Sunday, 21 August 2011

Biskut Kacang Mazola

Assalamualaikum

Dan selamat berhujung minggu semua.Hari ni takde bebel2.Banyak kerja yang perlu di bereskan sebelum projek membako kek bermula.Hari ini jugak semua projek kukis harus di selesaikan sebab tart permintaan adik dan sepupu masih belum buat lagi.Haisshh....ni yang maleh ni..Rasa dah jemu pulak nak mengetart...
Semalam selesaikan biskut kegemaran en suami dulu.kalau tidak mau masam 44 hari muka pakcik tu.Resepi akak ambil dari rumah Ika@Arah.Pernah juga buat mazola sebelum ni.Resepi nya tak jauh beza.Jom tengok resepi yang simple dari kak LiliDvalley.maaf ya linknya kita tak dapat buka.Nanti kalau dah dapat bukak,kita edit semula.TerimaKasih di atas sumbangan resepi.


Biskut kacang Mazola
by
anymz mykitchen
Resepi: Kak LiliDValley MyR (maaf tak dapat buka link ni)


Bahan-bahan ( 1 balang )

  • 200gm tepung gandum
  • 200gm kacang tanah-goreng tanpa minyak dan kisar halus
  • 100 gm gula -kisar halus
  • 1 botol kecil Minyak mazola/secukupnya
  • Kuning telur



Cara-cara

  1. Di dalam mangkuk besar gaul sebati tepung, gula dah kacang kisar.
  2. Tuangkan minyak mazola sedikit sedikit dan uli adunan hingga menjadi doh yg lembut.
  3. Bentukkan doh mengikut citarasa dan susun didalam loyang yg telah di lengser dgn mentega.
  4. Sapukan atasnya dgn kuning telur dan bakar didalam oven hingga masak kekuningan

7 comments:

kasihredha said...

kak anym
semalam akak pun buat biskut ni..
bila tengok kak anymz punya sgt cantik segan pulak nak upload akak punya.Sebab akak punya kacang dia terhangus sikit...hik3

Yani said...

kak anymz,
sy dah buat biskut ni .. budak kecik suka mkn biskut ni tapi dia xmo pulak kacang yg kat atas tu.. lecehlah pulak kita nak kena buang... emm nampak gayanya nak kena buat lain utk dia....

Yatie said...

alahai comelnya biskut kcng mazola akak ni..suka tngk...kuih kegemaran Yatie ni, tapi tak taulah nak wat ke tidak...nak makan kat umah akaklah nnti..raya yatie dtng eehhh...hehehehe..

Mas said...

comei2 sekut akak tu.....
boleh terus masukkan sebiji2 dalam mulut....he3

Liza said...

Biskut peberet Liza ni, xtau lg nak buat ke tidak tp brg2 semua dah beli..hihihi

Cheq Sue said...

hai...nengok ke mazola akak ni makin semangat nak cuba...kacang dah siap goreng...tinggal nak proses aje...

Diana @ Melley Mey said...

yg nie diana teringin sgt nk buat tp terpaksa d batalkan sbb diana kurang sihat... huhuuu.... tgk biskut yg akak buat nie geram tgk... comel jer... mmg fav diana biskut nie.. sedaaap