Assalamualaikum semua
Alhamdulillah hari ini ada yang sudah kembali bekerja.Semoga semua pekerjaan berjalan dengan lancar,
Hari ni takde resepi2 khas..Hanya letak gambar2 tempahan yang telah akak terima semasa menyambut syawal baru2 ini..
Nak buat lebih2 badan akak dah tak boleh terima masa tu.hati teringin nak buat memandangkan ini juga salah satu cabang rezeki bagi akak tapi maklumlah,..hari raya.rasa macam tak larat sgt masa tu tetapi demi janji akak gagahkan jua.Dari dua biji permintaan Intan,hanya satu saja yang larat akak buat..^__^
Harap Intan (biras adik akak) puas hati dan gembira semasa makan pavlova di mlm raya kedua tu hari..hehe
Menurut Intan,beliau hanya ingin merasa pavlova ni sebab tak pernah makan
Resepi boleh lihat di SINI
Tak lupa juga tempahan dari adikyang mau pulang ke Taiping.
2 biji kek karamel
Resepi boleh lihat di SINI
Keluarga ipar duai adik akak datang beraya ke rumah akak masa raya ketiga.
Apa lagi akak masak le nasi berlaukkan masak lemak telur itik dgn pucuk ubi.
Hari raya masak nasi memang mabeles betul rasanya..
Masak lemak telur itik di padankan dgn ikan sepat masin.
cuba bayangkan...
Perghhhhhh...sedap tauuuuu..
tak caya?
Raya tahun depan panjang umur cuba buat..
gerenti berulangkali tanak nasi..
hehe