Saturday, 2 July 2011

Mi Lidi Goreng Hijau

Assalamualaikum semua

Seperti biasa la kan,kalau hujung2 minggu camni cuma segelintir je blogger masak2 yang bersiaran..masing2 sibuk dengan kenduri kendara,balik kampung dan ada juga yang pergi berendam mandi laut..(eh ada ke tu??sapa lah tu ya)hehe
Hari ni akak menyibukkan diri di rumah saudara yang mengadakan majlis kenduri kawin anak perempuannya..alhamdulillah dah selesai semua..
Bila dah menghabiskan masa di situ,akak tak masak lah..dan tak reti pulak nak mengambil laukpauk bawak balik..Selesai je majlis terus akak ke kedai mencari laukpauk utk anak2 yang balik sekolah..Hari ni kan ada larian 1M.kesian anak2 balik rumah tgk makanan beli je, yang ada..
Malam ni tadi akak buat mi lidi ni sebagai makan malam kami..memang sedap resepi dari ummi yang pernah keluar di majalah Jelita tempoh hari..kalau sesiapa yang tak tahu rupa mi lidi ni boleh view di link madiha tu ya..memang sedap sangat..Cubalah ya pada sesiapa yang belum tu..


Mi Lidi Goreng Hijau
by
anymz mykitchen
source:MaDiha
Bahan:-
  • 1 1/2 paket mee lidi
  • 1 labu bawang besar - didadu
  • 3 ulas bawang putih - dicincang
  • 10 ekor udang basah
  • 2 sudu besar kicap cair/masin
  • 1 kiub pati ayam maggie
  • 1/2 biji kobis
  • 1 sudu kecil serbuk lada sulah
  • minyak untuk menumis
Bahan Dikisar Dengan Sedikit Air:-
  • 2 biji cili hijau
  • 6 biji cili padi hijau
  • 4 tangkai daun sup
  • 2 pokok daun bawang


Cara Memasak:-
  1. Masak air secukupnya dan bila mendidih, masukkan mee lidi dan masak hingga lembut, toskan dan gaul dengan sedikit minyak jagung. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan dan naik bau.
  3. Masukkan bahan kisar dan masak hingga naik minyak.
  4. Masukkan kicap cair, kiub pati ayam, garam dan lada sulah. Kacau.
  5. Masukkan udang dan diikuti dengan sayur kobis. Kacau sebentar.
  6. Akhir sekali, masukkan mee lidi yang direbus tadi dan kacau hingga rata dan masak. Hidangkan dengan taburan serbuk lada sulah jika suka.

34 comments:

Cheq Sue said...

Kak Anim...mee lidi tu pernah la nampak, tapi tak pernah buat lagi

Deliah's Deli said...

nmpak menyelerakan kak..klu dekat mmg dah mengendeng :)

kasihredha said...

jap lai nak jengok link tu...nak tengok camno rupa paras mee lidi ni :)

tun_telani said...

mama tun selalu masak mi lidi nih.. tp tun lg suka makan mee kuning. sedap nmpk bila mee wat goreng hijau nii, nnti nk try laa.

aima said...

sedapnya

Citarasa Rinduan said...

kak anim
ayu ada stok mee lidi..
mmg pening nak pikir masak apa..
rasanya dah temui jawapan.

thanks laling..
nak cuba versimu..
kalau ku derhaka.. jgn marah

Amie said...

Assalam Kak Anim,
selalu nampak resepi mee lidi dlm blog masakan, nakcuba juga tapi tiap kali ke kedai / supermarket macam tak nampak pulak mee lidi tu... agaknya tak sampai ke sabah kut...

nuwairani ismail said...

mee lidi tu yg mcm mana pulak ye? huhuh... pernah tengok kot, tp tak pernah beli. mcm spageti jugak ek?

Mas said...

akak...nak sepinggan...
sedappnya tengok...

K.Nor said...

k.nim.. sori ya.. nak komen yg nasi ketumbar dn ayam mayonis tu kat sini.. jgn marah ek..

mmg ngam ler paduan ayam dgn nasi ketumbar tu.. rasa cam nak buat lg jer.. takkan tak simpan utk nor sepinggan nasi dn ayam tu kak.. sedihnyer hu hu

Kak Rose said...

Anim, mi lidi tu serupa tp x sama ngan speghetti ya... rasa dia camner ya? x penah makan ni, jakun sikit le! tp nampak macam sedap jer...

ijayuji said...

