Wednesday, 5 October 2011

Bun Inti Coklat Tapi Ini Inti Cream Cheese

Assalamualaikum semua

Dan Selamat pagi buat pengunjung2 my kitchen hari ni..Dah sarapan?..
Dah lama betul BM akak tu tak buat kerja.Sepanjang ramadhan dan syawal tu hari asyik tidur je menda alah tu.Sebenarnya sebelum Izahdaut post kan menu roti manis nya semalam akak dah dok berkira2 juga nak buat roti.
Bukan apa.sebenarnya masa akak buat carrot cake tu hari ada lebihan cream cheese yang akak buat topping tu..nak buang terasa sangat lah sayang sebab maklum lah kan rega cream cheese utk 500 gm bukan sikit duit tu kan.Nak buat kek lagi terasa malas pulak nak keluar kan mixer..Terus kepala otak teringat nak jadikan inti roti je cream cheese tu.Alhamdulillah sedap lemak manis jadinya roti tu..Resepi akak ambik hasil dok skodeng kat rumah Mas@Duniaku yang mana mas pulak ambik dari rumah ratu puding dan dessert SGN67..hehe

Meh makan roti meh
Akak makan cicah air nescafe..


Bun Inti Coklat
by
anymz mykitchen




Bahan :
  • 380gm tepung high protein ( tepung roti )
  • 3 sudu besar susu tepung - tak letak
  • 80 gm gula castor
  • 3 sudu kecil yis segera
  • 1 biji telur A
  • 100 ml air - Mas guna susu segar suam sikit
  • 100g m water roux
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 30 gm butter - Mas guna marjerin
  • 30 gm shortening


Roti berinti cream cheese
Inti :
  • chocolate filling secukupnya

Resepi Water Roux :
  • 25 g tepung gandum
  • 125 ml air

Cara membuat water roux :
  • masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan menggunakan api perlahan, setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan.

Kaedah 1 - jika menggunakan BM:
  1. Masukkan bahan cecair kedalam BM spt air dan telur. Kocokkan sket dgn garfu.
  2. Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali butter dan shortening.
  3. Pastikan gula dan yis diletakkan di penjuru berasingan dari garam ini kerana gula akan lebih mengaktifkan yis manakala garam pula mengurangkan / mematikan yis.
  4. Tekan suis on pd BM dan bila doh dah mula membentuk bulat masukkan butter dan shortening.
  5. Biarkan proses menguli hingga selesai.
  6. Utk menghasilkan doh yg lebih lembut, ulangi proses menguli utk 2 kali.
  7. Setelah selesai proses menguli, biarkan doh naik 2x ganda.
  8. Boleh dibentuk ikut citarasa sendiri.
  9. Bakar doh dgn kepanasan oven 180 -190C dengan api atas bawah lebih kurang 20 - 25 min atau sehingga masak.
  10. Sapukan sedikit butter ke atas roti yg dah dikeluarkan dr oven (utk mengilatkan permukaan roti)

Kaedah 2 - Jika menguli menggunakan tangan :
  1. Masukkan yis, sedikit gula, 2 sudu tepung dan 100ml air kedalam sebuah mangkuk. Kacau hingga sebati dan biar hingga naik dan berbuih.
  2. Masukkan tepung roti, susu tepung, garam, lebihan gula ke dalam satu bekas berasingan. Kacau2 hingga rata.
  3. Masukkan telur dan water roux. Gaul hingga sebati baru la dimasukkan bahan no1.
  4. Gaul lagi hingga hampir membentuk doh, masukkan butter dan shortening, sedikit demi sedikit. Adunan mungkin agak lembik tp teruskan menguli.
  5. Uli hingga doh menjadi kenyal dan lembut. (kalau masih terlalu lembik boleh la ditambah sedikit tepung dan uli lagi hingga lembut)
  6. Tutup bekas dgn rapat atau boleh menggunakan plastic cling supaya udara tak keluar.
  7. Biarkan doh naik 2x ganda dan boleh la teruskan dgn step no8 dan seterusnya.
## sori la ya,kaedah nampak agak panjang sbb K.Nor tak reti nak buat pendek2. Rasa cam tak complete jer kaedah buat roti kalau main pendek2. Kang nanti org yg tak pandai or tak pernah buat roti tak faham cara nk buat roti ni. Bagi yg dah biasa, dah expert dgn kerja2 buat roti, gerenti dah faham dan tak perlukan kaedah membuat tu. Semua step buat roti biasanya sama jer kalau main campak dlm BM cuma yg tak biasa jer mungkin nampak cam cerewet jer nak buat roti.




