Assalamualaikum semua
Bulan2 posa ni macam2 yang buat tekak kita teragak nak makan kan?
Kalau ke bazar ramadhan tu memang tak cukup tangan nak bawa balik juadah2 yang memikat selera..Mujur sejak awal ramadhan hingga kini baru dua kali akak bertandang ke bazar ramadhan tu.Itu pun sebab nak makan murtabak dan karipap.Karipap tu di goreng di situ juga jadi kita boleh dapat karipap panas di bazar ramdhan di tempat akak ni.Sedap?Memang sedap.Ada pelbagai jenis inti.ayam,daging dan sardin.
Serawa durian ni termasuk dalam salah satu menu yang akak teragak sgt nak makan.Apa lagi lepas tengok CMG post kat blog beliau bbrp hari yang lepas.Akak kopipes je resepi dari dapur CMG.Izinkan akak kongsikan di sini ya CMG.minta halalkan resepi.Selalu akak buat main lebur je tak pernah nya nak sukat2 tengok resepi tapi kali ni akak copy buat rujukan anak2 akak di masa akan datang nanti.
Serawa Durian
by
anymz mykitchen
Resepi:Cik Mat Gebu
Bahan Pulut:
1 kg pulut, rendam 30 minit
1 cawan santan cair
1/2 camca teh garam
1 helai daun pandan, disimpul
Air secukupnya
Bahan Kuah Serawa:
1 biji durian
1/2 ketul gula melaka (mat guna 3/4 cawan gula merah timbang)
1/2 cawan gula pasir (manis ikut tekak masing2)
1 1/2 cawan air
1 helai daun pandan
1300 ml santan
1/2 camca teh garam
1 camca besar tepung gandum*
1/2 cawan air*(*digaul sebati)
Cara membuatnya:
1/2 camca teh garam
1 helai daun pandan, disimpul
Air secukupnya
Bahan Kuah Serawa:
1 biji durian
1/2 ketul gula melaka (mat guna 3/4 cawan gula merah timbang)
1/2 cawan gula pasir (manis ikut tekak masing2)
1 1/2 cawan air
1 helai daun pandan
1300 ml santan
1/2 camca teh garam
1 camca besar tepung gandum*
1/2 cawan air*(*digaul sebati)
Cara membuatnya:
- UNTUK PULUT:- Panaskan kukusan. Toskan pulut yang direndam tadi, masukkan dalam loyang atau bekas yang muat untuk dimasukkan dalam kukusan. Tuang santan cair, masukkan garam (gaul rata) , daun pandan dan tuang air sehingga sama paras dengan pulut. Kukus 20 minit, kemudian, gaul pulut tadi dan kukus lagi 15 minit hingga pulut masak.
- UNTUK KUAH SERAWA:- Masak gula melaka dan gula pasir dengan 1 1/2 cawan air hingga mendidih dan gula larut, tapis air gula ke dalam periuk. Masukkan durian, daun pandan, garam dan santan. Masak hingga mendidih dengan api sederhana. Rasa kuahnya jika kurang manis tambah gula mengikut kesesuaian. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung gandum dan gaul rata. Masak hingga kuah pekat. Boleh dihidangkan bersama pulut tadi...
uwaaaa akak, ada lagi ke stok derian, terliur je tngk..hehehehe..kalau dekat ni, sah2 bau semerbak je...menyelerakan sungguh..
ReplyDeletebetul tu Kak Anim, macam-macam kita nak makan, tapi malaslah nak buat... hi hi hi...
ReplyDeletengences kita tengok serawa durian tu!
wahhh.. kak anim! nasib baik laaa masa blk kg aritu tun dh makan nih, kalau x sure meroyan. huhu
ReplyDelete