Wednesday, 18 July 2012

Best Moist Chocolate Cake



Assalamualaikum semua

Dah jemu kita mengadap masak lemak tu setiap hari kan?..
Apa kata hari ni kita makan kek pulak..Resepi ni akak jumpa kat rumah mamafami..tapi sumber asalnya akak dapat kat rumah nadz yang kecik molek tu..kalau sesiapa yang pernah jumpa nadz pasti akan akui kemolekannya itu..hehe
Sudah dua kali akak buat sejak akak di pertemukan dgn resepi ni dan kami sudah jatuh cinta dgn kelembapan kek ini..betul kata naz mungkin di sebabkan ada buttermilk dalam resepi..
Okay bagi sesiapa yang ingin mencuba bolehlah mula dari sekarang..sedap dan pasti tidak akan menyesal..
Izinkan akak kopipes dan tempek kat sini pulak ya nadz...


Best Moist Chocolate Cake
by
anymz mykitchen
Sumber:Nadz@COSK
Sumber Asal:




Bahan-bahan :

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan gula
  • 3/4 cawan serbuk koko Hershey's (naz dan akak guna yang biasa aje)
  • 2 tsp soda bikarbonat
  • 1 tsp serbuk penaik
  • 2 biji telur saiz A @ B
  • 1 tsp garam 
  • 1 cawan buttermilk (resepi buttermilk di bawah)
  • 1 cawan Mazola vege oil (Naz dan akak guna minyak jagung)
  • 1 1/2 tsp asen vanilla
  • 1 cawan air mendidih (boleh dijadikan 1 cawan kopi sekiranya suka)-akak guna 1 cawan air mendidih + 2 pkt instant coffee
Cara Penyediaan :
  1. Panaskan oven pada suhu 300 F (lebih kurang 150 C) untuk membakar secara perlahan.(Naz menggunakan suhu 170 C).
  1. Lapik loyang kek dengan kertas kalis minyak.
  1. Masukkan semua bahan di atas kecuali air mendidih ke dalam mixing bowl.
  1. Putar pada kelajuan sederhana selama lebih kurang 1 minit. Kemudian masukkan air mendidih dan teruskan memutar hingga sebati.
  1. Tuangkan ke dalam loyang.
  1. Bakar selama 1 jam atau sehingga kek masak sepenuhnya. (Naz bakar dengan suhu 170 C selama lebih dari 1 jam sebab mungkin loyang kek 7" X 7" yang digunakan menyebabkan kek lebih tebal dan perlu masa yang lebih untuk masak sepenuhnya).
  1. Cucuk kek dengan lidi atau pisau. Sekiranya pisau atau lidi yang dikeluarkan bersih, maknanya kek telah masak. Sekiranya terdapat adunan kek yang masih basah melekat pada pisau atau lidi, bakar lagi kek dengan tambahan masa 5 minit dan uji lagi selepas itu sehingga kek masak sepenuhnya.
  1. Sejukkan kek sebelum dinikmati atau dihias.







RESEPI SUBSTITUTE BUTTERMILKRUJUKAN : http://frugalliving.about.com/od/condimentsandspices/r/Buttermilk_Sub.htm
Bahan-bahan :
  • Susu segar - lebih kurang 1 cawan
  • 1 Tbsp cuka masak atau jus lemon
Cara Penyediaan :
  1. Masukkan cuka masak atau jus lemon ke dalam jug penyukat.
  1. Tuangkan susu segar hingga menjadikan campuran tepat pada ukuran 1 cawan.
  1. Biarkan larutan berehat selama 5 minit.
  1. Boleh digunakan.

12 comments:

  1. hmm...memang nampak moist kek coklat tu kak anim...
    nnti2 nak try gak la...he3

    ReplyDelete
  2. Kak Nadz!eh kak nadz pulak..kak Anymz!aiseh,dua2 ada Z kat belakang tu haa..kena tmbh Z gak la nama ai ni lepas nih..hahaha..
    Eh eh..nak tanya apa tadi dah lupa lak.. dah makan ke belum? eh bukan nak tanya tuu.. Kek ni lebih kurang cam kek yg sy nak cuba tu kak..mmg guna buttermilk n air kopi jugek..dah org ramai kate sedap mesti sedap tuh kan kakkkk..angguk sket. tu bukan soalan..soalannya,berapa kilo akak naik pas mkn kek nih.hahaha..soalan carik pasal.

    mana yg sepiring akak janjikan td.. mas tu awal lak dia sampai..mesti dia kebas dulu.mementang baru abis pantang kan.huhuh..terliur lak nengok kek ceklat akak ni ha..tak pasal2 rasa nak mengekek coklat memuncak ke dasar hati..(memuncak tapi ke dasar. sungguh sastera yg gagal di situ)

    oklah kak..dah panjang lom komen ni?udah laa kot ek..
    daaa..nak gi ngekek dulu.tunggguuuu!! heee

    ReplyDelete
  3. Salam Aznim... kek ni memang moist dan memang sedap kan. Tak rugi mencubanya... mama buat pun dah 4 kali.

    ReplyDelete
  4. Asslm kak... alahai bab kek coklat ni memang le saya pantang... pantang jumpa...hehehe... kalo kat rumah ni kek cekelat memang sekejap je licin.

    ReplyDelete
  5. masuk2 rumah kak anymz...ingat salah masuk rumah...tengok wallpaper dah tukar le :)
    moistnya kek tu kak

    ReplyDelete
  6. angkat tangan tinggi2 ni k.nim! nor dah jumpa naz mmg naz kecik molek jer.. comel lak tu :)

    ReplyDelete
  7. saya pernah gak buat kek ni kak anim, tapi kan saya perasan kalau buat kek cekelat macam tak rasi aje saya ni, tak jadi la, bantat la, jatuh la... agaknya kena makan yang orang buat aje la kot.... bak sikit buleh?

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum K.Nim,
    alahaiiii tayang2 kek coklat sedap pulak dia..ni yg rasa nak wat skrng gak ni...tngk bahan2 kalau ada buttermilk mesti kek moist je kan...bertambah2 sedap lagi...

    ReplyDelete
  9. Assalammualaikum, ingatkan ada lagi masak lemak daging salai...hehe..
    Kek ni mcm pernah buat, mmg moist sgt.

    ReplyDelete
  10. Assallamualaikum kak Anim ...

    Datang nk mintak sikit kek tu. Yg serdak2 je pun tak pe ...

    Mmg salah satu kek coklat moist yg terbaik!

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum kak...nampak gebus kek cekelat ni..terasa cam nak geget jer skit..
    _Tun

    ReplyDelete
  12. pagi2 masuk sini nampak kek, alahai sedapnya

    ingat lg dulu2 masa baru belajar buat kek mmg mcm ni keknya, simple tapi sedap

    la ni je terlebih2 mekap kek hehe

    ReplyDelete