkarya..cari lah kawan seramai yang mungkin..mana tau mereka juga boleh jadi teman karib kita suatu hari nanti..

NYATAKAN KEUNIKAN PADA BLOG ANDA
Blog akak tak ada yang unik cuma sekerap mungkin akak akan cuba post kan masakan2 dari n.sembilan.yang kadang2 bak kata anak2 akak,'mak ni,rumput pun nak buat lauk'..hehe..ini sebab diorang selalu lihat akak masak sayuran hijau yang pelik2 di buat lauk

SAMPAI BILA NAK MENULIS BLOG DAN IMPIAN ANDA DLM DUNIA BLOG
InsyALLAH sampai bila2..sampai akak dah tak mengenal huruf dan tak pandai nak menaip lagi..maklum keluarga akak tidak mempunyai umur yg panjang di sebabkan masalah penyakit macam akak ni.jadi selagi boleh berkarya selagi itu lah akak di sini..dan impian akak dalam dunia blog ialah selain dari akak ingin bertemu kawan2 di sini secara realiti akak juga ingin beramal melaluinya dgn terus memberi resepi2 terpendam simpanan arwah mak dan nenek.bak kata abg akak.'ko ni benda ni boleh buat duit habis semua resepi kau tulis kat blog.'
hehe..terus abg akak sendiri rasa seram nak turunkan ilmu nya pada akak.hehe



TAG 5 ORANG YG ANDA NAK KENAL SGT..

Akak tak tag sebab kawan2 yang akak nak tag dah di tag oleh rakan2 yang lain..


10 comments:

  1. akakk..akak tak mo kenal ngan saya ke?wakakaka..suka hati cakap sebab tak de kan,ikiki..hah hah jangan nak edit edit tambah2 nama lak ye...haha

    kak nim. dah malam ni..gi la tido.tak elok untuk kesihatan tu.bace dalam mood baiknya seorang adik yg jelita menasihati kakak nya yang degil nak berjaga malam.wakaka...

    kak nim, sedih saya bace yang part penyakit tu...nyilu je kat dalam hati..insyaAllah..saya doakan akak sentiasa sihat dan sentiasa mendapat sokongan orang2 yang tersyaang...jaga makan..jaga minum..jaga senaman (hah jangan malas2!!)..jaga emosi..jaga apa lagi ek?haaa satu je jangan jaga..'jaga malam'...pi tidooo..orang muda macam saya yang jelita ni tak pe...huhu..larikkkk

    ReplyDelete
  2. assalam..

    Teruskan usaha utk terus berubat.. ajal maut dgn izin Allah & bukan atas faktor genetik/keturunan atau & saya doakan akak sihat selalu.

    p/s-N.sembilan kat mana?..wife saya org rembau..tiap2 bulan blk sana..kat pej daerah Rembau.

    ReplyDelete
  3. Salam Kak Anim..

    Aaahhh la kak Anim..NaZ pun rasa tersentuh jugak dgn cerita akak tu.. Tak pe, Naz doakan semoga akak panjang umur dalam keadaan sihat walafiat..Tak puas lagi berkawan ngan akak tau..

    Tapi ada satu perkara la Naz perasan bila baca tulisan akak tu.. Kak Anim ni sebenarnya ada bakat berkarya..Mcm penulis novel tu..Ayat2 akak tu best jer bila baca..Kalau ada peluang mesti akak boleh jadi novelis terkenal dan Naz salah sorang pembeli novel akak sbb Naz suka baca novel..

    Ceria2 selalu ye kak anim..
    and always watch your bp...

    ReplyDelete
  4. kak anim, bestnyer baca ceter akak ni...dan best juga dapat kenal ngan akak ni....btw jaga kesihatan baik2 yer kak...ikut nasihat doc dan mkn ubat dgn betul...haha misi lak bg nasihat..opss misi ni masih bercuti lagi....hehehe

    ReplyDelete
  5. salam k.anim!! mmmmmmuah!! kiss dulu sbb baik ati dah buat homework..

    kiss sekali lg.. mmmmmmmuah!! kiri lak ya.. sbb terharu sgt bila baca kisah k.anim.. nor pun sama, kehilangan emak dr kanak2 lg.. tak sempat langsung nak bermanja.. tak sangka k.anim alami sakit gitu.. kena stroke ya.. jaga makan tau.. tu.. misi izah dan nieza dah bg mcm2 nasihat.. nor tak nak tambah lg.. dengar ckp misi aka exloyer izah dan nieza tu ya.. ni semua tanda kita org sayangkan k.anim.. bersyukur bila masih diberi peluang utk bernafas kan kak.. alhamdulillah.. semoga usia k.anim dipanjangkan.. juga semoga kesihatan baik berkekalan hendaknya.. dan semoga bahagia bersama suami dan anak2 tersayang... amin...

    nor pun berharap suatu hari nanti kita dpt bersua muka.. insyaallah...

    ReplyDelete
  6. to izahdaut.
    aduuuuuuuus..takde ke zah?akak mmg teringin nak kenal dgn izah tapi nor kata mungkin izah pun sudah di tag..cisssss..nyesal haku tak tag..habih camno izah da warning2 tu jgn nak edit2 semula...takpe lah nanti lama2 kita leh suaikenal dan gaduh2 manja gitu kan zah..
    waaah..mentang2 haku da bg ko comment kemain panjang menjela lagi komentar ko ya zah..
    okay2 misi,kita patuh ni..masa misi dtg mlm tadi kita da tido dah..tapi kat tinga ni ada bunyi cam nyamuk lalulalang rupanya misi izah sdg dok bebel2...kahkah

    ReplyDelete
  7. kahkahkah...dikatanya kita misi nyamuk...pok vontot kak anim bagi terkejut..kak anim tak leh terkejut kan kan kan..haa..jaga jaga ngan misi ni ye...wakaka

    ReplyDelete
  8. to ozzy
    terimakaseh atas doa itu.
    oh!akak juga org rembau dan rumah akak tak jauh mana pun dr pekan rembau tu..entah2 wife atau family mertua ozzy kenal akak dan family.hehe

    ReplyDelete
  9. to naz
    terima kaseh naz atas nasihat dan doa dari naz tu..memang itu lah yang akak harapkan doa panjang umur dari rakan2 sekelian.

    dulu masa sekolah ada jugak kawan2 yang kata akak agak mahir dalam bidang penulisan tapi akak rasa takot nak mencuba.malu arrrr..hehe

    ReplyDelete
  10. to nieza
    terima kaseh nieza..waah.misi cuti lama betul ek?...best arr tak pegang jarum..berapa lama cuti tu?
    dok tempat sejuk2 tu best ek?..doakan akak sampai sana suatu hari nanti ya.

    ReplyDelete