Assalamualaikum
Alhamdulillah hari ini berlalu dengan sangat lancar..semua kerja dapat akak selesaikan..
Balik aje dari makan kenduri akak terus hadiri mesyuarat tingkap .Banyak perkara yang perlu akak bereskan..maklum kita kena seimbang baik urusan dunia mau pun urusan akhirat.
Menjelang malam akak perlu masak pula memandangkan siang tadi akak tidak memasak..
Penat memang lah penat tapi demi kewajipan kita perlu laksanakan juga..
Bersyukur pada Allah swt yang mengurniakan kesihatan yang baik buat akak pada hari ini dan mudah2an hari seterusnya.insyaAllah amiiin..
Hari ni akak post kan resepi kari ayam simple yang akak buat sebab nak makan dgn roti jala semalam.Harap2 teman2 yang bertanya di sini dan inbox fb akan berpuas hati ya.masak kari yang biasa2 je ni..tapi cubalah kalau sudi ya.
Kari Ayam
by
anymz mykitchen
bahan
1/2 ekor ayam-di potong kecil2
4 biji ubi kentang-di potong dua dan belah empat
3 sudu besar pes cili kering-abaikan jika tidak suka pedas
6 ulas bawang merah-di hiris halus
3 ulas bawang putih-di hiris halus
sedikit halia-di hiris batang mancis
1/2 labu bawang besar-di tumbuk
rempah penumis-kulit kayu manis,bunga lawang,bunga cengkih dan buah pelaga
Rempah kari daging/ayam-lebih kurang 2 sudu besar
2 keping asam gelugor
2 gelas santan
sedikit air
1 kiub pati ayam
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
cara
Panaskan minyak di dalam periuk
Tumis bahan2 hirisan hingga berwarna keperang2an
Masukkan sekali rempah penumis
Masukkan bawang besar yang sudah di tumbuk lumat
Masukkan pes cili dan gaul rata
Masukkan rempah dan daun kari dan tambahkan sedikit air
Kacau rata hingga sebati
Masukkan ayam ,garam dan gaul rata
Masukkan asam gelugor dan biarkan hingga ayam setengah masak
Akhir sekali masukkan santan,kiub pati ayam dan rasa, jika perlu tambah garam dalam masakan.
Jika terlalu pekat bolehlah di tambah dengan sedikit air.
Masukkan ubi kentang dan kacau rata.
Tunggu hingga ubi kentang sedikit empuk.
Kecilkan api dan biarkan ayam medidih perlahan
Tutup api jika sudah masak dan sedia di hidangkan bersama roti jala atau roti biasa.
kak anim...
ReplyDeletenak kari semangkuk..
nak cicah ngan cokodok ni....
anim..sodap roti jalo tu nim..akak selalu kak wah yo buek..lom ponah buek sendiri.
ReplyDeleteteringat arwah omak akak pulak bilo baco anim tulih tu..arwah mak cik baik laie tu..aja yo walau pun suruh agak2..
omak akak mano ada ajar..kalau tak boto..kato e..tu lah..orang buek tak nak nengok..he he..bolajar pakai tengok yo..lansung tak bagi tau camano.
kak anim.. tun pun masak roti jala ngan kari ayam nih.. =) baju je pas makan..
ReplyDeleteAssalamualaikum akak...
ReplyDeletekari ayam tu mmg nampak sedap.. dah lama diana x buat kari ayam.. terliur sudah... ;)
as-salam kak
ReplyDeletenpk sedap kari ayam tu..makan dengan roti canai, sedap ni kak!
to mas
ReplyDeletecicah cekodok dgn kari tak best mas..cicah dgn masak lomak semalam baru kena...kihkih
to acik erna
ReplyDeleteboleh se bayangkan macam mano alang bercakap kak..hehehe..tu lah org tuo2 ni selalu suh tgk yo kan?..
nak buek macam mano mungkin caro diorang belajar pun dgn caro tgk2.hehe
ao tun
ReplyDeleteeh,tun pun buat roti jala ya..kejap lagi akak dtg..:)
to diana
ReplyDeletecepat buat diana..makan kari ayam lagi best kalau ada papadom dgn sambal belacan kan?
to ady
ReplyDeletemakan dgn roti canai memang best kan ady..tapi kalau di spore biasa diorang makan kari mesti ada tahu sambal kicap kan?..
Terimakasih la Kak Nim kerana sudi layan karenah peminat2...moga sihat hendaknya dan dilindungi Allah sepanjang masa...
ReplyDeleteKak Nim..oooo..kak Nim..
ReplyDeleteNanti dtg umah akak, den nak raso roti jalo akak ngan kari ayam ni yo...heehhehee..
sedap nye kari ayam..
ReplyDeleteDelicious looking curry, I have almost all the ingredients to try this curry.
ReplyDelete