Assalamualaikum semua
Alhamdulillah kita bertemu lagi hari ini.Hari ni kita makan gulai daging salai ya.Menu tertunggak sebenarnya ni..Akak masak gulai dagai salai ni minggu lepas jadi jangan mintak ya puan2 sudah lama habis.keke
Okay takmo buang masa mari kita tengik resepi yang biasa2 je..
Gulai Daging Salai
by
anymz mykitchen
Bahan2
1 kg daging di hiris setebal 1/2 inci selebar tapak tangan-ketepikan
2 biji kelapa di jadikan santan
1 cawan santan pekat-pati
3 cawan santan cair
2 batang serai-di titik
25 biji cili padi*
sedikit kunyit hidup*
serbuk kunyit
Garam
Air secukupnya
Belimbing buluh secukupnya-di titik sedikit
*ditumbuk lumat
Cara
Daging yang sudah siap di cuci di gaul dengan serbuk kunyit dan garam
Perap semalaman
Daging yang sudah di perap di salai di atas bara hingga wangi dan kering air daging
Daging kemudian di hiris nipis
Masukkan daging ke dalam periuk bersama air secukupnya-agak2 tenggelam daging
Kemudian rebus daging hingga empuk
Boleh guna pressure cooker jika ada
Masukkan cili padi yang sudah di tumbuk bersama serai
Masukkan juga santan cair bersama garam dan juga belimbing
Masak hingga mendidih.
kacau selalu
Sudah mendidih masukkan santan pekat
Kecilkan api
Dan biarkan hingga masak kuahnya
Tutup api dan sedia untuk di hidangkan.
sodappppnya
ReplyDeletenanti balik pilah...nak beli daging salai ni lah.
baru nak minta...akak kata dah habis dah...hihi
Dear anymz, nak bertanya pasal tart gebu. Kenapa susah nak picit doh dari acuan. Apa tips nya? Atau adakah kerana doh keras. Bila dipicit, susah keluar dan pecah pecah. Itu first time buat tart gulung.
ReplyDeletesalam rindu kak anim... lama tak bertegur sapa di laman maya neh...harap2 sihat aje. wahhhh...jeles nengok belimbing buluh dalam gulai tu, paha nak mendapatnya pulak kat sini
ReplyDeletepaha.. uishhh! PAYAH...
ReplyDeleteBanyak koleksi gulai Kak Anim... bilalah agaknya berpeluang nak rasa air tangan kak Anim yang sedap-sedap tuh!
ReplyDeletesalam kak animz..aduiii tang perap2 tu yg malas nk nunggu..he hhee tp hasinya mmg sedap..biasa zila beli jew..nnt nk cuba jgk:P
ReplyDeletenakk juga....
ReplyDeletesedappnya masak lomak daging salai...
Assalam kak Nim, masak lomak cili padi nogori mmg tak guna bawang lansung ek dlm masakannya, bila pg kenduri suka sangat nak mkn gulai daging salai ni, sangat sedap. Itu lah nak minta2 dhhabis pulak
ReplyDeletesalam kak nim
ReplyDeleteya allah meleleh air liur tgk gulai lemak tu, sedapnya
naknya ada belimbing buluh, pergh
sedapnye kak...
ReplyDeletesalam kak nim...kite suka le lauk daging salai ni..tpi x kesampaian lagi lh nk masak sendiri...kalau ado masak lagi nnti pos ke kl ye..hehheh...:)
ReplyDeleteAs'kum Kak Anymz waduhh ada daging salai masak lomak sedap ni.. ada belimbing pulak tu kecurr tak sudah ni huaaaaaaaaaaaahhhhhhh
ReplyDeleteish lambat plak rasanya nak lunch hour...terlapar terus tgk gulai daging salai ni. :)
ReplyDeletewaduh2..gulai daging salai lagi kat sini...sedapnya kak lebih2 lagi ada belimbing buluh..perggghhhhhh maunya bertambah2 makan nasi dan lauk..harap2 mcm Izah gak dpt rasa air tangan akak one day...
ReplyDeleteassalam kak
ReplyDeletesedapnye,terliur tgk lauk ni, kalu singgah Pilah sil mesti jamu daging salai ni he he
Assalam Anim cayang, apa khabar? Bz eh...rindu jugak nk tengok entry Anim, sekali kuar tu diaaaa...meletopsss weh! Daging salaiiii bestnyaaa....kita susah nak dapat daging ni... Harap 1 hari nnt dpt merasa masak lomak cili api daging salai Anim ni....muaaahhh!
ReplyDeletegulai daging salai..memang berebut makan ni..tambahan ada belimbing buluh tu..memang lazat..
ReplyDelete