Assalamualaikum semua
Alhamdulillah ..Pengumuman langsung dari Tv sudah pun ke udara...InsyaAllah lusa semua umat islam seluruh malaysia akan berpuasa..
Bulan Ramadhan yang kita nanti2kan sudah tiba..dan insyaAllah esok malamkita akan bersolat terawih..
Semoga Allah swt memandang kita di sepanjang bulan ramadhan yang mulia ini dan ibadah kita di terimanya..InsyaAllah amiiiiiin
Akak buat kek karamel sempena kedatangan bulan ramadhan yang mulia..Dah selalu akak buat tapi selalu anak2 merungut tak puas makan..Siap cakap mak asyik buat untuk orang aje..
Maka petang tadi keluar balik lah semua mixer bagai dan start mengadun dua biji sekaligus kek karamel yang sedap ini..
Di pendekkan cerita akak ambik resepi dan menuntut ilmu sampai separuh mahir dari Puan Anna Qawina yang sememangnya sudah fofular dgn kek karamelnya...TQ anakkuuuu...haha
Pernah buat dulu di sini
Akak tepek kembali resepi yang akak ambil dari dapur ana ni ya..
Kek Karamel
by
anymz mykichen
Sumber:Anna Qawina
Bahan2 loyang size 9"
A) Gula Hangus
2 sb gula (utk buat gula hangus)
*tabur gula dlm loyang dan masak dgn api perlahan
Biar gula hancur dan warna bertukar jadi perang
Ketepikan dulu (gula tersebut akan mengeras dan berbunyi macam kaca pecah)
B) Bahagian Atas
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat manis
1 st esen vanila
3 biji kuning telur
2 biji telur (putih dan kuning)
C) Lapisan Kek
140gm tpg gandum
70gm gula kastor
3 biji kuning telur
135ml air biasa
1 st baking powder
45ml minyak masak-akak guna myk jagung
2 sb susu pekat manis (ana tambah-akak jugak)
D) Meringue
6 biji putih telur
70 gm gula kastor
1 st krim of tartar
(banyak lah alasan ko..kak anim oiiiii)
Cara (Utk cara membuat ni boleh rujuk di SINI)
Cara (Utk cara membuat ni boleh rujuk di SINI)
Sediakan bahan (A) dahulu, ketepikan
Kacau semua bahan (B) perlahan-lahan, jangan bagi berbuih
Tapis bahan (B) dalam loyang gula hangus (A) kemudian ketepikan
Pukul bahan (C), campurkan semua dan pukul dengan senduk.
Kemudian ketepika
Pukul bahan (D) sampai jadi kembang
Campurkan adunan (C) + (D) dan gaul hingga sebati
Bahagikan kepada beberapa bahagian & letak pewarna
Masukkan dalam loyang yang ada gula hangus dan keremel tadi (A + B).
Selang seli warna, letak ditengah-tengah loyang, adunan kek akan terapung
Bakar cara double boiling/waterbath (Loyang kek berada di dalam loyang berisi air panas) -
Akak bakar guna suhu 170 selama 45 min pertama menggunakan api bawah saja..
15 min seterusnya menggunakan api atas dan bawah.
aslmkum kak anim.. selamat myambut ramdhan almubarak.. sedapnya klau mlm2 ni dpt mengadap kek karamel.. ooohh.. ada cucur bilis kt bwah tu..
ReplyDeleteAssalammualaikum kak anim..sedapnya kek..raya ni pasti buat..hehehhe
ReplyDeletedikesempatan ini saya nak ucapkan selamat menyambut ramadhan almubarak buat kak anim sekeluarga...:)
Salam Ramadhan kak Nim... semoga Ramadhan tahun ini Ramadhan terbaik buat kita semua...
ReplyDeleteAslmkm omak..hehhe
ReplyDeletemaceh kak..sudi jadi anak murid..hakhak..ngader2 \...dah brp bj dah jual ni kak nim? senyap2 eh...
Selamat menunaikan ibadah puasa ye kak..harap2 terus sihat hendaknya..ampun maaf ats segala keterlanjuran bahasa & kata2..
salam ramadan kak anim...
ReplyDeleteya allah kak telan air liur saya hi..hi...
kak nim slmat berpuasa buat kak nim n abg tapa n sefamili..
ReplyDeleteSelamat menyambut bulan ramadhan dan menjalani ibadah puasa dari kami sekeluarga... maafkanlah salah silap kami...
ReplyDeleteSalam Ramadhan Anim, hangus ke saje di hanguskan? hehe...kek ni la belum berhasil lagi akak buat. Dari belum puasa sampai ke puasa, sampai ke raya nanti rasanya belum juga berjaya.
ReplyDeletesalam ramadhan wat k.anim sekeluarga ye!
ReplyDeleteselamat berpuasa kak Anymz
ReplyDeletenak sepotong kek tu, sedap makan sejuk2 kan
Assalamualaikum Anim,
ReplyDeleteSalam Ramadhan;
Sedapnya Kek Karamel....nak sikit...itu hari ada buat tapi dah habis...hik3
elok jer nampak ketebalan karamel. cantik sangat kejadiannya.
ReplyDeletesalam romadan anymz,,,,,,sdg bz membiskut ke...
ReplyDelete