Salam kak anim! dtg malam2 td siang2 kita kemalasan sikit sbb hujan kat luar tu mood pun jadi malas melampau hihihi.... kita kan kak dah berpuluh tahun tak makan mee lidi ni, dulu2 biasa guna buat laksa kuah putih tuu skrg jarang jumpa lah kat kedai2 dekat umah mak kita ni, ada pun mcm dah lama gitu hihihi.. tak pernah pulak masak mee lidi ni mcm mee goreng gini nanti nak bgtau mak kita :D

Ummi said...

Salam Anim - thanks ya sudi try...promote baiiiiik punya tuuuu..hehe, tq Anim..muaahhh!

HaSue said...

kakk nimm..sapa yg berendam mandi laut ujung2 minggu nih kak nim?ijahdaut tu ke?hihi..

nak makan mi lidi nih kak..cam best jer..mee kuning x ada stok kat kedai aritu x de stok laa nak buat mee guna rempah org bg..lom ada rezeki nak merasa nih..adeh

ady said...

as-salam kak
sedappnya tengok mee lidi tu kak...
kalau pedas2 lagi sedap ni kan kak...
mee lidi tu mee apa kak?..

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum akak...
wah nampak gayanya diana tergoda lg nie kat dapur akak... dah berapa kali dah tergoda nie.. heheh.. ari tu p cari x jumpa2 mee lidi nie.. kata org kedai tu dah abis stck.. adeh.. smpi skg diana lom cari lg.. nnt nak p tgk lagi nie.. sedapnya

♥LOVE2COOK♥ said...

Slurrrrppp...nak join makan mi!!! :D

anymz said...

to cheq sue
cuba buat sue..memang sedap sgt..akak pun pestime cuba ni

anymz said...

to deliah's deli
haha..malangnya rumah kita jauh kan?..kan?..
akak lagi suka kalo rumah kita dekat2 masakan2 dell nampak sedap betul..mesti rasa dia juga sedap kan?

anymz said...

to kasihredha

hah!poi kak jgn tak poi..tgk camno roman mi lidi tu yo..akak pun pestime tengok dan buek ni hah..uiihh..mak aii sodap boto2.hehe

anymz said...

to tun_telani

satu kelainan lah tun..sedap jugak goreng mi guna cili padi..pedas tapi teringat2..

anymz said...

to aima

maceh aima.memang sedap mi lidi ni tau.

anymz said...

to citarasa rinduan

cuba lah resepi ummi ni ayu.memang sedap sgt..pestime akak goreng mi guna cili padi ni ayu..terbaik mi ni..sedap sangat.

anymz said...

to hasue

wah! ko sue..nak citer goreng mi ke ataupun nak eksen bg tau dah ada rempah org bagi..hehe
try lah buat sue..gi cari satu mukah mi lidi ni..kalau tak jumpa gak..gi lembutkan lidi2 sate ko tu..banyak lagi lidi tu kan?..ko simpan masa bday hari tu kan?..kan?..

anymz said...

to amie

ya ka amie?..cuba cari lagi.kalo tak jumpa gak bg tau akak ya..susah gak nak cari bahan2 kat sana kan?..mesti ada terselit kat mana2 supermarket tu amie..

anymz said...

to nuwairani

cuba klik kat link madiha tu..kat situ dia ada tunjukan macammana rupa mi lidi tu..sedap di masak pedas2 gini.:)

anymz said...

to mas

sepinggan je ke?..cukup ke tu?

anymz said...

to k.nor

komen je kat mana2 nor..janji akak dapat baca..hehe
memang sedap lah nasi ketumbar dgn ayam mayonis tu..rasa nak buat lagi tau..

anymz said...

to kak rose

rasa dia cam mi suah kak rose..rupa je cam spaghetti tapi rasa dia tak sama.sedap gak mi lidi..boleh cuba resepi ni kak rose..

anymz said...

to ijayuji

oooooooo...boleh makan dgn laksa jugak ya ika..akak mesti nak cuba ni..nanti bagi lah resepi laksa putih tu macam mana..guna santan kan?..isi ikan apa..agak2nya sama tak dgn laksa kelantan...ishh..nak try lah

anymz said...

to ummi

resepi mi terbaik ni ummi...mmmmmmmmmuuuuuaaaaaaaahhhhhhh gak to ummi.hehe

anymz said...

to ady

betul tu ady.lagi pedas lagi sedap..cuba lah buat.mi lidi ni rupa dia mcm spaghetti..cuba ady klik kat link madiha tu..kat situ dia ada tunjukkan mcm mana rupa mi lidi.

anymz said...

ti diana

alolo..ciannya..cuba cari kat giant diana..kat sana pun ada jugak..kdg2 dia terselit dekat2 bihun ke..ada tu cuba cari lagi.kalau takde bg tau akak ya.

anymz said...

to love2cook

u are most welcome love..mari la..tapi sudah habis..nanti kita goreng lagi..love yang goreng.haha