Friday 9 March 2012

Masak Lemak Udang Bertempoyak

Assalamualaikum semua

Dah puas menjamu selera dgn kek sedappppp tu dan jangan lupa buat ya..Betul kata ayu mmg terbaik setakat hari ni kek DFCC tu dan sudah tentunya akak akan buat lagi dan lagi dan lagi..
Dek cemburu menengokkan gulai telur itik rumah mek Ampang tu tempoh hari akak buat udang bertempoyak ni pulak..Akak terpaksa vogelkan udang tu sebab wazir anak lelaki bongsu akak yg sedang menunggu keputusan SPM tu tak pandai makan udang yang berbaju..Kira bukan tak pandai,malas yang amat le namanya tu kan? malas nak kopek baju udang..leceh katanya...
Pernah akak tayangkan dulu di SINI..
Bagi sesiapa yang tidak ada idea dan kebetulan ada tempoyak di rumah bolehlah cuba menu ni ya...


masak lemak udang bertempoyak
by
anymz mykitchen


bahan2
1/2 kg udang
2 kuntum bunga kantan-di belah 2
2 tangkai daun kesum-hari ni tak letak.takde stok
3 ulas bawang merah -di hiris
1 batang serai
sedikit garam
sedikit gula jika perlu-takot tempoyak masam.tapi akak tak letak sbb tempoyak buatan sendiri.
tempoyak secukup rasa-akak letak 2 senduk nasi.. biar agak pekat dan kuat bau tempoyak.
20 ulas cili padi-di tumbuk halus
sedikit kunyit hidup-di tumbuk
1 liter air

cara

masukan air,garam,cili api,kunyit,serai dan tempoyak ke dalam periuk..
didihkan.
rasakan garam
masukan udang
dah mendidih
tutup api dan sedia untuk di hidang

7 comments:

  1. Wiiiiiiiiiii
    Srrrrppoppp..
    Henss henssss...
    Bau daun kunyit lawan ngan tempoyk...
    Sampai ke ampang auranya..
    Akak... Bedosa tau tunjuk je. Huh nak jugaaakkk

    ReplyDelete
  2. perhhhhh...
    meleleh air liur nengok..
    mehh semangkuk kak..he3

    ReplyDelete
  3. Lalalala...tumpang makan tengahri yer k.nym...

    ReplyDelete
  4. sedapnye. pd akak kalo masak apapun letak udang, mesti sedapppp

    ReplyDelete
  5. hohoohho meleleh laa kak nim....kesian ibu mengandung tgk..nasib kt umah ni kite da hangkut 2 tupperware tempoyak hehe

    ReplyDelete
  6. Hem...sedapnya kena sambal belacan dan nasi lembik2 sikit adoi...laju aje tekak ni

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum akak...
    Masak lemak udang ngan tempoyak ... Nampak sedap ... X perna lg makan tempoyak...

    ReplyDelete