Monday, 22 August 2011

Nasi Goreng Cina

Assalamualaikum semua

Pagi2 ni kita tayang menu iftar akak sekeluarga semalam ya.
Bila dah dekat nak hujung2 ramadhan ni,mula lah menu2 berbuka kita masak yang simple2 aje kan?Maklum kerja semakin banyak..nak buat itu nak buat ini.Masa pulak rasa macam jeles je kat kita..Cepat je jarum jam tu pergi ke pukul 4pm..
Semalam masih lagi membizikan diri dgn projek kukis yang tak sudah2.Maklum rumah akak menjadi tumpuan sanak saudara dan adik beradik.Biasanya petang satu hari hari raya tu adik2 sudah mula berkumpul.Anak2 saudara yang kecik2 tu sedang membesar.Masing2 akan duduk di meja makan tu berjam2 mengadap biskut.Pandai pulak tu pilih biskut yang kita buat je.Biskut beli tak cedap katanya..wakaka..
Maka pagi ni akak post menu berbuka akak semalam iaitu nasi goreng cina.simple je.resepi pun simple.makan dgn ayam sambal kat bawah nun..resepi ayam sambal nanti2 akak letak.
Okay lah nak sambung mengukis lagi.
Oppss..dengarnya IzahDaut dan Hasuriah Tahir dah lengkap mengukur shopping mall ya.Akak belum lagi.Baju raya anak2 perempuan ni pun belum di ambil lagi..huhuhu...bizi..bizi..




bahan2

nasi sejuk

10 ekor udang/1 mangkuk kecil isi ayam/sotong
4 ulas bwg putih di titik
1 sudu kecil lada hitam.lada sulah pun boleh
mixed vege
1 butir telur
1 kiub ayam
2 sudu besar sos tiram

3 sudu besar minyak masak


cara2

panaskan minyak.

tumis bawang putih.gunakan api sederhana
masukn udang.
masukn kiub
pecahkan telur dan hancurkan dlm kuali
masukn nasi
masukn lada hitam/sulah/putih

kacau rata dan masukn sos tiram
akhir sekali masuk mixed vege dan daun bawang dan daun sup jika suka


*lagi sekali akak tak letak garam sbb sos tiram dan kiub tu dah cukup masin


Sambal ayam
Akak ni tekak org melayu mesti nak ada pedas2 sikit.Makan nasi goreng yang tak pedas dengan sambal ayam.licinnnnn..

6 comments:

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum akak anim cayang....
nasi goreng cina mmg fav kami sekeluarga... wah makan lg ngan sambal ayam tu .. mmg best tu akak... sedaaap.. tgk ayam tu sgt menyelerakan sekali ler akak.. sedaaapnya

izahdaut said...

assalamualaikum..
kak anim, pertamanya terima kasih ye wish birthday saya. abg saya baca komen, pastu saya dengar dia kata..'bagus kak anim ni'. saya tak sempat nak tanya apa yang bgus sangat kat kak anim tu. muahahaa...

kak nim tak soping lagi ke? saya ni memang minggu ni je yg tinggal nak berjimba2 kat shoping mall nya. minggu depan nanti dah nak kelik kampung. wahh best nya terasa. maklom org dah 2 tahun tak balik kampung sendrik beraya kan. ceeehh baru 2 tahun..hehe

kak anim, ngukis lagi ke? ari tu tanya kukis apa kat rumah kak rose tu kan, ape ek namanya yang ada conflakes skit.. ceri skit.. tapi jiya pengembala kamben cakap sekut tu sedap sangat. tu yg trasa2 nak merasa gak tu. sekut permata ke apa namanya tu.. nanti saya check balik.

betul la, dah hujung2 ni rasanya masa terlalu cepat berlalu. tengok2 jam dah nak petang, rasanya baru je mengemas dapur lepas budak2 lunch. huhu.. hari ni nak berbuka nasi goreng gak ahh.. lama dah tak makan nasi goreng.sekian tq

AZLITA AZIZ said...

salam kak anim...
sama lah kak anim makin ujung makin banyak kerja jadi masak pun lebih kurang aje..

Nasi goreng cina ni fav anak2 ita jugak ni...
hari tu pun ita buat nasik goreng cina jugak.. tapi makan dgn daging ala kaprau tu.. suami ita tu suka pulak lauk kaprau kak jee tu.. tapi tak dan nak ambil gambar.. dah petang sangat.. masak pun dah hujung2 sebab nanti sejuk tak sedap pulak nak makan.. hihi

Yatie said...

uwaaaa nasi goreng cina kegemaranku, kalau yatie masak pun saje tambah lada..baru bestkan, samalah kita tekak melayu, nak pedas2 gak..

kaklong said...

semalam pun kaklong buek nasi goreng cina...buek sambal korang...dah.

kasihredha said...

sure licin lah kak...tengok pun dah terliur :)