Thursday, 11 August 2011

Cucur Isi Ketam

Assalamualaikum semua

Dan Selamat Sejahtera.Dah sarapan..? (apa punya soklan daaaaaa)
Meh kita tengok satu lagi resepi cucur.Kali ni cucur kita di tambah dengan isi ketam yang panjang2 tu bersama dengan jejari kentang.Juga di sertakan sekali dengan cili benggala.Jangan risau tak pedas langsung.Rasa dia bagaimana????
Hah! Kena lah buat sendiri......wakakaka


Cucur Isi Ketam
by
anymz mykitchen
Sumber:majalah Rasa

Bahan-bahan

50 gm isi ketam-di potong dadu
10 gm jejari kentang-di potong kecil-akak guna kentang biasa
360 gm tepung gandum
1 labu bawang besar*
1/2 biji cili benggala hijau*
2 biji telur
2 sudu makan ikan bilis*
2 sb mix vege-ini akak tambah
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng


Cara

Bahan bertanda * di kisar hingga lumat/hancur
Tuangkan bahan kisar ke dalam mangkuk dan campurkan dengan tepung gandum serta garam.
Gaul hingga adunan menjadi rata.
Masukkan telur sebiji demi sebiji dan tambahkan air secukupnya.
Pastikan adunan tidak terlalu lembik
Setelah itu masukkan isi ketam dan jejari kentang.Sebatikan.
Akhir sekali sudukan adunan ke dalam minyak banyak yang telah panas.Goreng hingga berwarna kekuningan.Angkat dan toskan.

Akak guna fry pan jadi tidak perlu guna minyak yg banyak.


manisnya isi ketam itu

15 comments:

cik cek said...

Kak Nim...menu ringkas yg best ni...:)

ijayuji said...

Salam kak anim! yg suke isi ketam ni ank sulong kitaa, tp kalau buat cucur gini tak pernah cuba sbb biasanyer kalau sup2 dia makan yg goreng pun dia tak makan pelik punyer budak hihihi..

Sheila Shafeareen said...

Salam kak anim menarik ni leh cuba buat cucur beketam...ank2 pasti suka....npk rinkas....tq resepi

inaku79 said...

saya imagine tadi isi ketam yg korek dari ketam, hehehe.

tp mesti sedap ni kan ada rasa manis2 ketam tu kan.

Nazrah said...

Salam Kak...

Tak Pernah cuba lagi cucur sebegini..tapi anak2 mesti suka ..

aesh came said...

sedapnye nmpak~ kaler pink2 tuh~ haish mesti best..kne try ni..thx for the share =) salam ramadhan

HaSue said...

Haa..baru dpt ngomen.. ni buat sarapan pagi td td kek kak nim?hihi...
kretif laa buat crabstick jadi cucur kan..mesti sedap cicah sos thai..

tun_telani said...

kak anim!!! semalam pun tun wat cucur letak crabstick! tp x amik gambo sbb siap je masak dh masuk maghrib, so ngadap meja makan. hihi

TopsyTurvyMum said...

Salam Kak Anim:)
Isi ketam frozenkah itteww??
Ai like ketam:)

Kak..macam best jer offer akak pasal paste hj sernan tu:) Nak jugak mengorder buat juadah open house hihihi

ibundo said...

haha.. ekau campur topung. akak campur tolur...
nim.. lum ado somangat lai nak buek chicken chop ni. nanti2 lah yo..

Yatie said...

Assalamualaikum K.Nim,
sejak aritu, anak asyik suruh wat cucur je..tak kisahlah apa2 cucur..diaorang suka menu panas2...kalau kuih tukan dah sejuk...cucur akak ni nmk sedap..anak2 yatie mmng suka sngt isi ketam ni..

Mas said...

cicah ngan sos cili thai + mayonis sodappp ni kak.....
sabooooo...
puasa ni...kikikiki

zaza@mamaHanin said...

fulllamakkk kak.. harus buat utk juadah petang nih ni.. huhh!

Anawahid said...

alahai... dapat cicah sos bestnya kak... ado laie.... heee

Ida,Japan said...

ni abru betul2 cucur ketam ni kak...penuh merah jer ketam tu nmpk...sini ada jual menda ni, tak tau la pulak nk baca ingredients dia bole ke tak bole mkn