23 comments:

tun_telani said...

alahai.. sedapnyer laa roti ada cream cheese filling.. mmg mahal betul cream cheese skrg kan? terketar2 tun kalau nk beli. hihi..
ni mesti ada lagi kan. meh seketul nk rasa.. ^^

anymz said...

to tun
dah habis tun.hehehe

Sofea said...

assalamualaikum k.anim..baru2 ni dgr kata x sihat..dh ok ke? tentu dh sihat kan! alhamdulillah dh leh buat roti..hehe

Zalieda Zaliedana said...

Uikss kak nim,mana leh buang mahai tuh,wat apam letak inti cam kak izah n kak mas wat pon nmpak best gak..Rajin eks meroti,gebu gebas jer kak..Akak ainul dah sihat ke,harp cemerlang dlm pmr ya..Eh akak lak nak amik spm kantaun nih,kan umo baru 17,hikhik,sja kaco2 kak nim..

Nor said...

yummm sedapnya roti inti cheese ni.. suka sangat. selalu kalu singgah kat Empire Shopping Gallery, dapat la merasa roti cheese ni beli kat The Loaf. Rajin kak anim meroti, harap2 jangkit aura rajin kat umi plak hihi..

Sheery Dream Cakes said...

Akak anim cayang.. diana singgah lagi... nak mintak bun yg comel dan sedap nie... :).. nie makan masa ianya panas2 lg sedap nie kan akak.. meh bg diana ckit... ;)teliur sungguh tgk tau

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam K.Anim..atie lom pernah buat roti...selalu 'buat' kat kedai jer.Dgn resepi akak ni cam tingin sgt lak nk buat roti....penerangan yg sgt detail.nak meroti pon cam teruja.Atie copy resepi ya.TQ

izahdaut said...

erkkk.. tersendawa lak.. kekenyangan makan kek lapis cheese niha. maaf la ye.. akakakakaa..

kak nim.. meh bagi sket roti tu. yang ada crim chese lak tu. ni namanya 'roti mewah sungguh kelas ko kak anim'.. aaa panjang kan tajuk nyer.. hahaha... usik mengusik membawa bahagia kan kak nim kan kan..

dah makan ubat belum?

Nur said...

Kak Anim, nak sikit... :)
Yati tak pernah buat roti lagi.

Kak Sam said...

Nak pi klinik le nampaknya. ambik ubat siap. Takut virus demam roti berjangkit kat sini pulak. Susah nanti.

Lieza said...

gebunya roti k.anymz ni...ramai tul org dah meroti ni...lieza bila lg yer...

Yatie said...

uwaaaa akakkkk..sana sini meroti gak, tadi singgah umah Izah ada roti manis, singgah umah akak ada roti mewah pulak..bak seketoi kak...alaaaaa nape dah abes pulakkkkk...lenkali bila buat ckp yatie awal2 ya....hehehehe..

Anna Qawina said...

nak roti 14 ketul kak nim..nak cicah kopi o..

anymz said...

to sofea
alhamdulillah sofea.dah ada kat sini dah update blog maknanya sehat lah tu kan..cuma takde la 100% sehatnya.kira boleh menulis dan membaca ni kira dah terlebih bagus lah kan?..hehe

Mas said...

wahh..cantik gebu la roti tu kak..
mesti dah abiss kan.he3

anymz said...
This comment has been removed by the author.
anymz said...

to sofea
alhamdulillah sofea..rasa dah okay sikit skang ni..boleh lah masak2 sikit2.tapi kerja yg lain tak buat lah..hehe

anymz said...

to zaliedana
nak buat apam tak boleh pulak ct sbb dah ada gula dlm cream cheese tu..ini kan lebihan topping carrot cake tu hari..

ha'ah tak lama lagi nak ambik SPM.hahaha

anymz said...

to umi
rajin apanya umi..nak makan kena lah buat jugak kan?..

anymz said...

to diana
akak makan waktu sejuk2 diana.makan waktu panas2 takut lidah lecur jadinya..hehe

anymz said...

to izahdaut
amboi mak panjangnya tajuk nama roti tu ya jah..sampai ati ko ya jah.huhu

wey ubat makan waktu pagi2 je.makan mlm2 ni tak tahan ke bilik air asyik nak terkoncing yo kang..muhaha

anymz said...

to yati
cuba buat pulak yati.senang je.kalau takde BreadMaker boleh uli guna tangan..exercise tangan namanya.hehe

anymz said...

to azatie
copy lah yah ati.resepi dari SGN67 biasanya detail betul penerangan nya..mmg terang lagi tersuluh..hehe