Tuesday, 16 November 2010

marble chocolate cheese cake

Salam Aidil adha semua..tika ini takbir pun sudah mula berkumandang.
InsyaALLAH esok kita sama2 akan solat sunat aidil adha dan menyempurnakan ibadah korban bersama2 selepas itu.semoga ibadah kita di terima dan mendapat manfaatnya.
marble cheese cake ni memang sedap.mekaseh YATIE..nak buat pun senang,nak menyediakannya pun mudah..cuba lah .....


Bahan A:

  • 250gm mentega
  • 1 1/2 cwn gula halus (gula kastor)
  • 5 biji telor gred A
  • 1/2 cwn serbuk koko *
  • 1 1/2 cwn tepung halus *(saya guna tpng gandum je)
  • 2 sudu kecil baking powder * (bahan * diayak bersama)
  • 1 sudu kecil pewarna coklat/coklat emulco
  • 1/4 cwn susu cair
Bahan B:

  • 250 gm cream cheese
  • 3 sudu besar gula halus (gula kastor)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 biji telor gred A
Cara-Cara:

  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Lenser tin berukuran 8x8x3 inci. Alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula hingga putih.
  3. Masukkan telor satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gula hancur.
  4. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit, berselang seli dngn susu cair hingga habis.
  5. Gaul rata dengan spatula. Dah siap ketepikan dulu.
  6. Dalam mixing bowl lain yang bersih dan kering, masukkan cream cheese, esen vanila dan gula. Putar hingga sebati.
  7. Masukkan telor dan putar hingga gula hancur dan adunan berkrim.
  8. Tuangkan adunan coklat dalam loyang, ratakan.
  9. Tuang pula adunan cream cheese dan ratakan dan buat selang seli hingga habis.
  10. Tuangkan baki adunan coklat(akhir) dan ratakan.
  11. Bakar selama 40 - 45 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sebelum dipotong.
  12. Cucuk dngn lidi kecil/btng satay untuk test kek dah masak ke belum....kalau keluar licin bermakna sudah masak. Sekiranya belum masak, tambah sedikit masa lagi.


potong dua ketul je


sedap...



7 comments:

  1. kaknim... gimme 5!! sama la kek kite..tadi saya pun baking kek ni jugak..sodap tul kan kak.. tapi tak post lagi..esok esok lah..slmt ari raya kak nim yee

    ReplyDelete
  2. Cantiknyaaaa.......alah hai tergoda nih, mcm mana nih..

    ReplyDelete
  3. nim nak kek!! akak wat kek lain.. hehe

    slmt hari raya dr k.nor

    ReplyDelete
  4. Kak animmmm! nak kek 3 potong! nak bhgn cisss yg byk2 sikit hihihi... Selamat hari raya aidiladha buat akak n family!!!!! tuolang2 lebih jgn lupa antor siam tawwww!!!!! :D duwit raya jgn lupa sbb kita tak kerja!kikikiki...

    ReplyDelete
  5. to izah
    waaaah!gimme 10 lah kalo cenggitu..
    sedap kan zah kek ni.simpan lam esbok ni.kedekut.sbb nak pakai raya kek nih.hehe


    to CMG,
    buat je lah maaaat,jgn tergoda nanti ternoda.muhahahaha..


    to knor
    eh tak boleh...makan kek knor dulu.kek ni nak simpan untuk raya.nanti tak cukup..hahahha:D


    to ijayuji
    adehhhh!!..kek ni utk tengok je ika..tu yg da potong 2 ketui tu pun da tampal balik.kek ni utk raya.tak boleh makan leh pandang jerrrr..
    nak kek ni kita gi makan umah izahdaut nuuuu...kejamnya aku kan???hahahahahahahaha(gelak jahat nih)

    ReplyDelete
  6. akakkkkkk.. sungguh menggodaaaa.... nk buat jugak lah!!

    ReplyDelete
  7. Salam K.Anim,
    Selamat Hari Raya Aidiladha...wow cantik menawan kek akak ni..yatie tumpang gembira juga sbb kek ni menjadi hidangan di pagi raya....tentu akak gembira sbb satu family suka kek yg akak buat...

    ReplyDelete