Assalamualaikum semua..
Dah makan tengahari?
Hari ni akak buat congo bars sebagai buah tangan ke rumah adik di seremban.pasti anak2 kecik2 cinonit tu suka makan ni..akak pernah buat ni dulu di sini.ini kira versi ulang tayang lah kan.walau apa pun akak letak gak rsepi sebagai rujukan kepada pengunjung2 baru anymz my kitchen..
suatu masa dulu femes betul menda alah ni di kalangan blogger2 masakan..cuba lah..tak rugi mencuba..memang sedap....
okay tata dulu ya..nak keluar dulu..lewat malam baru balik..jumpa lagi...
congo bars
by anymz my kitchen
bahan2
2 3/4 cawan tepung serbaguna (all purpose flour) - saya guna gandum
2 1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
2/3 cawan butter- dilembutkan - saya guna 150gm
1 lb. gula perang lembut(light brown sugar)- saya guna 310gm
3 biji telur
1 sudu teh vanilla essence
11.5 ounce milk coklat chip
1 cawan kacang pecan dicincang- izah guna kacang gajus,akak juga
segenggam kismis hitam- izah tambah,akak juga tambah
Caranya:
Menggunakan mixer:
Ayakkan tepung bersama baking powder dan garam ke dalam mangkuk yang besar dan ketepikan.
Satukan butter dan gula perang menggunakan mixer se
hingga benar-benar sebati.
Masukkan telur satu persatu dan sebatikan dengan perlahan-lahan menggunakan mixer.
Masukkan pula essence vanila dan sebatikan.
Kemudian masukkan adunan tepung dan sebatikan.
Akhirnya masukkan pula coklat chip dan kekacang, dan satukan.
Menggunakan
tangan:
Ayak tepung, baking powder dan garam, ketepikan.
Satukan butter dengan gula sehingga benar-benar sebati. Disarankan menggunakan belakang sudu untuk memudahkan kedua-duanya sebati.
Masukkan telur satu persatu ke dalam adunan butter dan gaul sebati setiap kali telur dimasukkan
.
Masukkan vanila, kacang dan coklat.
Akhirnya masukkan adunan tepung.
Griskan loyang 13x9 dengan sedikit butter. Bakar pada suhu 170 C selama 30 minit.
kak anim..malam2 baru balik ek..takpe..sementara aka nak balik tu saya habiskan dulu congo bars tuh..hehe..
ReplyDeleteps: pas balik cuti agaknya musim apa? ehem....agak2la.kan..muahahaha...erkkk...see u kak...lap u 2..haha
Assalam kak...wah rajinnya mak sedara ni buat congo bar utk anak buah mkn tu...nak jadi anak buah akak jugalah..hehe btw CB ni mcm brownise ke kak?..tak pernah mkn lagi la.
ReplyDeletewahh..rajinnya buat congo bar...
ReplyDeleteuntuk mas ada tak..he..he..
nak...nak..
ReplyDeletelalalalalala
Assalamualaikum..
ReplyDeletemacam best je. Kak milk coklat chips tu yang biji belang2 tu yea?
kak anim..
ReplyDeleteisskk.. tak tahan tengok..
nak jugak.. segan nak buat.. hehhe
Assalamualaikum Anim
ReplyDeleteSalam ziarah di pagi Jumaat...mesti sedap ni...ada kacang, coklat chip...mmg sesuai utk dijadikan buah tangan..
congo bar br 1st dengar,,ni nk kena bt br 1 st time rasa,,hehee
ReplyDelete